Rabu, 13 Disember 2017

6647. Anak Johor.


ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ

"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH KESENANGAN YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185] 

Usah memandang sesuatu dengan pandangan mata semata².

Mata Hati...

Usah memandang sesuatu dengan pandangan mata semata², tetapi pandanglah dengan pandangan hati. Kita bukan sahaja dapat melihatNya di mana², tetapi dapat merasa rahmat kurniaanNya jua.

Hati kita milik Allah. Bila rasa sedih. berbaliklah pada Allah. Bila rasa keliru, berbaliklah pada Allah. Bila gembira, berbaliklah juga pada Allah. 


13 December 2017
Guan Eng - Saya sedia dihukum dan dihina demi rakyat...
Video di sini...

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng rela dihukum dan dihina demi membantu dan menyelamatkan rakyat negeri itu yang dalam kesusahan ditimpa bencana.
Beliau mengulas sindiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein Onn terhadap tindakannya meminta bantuan Kerajaan Persekutuan ketika Pulau Pinang dilanda ribut dan banjir November lalu. (Awat tentera itu BN punya ke? Apa bengap sangat Menteri ni!!)

“Sekiranya dengan berbuat demikian adalah salah dan memalukan, maka saya bersedia untuk dihukum dan dihina, kerana saya bersedia untuk melakukan perkara yang sama sekali lagi apabila perlu untuk membantu dan menyelamatkan rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menceritakan semula detik itu, Guan Eng berkata beliau telah membuat siaran secara langsung di akaun Facebooknya pada jam 3.30 pagi pada pagi 5 November, selepas membuat panggilan telefon kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri kerana menjawab panggilan saya pada jam 3.30 pagi dan menghantar angkatan tentera untuk membantu.”

“Untuk Hishammuddin menyatakan sebaliknya adalah tidak benar kerana bantuan tentera hanya bergerak sepenuhnya selepas saya membuat panggilan kecemasan kepada Timbalan Perdana Menteri.”

“Angkatan tentera tidak menerima arahan daripada Kerajaan Negeri, tetapi hanya Kerajaan Persekutuan.

Saya berharap Perdana Menteri dan Hishamuddin akan menjawab panggilan saya pada jam 3.30 pagi sekiranya berlaku perkara yang sama,” katanya.

Guan Eng berkata, Kerajaan Negeri telah melakukan segala yang terdaya dan tidak segan untuk mendapatkan bantuan daripada Kerajaan Persekutuan dan Timbalan Perdana Menteri untuk menghantar angkatan tentera bagi memberi bantuan kerja-kerja menyelamatkan mangsa banjir. – Roketkini.com

Sumber: http://alditta.blogspot.my/2017/12/saya-sedia-dihukum-dan-dihina-demi.html

Adab perasaan dan rasa hati - MengEsakan Allah. 
Aku rasa Allahyarham Dato' Sir Onn bin Jaafar (12 Februari 1895 - 19 Januari 1962  dan Allahyarham Tun Hussein bin Dato' Sir Onn (12 Februari 1922 - 29 Mei 1990) xkan tergamak bercakap sebegini rupa. Al Fatihah untuk Allahyarham. Semuga Allah merahmati ke dua-dua roh. Aamiin.

Kata pejuang Islam. Allah xsuruh pun cakap macam tu. cer semak Al Quran dan Hadis. Yang kena musibah banjir orang Islam pun ada derrr...
Inilah akibatnya bila ahli politik kurang cerdik bila bercakap di pentas dan lupa menterjemah untuk membezakan peranan diri sebagai ahli parti dengan peranannya sebagai Anggota Kabinet Kerajaan Malaysia. Bukan kabinet dapur yang xada perasaan dan hati.

Aku bukan prajudis tapi sakit hati bila Ahli Politik Johor bahasanya sedemikian rupa. Cukup-cukuplah dengan ahli politik pointer tuu... Semuga sama-sama kita Allah kurniakan hidayah dan rahmat Nya. Aamiin

Anak Johor.

,

Tiada ulasan: