Jumaat, 15 Disember 2017

6680. Pandangan yang boleh menyedarkan diri.

ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ


Allah berfirman yang bermaksud “Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya” (QS: Al Imran 3:185)

Kita kena hari-hari dan setiap waktu bertaubat. 


Jika dosa manusia seluas langit dan bumi, Allah s.w.t sentiasa memberi ruang dan peluang hamba Nya untuk bertaubat nasuha di atas perbuatan dosa-dosa mereka. Hidayah milik Allah. 


Firaun yang mengaku Tuhan juga telah diberikan peluang oleh Allah s.w.t semasa zaman Nabi Musa a.s. 


Begitu juga peluang kpd iblis latnatullah semasa zaman Nabi Muhammad s.a.w. 


Allah s.w.t sayang kepada semua hamba-hamba ciptaanNya. 


Ada juga tercatat kisah sayangNya Allah s.w.t kpd manusia semasa Nabi Ibrahim a.s memohon supaya Allah s.w.t mematikan orang yang sedang melakukan maksiat, akan tetapi Allah s.w.t enggan atas beberapa sebab. 


Di antaranya… jika dia iaitu pelaku dosa tidak bertaubat sekarang mungkin suatu hari nanti ia akan melakukan - (al hikam ibnu Attailah) 

Manusia tidak boleh lari daripada melakukan kesalahan, namun kesalahan tersebut boleh merubah hidup kita untuk semakin Istiqamah dalam mengemudi kehidupan ini. 

Apabila anda bertahajjud dan Bertaubat kepada Allah SWT, renungkanlah kembali dosa yang anda lakukan sedalam-dalamnya. 


Apakah anda sanggup berhadapan dengan Allah SWT dalam keadaan sedemikian? 


Apakah anda seorang yang amanah dan jujur dalam semua tindakan seharian semuanya menbina Agama Allah SWT atau sekadar, sebahagian hidup sahaja menepati kehendak Allah SWT? 


Gunalah dosa yang lalu sebagai pendorong ke arah menyempurnakan Taubat Nasuha dan jangan sesekali menambah dosa anda setelah anda bertaubat, itulah sebaik-baik jalan membina kehidupan Mukmin Sejati. 


Orang yang bertaubat dan selepas taubat mengulangi dosa tersebut adalah orang yang mempersendakan Allah SWT 


Sesungguhnya Allah SWT amat mengetahui persendaan kita dan Allah SWT akan mengazab kita tanpa rahmat dan Ihsan kerana perbuatan kita mempersendakan Allah SWT. 


Nauzubillah Min Zalik.


Semoga Allah SWT membantu anda untuk melupai dosa-dosa yang lalu, dekatilah Allah SWT, anda adalah Insan Pilihan Allah SWT. 

Astaghfirullahalazim. Layakkah kita mengatakan bahawa Allah tak akan menerima taubat?

Allah itu maha pengampun… 

6 Perkara tersebut ada yang perlu didahulu dengan mengucap syahadah kembali kerana telah berlaku syirik kepada Allah SWT dan ada dosa yang berkaitan dengan makhluk, maka perlu memohon maaf dengan makhluk. 

Pintu taubat sentiasa terbuka kepada mereka yang tidak melakukan  


Syirik kepada Allah SWT. 


Oleh yang demikian awasilah kita semua daripada terjerumus dalam kancah Syirik dan Murtad yang menyebabkan segala amalan kebajikan kita tidak dihisab dihadapan Allah SWT nanti.

Wallahu A’lam.

Islam Bukanlah Warisan Berkekalan Dan Turun Menurun tetapi Islam akan lebur dengan perbuatan, percakapan dan niat yang bersyirik kepada Allah SWT. 

Sumber: webblogger .

Memiliki or tidak memiliki, kasih syg cuma satu, jujur hanya satu dan setia cuma pada satu. 

“Loving does’nt means owning. Mengasihi tak semestinya memiliki. We can love each other in our own way. Itu sahaja comitmentnya,” kata-katanya padaku.


Aku menghayati kata-katanya. At least ada seseorang yang memberikan perhatian. Yang memberikan sedikit nasihat dan pandangan. Dan I like it. Kepada ku filsofi dan kata-kata itu menangkap hatiku. 

Aku maintain apa yang aku perlu maintain. But at least I am happy now. Aku tidak perlu murung dan tensen. I know where to get my love.


Sesungguhnya tidakku miliki emas permata walaupun sebesar biji kurma untuk ku hadiahkan buatmu, namun sudilah kiranya dirimu menghayati pesananku ini buat pedoman dalam melayari bahtera kehidupan yang penuh bergelombang ini. I always love you.

Tiada ulasan: