Jumaat, 8 Disember 2017

6554. Sayyidina Umar mengisytiharkan seluruh bumi Palestin adalah tanah wakaf umat Islam.



 ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ

Allah berfirman yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120] 

Jumaat menangis...

"Sesiapa menakluki Palestine (Jerussalem Baitulmaqdis), mereka menguasai dunia" ~ SALAHUDDIN AL AYYUBI.

Assalamu'alaikum..salam Jumaat. 

Jenuh memujuk hati seawal pagi, pabila hati yg kononnya "besar" - hendakkan syurga Allah - di paksa menjadi “kecil” dan kini sebaliknya sekadar menjadi pelengkap dlm membenarkan sabda Rasulullah SAW berabad² silam. 

Umat Islam akhir zaman akan seperti buih di lautan. Meski terlihat banyak, namun tidak bererti. Itulah kita sebahagian dari itu, hari ini. 

Rasulullah saw bersabda, “Nyaris orang² kafir menyerbu dan membinasakan kamu, seperti menyerbu makanan di atas piring.” Seseorang berkata, “Apakah  sedikitnya kami waktu itu?” Baginda bersabda, “Bahkan kamu waktu itu terlalu ramai, tetapi hanya seperti buih di atas air. Dan Allah mencabut rasa takut musuh²mu terhadapmu serta menjangkitkan di dalam hatimu penyakit wahn.” Bertanya lagi, “Apakah wahn itu?”.., “Cinta dunia dan takut mati,” (Diringkaskan dari hadis riwayat Ahmad, AlBaihaqi, Abu Daud).

"December 7, 2017 - 
Trump secara rasmi iktiraf Baitulmaqdis ibu negara Israel" - Reuters.

Rujuklah pd diri masing², di mana kita berada dlm situasi ini sbg muslim yg mukmin. Kalau tiada sedikit dlm hati rasa "terusik", berdoalah pd Allah supaya Allah tukarkan hati itu.

Rasulullah saw bersabda, ‘Barang siapa di antara kamu melihat kemungkaran, hendaklah dia merubahnya dgn tangannya. Apabila tidak mampu maka hendaknya dgn lisannya. Dan apabila tidak mampu lagi maka dgn hatinya, sesungguhnya itulah selemah² iman’.” (Muslim)

Berapa juta setiap tahun umat Islam bertandang ke Kota Haramain - Umrah dan Haji. 

Dan 

musuh² Islam termasuk yahudi memerhati dari "satelite" dgn senang hati tanpa gusar kerana mereka tahu berapa ramai yg ke sana sekadar dgn hajat hati masing², tiada kesatuan. 

Bila pulang nanti, sunah Nabi dan ajaran Al Quran bukan lagi ikutan tapi sekadar diikut mana yg berkenan di hati. Sedangkan legasi Nabi saw: 1 lawan 3 di perang Badar, cukup jelas menceritakan segala. 

Namun, ramai dari kita mendengar kehebatan itu sekadar utk mengiyakan..ya  Islam itu "pernah" hebat. 

"(Ingatlah), ketika kamu mengatakan kpd orang mu’min: “Apakah tidak cukup bagi kamu Allah membantu kamu dgn tiga ribu malaikat diturunkan dari langit?” ya (cukup), jika kamu bersabar dan bertakwa dan mereka datang menyerang kamu dgn seketika itu juga, nescaya Allah menolong kamu dgn 5 ribu Malaikat yg memakai tanda" Al Imran:124-125. 

Memang benar, kisah Badar ini di kategorikan sbg salah satu mukjizat Nabi saw. 

Tapi kita manusia biasa mampu di kurniakan "karamah", tapi ianya adalah adunan terhebat dari bukan sekadar beriman pd Allah tapi juga bertaqwa pada Allah. 

Inilah yg banyak hilang dlm diri kita.. gabungan iman dan taqwa.  Termasuk saya terutamanya.  

MENGAPA YAHUDI NAK SANGAT BAITULMAQDIS NI.

Pada masa Nabi Daud dan Sulaiman, para yahudi semuanya taat pd Allah. Nabi Sulaiman hebat mukjizatnya: sangat kaya, kuasai angin, jin dan margastua. Jin byk bawakan emas kpd Nabi Sulaiman sehinggakan di bawah laut pun Ifrit tolong ambilkan.

Masa Nabi Sulaiman mengarahkan pembinaan Masjid Al Aqsa, semua jin patuh dan buat bersungguh² bersama para yahudi dan manusia lain hinggakan tidak sedar wafatnya Nabi Sulaiman (wafat ketika berdiri/duduk atas kerusi, memerhatikan jin dan manusia membina Masjid Al Aqsa). 

Sampai masa siap Al Aqsa, kewafatan baginda ditunjukkan:  anai² makan tongkat dan jasad baginda terjatuh.   

Selepas kewafatan inilah yahudi berpecah belah dan kembali ke tabiat lama mereka, menyembah berhala dan menindas. 

Ada juga yg masih taat menyembah Allah, tapi ramai kembali menyembah berhala dan ada juga menyembah syaitan.

Para penyembah syaitan inilah yg membina bangunan berdekatan Kompleks Masjidil Al Aqsa dinamakan "Solomon Temple" - tempat ritual penyembahan syaitan dan akan menjadi istana alMasih Dajjal. 

Ini diketuai oleh King Hiram the Thyre. Boleh check sapa King nih. Mereka angkut kebanyakan emas di Masjid Al Aqsa ke Solomon Temple tersebut.

Kisahnya, selepas banyak zalim dan menindas, yahudi diserang oleh kaum Assyria memusnahkan kota mereka tapi mereka bangkit utk diserang pula oleh Rom yg memusnahkan kota yahudi menjadi padang jarak padang terkukur. 

Tinggallah satu dinding sahaja -  sekarang ni  "Tembok Ratapan (Wailling Wall)"  Si Barrack Obama dan George W. Bush & beberapa bekas Presiden Amerika pernah buat ritual menangisi di tembok ni.

Selepas itu mereka bersama dgn Rom dan membodek Rom pula. 

Sehingga Nabi Isa diutuskan tapi yahudi rasakan Nabi Isa ini satu ancaman. Dihasutnya pemerintah Rom membunuh Nabi Isa. 

Tetapi Nabi Isa diangkat ke sisi Allah secara hidup² dan orang lain ditukarkan ke rupa Nabi Isa. Nabi Isa akan turun semula menjelang kiamat.

Yahudi sekarang terlalu inginkan Baitulmuqaddis disebabkan mereka percaya masih banyak lagi “emas”(1) yg belum sempat diangkut oleh mereka sejak dulu. 

Mereka percaya bahawa dgn “emas” ini, mereka dapat menguasai dunia.

Peristiharan Trump 7 Disember lalu nak memudahkan kerja² mereka kerana selepas ini sudah pasti Muslim akan dihalang masuk. 

Dan lagi satu misi penting kenapa si laknatullah ni nak sangat² Baitulmaqdis adalah nak bina semula "Solomon Temple" yg runtuh masa diserang Rom dulu. 

So, ini boleh jadi Kiblat penyembah syaitan dan juga istana kpd Raja yg akan ditabalkan oleh mereka menjelang tahun 2020 (Jews Protocol No 22 Henry Ford). Kena cari fact ni...

Yahudi juga percaya di Masjidil Aqsa ada "The Ark Of Convenant" - tersorok disalah satu jalan rahsia di bawah Masjidil Aqsa. Mereka yakin dengan adanya ini, Bani Israil akan berjaya dlm setiap peperangan. Wallahua'lam.

Kalau tidak di tentang penguasaan mereka pd Al Aqsa, maka ini hanya menunggu masa utk diruntuhkan oleh yahudi yg akan membina kembali kuil ke-3 mereka yang mana tapaknya adalah Dome of Rock dan Al-Aqsa sekarang. 

Tetapi  ada beberapa syarat kena dipatuhi mereka. 

Antaranya: kaum yahudi dikumpulkan di satu tempat (Israel) dan mesti ada seorang messiah  membimbing mereka. Seperti mana yang kita tahu Rasullulah SAW adalah Rasul utusan Allah terakhir. 

Jadi siapakah penyelamat mereka menunggu untuk ditabalkan itu? Sudah semestinya "the false messiah” a.k.a dajal almasih. Wallahua'lam.

Akhir kalam, panjang lagi..kalau nak di huraikan tentang ini tapi isu ini adalah isu Aqidah, ini kiblat kita yg pertama. 

Pada 636 M, Sayyidina Umar pergi sendiri ke Palestin utk mengambil kunci kota Baitul Maqdis dari pemimpin kristian. 

Sebaik memegang kunci itu, Sayyidina Umar mengisytiharkan  seluruh bumi Palestin adalah tanah wakaf umat Islam. 

Kenyataan ini bermakna seluruh umat Islam wajib mempertahankan tanah wakaf itu. Dan sabda Rasulullah SAW pula: ‘Barangsiapa yg tidak ambil berat urusan umat Islam maka dia bukan dr mereka.’ 

Ingatan ini sangat serius. Sesiapa yg tidak ambil tahu langsung dan tidak kisah serta hanya memikirkan kepentingan diri sahaja, Rasulullah SAW kata dia bukan daripada golongan umat Islam. 

Renungkanlah! 

Buatlah sesuatu ikut kemampuan selepas kita tahu tentang ini. 

ALLAHUAKBAR.

Wassalam.
ncs


Nota:
(1)  "emas”: buku² sihir kuno yahudi. 

Pada zaman Nabi Sulaiman, baginda telah menangkap syaitan yg ajar sihir pd kaum yahudi dan buku² sihir tersebut ditanam di bawah singgahsana baginda. 

Itulah sebabnya mereka menggali Al Aqsa - mendapatkan kembali ilmu² sihir. 

Buku sihir itu bukan mengenai ilmu sains dan teknologi. 

Ia buku sihir  mengajar ilmu² hitam spt kabballah (salah satu sihir kuno yahudi). 

Sebenarnya, salah satu sumber kekuasaan yahudi adalah melalui pertolongan lucifer (iblis). 

Mereka memperoleh kuasa, harta, wanita dan kemewahan dgn mengamalkan ritual² penyembahan syaitan. 

Buku² sihir itu amatlah penting utk memperhebatkan lagi kekuasaan mereka. 

Walaubagaimanapun, yang Maha berkuasa hanyalah Allah swt.

2. Sumber Rujukan:
a. Nota Kuliah Ustaz Abdul Mu’izz
b. Reuters
c. Blog berkaitan Yahudi & BaitulMaqdis.
camner kalau hal ini terjadi di bumi malay? ada ke yang jawab, ade aku kisah?
..

Tiada ulasan: