Khamis, 7 Disember 2017

6506. Negara Kleptokratis - Negara kurang kasih sayang.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Ada 10 manusia yang dijamin Allah dalam al-Quran masuk neraka. Hal ini diceritakan ulang agar kita, hati hati jangan meniru perangai mereka iaitu;

1. abu lahab
2. istri abu lahab
3. qobil anak Nabi Adam
4. kan'an anak Nabi Nuh
5. azar ayahanda Nabi Ibrahim
6. fir'aun
7. qarun,
8. hamman
9. manruj
10. isteri Nabi Luth

Dari Ali R.A. meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: "DOA ADALAH SENJATA BAGI ORANG-ORANG MUKMIN, TIANG BAGI AGAMA DAN NUR BAGI LANGIT DAN BUMI" (Hadis Riwayat Hakeem)

Pesanan terkenal Khalifah Umar al-Khattab kepada salah seorang gabenor wilayahnya yang berbunyi: “Janganlah kamu berjanji yang bukan-bukan ketika sedang berasa terlalu gembira dan janganlah pula kamu menghukum yang bukan-bukan juga ketika sedang berasa amat marah.” 

*Negara Kleptokratis - Negara kurang kasih sayang.*
*Contoh-contoh amalan negara kurang kasih sayang.*

1. Minyak petrol dan desel dunia turun - Harga minyak tempatan selamba melonjak naik. Penentuan harga petrol dan desel diubah kepada harga mingguan - Hasilnya lebih banyak kali naik, berbanding penurunan harga. Harga naik lebih-lebih dan untuk harga turun sebolehnya seminima mungkin eg sekadar 1 sen.

2. Pokok kelapa sawit sekeliling rumah - Rakyat beli minyak sawit dengan harga yang semakin meningkat. Hampir sekali ganda dari harga dulu.

3. Hamba Allah iaitu rakyat banyak digembar-gemburkan dengan cerita kononnya pemimpin parti yang menerajui kerajaan pinjaman Allah adalah manusia hamba Allah paling jujur.

4. Rakyat banyak dibiarkan buta politik dengan cerita-cerita berprasangka buruk, supaya majoriti rakyat terus bodoh politik, untuk pemimpin yang mengaku jujur terus ditampuk kuasa.

5. Yang diadu tidak diapa-apakan - Pelapor yang kena siasat. OTP - Yang di tampuk kuasa. Usah ditegur, apa lagi dipersalahkan.

6. Tidak segan silu tanpa sedar wujud pengkelasan rakyat. Contoh orang bawah, rakyat bawahan, walhal majoriti pengundi adalah kalangan yang teranggap begitu. Sayangnya ada rakyat banyak tidak mendaftar sebagai pengundi atau langsung tidak mengundi, walau telah menjadi pengundi berdaftar.

7. Petanda negara kurang kasih sayang bila mulut pemimpinnya semakin biadap kurang ajar dan pendukungnya jadi tambah seronok. Islam tidak ajar berbahasa sedemikian buruk atau mengajar isyarat yang di luar kotak fikiran manusia waras.

Firman Allah subhanahu wa ta'ala dalam Surah as-Saff: ayat 2-3, tafsirnya: "Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah- kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya." 

Tiada ulasan: