Selasa, 12 Disember 2017

6617. Usah memandang sesuatu dengan pandangan mata semata² Part 01.


 ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ

"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH KESENANGAN YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185] 

Usah memandang sesuatu dengan pandangan mata semata².

Mata Hati...

Usah memandang sesuatu dengan pandangan mata semata², tetapi pandanglah dengan pandangan hati. Kita bukan sahaja dapat melihatNya di mana², tetapi dapat merasa rahmat kurniaanNya jua.

Hati kita milik Allah. Bila rasa sedih. berbaliklah pada Allah. Bila rasa keliru, berbaliklah pada Allah. Bila gembira, berbaliklah juga pada Allah.
Usah memandang sesuatu dengan pandangan mata semata²

FIRMAN ALLAH., YANG BERMAKSUD: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120]
.
12 December 2017 
Jangan salahkan Tuhan, kalau lu tak tau urus ekonomi... 


Memang mudah menggunakan hadith Nabi untuk menyelamatkan diri daripada dipersalahkan kerana gagal menguruskan ekonomi. 

Itulah yang telah dibuat oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dalam ucapannya di Perhimpunan Agung UMNO Sabtu lalu.


Datuk Seri Hamzah Zainuddin
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

Hamzah dilaporkan berkata bahawa isu harga barang naik telah berlaku sejak zaman Nabi Muhammad S.A.W. lagi, sambil memetik sepotong hadith yang menyebut bahawa Allah yang menetapkan harga barang. 

Hamzah yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno memetik hadis Riwayat Abu Dawud berhubung rayuan oleh pengikut baginda ketika itu agar Nabi menetapkan harga barangan di Madinah. “Jawab Baginda, ‘Allah, Dialah yang menetapkan harga itu. Dialah Allah yang melapangkan, Dialah Allah yang menyempitkan, Dialah Allah yang memberi rezeki. 

Menteri perdagangan dalam negeri, koperasi dan hal ehwal pengguna itu menjelaskan, Perdana Menteri Najib Razak juga menggunakan konsep keadilan Islam dengan memberikan subsidi terhadap barangan keperluan asas.  

Katanya, langkah itu dijalankan agar kenaikan harga barang itu tidak membebankan rakyat walaupun kerajaan memperuntukkan RM2 bilion setahun untuk merealisasikan rancangan itu.  

Tafsiran Hamzah terhadap hadith tersebut ternyata mengundang reaksi negatif daripada rakyat Malaysia.  

“Seorang menteri seharusnya memberi hujah yang lebih baik, conohnya dengan menggunakan rasional dan statistik untuk menyokong dakwaannya.  

“Pelaksaan cukai GST, selain pengurangan subsidi minyak, ekonomi dunia yang lembab serta kejatuhan nilai ringgit yang meningkatkan lagi kos sara hidup,” ujar Penolong Setiausaha Publisiti Wanita DAP, Syerleena Rashid.  

Dalam kenyataannya, Syerleena memberitahu bahawa rakyat Malaysia juga tidak dibayar gaji setimpal dan mencukupi, justeru melemahkan kuasa membeli rakyat negara ini.  

“Fenomena ini memberi kesan buruk kepada keluarga dengan punca pendapat tunggal. 

Menteri sepatutnya menyediakan dasar-dasar yang lebih baik untuk mengurangkan beban yang ditanggung keluarga-keluarga ini,” tegas beliau.  

“Ini membuktikan kegagalan Barisan Nasional mengetuai kerajaan persekutuan.”  Katanya lagi, Menteri seperti Hamzah cukup suka menggunakan gambaran agama untuk memecahbelahkan rakyat.  

“Kita memerlukan pemimpin politik yang tidak mengheret Tuhan dan agama secara membuta tuli ke dalam wacana politik,” tegasnya lagi.  

“Malaysia akan terus berhadapan kebekuan sosio-ekonomi sekiranya kita terus membiarkan mereka yang bongkak, berfikiran cetek dan tidak berpengetahuan kekal berkuasa,” tambah beliau yang juga Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang. – Roketkini.com 


Hati kita milik Allah. 
Hati kita milik Allah. Bila rasa sedih. berbaliklah pada Allah. Bila rasa keliru, berbaliklah pada Allah. Bila gembira, berbaliklah juga pada Allah.
 .

Tiada ulasan: