Khamis, 30 November 2017

6430. Jersi dia celup, yang bukan jersi kita.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ 


Tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah SWT. 

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya” [QS. AL 'IMRAN (3):185] 



استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه



استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه



استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه



Anda nilailah sendiri

Adnan dilahirkan di negeri Melaka (asalnya dari Pahang) pada 20.12.1950 pada jam 6.10 pagi dengan surat pendaftaran lahirnya bernombor 100502. Ketika beliau dilahirkan, namanya ialah Adnan bin Mansor.

Pada 20.12.1962, ketika beliau berusia 12 tahun, Adnan mulai memiliki kad pengenalan bernombor 4079409 atas nama Adnan bin Mansor juga seperti yang terdapat dalam surat beranak.

Sekali lagi beliau menukar kad pengenalan bagi memenuhi kehendak undang-undang pada 3.3.1969 ketika beliau berusia 18 tahun, namanya masih lagi kekal dengan nama Adnan bin Mansor.

Tetapi, pada 3.10.1972, Adnan telah mengubah namanya menjadi Tengku Adnan bin Tengku Mansor. Beliau juga telah mengubah nama bapanya dari nama asal Mansor bin Haji Baba kepada Tengku Mansor bin Tengku Haji Baba.

Dengan akuan bersumpahnya, beliau membuat perakuan bahawa beliau berasal dari Keluarga DiRaja Melaka. Keluarga beliau menurut katanya berasal dari keluarga beraja.Keluarganya adalah keturunan ke 3 daripada golongan Kerabat DiRaja Melaka.

Pada hari yang sama (3.10.1972) Adnan mendapat kad pengenalan yang baru di mana di atas kad pengenalan baru itu tertara nama ‘Tengku Adnan bin Tengku Mansor’

Lebih kurang 2 tahun kemudian, 2.4.1974, bapanya juga mendapat kad pengenalan baru dengan nama baru Tengku Mohammed Mansor bin Tengku Haji Baba dengan identiti kad pengenalan baru bernombor 3983336

Begitulah dengan mudahnya Adnan menukar identitinya dari orang biasa berpindah ke identiti baru-seorang berketurunan kesultanan Melaka yang hilang telah takhta akibat kezaliman terhadap rakyat. Adnan Tengku celup.

Soalannya, bagaimana ahli boleh atau perlu percaya kepada Adnan apabila dengan terang dia dah menipu tentang dirinya sendiri?

Adnan merupakan anjing yang kuat menyalak apabila diberi upah oleh "boss"nya.

Adnan bukan fikirkan pasal integriti parti UMNO, Adnan hanya mahu menjahanamkan UMNO apabila GAGAL menjalankan tanggungjawabnya sebagai Setiausaha UMNO yang dilantik (bukan dipilih oleh ahli) yang mana Adnan telah bersama MT UMNO melanggar tradisi dan perlembagaan UMNO.

Adnan perlu ingat bahawa jawatan setiausaha ialah jawatan yang dilantik dan BUKAN diperolehi daripada undian ahli maka siapa Adnan untuk mengugut Tan Sri Muhyiddin Yassin yang merupakan Timbalan Presiden UMNO dan juga dipilih oleh ahli UMNO?

"Berani Kerana Benar"

Mat UMNO.



Tiada ulasan: