Ahad, 3 Disember 2017

6465. Emak dan bapa menjadi kuli dan hamba kepada anak.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
TAZKIRAH HARI INI (Khamis, 3 Jdl. Akhir 1435H)
Ibu Yang Melahirkan Tuannya? 
Ini merupakan salah satu daripada ratusan tanda-tanda kiamat kecil yang telah, sedang dan terus berlaku. Ia ada disebut dalam hadis Rasulullah SAW: Ketika Rasulullah SAW ditanya oleh Malaikat Jibril as tentang kiamat maka baginda Rasulullah SAW menjawab “Yang ditanya tentangnya tidaklah lebih mengetahui dari si penanya” Kemudian Jibril berkata lagi. “Kalau begitu khabarkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya” Baginda Rasulullah SAW menjawab. “Seorang budak wanita atau wanita merdeka (Al Amah) akan melahirkan tuannya dan engkau akan melihat para rakyat jelata yang miskin akan tinggal di gedung-gedung yang menjulang tinggi” (HR: Muslim) 

Di dalam hadis ini ada menyebut perkataan Al Amah. Perkataan Al Amah ini memiliki dua maksud. Pertama, ia bermaksud ‘hamba wanita’ dan yang kedua ia bermaksud ‘wanita merdeka’ Para ulama mempunyai khilaf dalam mentafsirkan kalimah Al Amah ini. Imam Nawawi berpendapat erti Al Amah adalah ‘hamba wanita’ dan ini yang banyak dipegang oleh para ulama. Manakala Al Hafiz Ibnu Hajar pula berpendapat ‘wanita merdeka’ 

Para ulama yang berpegang kepada maksud ‘hamba wanita’ ini berpendapat apabila hamba tersebut melahirkan anak hasil perkahwinan dengan tuannya maka taraf anak tersebut secara automatik menjadi tuan kepada ibunya sendiri. 

Para ulama yang berpegang kepada maksud yang kedua pula iaitu ‘wanita merdeka’ yang melahirkan tuannya ini mengisyaratkan bahawa akan banyaknya kederhakaan manusia kepada orang tua mereka khususnya terhadap ibu mereka sendiri. 

PENCERAHAN: 

Tafsiran hadis mengenai wanita yang melahirkan tuannya merupakan tanda-tanda kecil kiamat sudah pun berlaku di zaman para sahabat dan tabi’in ketika mereka menundukkan kota-kota dunia maka banyaklah jumlah para tawanan yang menjadi hamba. Lalu hamba-hamba ini berkahwin dengan askar-askar Muslim lalu lahirlah anak-anak yang secara automatik menjadi tuan kerana mewarisi pangkat tuan dari ayah mereka. 

Perihal wanita melahirkan tuannya pada tafsiran kedua pula, kita dapati anak-anak zaman sekarang dengan sedar atau tanpa disedari sudah menjadi anak derhaka kepada kedua ibu bapa mereka. Ada anak-anak yang tanpa segan silu menjadikan ibu bapa seumpama pembantu rumah, membuat kerja-kerja seperti orang gaji atau pengasuh kepada cucu-cucu mereka. Walaupun ada yang sukarela dan redha tetapi cukuplah jasa mereka menjaga, mengasuh dan membesarkan kita selama ini. 

Biarkan mereka berehat dan habiskan sisa-sisa kehidupan mereka dengan menumpukan kepada beramal ibadat, pergi ke tempat-tempat pengajian dan membaca Al-Quran atau kitab-kitab agama. Bukan bergelumang dengan kencing berak anak-anak kecil lagi. Sesekali mereka ingin bermesra atau bermanja dengan cucu-cucu mereka di hujung minggu contohnya memang tiada salahnya. Tapi itu bukan alasan untuk kita ambil kesempatan di atas kesunyian dan kebaikan mereka! 

Senario zaman ni, rata-rata kita tidak dapat nak tunaikan hasrat seorang Emak atau Ayah yang kesunyian dan rindu pada anak-anak mereka. Kita jarang-jarang dapat penuhi hasrat mereka. Sepatutnya, kita sebagai anak yang pergi pada rumah orang tua kita, bukan sebaliknya. Alasan yang kita selalu berikan, kita sibuk, tak ada masa, tak dapat cuti.. kerja bertimbun nak kena siapkan ontime. 

Dulu waktu kita masih bayi atau kanak-kanak, Emak tak pernah mengeluh atau beralasan untuk menguruskan kita. 

Kalau balik rumah Emak pula, Emak akan tanya nak makan apa.. Emak akan masakkan sedap-sedap untuk kita. Sepatutnya kitalah yang masak untuk Emak. Macam pelayan restoran pula kita buat pada Emak kita. 

Ada juga anak-anak yang sanggup memeras ugut ibu bapa sendiri semata-mata mahukan wang ringgit. Ada juga yang tidak segan silu mengherdik dan memarahi orang tuanya di khalayak ramai sekiranya kehendaknya tidak dipenuhi. 

Trend menghantar ibu bapa yang sudah tua ke rumah-rumah kebajikan orang-orang tua pula semakin menjadi-jadi. Alasan mereka tidak sanggup menjaga ibu bapa kerana sibuk dengan hal-hal kerjaya, kebajikan ibu bapa mereka lebih terjamin atau mereka tidak akan kesunyian lagi kerana ada ramai rakan seusia dan seuzur mereka di sana. Alasan yang semata-mata untuk menghalalkan perbuatan derhaka mereka. 

KESIMPULAN: 

Banyakkan mohon keampunan daripada Allah SWT dan mohon dijauhkan menjadi sebahagian daripada golongan seperti dalam hadis ini. Janganlah jadi tuan pada Emak sendiri. Emak bukan hamba, tetapi dia lah ratu hati kita. Jadi, perlakukanlah dia seumpama ratu atau permaisuri kita, pastikan seekor nyamuk pun tidak menginggapi Ibu kita. Beruntunglah mereka yang masih dikurniakan Emak dan Ayah yang masih ada di dunia ini.

Wallahu a'lam… EMAKKK KAMI KAMI SAYANGG EMAK.. ����������
.
nak senang tengok beg sekolah anak sekarang mak bapak yang uruskan. anak berlenggang. sayangkan anak... Petunjuk Hari Qiamat? 

Tiada ulasan: