ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ
Allah berfirman yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120]
Hamas isytihar intifada baru bermula esok
[image: Hamas isytihar intifada baru bermula esok] Pemimpin Hamas,Ismail Haniyeh berkata pengumuman Presiden AS Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel adalah satu perisytiharan perang. HAMAS mengisytiharkan intifada pusingan baru bermula esok, yang ketiga dalam sejarah konflik Israel-Palestin, selepas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel. Pemimpinnya, Ismail Haniyeh berkata pengumuman Trump itu — yang sekali gus menandakan peralihan dasar Washington terhadap penyelesaian konflik Israel-Palestin dan penolak... lagi »
Tindakan Trump boleh akibatkan lebih banyak keganasan
Bekas perdana menteri berkata tindakan Trump akan mengapi-apikan ketegangan di Timur Tengah dan boleh menjejaskan proses damai Israel-Palestin. [image: mahathir-trump]Kuala Lumpur: Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Presiden Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel kerana ia akan mengundang lebih banyak keganasan. Beliau yang terkenal dengan kritikan tajam terhadap negara Barat mendakwa rancangan memindahkan Kedutaan Amerika Syarikat ke kota suci Islam, Kristian dan Yahudi itu sebenarnya dirancang sejak pentadbiran P... lagi »
Hamas Isytihar Intifada Baru
*Hamas Isytihar Intifada Baru*. Hamas mengisytiharkan intifada pusingan baru bermula esok, yang ketiga dalam sejarah konflik Israel-Palestin, selepas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel. Pemimpinnya, Ismail Haniyeh berkata pengumuman Trump itu — yang sekali gus menandakan peralihan dasar Washington terhadap penyelesaian konflik Israel-Palestin dan penolakan kepada penyelesaian dua negara — adalah satu perisytiharan perang. *Hamas Isytihar Intifada Baru*. "Baitulmaqdis telah diculik dan dirampas daripada kita," kata Ismail dalam... lagi »
Sekat Perang Dunia ke 3-Mahfuz Omar
Kenyataan media *BAITUL MAQDIS IBU NEGARA HARAM ISRAEL: SEKAT PERANG DUNIA KE TIGA, SEKAT PUNCA KEGANASAN DUNIA OLEH AMERIKA SYARIKAT* 1.Baitul Maqdis adalah *kota suci umat Islam* selain kota Mekah dan Madinah sejak berkurun lamanya sebelum kewujudan negara haram Israel melalui perjanjian Belfour 100 tahun lalu oleh negara Britain. 2. Sejak negara haram Israel menduduki Palestin dengan sokongan Barat terutamanya Amerika dan Britain, dunia telah terpisah geopolitiknya dan bermulalah satu perbedaan dan penentangan terhadap tindakan zionis menduduki Palestin. *Penentangan atas das... lagi »
DEMI PALESTINE, SEDIAKAH NAJIB BATALKAN PEMBELIAN BOEING DAN TARIK BALIK BANTUAN KUKUHKAN EKONOMI AMERIKA?
Meskipun Najib Razak dalam ucapan perasmiannya di Perhimpunan Agung UMNO semalam menolak perisytiharan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel sebagaimana yang diumumkan oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, langkah itu sebenarnya langsung tidak memadai. Juga tidak memadai ialah dengan sekadar menghantar nota bantahan ke Kedutaan Amerika oleh Pergerakan Pemuda UMNO yang diberitahu oleh Khairy Jamaluddin direstui sepenuhnya oleh Najib. Turut tidak memadai ialah pengumuman Ahmad Zahid Hamidi bahawa UMNO akan turut menghantar wakil daripada kalangan anggotanya yang tidak terli... lagi »
Marah Amerika ,Najib tak berani sebut Amerika.
Wan Azizah sebut Amerika Syarikat. Najib tak berani tulis Amerika Syarikat. Joko berani tulis Amerika Syarikat. Tun Mahathir terus berani sebut nama Trump. Presiden Joko Widodo dengan jelas menyebut nama Amerika Syarikat dalam penentangannya mahu menjadikan Baitulmaqdis (Jerusalem) sebagai ibu negara rejim haram Israel. Nada serupa juga ditunjukkan Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Dr Mahathir Mohamad. Tapi kenapa Najib Razak tak berani tulis langsung?
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan