Jumaat, 8 Disember 2017

6567. Kisah jam tangan. Jadi cerita menarik tentang Islam.

 ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ

Allah berfirman yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120] 

Jumaat menangis...

“Kalau Macam Ini, Senang Nak Masuk Islam”, Mr Lim Tauke Kedai Jam Teruja Dengar Kisah Adam Kelvin

Ketika saya beli jam tangan, pemilik kedai, Mr Lim tanya saya.
(Dialog dalam bahasa Cina, tapi saya terjemah ke Bahasa Melayu)
Lim: Kamu kahwin Melayu, jadi terpaksa masuk Islam?
Saya: Tak ada lah, saya dah masuk Islam 10 tahun yang lalu, kahwin baru 4 tahun. 🙂
Lim.: (muka terkejut), kamu kenapa masuk agama Melayu? Sebelum ini, kamu agama apa? 
Saya: Saya buat kajian. Sebelum ini saya agama Kristian.
Lim: Kenapa Kristian tak baik ke? Bukan semua agama ajar baik ke? Kenapa nak masuk agama Melayu?
Saya: Betul, semua agama ajar buat baik, tapi saya buat kajian untuk cari “kebenaran”. Jadi pada pendapat saya, Islam benar, sebab saya percaya di alam ni cuma ada 1 Tuhan sahaja. 
Tapi, pada masa yang sama, Islam ajar kita hormat agama orang lain. 🙂 
Kemudian, saya bukan masuk Melayu, saya masih boleh kekal budaya Cina saya. Islam semua bangsa ada, di China, bilangan Cina muslim sahaja sudah lebih daripada penduduk Malaysia. Di US pun ada muslim.
Lim: Oo, ya ke? Saya tak tau pun di China banyak muslim. Betul ke boleh kekal budaya? Kamu kahwin bukan terpaksa pakai baju Melayu ke?
Saya: Boleh buka Google cari “bilangan China muslim”. 
Mana ada? (tunjuk gambar kahwin saya) saya kahwin pakai baju shamfu mah. (shamfu untuk lelaki, cheongsam untuk perempuan)
Lim: (terdiam sekejap), hmmm… tapi bukan kamu wajib tukar nama ke?
Saya: (Tunjuk IC saya), tak ada lah, saya boleh kekal nama saya 100%, tak perlu tambah nama atau tukar nama pun, kemudian nama saya pada lesen kereta, bank dan sebagainya pun tak perlu tukar sebab saya tak tukar nama IC saya. Nama saya Eh Jun Guang, saya pun baru dapat 1 anak, nama dia dalam surat beranak, Eh Soon Cong.
Lim: (muka terkejut sekali lagi). Oo kalau macam ni, senang nak masuk Islam. Tak ada la jadi isu besar. 
Saya: Memang senang, cuma percaya Tuhan itu hanya 1 sahaja, lepas itu cuma lafaz: “I believe there is no god but Allah, and the Prophet Muhammad is the messenger of Allah.” 🙂
Lim: Tapi kenapa nama tuhan “Allah”, macam nama Melayu.
Saya: Ooo… bukan, “Allah” adalah bahasa Arab, dalam tulisan Arab, perkataan “Allah” datang daripada huruf “Al” maksud “The” & 
huruf “elah” maksud tuhan.
Jadi apabila gabung semua huruf akan jadi “Allah”. 
So “Allah” means that “The Only One (God) to be Worshipped”.
Di negara Arab, orang Kristian guna “Allah” dalam kitab Bible mereka.
Lim: Oo saya rasa kamu bukan sahaja boleh jadi Maths Tutor, tapi kamu boleh jadi Islam Tutor yang ajar Islam. Banyak ilmu kamu mengenai Islam.
Saya: Tak ada lah, saya tak layak jadi ustaz, banyak ilmu Islam lagi saya perlu belajar. Saya punya specialise dalam Maths & Add Maths sahaja. 🙂
Lim: Haha. so nanti kamu boleh ajar anak saya Add Maths lah, tahun ini dia SPM.
Saya: Haha, ok, boleh 🙂
Lim: Saya bagi special discount untuk jam tangan ni sebab banyak info yang saya dapat hari ini daripada kamu. 🙂
Kisah ini diambil daripada Facebook Adam Kelvin.
Sumber:
http://www.ismaweb.net/2017/04/10/kalau-macam-ini-senang-nak-masuk-islam-mr-lim-tauke-kedai-jam-teruja-dengar-kisah-adam-kelvin-2/

Di antara tanda-tanda Kiamat adalah

Penaklukan Baitul Maqdis. Dijelaskan dalam hadits ‘Auf bin Malik Radhiyallahu anhu, beliau berkata, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

اعْدُدْ سِتًّا بَيْنَ يَدَيِ السَّاعَةِ... (فَذَكَرَ مِنْهَـا:) فَتْحُ بَيْتِ الْمَقْدِسِ.

‘Ingatlah (wahai ‘Auf) ada enam (tanda) sebelum datangnya hari Kiamat....’” (Lalu beliau menyebutkan salah satunya), “Penaklukan Baitul Maqdis.”(HR Bukhari)

Kembalinya kaum Yahudi ke Palestin sebagai tanda bahwa kiamat telah dekat, karena setelah mereka kembali, tidak lama setelah mereka berkuasa di Palestin kaum muslimin akan memerangi mereka dan baitul Maqdis ditaklukkan kembali oleh kaum muslimin, sebagaimana hadist.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يُقَاتِلَ الْمُسْلِمُونَ الْيَهُودَ فَيَقْتُلُهُمْ الْمُسْلِمُونَ حَتَّى يَخْتَبِئَ الْيَهُودِيُّ مِنْ وَرَاءِ الْحَجَرِ وَالشَّجَرِ فَيَقُولُ الْحَجَرُ أَوْ الشَّجَرُ يَا مُسْلِمُ يَا عَبْدَ اللَّهِ هَذَا يَهُودِيٌّ خَلْفِي فَتَعَالَ فَاقْتُلْهُ إِلَّا الْغَرْقَدَ فَإِنَّهُ مِنْ شَجَرِ الْيَهُودِ

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu, sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda : “Kiamat tidak akan terjadi sehingga kaum Muslimin memerangi Yahudi, lalu kaum Muslimin akan membunuh mereka sampai-sampai setiap orang Yahudi bersembunyi di balik batu dan pohon, tetapi batu dan pohon itu berkata, ‘Wahai Muslim, wahai hamba Allah, ada orang Yahudi di belakangku, kemarilah dan bunuhlah dia.’ Kecuali (pohon) gharqad karena ia adalah pohon Yahudi.” (HR Muslim)

Allahuakbar, penghujung dunia semakin dekat. Perbanyakkan ibadah kepada Allah dan banyakkan membaca Surah Al Kahfi setiap hari jumaat. Jika tidak mampu membaca habis, baca lah 10 ayat terawal dan 10 ayat terakhir.

Tiada ulasan: