Isnin, 27 November 2017

6411. Siapa pernah makan "Miang Kham" ni.

Bismillahirrohmanirrohim. 

Bila berkata...
Bila berhujah... 
Bila memberi pendapat... 
Bila bercerita... 

Sama ada secara lisan atau bertulis dan Hindarilah dari membuka aib diri sendiri dan orang lain serta nilai tambahnya Jauhilah diri dari mencela diri sendiri dan mencelakakan orang lain 

Jangan kedekut. 
Maksudnya jangan sesekali kedekut untuk berbuat baik kepada diri sendiri. 

Aamiin Ya Allah Ya Rohman Ya Rohim Ya Rob... 
Wassalamu.


Siapa pernah makan "Miang Kham" ni. Saya kenal makanan ni melalui kakak ipar saya asal dari satun Thailand. Ini resepi dari dia. Tapi ni gambar hiasan tau. Saya dah kecur liur tengok gambar ni. Hihihi 😅
Bahan-Bahan
Daun Kaduk
Kacang
Kelapa
Halia
Limau nipis/kasturi
Bawang besar
Cili padi
Udang kering
Kelapa : isi kelapa dihiris halus dan digoreng tanpa minyak (sangai)
Bahan kuah :
Air - 2 cawan
Gula melaka - 5 keping
Gula putih - 2 sudu
Belacan - besar ibu jari
Serai - 2 batang atau daun pandan
Cara sediakan :
Panaskan air, masukkan gula melaka, gula putih, belacan.
Kacau dengan api perlahan
Akhir sekali masukkan serai atau daun pandan untuk wangikan kuah.
Cara makan :
Gulungkan daun kaduk, masukkan semua bahan dan letakkan kuah balut dan makan. Nyum nyum nyum. Sedapnya. Selamat mencuba. Hihihi. Silakan saja SHARE.
kredit resepi kepada NurulHuda Awang Yaacob‎ via Masak Apa Hari Ni
.
.
.
⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️
⭕️P/s : Berminat viralkan perniagaan anda? PM admin✔️



Tiada ulasan: