Provokasi terhadap Islam. Kumpulan Ulasan 20.
Adab.
Ulasan...
Inilah contoh pemikiran sempit kebanyakan kristian yang menganggap semua yang tidak percaya kepada Tuhan Yesus adalah penyembah syaitan (seperti tiada peluang untuk kembali ke jalan yang benar) dan hanya menerima konsep tuhan yang diajar oleh gereja, bukan mesej sebenar yang disampaikan dalam Injil sendiri.
Logikal anda tidak selari dengan perkembangan dunia hari ini kerana jika sedemikian Islam tidak menjadi agama no.1 paling pesat berkembang hari ini. Antara sebabnya kerana ketuhanan dalam Islam selari dengan logik dan rasional akal manusia yang menjanjikan keadilan dan kedamaian, berbeza ddaripada tuduhan tanpa asas anda. Saranan saya adalah berlaku adil kepada Bible kamu dan gunalah cara yang lebih ilmiah untuk berhujah daripada membuat tuduhan tidak berasas.
Menjawab ASAS anda membuat tuduhan bahawa Islam adalah agama yang mencampurkan kebaikan dan kejahatan kerana
1) wujudnya jin Islam; dan
2) wujudnya ramai orang yang menghafal al-Quran.
PERTAMA
Islam mengajar bahawa selain penciptaan manusia, haiwan, tumbuhan, bumi ini, matahari dan bintang-bintang di langit telah diciptakan - makhluk ghaib yang patuh iaitu malaikat dan makhluk yang mempunyai pilihan (sebagaimana manusia) iaitu Jin juga telah diciptakan. Oleh itu, tiada konflik dalam Islam jika Iblis daripada kalangan Jin memberontak dan telah diizinkan tuhan untuk menyesat dan menjadi musuh manusia sehingga hari kiamat. Namun tidak adil bagi kita untuk mengatakan semua Jin adalah kafir sedangkan ada yang masih taat kepada tuhan dan tidak menjadi pengikut Iblis. Perkara yang sama inilah tiada konsep dosa warisan yang diwarisi daripada Nabi Adam di mana dosa seseorang adalah tanggungan masing-masing.
KEDUA
Perlu diakui bahawa tiada kitab seperti Al-Quran yang mempunyai lebih 6000 muka surat dan mengandungi lebih pelbagai fakta sains yang tidak mungkin ditemui 1400 tahun dahulu. Lebih dasyat, kitab ini juga mencabar pembacanya untuk mencari kesilapan atau percanggahan di dalamnya kerana jika bukan dari tuhan pasti wujud pelbagai percanggahan.
Sebagai makluman kepada seorang yang jahil tentang Islam tapi dapat mencapai pelbagai kesimpulan melalui andaian sendiri, al-Quran ini pada asalnya diajar secara hafalan oleh Nabi Muhammad kepada para sahabat dan hanya dibukukan semasa kekhalifahan Uthman Affan RA. Malah Quran itu sendiri adalah terbitan daripada Iqra (Bacalah) yang bermaksud "Bacaan". Kebijaksanaan tuhan adalah menurunkan mukjizat terbesar kepada penutup segala nabi iaitu Quran sebagai sumber ilmu dan hujah kepada umat Islam bagi menyeru mereka yang tidak percaya kepada kitab ini serta manusia seluruhnya untuk beriman kepada tuhan pencipta yang satu.
Jika ada yang menuduh Khalifah Umar (ataupun Uthman) mengubah penulisan setiap ayat yang telah disemak sebaik-baiknya kerana membakar segala dokumen yang salah bagi menjaga integriti dan mengelak kekeliruan, pasti ketika selepas peristiwa itu terdapat penentangan daripada umat Islam sendiri yang menghafal Quran atas perubahan yang berlaku. Malah kerana inilah tuhan telah menjanjikan bahawa berbanding kitab-kitab terdahulu bahawa Quran ini akan dipelihara sehingga hari kiamat. Hari ini - jika ada yang ingin cuba mengubah (mmg ada percubaan), orang Islam sendiri yang akan menyedari dan memperbetulkannya.
Sekarang, cubalah Bro Natan pertahankan kitab Bible dan justifikasi pelbagai percanggahan fakta dan kesilapan yang tertulis dan sentiasa disemak semula (revisi baharu) jika tidak kerana campur tangan manusia. Selain itu, anda masih mengelak untuk menjelaskan peristiwa Jesus dibaptiskan oleh sepupunya kelihatan berbeza namun masih dikatakan satu yang sama. Sesungguhnya, mereka yang bijak dan rasional pasti dapat melihat bahawa tuhan di langit pasti tidak sama dengan ciptaannya di bumi atau selainnya. Sesungguhnya Dialah pencipta yang tunggal yang berhak disembah dan mendapat segala pujian.
Tunjukkan kurang
+Shahriman Shukarmin Lukas,17:26-30 Dan sama seperti terjadi pada zaman Nuh,demikian pulalah halnya kelak pada hari-hari Anak manusia:mereka makan dan minum,mereka kawin dan dikawinkan,sampai kepada hari Nuh masuk ke dalam bahtera,lalu datanglah air bah dan membinasakan mereka semua.Demikian juga seperti yang terjadi di zaman Lot:mereka makan dan minum,mereka membeli dan menjual,mereka menanam dan membangun.Tetapi pada hari Lot pergi keluar dari sodom turunlah hujan api dan hujan belerang dari langit dan membinasakan mereka semua.Demikianlah halnya kelak pada hari,di mana Anak manusia menyatakan dirinya."orang yang tidak percaya Tuhan yesus adalah Tuhan yang datang menjadi manusia dan tidak menuruti perintah Alkitab akan binasa.seperti halnya zaman Nuh dan zaman Lot orang yang tidak percaya perkebaran Nuh dan Lot mereka semua mati.bro shahriman shukarmin kamu mengatakan sekarang umat islam menjadi no1 banyak di dunia,pada zaman Nuh hanya 8 orang yang selamat dan pada zaman Lot hanya 3 orang yang selamat.orang yang binasa pada zaman itu karena mereka tidak percaya.
Tunjukkan kurang
Menggunakan hujah anda adakah anda mahu mengatakan bahawa hanya 8 orang atau sedikit yang menerima petunjuk sebelum kiamat? Sesungguhnya saya tidak akan menyangkal hal ini kerana jika ramai orang seperti anda yang tidak mampu melihat kepada fakta serta hujah yang rasional dalam kitab sendiri, percaya buta kepada apa yang diajarkan orang lain, serta memandang orang lain sebagai ahli neraka, sesungguhnya andalah yang tertipu dengan kebaikan yang anda rasakan ada pada diri anda sekarang.
Namun, berkat Islam yang saya dalami, saya yakin bahawa tuhan adalah adil dan juga percaya bahawa masih ada individu yang ikhlas mencari tuhan dan mencapai keredhaan-Nya serta segala usaha yang dicurahkan akan diganjarkan dengan syurga. Ketahuilah orang Islam juga beriman kepada Nabi Nuh dan Nabi Lut malah semua nabi yang pernah diutuskan. Namun Islam tidak menjadikan mereka pendosa yang tidak boleh diikuti atau diteladani sebagaimana yang terjadi dalam Bible. Kisah Nabi Noh bukanlah sekadar amaran tetapi peringatan kepada setiap kita dalam menyampai mesej kebenaran pasti banyak cabaran dan rintangan.
Saya beranggapan bahawa kamu berandaian bahawa Islam agama baharu selepas Muhammad. Dari perspektif Islam, kami meyakini bahawa Nabi Adam sehingga Nabi Isa membawa ajaran yang sama iaitu Islam yakni menyembah tuhan yang satu dan para nabi telah diutuskan untuk menyampaikan mesej ini. Kaum yang telah dihapuskan itu adalah contoh kepada kaum yang terkemudian tentang kekuasaan tuhan sebagaimana dinukil dalam injil dan Quran agar kita meyakini bahawa kiamat itu pasti akan tiba dan dalam kekuasaan tuhan. Ketahui apabila kiamat datang, manusia akan dihapuskan seluruhnya dengan semua alam semesta ini. Namun semua ini tidak akan terjadi sehingga kebenaran tuhan difahami oleh semua manusia yang bakal disaksikan sendiri oleh Nabi Isa.
Sebagai manusia yang sama boleh berfikir - menurut Bible (Injil), Nabi Adam hingga Nabi Yahya (malah Nabi Isa sendiri) membawa mesej untuk menyembah tuhan yang satu ini tidak berbeza dengan Nabi Muhammad. Kitab-kitab telah ditinggalkan untuk dikupas agar kita semua pada akhir zaman ini boleh berhujah dan berfikir dalam mencari kebenaran. Persoalannya adakah kamu bersedia untuk berhujah dengan Quran atau Bible kamu sendiri dan menerima hujah atau terjemahan sebenar daripada apa yang kamu ingin percaya? Sesungguhnya kebenaran tuhan bukan mengikut selera masing-masing tetapi fakta yang kukuh daripada kitab serta rasional yang diterima secara umum oleh manusia kerana kita semua adalah manusia ciptaannya.
Konsep seperti Tuhan mempunyai anak, boleh mati dikayu salib, tidak mengetahui bila kiamat, dikalahkan oleh nabi, perlu berehat setelah mencipta dunia, berasa kesal setelah mencipta manusia dan banyak lagi - bukanlah konsep tuhan yang maha kuasa yang maha suci daripada sebarang kekurangan seperti difahami semua manusia secara umum - Islam atau tidak. Jika benarlah Jesus itu anak tuhan, dia tetap ciptaan tuhan dan bukan dianggap sebagai tuhan.
Semoga anda lebih memahami Islam dengan penjelasan ini dan mempelajari mesej sebenar yang ingin disampaikan sebelum terlewat.
Tunjukkan kurang
+Shahriman Shukarmin pilihan ada di tangan kamu sendiri,Tuhan yesus tidak pernah memaksa orang untuk percaya kepadanya,tetapi sesiapa yang mau datang kepadanya dan menuruti perintahnya tidak ada yang di tolak olehnya karena Tuhan yesus adalah Tuhan yang penuh balas kasihan terhadap ciptaannya.
+Shahriman Shukarmin kamu ini tidak mengerti apa yang saya katakan,apa lagi Alkitab.
Wahai saudara Natan, jika saya tidak memahami anda - maka saya tidak akan menjawab segala pertuduhan anda dan cuba menghurai ayat-ayat yang kamu perkongsikan sebaiknya.
Sebagaimana tertulis dalam Bible tentang datangnya seseorang yang akan mengagungkan Nabi Isa, berkat Nabi Muhammad hanya Islam mewajibkan umatnya untuk meyakini mukjizat serta kebenaran Nabi Isa sendiri. Orang Islam juga mengikuti ajarannya - berkhatan, berpuasa, sujud ke bumi, tidak minum arak, tidak makan babi dan banyak lagi. Oleh itu, tuduhan bahawa saya tidak percaya kepada tuhan apalagi Nabi Isa sendiri tidak berasas. Namun menyamakan tuhan dengan seorang manusia (nabi) tanpa bukti dan hujah dari kitab adalah perkara yang berbeza. Carilah dalam Bible (kerana pasti tiada dalam Quran) di mana Jesus sebagai anak Tuhan mengaku sendiri mengatakan secara jelas "Aku Tuhan" atau "Sembahlah Aku" dan bukan ayat-ayat yang hanya membawa maksud atau diterjemahkan mengikut andaian kamu sendiri seperti yang dilakukan sebelum ini.
Tunjukkan kurang
Shahriman Shukarmin kel,3:14 Firman Tuhan kepada musa:"AKU ADALAH AKU,"Lagi firman-nya:"Beginilah kaukatakan kepada orang israel itu:AKULAH AKU telah mengutus Aku kepada-mu.?"yoh,8:58 kata yesus kepada mereka:"Aku berkata kepadamu,sesungguhnya sebelum Abraham jadi,Aku telah ada."
Yoh 8:58 telah dijelaskan sebelum ini dan tidak secara langsung menyebut "aku tuhan" atau "sembah aku". Kel 3:14 pula dialog tuhan dengan musa dan boleh diterima umat Islam. Kamu terkeliru kerana mahu menyamakan yesus nazaret dengan tuhan bapa. Cubalah cari lagi kerana yang paling hampir kamu akan jumpa ayat dalam Bible adalah pengakuan org lain dan kesilapan terjemahan kerana Yesus Nazaret sendiri tidak pernah mengaku tuhan dan minta untuk disembah malah mengakui bahawa dia hanya diutuskan untuk membenarkan ajaran taurat dibawa oleh Musa, tidak mengetahui bilanya kiamat, mukjizatnya hanya dengan izin tuhan, tuhan (bapa) lebih berkuasa, tidak dapat mengampun dosa (taubat hanya kepada tuhan) dan datangnya seorang lagi nabi yang bakal membawa mesej kebenaran serta memuliakannya.
Tunjukkan kurang
+Shahriman Shukarmin apa yang saya katakan bukanlah dari andaian saya tapi Alkitab sendiri yang mengatakannya,tetapi kamulah yang berandai-andaian.
Nampaknya sukar untuk berbicara dengan seseorang yang tidak dapat membezakan andaian dengan hujah. Andaian atau hipotesis tidak didasarkan kepada fakta tetapi kepada pemerhatian, pengalaman dan pengetahuan sedia ada atau peribadi sahaja.
Hujah pula disandarkan kepada fakta, mempunyai rujukan/premis dan bukan daripada tafsiran sendiri tetapi ulama yang lebih pakar atau mempunyai logika yang diterima umum. Perbahasan tuhan ini bukanlah suatu yang baharu tetapi sesuatu yang perlu dalam mencari kebenaran.
Persoalannya bagaimana anda Natan Rionaldo) memberi ayat yang terdahulunya telah diberi penjelasan sendiri oleh agamawan kristian (dengan rujukan URL agar boleh disemak sendiri) tidak membawa maksud seperti yang dijelaskan tapi masih berkeras dengan terjemahan sendiri. Ayat kedua tadi pula contoh yang tidak menepati skop perbincangan kerana yang dikehendaki adalah kenyataan Jesus sendiri. Jika saya bertanya, siapakah yang sedang berbicara dengan Musa? Apakah kamu mahu mengatakan anak tuhan yang belum dilahirkan yang sedang mengaku sedemikian? Fahamilah bahawa saya sedang berhujah dengan ayat yang kamu berikan dan memberi premis kepada kenapa ayat kamu tidak menepati apa yang diminta. Seperti yang disebutkan tadi, umat Islam tidak akan menolak jika kenyataan kepada Musa itu daripada Tuhan yang sebenar dan dapat menerimanya sebagai kebenaran.
Pada penghujungnya, adakah kamu hanya mahu menyalahkan orang lain dengan melontarkan tuduhan dan menganggap diri sendiri sahaja betul? Ini bukan andaian tapi memang telah kamu lakukan tanpa kamu sedari dari awal perbincangan ini. Jika kamu ingin mengatakan umat Islam salah dan sesat, saya boleh fahami kerana manusia boleh silap dan salah faham serta perkara ini juga berlaku dalam umat Kristian sendiri. Tapi jika tuhan membuat kesilapan dalam kitabnya sama ada Bible atau Quran serta mengajar perkaranya yang salah, saya juga tidak dapat menerimanya. Sebagai manusia yang ingin menegakkan kebenaran tuhan, penjelasan kepada sebarang pertuduhan atau kekeliruan perlu diberikan. Ketahuilah perbincangan ini telah menjadi panjang kerana tuduhan awal yang didasarkan kepada andaian atau hujah yang lemah yang diikuti lagi dengan tuduhan baharu yang perlu diperjelaskan.
Tunjukkan kurang
Shahriman Shukarmin ini bukanlah tuduhan tetapi memang sudah kenyataannya Tuhan tidak mencipta,iblis,jin atau syaitan,ia hanya menciptakan malaikat dan manusia.banyak jin yang hafal al quran dan mengaku beragama islam,saudara jika kamu tidak percaya tengok.jejak paranormal di youtube.?dan jika kamu mengatakan Tuhan yang ciptakan jin,iblis atau syaitan bererti kamu mempersalahkan Tuhan,sebab Tuhan tidak pernah menciptakan kejahatan.
Tunjukkan kurang
Natan Rionaldo, mak kita xlahirkan kita utk jd jahat, xada 1 pn mak bapak dlm dunia nk anak jd jahat. Allah s.w.t ciptakan makhluknya utk bersujud pd Nya y Esa tp iblis tidak patuh bila Adam d cipta.
Jika bro anak y nakal parent bro juga hukum bro.
Natan Rionaldo jika iblis asalnya malaikat, d dlm kitab kamu malaikat d cipta dari apa? dan iblis d cipta dari apa? jika mailaikat dari cahaya dan dia berdusta pd Tuhan dia mati dan dia d cipta dari api kah?
Jawapan ada di atas, c natan suda jawap, dan macam mana kau conferm yang makbapa tiada yang begitu? Kau tuhan keeee
VlogerThisEra d dlm agama islam, bersangka baik. Nabi Muhammad s.a.w akan menjadi peguam d akhirat jika org kafir d tindas oleh org islam. y mengaku islam belum tentu dpt syurga d Sana. wajib bagi kami islam menyampaikan kebenaran dan Tuhan kami berpesan jika mahu beriman sila beriman jika mahu kufur sila kufur. Semoga hidayah Allah s.w.t milik kita. spt Pesan Nabi Isa d dlm injil kebenaran melalui jln nya utk bertemu Bapa (Allah s.w.t)
Kebiadaban ada hadnya. Jadi rasanya tak perlu lagi berhujah dengan dua orang ini. Mereka bukan benar mahu berbincang. Bagi mereka kepercayaan mereka dan biarlah tuhan yang maha adil untuk mengadili perbuatan mereka. Mereka ini sengaja mengapi-apikan orang Iain dengan soalan dan tuduhan mereka serta tiada niat untuk mencari persamaan atau memahami perspektif orang lain. Apabila terjawab pun persoalan mereka, mereka tetap berkeras bahawa orang lain pengikut syaitan sedangkan perbuatan mereka di sini langsung tidak menganjur kedamaian
Sumber:
https://www.youtube.com/watch?v=5wqeo99M0kA
.
Adab.
Ulasan...
Sumber:
https://www.youtube.com/watch?v=5wqeo99M0kA
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan