ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ
Allah berfirman yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120]
Jumaat menangis... Akhirnya 8 Disember 2017 Resolusi 2334 bukanlah jaminan buat Warga Palestine.
Semua wayang si yahudi untuk kaburi mata orang Islam dan dunia. Rancangan baratlah yang menempatkan mereka beramai-ramai di bumi Palestin, selepas Perang Dunia Ke-dua, bermula dari tahun 1948. Dengan kata lain barat pun xnak si yahudi ini, sebab bermasalah. Menempatkan yahudi di Bumi Palestin, dengan tujuan agar rantau timur tengah sentiasa tidak setabil dan antaranya ini membantu hayat industri persenjataan dan bekalan minyak mereka.
Ini semua kerja ‘kuasa Barat’ kata sesetengah editor dan pemain utama media di Israel.
Israel adalah sebuah ‘negeri kecil’ yang wajar dipertahan pada setiap masa. AIPAC (American Israel Public Affairs Committee)
Pengesahan bahawa Israel seakan-akan punya ‘lesen besar’ untuk melakukan apa sahaja yang mereka suka dan mahu.
Israel juga menjangkakan tingkah diplomasi berbeza akan diambil oleh kepimpinan baru di Amerika Syarikat. .
Rumusannya: Apa yang telah Allah firmankan dalam Al Quran Surah Al Imran Ayat 118 hingga 120 ...tidak tersanggah setinggi aras mana pun pemikiran manusia. Erti yang mudah xde makna bekerjasama dengan yahudi. Sebenarnya itulah permulaan penghapusan yahudi di muka alam sepenuhnya dan pada akhirnya sebagai penyudah hayat dunia dengan Kiamat, sebagaimana yang telah Allah rencanakan dan telah manusia diberitahu dalam firman Nya dalam Al Quran sejak lebih 1400 tahun dahulu. Aamiin.
MAKNA SEBENAR ‘RESOLUSI 2334’ - Dato Seri Ree zal Merican. - 01 Januari 2017 6:03 PM
PENDIRIAN masyarakat dunia terhadap Israel diterjemahkan dalam 'Resolusi 2334'
Pelbagai pandangan dan ‘teori konspirasi’ dikatakan wujud di sebalik kelulusan resolusi bersejarah tersebut. Sekian negara, menurut media Israel, menaja dan menjadi ‘dalang’ kepada Resolusi 2334. Ini semua kerja ‘kuasa Barat’ kata sesetengah editor dan pemain utama media di Israel. Apa yang nyata, Israel seakan-akan menerima tamparan hebat diplomasi aras tinggi yang ada di Majlis Keselamatan PBB (UNSC).. Rakyat Malaysia wajar mengambil masa melihat pandangan portal media seperti Haaretz dan The Times of Israel berkenaan apa yang telah berlaku. Ini masanya untuk kita menilai bagaimana baran dan marahnya pemimpin Israel terhadap pendirian Majlis Keselamatan.
Ambil juga sedikit masa untuk mengkaji pandangan yang dibuat gerakan lobi seperti AIPAC (American Israel Public Affairs Committee) mengenai pendirian Majlis Keselamatan. Kepada mereka, Israel adalah sebuah ‘negeri kecil’ yang wajar dipertahan pada setiap masa.
Menyusur sejarah, lebih 30 tahun, resolusi yang menggunakan ‘landasan ayat’ sama ditolak di pentas diplomasi tertinggi ini. Tiga dekad, Israel sebenarnya berjaya mengongkong pandangan Majlis Keselamatan untuk menurut cakap dan tingkah buasnya. Diplomasi ancam dan sergah Israel cukup berjaya selama ini. Sayangnya, itu tidak berlaku di penghujung 2016.
Menurut sumber yang sahih, Benjamin Netanyahu sendiri, mengambil langkah akhir untuk merosak dan menjahanam niat resolusi ini. Khuatir ia akan membuka tembelang Israel yang mengambil pendirian ‘mangsa keadaan’ selama ini. Sikap buas dan fiil jelek Israel merampas tanah, malah menghancur leburkan kemungkinan pendekatan kedamaian di daerah sana, amat mendukacitakan masyarakat antarabangsa.
‘Resolusi 2334’ hanya beroleh ruang halus untuk diluluskan dengan ‘kecekapan diplomasi’ yang luar biasa. Bukan niat Malaysia mahu mengambil nama, namun keberanian kita untuk meneruskan pendirian keras terhadap nafsu serakah Israel dapat dijayakan secara kolektif – melibatkan New Zealand, Senegal dan Venezuela adalah satu kejayaan diplomasi luar jangka.
Penulis menerima pelbagai respon rakyat Malaysia terhadap kejayaan ini. Majoriti menerimanya dengan positif. Namun tidak kurang juga yang menidakkannya sebagai usaha acahan diplomasi yang tidak akan ke mana. Malahan, ada yang sanggup mengatakan usaha ini bukanlah kejayaan yang wajar dibanggakan.
Harus diketahui bahawa aras politik di platform Majlis Keselamatan dan mahupun platform lain di PBB bukan ‘diplomasi biasa-biasa’. Bahasa dan gerak tubuh diperhati. Lontaran pandangan bukan bersifat peribadi, malah mengikat ‘prinsip dan pandangan negara’.
Walaupun penulis pada hakikatnya masih baru di Wisma Putra, namun penulis punya hormat yang sangat tinggi kepada Perwakilan Tetap Malaysia; dan seluruh tenaga yang terlibat di belakang tabir dalam menjayakan nawaitu ‘Resolusi 2334’. Komitmen mereka luar biasa. Bahasa halus mereka menyusur gempita diplomasi yang luar jangka.
Wajar juga dihayati pembaca, pendirian Malaysia dalam membawa semangat ‘Resolusi 2334’ bukanlah berlaku dalam alpa pimpinan negara. Pendirian sebesar dan setegas ini, hanya mungkin berlaku setelah mendapat panduan pimpinan negara. Komitmen Perdana Menteri dan Menteri Luar Negeri dalam perkara setegas ini memang menjadi rujukan dan panduan pada setiap detik dan ketika.
Untung nasib dan masa hadapan rakyat Palestin sentiasa menjadi agenda besar Perdana Menteri di pentas antarabangsa. Di peringkat UNGA (United Nation General Assembly) - Najib Razak juga pernah membawa isu dan pandangan sama. Malahan, pendirian tegas inilah menjadi rujukan di Wisma Putra.
Landasan fikir dan tindakan sama, secara konsisten diangkat oleh Menteri Luar Negeri di pentas antarabangsa. Dalam banyak pertemuan yang penulis hadiri di pentas antarabangsa, nama besar Najib Razak dan Anifah Aman dikenali kerana ‘keberanian’ dan ‘ketegasan’ dalam membawa isu keadilan global.
Kekecewaan Israel dan Resolusi Baru.
Pimpinan dan media Israel pastinya tidak gembira dengan arus pandangan antarabangsa yang dicapai melalui ‘Resolusi 2334’. Penglibatan Malaysia, New Zealand, Senegal dan Venezuela; dan komitmen undian 14 ahli Majlis Keselamatan memberi bayangan bahawa ini ‘pendirian dunia’ terhadap Israel.
Sikap angin-anginan, panas baran, degil dan babil Benjamin Netanyahu memang kita sudah ketahui lama. Malahan, seperti yang dilaporkan banyak media antarabangsa, pendirian New Zealand diugut dengan perkataan ‘war’ dan perang secara terbuka. Politik bantuan Israel kepada Senegal, andai tidak silap, juga ditahan dan ditarik balik.
Tidak beberapa jam selepas ‘Resolusi 2334’ diluluskan, Netanyahu dengan angkuh menyatakan bahawa ratusan lagi penempatan Israel akan didirikan di Tebing Barat. Suatu pendirian yang secara jelas mahu memperkecilkan keputusan yang diambil oleh Majlis Keselamatan.
Malahan, kelulusan telah pun dibuat untuk sebuah kawasan perumahan baru milik Israel dibina di kawasan bernama Silwan, berdekatan Tebing Barat. Pendirian begini hanya memberikan pengesahan bahawa Israel seakan-akan punya ‘lesen besar’ untuk melakukan apa sahaja yang mereka suka dan mahu.
Israel juga menjangkakan tingkah diplomasi berbeza akan diambil oleh kepimpinan baru di Amerika Syarikat. Apa pun pendirian baru nanti, ‘Resolusi 2334’ sudah tersemat kemas dalam sejarah antarabangsa – akan detik dan saatnya Majlis Keselamatan bersetuju dengan resolusi yang ditaja bersama oleh Malaysia.
Apa sahaja boleh berlaku selepas 20 Januari nanti. Kita sedia maklum akan kemungkinan itu. Soalnya, Majlis Keselamatan sudah pun membuat keputusan tegas berkenaan sikap politik Israel. Hakikat itu, tidak akan mudah untuk diketepikan.
Sebarang resolusi baru, memerlukan sembilan (9) undi di peringkat Majlis Keselamatan – tanpa diveto oleh waima satu negara kuasa besar. Ia tidak mustahil, namun adalah cukup malang jika pendirian berbeza diambil selang beberapa minggu selepas undian ‘2334’ dijayakan dengan cukup tegas.
Diplomasi Aras Tinggi Malaysia.
Peranan dan komitmen Malaysia dalam usaha merealisasi ‘Resolusi 2334’ ini adalah satu kejayaan diplomasi yang cukup membanggakan. Apa yang berlaku adalah cerminan kesungguhan pimpinan negara dalam memastikan prinsip keadilan dan kesaksamaan diangkat menjadi agenda global.
Suara tegas Malaysia dalam menentang ketidakadilan, baik dalam konflik Palestin-Israel; mahupun isu hak asasi manusia di peringkat serantau tidak mampu diragui lagi. Jika pemimpin utama negara sudah berani menyatakan pendirian secara terbuka; ia adalah manifestasi rasa keyakinan yang cukup tinggi.
Kita tidak perlu terlalu khuatir dengan apa yang berlaku selepas 20 Januari nanti. Apa pun yang mahu dilakukan, tidak semuanya boleh dilakukan dengan mudah dan enteng.
Apa yang lebih penting, Malaysia perlu terus menekan PBB dan Majlis Keselamatan untuk membawa pendirian ‘resolusi 2334’ ke peringkat penguatkuasaan yang sewajarnya.
‘Resolusi 2334’ mesti diterjemah dalam komitmen politik antarabangsa yang lebih tegas. Cukup malang, jika resolusi setegas itu – gagal menghalang pembangunan berterusan perumahan baru Israel di Givat Zeev, Ofra, Ramat Shlomo, Har Homa, Neve Yaakov dan Maale Edumim; kesemuanya dikatakan sudah menerjah dan menjarah ke daerah milik Palestin.
‘Resolusi 2334’ adalah tanggungjawab masyarakat antarabangsa yang mesti dilunaskan oleh PBB dan Majlis Keselamatan. Sebagai anggota Majlis Keselamatan, Malaysia sudah memainkan peranan yang cukup meyakinkan. Kemenangan moral ‘2334’ mesti diterjemah dengan sebaik-baiknya oleh masyarakat dunia.
Resolusi Majlis Keselamatan wajar memandu penyelesaian jangka panjang dengan mekanisme ‘two-state solution’ yang dicadangkan selama ini. Israel sewajarnya patuh akan parameter dan garis sempadan penyelesaian yang diniatkan Majlis Keselamatan.
Apa pun, kejayaan Malaysia menaja ‘Resolusi 2334’ adalah kejayaan besar diplomasi Najib Razak dan Wisma Putra untuk 2016. Semoga tahun 2017 terus menjulang wibawa diplomasi Malaysia - sambil kita terus PENULIS ialah Timbalan Menteri Luar Malaysia.
Sumber: http://www.utusan.com.my/rencana/makna-sebenar-8216-resolusi-2334-8217-1.426402
© Utusan Melayu (M) Bhd
Resolusi yang tidak membawa apa-apa erti bila usa iktiraf Baitulmuqadis sebagai ibu negara israel dan menempatkan kedutaannya di kota berkenaan. Malangnya dalam negara tiada suara lantang pemimpin menentang hal berkaitan dgn x menyebut us dan apa lagi nama presiden tuu... sekadar kata umum...
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan