Provokasi terhadap Islam. Kumpulan Ulasan 22.
Adab.
Adakah kamu telah membaca penjelasan apakah kuasa yang dimaksudkan? Penjelasan itu adalah dari ulama kristian sendiri dan kamu sedang menafsir ayat itu tanpa melihat konteks ayat serta membuat kesimpulan umum sendiri.
Kuasa itu adalah untuk menguji kesabaran Ayub (atau keimanan manusia secara umum) - BUKAN MENCABUT (MENJUAL) ROH atau MANUSIA DI TANGAN SYAITAN sehingga menghilangkan nyawa. Ayat yang diberikan langsung tidak menyebut secara spesifik tentang mencabut roh (perkara yang sedang diperbincangkan). Ajal itu masih dalam kuasa Tuhan jika telah ditetapkan sedemikian.
Peristiwa kren di Saudi adalah kejahilan manusia (tak kira Islam atau tidak) dan peringatan tuhan tentang kekuasaannya pada akhir zaman bagi yang hendak beriman. Kemalangan seperti itu berlaku di seluruh dunia namun apabila ia melibatkan orang Islam maka telah diperbesar-besarkan dan dianggap sebagai hukuman.
Hairannya manusia biasa yang ditindas di Palestin, Myanmar, Iraq, Iran dan banyak lagi - tidak dilindungi dan diperjuangkan hanya kerana muslim. Inilah agenda kuasa besar dunia selepas perang dunia kedua yang dibelakangi yahudi zionis Israel yang ingin merajai dunia dan melihat Islam jatuh bagi kelangsungan bangsa mereka sendiri di dunia ini.
Ada ayat lain?
Tunjukkan kurang
Saya tak minta untuk memerintah dunia tetapi Islam tidak mengajar untuk menindas dan memaksa orang lain untuk percaya dan menganut Islam. Ini terbukti dengan negara Saudi sendiri sebagai pusat asas peradaban Islam dengan 10 juta orang kristian koptik. Perkara ini juga berlaku di Malaysia dan Indonesia walaupun salah guna kuasa tetap berlaku atas kelemahan manusia.
Namun sebagai manusia yang sama, kita harus berdialog dan berbincang tentang persamaan dan perbezaan kepercayaan kita serta bersama-sama mencari kebenaran secara harmoni dalam tempoh hidup yang sementara ini. Jadi apakah tujuan anda bertanya soalan seperti ini?
Tunjukkan kurang
Shahriman Shukarmin kuasa Tuhan menghidupkan manusia dan kuasa iblis membunuh manusia jadi semua penderitaan di dalam dunia ini adalah kuasa iblis,iblis menipu manusia agar mati dalam dosa.
Buat kali kedua, kamu masih menggunakan tafsiran sendiri berbanding ulama kamu. Semoga dibuka hati untuk memahami apa yang saya cuba sampaikan. Sesungguhnya kita berdua bukan lebih hebat daripada para ulama yang mendalami dan mempunyai kefahaman yang lebih tinggi. Bertanyalah dengan father / pastor kamu tentang kuasa mematikan makhluk, adakah masih bersama tuhan atau bersama syaitan. Kuasa iblis adalah untuk menyesatkan sebelum mati, bukan mematikan.
Tunjukkan kurang
Shahriman Shukarmin kejadian,3:4-5 tetapi ular itu berkata kamu tidak akan mati,tetapi Tuhan mengatahui,bahwa pada waktu kamu memakannya matamu akan terbuka,dan kamu akan menjadi seperti Tuhan,tahu tentang yang baik dan yang jahat.iblis telah menipu manusia dan ertinya ia ingin membunuh manusia iblis mengatakan kamu tidak akan mati tetapi lihat akibatnya sekarang manusia boleh mati.
Ya, sangat pasti (Quran 2: 286). Islam tidak memaksa tetapi yang tidak sabar dan memaksa adalah manusia itu sendiri. Namun setelah meyakini Islam adalah benar dan terbaik untuk manusia, pelaksanaan syariat (kewajiban) tidak boleh disalahkan sebagai satu paksaan. Sebagai contoh, tuntutan hijab (menjaga aurat) yang jelas dalam Quran tidak boleh dipersoal kewajipannya dan sebagai penguasa berhak menegur dan menghukum (bagi mendidik bukan menzalimi) mereka yang degil tapi masih percaya.
Tunjukkan kurang
Efe,6:11-12 kenakanlah seluruh perlengkapan senjata Tuhan,supaya kamu dapat bertahan melawan tipu muslihat iblis,karena perjuangan kita bukanlah melawan darah dan daging,tetapi melawan pemerintah-pemerintah,melawan penguasa penguasa,melawan penghulu-penghulu dunia yang gelap ini,melawan roh-roh jahat di udara.
ajaran injil tidak membenarkan membunuh manusia tetapi jika ada orang pengikut injil membunuh karena terpaksa itu akan diadili oleh Tuhan,tetapi ajaran al quran semua orang yang bukan beragama islam adalah musuh terutama yahudi dan nasrani kafir katanya kenapa al quran sangat benci nasrani dan yahudi karena kebenaran mereka pegang pertama yahudi umat pilihan Tuhan dan nasrani mempunyai firman Tuhan.
Kej 3: 4-5 ini adalah cubaan pertama Syaitan (Iblis) yang menjadi ular untuk memperdaya hawa (manusia) agar memakan buah larangan. Ayat yang kamu berikan ini langsung tidak ada kaitan dan sekali lagi kamu membuat kesimpulan sendiri bahawa menipu manusia itu sama dengan membunuh manusia. Padahal, syaitan di sini hanya cuba menyakinkan hawa bahawa tiada apa yang perlu ditakutkan dengan memakan buah dengan meyakinkan dengan menyebut "tidak akan mati".
Memetik sumber yang sama dari ayat sebelum ini, ulama kristian di alkitab.sabda.org juga menyatakan bahawa syaitan di sini berusaha untuk menghilangkan keyakinan manusia kepada firman tuhan dengan mengatakan yang sebaliknya.
http://alkitab.sabda.org/verse.php?book=kej&chapter=3&verse=4
Maka dengan demikian, Bro Natan tidakkah kamu mahu cuba mengkaji al-quran dengan fikiran terbuka serta mengesahkan sendiri firman-firman tuhan di dalamnya agar tidak termasuk dalam golongan yang terpedaya dengan bisikan syaitan.
Sebagai satu perkara untuk difikirkan bersama - Quran, Injil dan Taurat adalah rujukan kepada tiga agama samawi (langit) yang ada pada hari ini. Islam (Allah) menyeru untuk beriman kepada semua kitab yang pernah diturunkan dan menyatakan bahawa Quran adalah pelengkap kepada kitab sebelumnya sebagaimana Injil adalah pelengkap kepada Taurat. Namun demikian, berbeza dengan Islam, kristian dan yahudi secara jelas menolak kitab yang terdahulu atau kemudian daripada mereka walaupun mesejnya adalah sama apatah lagi jika mempunyai kesinambungan.
Selain itu, walaupun hari ini umat Islam hanya 1:7 kepada populasi dunia (hasil usaha berterusan syaitan), satu ketika hampir dua pertiga dunia telah menerima Islam dan ini pasti tidak berlaku jika dilakukan dengan paksaan melainkan menjadi fitrah manusia untuk menyukai keadilan dan keamanan - ini berlaku bermula pada zaman Sultan Muhammad Murad II yang diberi gelaran Al-Fateh. Gelaran yang sama dengan nama surah ke-48 di dalam al-Quran. Kedatangan beliau telah diwahyukan kepada Muhammad dan menepati hadis (kata-kata nabi) bahawa Konstantinopel (Instanbul hari ini) bakal ditakluk semula dan kerajaan Rom yang sangat berkuasa bakal dikalahkan di tangan seorang pemimpin terbaik yang diikuti oleh rakyat terbaik. Legasi beliau diteruskan sehingga makmurnya Melaka dan Acheh di nusantara dan bahasa melayu menjadi bahasa Lingua Franca. Namun, sejarah telah mencatatkan bahawa apabila manusia lalai dan leka dengan dunia maka berjayalah musuh-musuh Islam (syaitan) mengalahkan khalifah terakhir dengan kejatuhan Turki dalam Perang Dunia Pertama serta penindasan yang belum berhenti sehingga hari ini kepada umat Islam. Namun semua ini berlaku selari dengan ramalan serta petanda sebelum kedatangan kiamat, fitnah akan berleluasa dan inilah yang berlaku.
Hari ini, pelbagai fitnah dianggap sebagai kebenaran manakala andaian serta teori dijadikan hukum dunia. Maka selidiki dan carilah kebenaran, semoga kamu dapat terpilih daripada orang yang mendapat hidayah dan rahmat dari tuhan.
Sumber:
https://www.youtube.com/watch?v=5wqeo99M0kA
.
Adab.
Sumber:
https://www.youtube.com/watch?v=5wqeo99M0kA
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan