Sabtu, 9 Disember 2017

6576. Beza berlegai dengan bertepuk tampar.

 ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ

Allah berfirman yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120] 

Jumaat menangis...

Suara Sheila Majid dan Fathia Latiff

ULASAN Dalam tamadun-tamadun besar dunia, seniman memang selalu ada tugas lain selain pekerjaan hakikinya sebagai seniman.
Begitu juga dengan penyanyi seperti Sheila Majid mahupun pelakon seperti Fathia Latiff. Tweet ringkas mereka masing-masing dengan pantas menjadi tular. Lebih-lebih lagi apabila mereka dilihat menyuarakan sesuatu yang lebih daripada kisah cinta sepertimana yang selalu disampaikan dalam lagu-lagu, drama atau filem.
Tampaknya dalam beberapa hari ini, tiada sesiapa yang menafikan hak seniman untuk bersuara sama ada di kalangan mereka yang propemerintah, propembangkang mahupun yang independen. Nampaknya sudah wujud satu kematangan politik yang luar biasa selain isu yang diketengahkan menyentuh langsung soal realiti kehidupan rakyat.
Apa yang tidak kelihatan oleh ramai orang, lebih-lebih politikus atau mereka yang sudah taksub dengan politik kepartian ialah kenyataan yang ruang kebebasan bersuara yang wujud di Malaysia hari ini adalah jauh lebih baik. Sekurang-kurangnya kalau dibandingkan di kala Dr Mahathir Muhamad berkuasa 22 tahun dahulu. 
Kebetulan juga hampir setiap orang hari ini mempunyai telefon pintar dan media sosial masing-masing. Bukan sahaja Sheila dan Fathia, tetapi artis lain seperti Aznil Haji Nawawi dan Adibah Noor juga saling mengeluarkan pandangan masing-masing.
Namun dalam keadaan dunia berada di hujung hari sekali pun, di luar sana ada lagi kerajaan di dunia yang mengharamkan atau cuba menyekat kebebasan ini. Bahkan ada pula yang masih terus menangkap mereka yang bersuara bertentangan dengan selera sesuatu kerajaan itu.
Mungkin ramai yang berfikir bahawa rejim tertutup dan kuku besi seperti China dan Korea Utara sahaja yang bersifat sebegitu terhadap rakyatnya. Tetapi jangan dilupakan di negara Islam yang pernah dianggap paling demokratik pun seperti Turki juga sekarang menjadi sangat tertutup.
Kita boleh saksikan iaitu ketika bantahan terhadap Presiden Tayyid Erdogan (bawah) memuncak lebih kurang dua tahun lalu, tidak kurang jumlah yang diberkas dan dihadapkan ke muka pengadilan. Mereka yang tertangkap dan terdakwa bukan hanya terdiri daripada golongan politikus penentang, tetapi juga golongan penulis, pelawak, pelakon, penyanyi sehinggalah model. 
Kita boleh membaca berita pada Julai tahun lalu, tentera bawah cengkaman Erdogan telah menangkap lebih 6,000 penentangnya. Namun Erdogan berjaya menggunakan strategi yang hampir sama sepertimana yang pernah digunakan di era Dr Mahathir menjadi perdana menteri dahulu demi terus mengekalkan kuasanya.
Antara lain Erdogan mengambil sikap begitu lantang melaungkan retorik nasionalisme dengan membayangkan dirinya sebagai seorang nasionalis. Erdogan tanpa berselindung akan menghentam mana-mana pihak luar seperti negara-negara Eropah mahupun Amerika Syarikat. Dengan cara itu, maka rakyat akan melihat dia mewakili kepentingan negara walaupun dalam waktu sama sangat mengongkong rakyat sendiri.

Kalau jadi di era Dr M
Bagi menampilkan pula dirinya sebagai seorang pejuang Islam, Erdogan juga menunjukkan kepada majoriti Muslim di Turki bahawa dia adalah wira umat Islam. Dia akan bersuara di dalam setiap isu yang menyentuh sentimen umat Islam daripada nasib masyarakat Rohingya sehinggalah kepada isu ibu kota Israel yang kelmarin akan berpindah dari Tel Aviv ke Jarussalam.
Begitulah imej berdepan dengan musuh luar menjadikan rakyat Turki terpukau atau dapat dilalikan dengan kezaliman dalam negara yang dilakukan Erdogan.
Dalam waktu sama satu dunia tahu, sejak dia melepaskan jawatan sebagai perdana menteri, Erdogan terlebih dahulu membina istana yang sangat besar untuk dirinya sebagai presiden. Beberapa tahun lalu, Erdogan juga tercalit dengan tuduhan korupsi yang melibatkan anaknya.
Hari ini kebebasan bersuara di Turki menjadi sangat buruk. Saya hanya boleh membayangkan sekiranya tweet panas para seniman beberapa hari kebelakangan ini berlaku di Turki, maka sudah tentu orang seperti Shiela mahupun Fathia akan segera diberkas oleh aparat rejim.
Kita juga tidak bisa membayangkan bagaimanakah nasib para seniman itu kalau Dr Mahathir masih menjadi PM, mungkin mereka juga secara senyap-senyap akan digam media arus perdana. Peluang untuk mendapat tawaran menyanyi dan berlakon pasti terpadam sama sekali.
Dalam kata lain, kebebasan bersuara yang sedikit wujud hari ini sehingga dapat dinikmati oleh sesiapa pun bukanlah sesuatu yang datang bergolek dan percuma. Ruang demokrasi ini wujud hasil daripada apa yang diperjuangkan oleh ramai para pejuang sejak hampir dua dekad lalu, iaitu sejak era Reformasi 1998.
Di ketika itu, mungkin ramai seniman tidak mempedulikan pun ribuan orang yang dipukul mahupun diberkas. Ramai pula kehilangan punca pendapatan, pekerjaan dan ada yang sampai bercerai-berai demi perjuangan demokrasi yang sangat getir itu.
Di ketika yang paling perit itu pun, susah sekali dapat didengar suara simpati seniman atau sasterawan negara yang mahu bercakap bagi pihak rakyat yang teraniaya. Lebih memeritkan, perjuangan sedemikian konon hanya dikaitkan untuk mengangkat dan membebaskan satu-dua tokoh yang tak dapat menjadi perdana menteri.
Sedikit kebebasan bersuara yang ada inilah yang wajar dipertahan dan dikembangkan lagi—yang sama pentingnya dengan perjuangan untuk memulihkan ekonomi rakyat. Sehebat dan setanding apa pun ekonomi negara ini dapat dipacu kembali, tetapi tanpa kebebasan dan demokrasi maka pertumbuhan itu akan terencat juga satu saat nanti.

Seniman tak mudah diperbodoh
Dalam pengalaman beberapa kali pilihan raya, saya juga yakin bahawa tidak mudah pula golongan seniman boleh diperbodoh dan ditunggangi oleh mana-mana parti politik. Seniman tidaklah dungu dan mereka akan terhormat sekiranya dapat kekal bersuara bagi pihak rakyat terbanyak.
Atas kesedaran ini jualah, kalau saya seorang yang berkuasa dalam kerajaan, saya tidak akan memusuhi Sheila, Fathia, Adibah, Aznil atau sesiapa sahaja yang ingin mengeluarkan pandangan. Mereka juga mungkin boleh diundang untuk berdebat dan berhujah di RTM mahupun dalam bual bicara di satu sudut perhimpunan agung Umno itu sendiri. 
Tinggal kenangan WW'20
Ya, Tak ada apa yang hendak digusarkan. Politik yang matang ialah kala mana sesiapa pun mampu membawakan hujah-hujah yang bernas tanpa kata-kata mengejek daripada seniman yang dalam masa sama berada pula di dalam pasukan Puteri Umno, misalnya. Masing-masing punya hak berhujah—bukan hak memfitnah.

Sesungguhnya era memancung hujah dengan cara menakut-nakutkan atau menangkap pihak yang bertentangan fikrah adalah kelakuan di era rejim lama. Sepatutnya semua itu sudah pun berlalu.

Read more at https://www.malaysiakini.com/news/404808#9sUwsd81TfdutX2E.99


HASMI HASHIM atau Budi Hekayat seorang penulis lirik dan otai Jalan Telawi.
Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang redaksi Malaysiakini.

Sumber: 
https://www.malaysiakini.com/news/404808
.
TkHamzah Raffar · 

Artis juga rakyat Malaysia. Artis juga membayar cukai termasuk GST. Malaysia mengamalkan sistem bebas bersuara. So..apa masalah nya. Hak bersuara. Memberikan pendapat. Meluahkam ketidakpuasan. Salah ke? Apakah Kerajaan skrg ini tidak boleh d tegur? Tegur je melenting dan penegur di cap bersekongkol dgn Pembangkang?
SukaBalas111 jam
Spark Chess · 

setakat artis bersuara tapi sokong madey x berguna jugak.. artis yg hidup dlm dunia artis mana dia taw perit jerih PAS yg berjuang melawan menentang ideologi sekular yg di bawak oleh madey.. cuma terdapat dikalangan artis yg mendapat hidayah yg berhijrah jer mengerti akan perjuangan PAS.. sebab itu setiap kali program PAS kita akan lihat artis yg berhijrah turut menjaya kan program PAS.. dan suara artis tu akan lebih bermakna jika bersama PAS bersama sama dlm perjuangan islam..
SukaBalas137 min
Zuraini Mamat · 

Pas pun sama jgk,,mana ada suara menentang omno skarang ni..dok mcm dulu masaTGNA...makan dedak sama doh..
SukaBalas125 min
Ismail Yusof · 

Tahniah Seleberiti Dato Sheila Majid,Dato Aznil Nawawi,Fathia Latiff,Erra Fazira,Aishah,Dato Siti Nurhaliza,Adibah Noor dan artis yang lain kerana Menyuarakan Masalah kesusahan rakyat Malaysia yang tidak berkemampuan..
Saya Sokong Pendapat Dato Aznil Nawawi,Erra Fazira,Fathia Latiff , Dato Sheila Majid,Adibah Noor,Dato Siti Nurhaliza dan artis lain yang memahami masalah kesusahan Rakyat Malaysia yang hidup Sengsara dengan bebanan kos sara hidup yang amat tinggi..
Selebiriti pun Rakyat Malaysia juga berhak bersuara mewakili rakyat Malaysia,kata Malaysia ni rakyat bebas bersuara,kenapa perlu di...Lihat Lagi
SukaBalas937 min
Nick Lion · 

Truly patriotic.. Standing high & Brave warrior "nothing to hide".. voicing out for rakyat.. pain, suffering n grievance..
We are brought to tears by their bravery n sacrifice.. dare!
SukaBalas218 min
Nordin Kcd
Don't worry, pengampu-pengampu Penyangak MO1 kata bos mereka itu sangat berfikiran terbuka, bukan macam presiden Korea Utara Kim Jong Un yang tangkap siapa saja yang mengumpat pasai dia. Mungkin Penyangak MO1 anggap dirinya sama popular dengan Trump. Trump masih boleh menang pilihanraya presiden walaupun majoriti artis di Amerika menyatakan sokongan terhadap Hillary Clinton. Sekarang padan muka rakyat Amerika yang percaya sangat dengan janji-janji Trump to make America great again.
SukaBalas154 min
Star Karat · 

kalau kt malaysia payah bro..dier ni naik x yah masuk politik pn..JKk pn x da malah ketua pemuda pn x pernah..he..he..
SukaBalas121 min
Roslan Omar Omar
Sekurang2 nya mereka berani bersuara dan merasai ape yg rakyat marhain rasa skg ni..celebriti yg lain, mana pegi..yg ada title datuk semua tu mana...datuk sheila majid dan datuk pak Nil je yg berani bersuara..
SukaBalas256 min
Mustafa Omar
Ramai datuk kaki lima...
SukaBalas134 min
Abu Bakar Hj Azahari · 
Bekerja di Bersara

Artis tu pun manusia biasa, depa tahu juga lah susah payah masyarakat di bawah ni, yang tahu dari pihak atasan cuma dengar dan tiada apa apa tindak balas yang di lakukan. Rakyat jua yang merana.
SukaBalas147 min
Faisal Ju Haliim
Di zaman Tg Rahman Tun Razak dan Hussein Onn berlaku juga penangkapan sedemikian bukan Tun Mahathir sahaja yg perlu dipersalahkan bapa Najib juga lakukan perkara demikian serupa juga bapa Hissamuddin
SukaBalas142 min
Rat Hi
Sheila dan Fathia teruslah bersuara demi kami yang miskin......pemimpin umno kini kian kejam.....
SukaBalas137 min
Nur Muhammad · 
Bekerja di Self-Employed

Rakyat yang teraniaya mengucapkan Tahniah! Kepada artist yang sekarang sudah berani berkata tentang kebenaran.
SukaBalas138 min
Wan Wann · 
Bekerja di Facebook

kita dinegara dunia ke3 sememangnya pemikiran yg mcm ni.jika kita bersuara menghentam kerajaan kita dikira sebagai pengkhianat bangsa.
SukaBalas49 min
Chu Kai
Menteri umno suka cara ni..dorg nak kita semua angguk2 je jgn bantah
SukaBalas29 min
Cheman Jamaludin
persetan kata kata pendedak yg hanya mencari kepentingan diri, jgn dihiraukan. Anda rakyat Malaysia, hak kamu utk bersuara
SukaBalas38 min
Hinata Bean · 

Kumpul kan 100 ribu puteri umno.. tak akan jumpa yg secantik fathia..
SukaBalas140 min
Ho Peng Wong · 
Bekerja di Facebook

Confirm pas ni kena gam dgn station TV, job pun kurang, blh keja dgn PH or jual nasi lemak...
SukaBalas40 min
Zahra Ahmad
Sbb nereka celebrati riuh sakg...akhir2 bnyk benda pelik2berlaku...sapa yg boleh bersuara..org kg...nelayan..banduan???
SukaBalas34 min

Tiada ulasan: