Sabtu, 16 Disember 2017

6685. KOMPLOT AGUNG YAHUDI LAKNATULLAH. - SIRI PERTAMA

ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ

Allah berfirman yang bermaksud “Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya” (QS: Al Imran 3:185)

Imam Hasan Al Basri (Abu Sa'id al Hasan ibn Abi Hasan Yasar al Basri): “Sesungguhnya aku sedag menasihati kamu, bukan bererti akulah yang TERBAIK dalam kalangan kamu, BUKAN juga yang PALING SOLEHdalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui BATAS untuk diri sendiri, seandainya seseorang itu HANYA dapat menyampaikan DAKWAH apabila dia sempurna, nescaya TIDAK akan ADA PENDAKWAH, maka akan jadi sedikitlah orang yang MEMBERI PERINGATAN.” 

” 
KOMPLOT AGUNG YAHUDI LAKNATULLAH. - SIRI PERTAMA

Firman Allah dalam Surah al-Imran 3 ayat 54 maksudnya: Dan mereka (kaum Yahudi ) telah merancangkan tipudaya dan Allah merancangkan balasan tipudaya itu dan Allah sebaik-baik perancang balas tipudaya.” 

KAUM Yahudi telah melakukan segala tipu daya dan komplot jahat mereka terhadap Rasulullah saw dan terhadap seluruh umat Islam di dunia di sepanjang zaman sehinggalah kepada zaman kita kini. 

Matlamat tipu daya dan komplot jahat mereka adalah untuk merosakkan agama Islam sehingga Islam dan umat Islam itu seluruhnya hilang lenyap daripada muka bumi ini. 

Inilah perjuangan mereka dan matlamat kewujudan mereka di bumi ini. 

Mereka tidak akan berjaya kerana Allah akan sentiasa mengatasi segala tipudaya dan komplot jahat mereka. 

Mereka itu adalah musuh-musuh Allah dan mereka sebenarnya melakukan segala tipudaya dan komplot jahat itu terhadap Allah sedangkan Allah Yang Maha Kuasa adalah sebaik-baik membuat tipudaya terhadap mereka. 

Segala usaha jahat mereka itu akan hanya berakhir dengan kesia-siaan sahaja kerana Allah akan tetap mengalah dan mengatasi mereka.  

Firman Allah dalam Surah al-Maidah 5 ayat 82 yang bermaksud: Demi sesungguhnya engkau (Muhammad) akan dapati bahawa manusia yang paling ketat permusuhannya terhadap orang-orang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrikin.” 

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran): 

Sebenarnya kaum Yahudi telah memusuhi Islam sejak detik pertama tertubuhnya kerajaan Islam di Madinah. 

Mereka telah merancangkan tipudaya-tipudaya yang jahat terhadap umat Islam sejak hari  pertama kaum Muslimin  berubah menjadi satu umat (yang berkuasa). 

Al-Quranul Karim membuat berbagai-bagai penjelasan dan singgungan tentang perseteruan dan tipudaya-tipudaya jahat kaum Yahudi yang cukup untuk menggambarkan betapa pahitnya tentangan dan permusuhan yang dilancarkan mereka ke atas Islam, ke atas Rasul Islam saw dan ke atas umat Muslimin  di sepanjang sejarah mereka yang panjang, iaitu permusuhan yang tidak pernah padam walau sesaat pun selama hampir (kini lebih) empat belas abad dan hingga ke saat ini permusuhan itu terus bernyala dengan maraknya di merata negeri di dunia.           

Saiyyid Qutb menghuraikan bahawa orang-orang Yahudi dan musyrikin adalah orang-orang yang paling ketat dan paling jahat dari segi permusuhan dan kebencian mereka yang tidak kunjung padam terhadap agama Islam dan umat Islam dan mereka akan melakukan apa sahaja untuk merosak dan menghapuskan agama Islam, kekuatan dan kekuasaan Islam serta seluruh massa umat Islam sekelian di mana sahaja di bumi ini.

Firman Allah dalam Surah al-A’raf 7 ayat 126 maksudnya:  Sebenarnya engkau tidak membalas dendam terhadap kami melainkan semata-mata kerana kami telah beriman kepada ayat-ayat Tuhan kami ketika ia datang kepada kami.” 

Firman Allah dalam Surah al-Maidah 5 ayat 59 maksudnya: Katakanlah, Wahai Ahlil Kitab! Kamu tidak membalas dendam terhadap kami melainkan semata-mata kerana kami beriman kepada Allah.” 

Firman Allah dalam Surah al-Buruj 85 ayat 8 bermaksud: Dan mereka tidak membalas dendam terhadap mereka melainkan semata-mata mereka beriman kepada Allah Yang Maha Perkasa dan Maha Terpuji.” 

Inilah sikap ANTI-ISLAM yang meluap-luap dan tidak kunjung padam di kalangan Ahlil Kitab dan seluruh orang kafir di dunia hanyalah kerana umat Islam beriman kepada ALLAH sedangkan mereka beriman kepada yang selain daripada Allah. 

Ini adalah SIKAP dan SEBAB yang UNIVERSAL dan BERKEKALAN di kalangan seluruh agama kafir dan seluruh orang kafir di dunia terhadap Islam dan umat Islam sejak daripada awal kewujudan manusia di bumi sehinggalah ke hari ini dan seterusnya untuk hari-hari yang akan datang. 

Justeru ianya adalah sesuatu yang semula jadi apabila seluruh agama kufur dan seluruh orang kafir di dunia kini memusuhi Islam dan umat Islam kerana mereka itu kesemuanya tidak beriman kepada Allah dan kepada ayat-ayat Allah. 

Yahudi, Kristian, Hindu, Buddha, Komunis, Nasionalis, Kapitalis, Demokrat dan kaum etis (atheist) – kesemuanya bersekongkol dan saling bantu membantu di antara sesama mereka dalam memusuhi dan membenci Islam dan umat Islam kerana kita beriman kepada Allah dan kepada ayat-ayat Allah sedangkan mereka beriman kepada syaitan dan mengikut serta mentaati ayat-ayat syaitan!

Kaum Yahudi pada hari ini adalah golongan yang terkaya dan paling berkuasa di dunia ini – mereka berkuasa dan memerintah ke atas negara-negara kuasa besar dan badan-badan antarabangsa di dunia seperti Amerika, Russia, Cina, Eropah, NATO, PBB dan OIC, mereka itu kini tidak lagi menganuti agama Yahudi, tetapi mereka telah kembali menyembah BERHALA yang mereka namakannya LUCIFER dan menganuti agama yang baru yang dinamakan ILLUMINATI – iaitu satu agama yang bergerak dan beroperasi sebagai satu “secret society” yang diasaskan oleh Johann Adam Weishaupt, seorang professor bangsa Yahudi, pada 1 May, 1776 di Bavaria, dan “secret society” ini adalah berasal dan berhubung kait rapat dengan gerakan Freemason antarabangsa. 

Matlamat jahat mereka yang agung adalah untuk membentukkan satu kerajaan dunia yang baru, iaitu satu NEW WORLD ORDER (Novos Ordo Seclorom) - satu kerajaan, satu bangsa dan satu agama yang baru, iaitu agama menyembah berhala, yang dirancangkan mereka untuk disebar dan dikembangkan agar dianuti dan diamalkan oleh seluruh umat manusia di bumi ini. 

Ke arah mencapai matlamat jahat mereka yang agung ini mereka mengaturkan segala operasi yang terancang dan sistematik untuk menghapuskan seluruh kerajaan dan seluruh agama yang lain di dunia ini, sama ada melalui tipudaya, manipulasi dan eksploitasi, mahupun melalui kezaliman, pembunuhan dan segala bentuk peperangan dan kekerasan.

Pada wang kertas satu dollar US yang dikeluarkan oleh Federal Reserve Bank of Amerika (miliki Yahudi) terdapat berbagai-bagai gambar dan simbol yang menunjukkan kekuatan, kekuasaan dan ketuanan Yahudi ke atas Amerika dan seluruh negara bangsa di dunia pada hari ini. 

Tertulis pada wang kertas satu US dollar itu perkataan Novos Ordo Seclorom, iaitu satu kekuasaan dunia yang baru – “A New World Order” - yang diterajui bangsa Yahudi, dan juga tertulis di bahagian atas wang tersebut perkataan “Annuit Coeptis” yang bermaksud ‘Our Conspiracy’ atau ‘Pakatan Kita’, iaitu pakatan Yahudi untuk mengeksploitasi, menipu dan menguasai dunia. 

Pada gambar Piramid di bahagian bawah piramid atau tapak piramid itu, tertulis tahun 1776 dalam huruf Romawi, iaitu tahun ditubuhkan agama Yahudi yang baru – ILLUMINATI bersekali dengan Tuhan mereka yang bernama LUCIFER, manakala di bahagian teratas piramid terdapat gambar ‘mata’ manusia (satu mata sahaja), iaitu “The All-Seeing Eye” yang memerhati dan mengawasi dunia - itu adalah simbol kekuatan, kekuasaan dan ketuanan Yahudi ke atas seluruh umat manusia di dunia ini.

Begitu juga pada wang kertas satu ringgit Malaysia, terdapat beberapa gambar dan simbol seperti ‘piramid’ dan ‘mata’ yang melambangkan kekuasaan Yahudi sepenuhnya ke atas Malaysia sebagai negara boneka Yahudi.

Matlamat jahat mereka itu kini telah hampir tercapai sepenuhnya – Bangsa Yahudi dengan agama ILLUMINATI yang dianuti mereka kini adalah satu bangsa dan agama yang menduduki tempat yang NOMBOR SATU dan TERKUAT di dunia ini dari segi ekonomi, politik, militeri dan teknologi, merekalah golongan yang sebenar-benarnya berkuasa dan memerintah ke atas seluruh bangsa, agama dan kerajaan di dunia ini pada hari ini. 

Majoriti daripada kerajaan-kerajaan di dunia kini seperti Amerika, Britain, Perancis, Itali, Jerman, Canada, Jepun, Cina, Russia serta seluruh negara umat Islam di Timur Tengah, Afrika dan Asia termasuklah Makkah, Madinah, Iraq, Iran, Malaysia dan Indonesia - kesemuanya berada di bawah kekuasaan dan kontrol Yahudi. 

Seluruh pemimpin bagi negara-negara yang tersebut ini adalah DIPILIH dan DILANTIK oleh kaum Yahudi dan mereka itu kesemuanya hanya merupakan BONEKA-BONEKA Yahudi yang hanya sekadar AKUR dan IKUT segala perintah dan arahan daripada mereka.

MALAYSIA dan Freemason. 

MALAYSIA kini adalah sepenuhnya milik Yahudi, segala dasar dalam bidang-bidang politik, ekonomi, sosial, moral, agama dan perhubungan antarabangsa kesemuanya adalah dirancang, dibentuk dan digubal oleh Yahudi, para pemimpin politik kita sama ada di pihak kerajaan mahupun pembangkang adalah dipilih, ditonjol dan dilantik oleh Yahudi. 

Raja-Raja Melayu kita ini adalah agen-agen Yahudi, begitu juga pegawai-pegawai kanan perkhidmatan awam, polis dan militeri serta para pemimpin NGO adalah dirancang, disusun dan dilantik serta sepenuhnya dikontrol oleh Yahudi.

Yahudi telah mengambil tindakan-tindakan yang serius dalam merancangkan pembentukan negara MALAYSIA sejak TM1765 dan sebenarnya negara Malaysia telahpun wujud dalam peta dunia di Eropah dalam bahasa Sepanyol se awal kurun ke 16 lagi. 

Sir Francis Light adalah seorang anggota Freemason yang diutuskan khas oleh Yahudi ke Timur untuk merintis jalan ke arah matlamat pembentukan sebuah negara yang bakal dinamakan sebagai MALAYSIA di Semenanjung Tanah Melayu kita ini. 

Seluruh penduduk asal Semenanjung Tanah Melayu yang terdiri daripada bangsa Melayu yang beragama Islam ini adalah dirancangkan oleh Yahudi untuk dikafirkan melalui satu proses pengkufuran yang sedar dan terancang.

Proses pengkufuran ke atas umat Islam telah bermula sebaik sahaja Tanah Melayu kita ini dikuasai dan dijajah oleh Yahudi melaui kuasa penjajahan British. 

Di antara usaha untuk mengkafirkan umat Islam kita yang dirancang dan dioperasikan oleh Yahudi adalah dengan cara membawa masuk orang-orang kafir Cina dan India ke Tanah Melayu sebagai buruh dan penduduk tetap dan jumlah mereka yang dibawa masuk itu adalah amat ramai sekali. 

Sehingga pada 1931, jumlah mereka di Semenajung Tanah Melayu tanpa Singapura, telah mengatasi jumlah seluruh penduduk kaum pribumi Melayu kita ini sendiri.

Seorang tokoh terkemuka dalam gerakan Yahudi di Amerika, Prof. Rupert Emerson, telah dilantik oleh kerajaan USA sebagai pensyarah kanan di universiti Harvard, beliau telah ditugaskan untuk membuat kajian-kajian dan perakuan-perakuan yang strategis kepada Yahudi ke arah mewujudkan sebuah negara yang akan dinamakan mereka sebagai MALAYSIA di Semenanjung Tanah Melayu yang seluruh penduduknya adalah terdiri daripada orang-orang Melayu-Islam dan mereka ini (orang-orang Melayu) adalah dirancangkan oleh Yahudi untuk dikafirkan. 

Ke arah mencapai matlamat yang maha agung itu, beliau telah menyiapkan sebuah buku yang bertajuk “MALAYSIA : Direct and Indirect Rule” terbitan Harold Mac Millan, New York, pada TM1937. 

Padahal pada tahun itu (1937) Tanah Melayu kita ini hanyalah wujud dan dikenali sebagai “British Malaya” yang terdiri daripada ‘Negeri-negeri Melayu Bersekutu” “Negeri-negeri Melayu yang tidak Bersekutu” dan “Negeri-negeri Selat” 

Sementara negeri-negeri Melayu di utara semenanjung Tanah Melayu (Satun, Petani, Weng dan Nara) telah diserahkan oleh British kepada pemerintahan Siam. 

Pada masa itu nama MALAYSIA belum lagi dimunculkan, namun ianya sudah pun wujud dalam perancangan Yahudi. 

PROJEK MALAYSIA” telah DIRANCANG dan DISIMPAN oleh Yahudi selama lebih daripada EMPAT RATUS TAHUN (empat kurun) sebelum akhirnya ianya berjaya direalisasikan pada TM1963 ke atas kita dan ke atas bumi Melayu kita ini. 

Renongkanlah betapa kuat dan mendalamnya keazaman dan cita-cita mereka sehingga mereka sanggup merancang dan mengoperasikan segala detail gerakan mereka dengan kemas dan terperinci serta dengan penuh kesungguhan dan dedikasi, kemudian mereka terpaksa dan sanggup pula untuk menunggu selama empat kurun lebih untuk akhirnya mencapai kejayaan dalam menguasai dan menundukkan orang-orang Melayu kita kepada kekuasaan mereka. 

Tidak dapat disangkalkan lagi bahawa MALAYSIA kita ini adalah IDAMAN mereka dan MALAYSIA kita ini adalah PROJEK AGUNG bagi mereka yang semestinya dikuasai dan dimiliki mereka!

Mengikut Prof. Rupert Emerson, kemerdekaan Malaya pada 1957 dan MALAYSIA pada 1963, bukanlah ‘merdeka’ di sisi Yahudi, tetapi itu hanyalah perubahan daripada status “Penjajahan British” secara langsung (Direct British Colonial Rule) kepada status “Naungan British” (British Suzerainty) sahaja, iaitu di sisi kuasa-kuasa besar Barat yang dikuasai Yahudi, orang-orang Melayu dan seluruh bumi Melayu kita sehingga kini tidak pernah mengalami kemerdekaan dan negara Malaysia kita kini sebenarnya masih kekal di bawah kekuasaan “neo-colonialism” Yahudi.

Yahudi percaya sekiranya Semenanjung Tanah Melayu kita ini tidak dikuasai dan ditundukkan kepada kekuasaan mereka, serta orang-orang Melayu kita ini tidak dikafirkan, akan wujud nanti satu kuasa Islam yang meliputi seluruh Nusantara yang bermula dan berpusat di Semenanjung Tanah Melayu kita ini. 

Mereka mempercayai bahawa orang-orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu kita yang beragama Islam ini akan wujud sebagai satu kuasa Islam Nusantara yang terbesar dan terkuat di dunia yang akan mencabar, mengancam dan menghancurkan seluruh kekuatan dan kekuasaan Yahudi di mana sahaja di dunia kita ini! 

Mereka mempercayai bahawa orang-orang Melayu kita ini adalah berasal daripada keturunan Nabi Ibrahim as melalui Nabi Ishak as yang berhijrah ke utara India dan mereka dipercayai telah mendiami buat beberapa ketika di kawasan pergunungan Himalaya dan akhirnya mereka dipercayai telah berhijrah ke Semenanjung Tanah Melayu dan kekal menetap di sini sehingga ke hari ini.

Kepercayaan ini adalah diasaskan kepada cerita-cerita Israiliyat yang terdapat di dalam kitab-kitab lama mereka yang sebahagian daripadanya adalah didakwakan sebagai berasal dan bersumberkan daripada Nabi-Nabi mereka. 

Itulah sebabnya Semenanjung Tanah Melayu dan orang-orang Melayu kita ini semestinya ditawan dan dikontrol oleh Yahudi, dan cita-cita mereka ini telah direalisasikan dalam bentuk penguasaan mereka ke atas kita melalui “Direct Rule” (penjajahan langsung) di bawah British Malaya dan kemudiannya melalui “Indirect Rule” (Neo-Colonialism) seperti apa yang kini sedang wujud dan berlaku ke atas kita di bawah naungan Negara MALAYSIA kita ini. 

Mengikut kenyataan yang dibuat oleh Prof. Rupert Emerson, MALAYSIA dijangkakan untuk dimerdekakan oleh Yahudi kira-kira pada tahun masihi 2065 nanti, iaitu setelah seluruh orang Melayu kita ini telah menjadi orang-orang kafir dan pada masa itu kita akan berperanan sebagai boneka-boneka kafir Barat dan Yahudi.

Firman Allah dalam Surah al-Imran 3 ayat 54 yang bermaksud: Dan mereka (kaum Yahudi ) telah merancangkan tipu daya dan Allah merancangkan balasan tipudaya itu dan Allah sebaik-baik perancang balas  tipu daya. 

Allah akan menghapuskan kezaliman dan kejahatan Yahudi melalui tangan-tangan kita ini sendiri, iaitu melalui Jihad, Perang dan Revolusi yang akan dibantu oleh Allah dan tiada sesiapapun yang dapat mengalahkan umat Islam yang dibantu oleh Allah swt. 

Inilah janji-janji Allah kepada orang-orang yang beriman dan Allah tidak pernah memungkiri akan janji-janji-Nya! 

Seandainya kemunculan satu kekuatan dan kekuasaan Islam di Nusantara kita ini, khususnya yang berpusat di Semenanjung Tanah Melayu kita ini, adalah dikehendaki Allah, kekuatan dan kekuasaan Islam itu akan tetap muncul dan tiada sesiapapun yang dapat menyangkal atau yang dapat menghalanginya, ianya tetap akan berlaku sebagai takdir dan ketentuan daripada Allah Yang Maha Gagah dan Yang Maha Kuasa.

Firman Allah dalam Surah al-Baqarah 2 Ayat 217 yang bermaksud: Sentiasa mereka itu (orang-orang kafir) memerangi kamu, sehingga mereka mengembalikan kamu daripada agama kamu (menjadi kafir) jika mereka berkuasa nanti.” 

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran): 

Penjelasan yang benar ini adalah daripada Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Mendalam ilmu-Nya. 

Ia mendedahkan keazaman kaum musyrikin yang degil untuk meneruskan kejahatan mereka, dan untuk menindas kaum Muslimin kerana agama mereka, kerana penindasan itu merupakan satu-satunya matlamat yang tetap bagi musuh-musuh mereka, iaitu satu matlamat yang tidak berubah bagi musuh-musuh Islam di mana-mana negeri dan dalam mana-mana generasi manusia. 

Kewujudan agama Islam di mana-mana negeri itu sendiri merupakan satu kemarahan dan ketakutan kepada musuh-musuh agama ini dan musuh-musuh kaum Muslimin di setiap zaman. 

Agama Islam itu sendiri menyakiti mereka, menyebabkan mereka marah dan takut. Islam mempunyai kekuatan dan keteguhan yang ditakuti oleh setiap pembohong, digeruni oleh setiap yang zalim dan dibenci oleh setiap manusia perosak. 

Islam itu sendiri dengan segala apa yang dibawa olehnya, merupakan satu peperangan, iaitu kebenaran yang jelas, cara hidup yang lurus dan sistem hidup yang sihat. 

Dengan ini semua, Islam merupakan satu peperangan menentang kebatilan, kezaliman dan kerosakan. 

Oleh sebab itu para pendusta, orang-orang yang zalim dan manusia-manusia perosak tidak sanggup berdepan dengan Islam dan oleh sebab itulah mereka mengintip penganut-penganutnya untuk ditindas supaya meninggalkan agama itu dan mengembalikan mereka semula menjadi kafir di dalam mana-mana bentuk daripada berbagai-bagai bentuk kufur, kerana mereka tidak merasa aman melakukan kebatilan, kezaliman dan kerosakan selagi ada di bumi ini golongan Muslimin yang beriman dengan agama ini dan mengikut cara hidup dengan sistem ini.

Musuh-musuh kaum Muslim itu menggunakan berbagai-bagai cara dan alat peperangan, tetapi matlamat mereka hanya satu sahaja, iaitu mereka mahu memalingkan orang-orang Islam yang benar itu daripada agama mereka jika mereka mampu berbuat demikian. 

Patah sebilah pedang di tangan, mereka hunus pedang yang lain pula, tumpul satu alat di tangan, mereka asah alat yang lain pula. 

Amaran yang benar daripada Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Mendalam ilmu-Nya setiap waktu mengingatkan kaum Muslimin tidak menyerah kalah dan mengingatkan mereka terhadap bahaya, serta menyeru mereka supaya sabar menghadapi tipu daya musuh dan sabar menghadapi peperangan. 

Jika tidak mereka akan menerima kerugian dunia dan akhirat serta akan menerima azab yang tidak dapat ditolak dengan sebarang keuzuran dan alasan.”

Mereka terasa amat SAKIT HATI terhadap kita kerana Islam itu sendiri sebagai satu agama adalah amat MENYAKITKAN HATI mereka! 

Mereka menzalimi, membunuh dan melenyapkan kita daripada muka bumi ini kerana mereka kini adalah golongan yang BERKUASA dan MEMERINTAH ke atas kita. 

Inilah sifat jahat mereka terhadap kita, namun sifat mereka yang paling jahat sekali terhadap kita ialah mereka bercita-cita supaya kita berubah MENJADI KAFIR seperti mereka dan ke arah merealisasikan cita-cita mereka ini, mereka sanggup untuk melakukan apa sahaja termasuklah menjajah, menindas, menzalimi, membeli dan mengkorupsikan kita dengan berbagai-bagai cara dan strategi yang bijak, jahat, halus dan licik. 

Melalui penjajahan yang langsung selama ratusan tahun dan penjajahan dalam bentuk “neo-colonialism” yang kekal berlanjutan sehingga kini ke atas kita, mereka MEMUTAR BELITKAN pengertian ayat-ayat al-Quran dan konsep-konsep Islam yang terkandung di dalamnya serta mereka MENYEMBUNYIKAN sebahagian daripada ayat-ayat yang lain lagi bersekali dengan segala konsep yang terkandung di dalamnya daripada difahami dan diketahui oleh kita yang justeru menyesatkan kita daripada jalan-jalan yang benar! 

Ini adalah satu peringatan yang benar kepada kita kerana ia datang daripada Allah yang Maha Mengetahui, Maha Mendalam Ilmu-Nya dan Maha mengasihani akan kita.

Firman Allah dalam Surah al-Baqarah 2 ayat 120 yang bermakksud: Orang-orang yahudi dan nasrani tidak suka engkau, kecuali engkau turut agama mereka.” 

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran): 

Kaum Yahudi dan Nasrani akan terus memerangimu dan merancangkan tipu daya terhadapmu. 

Mereka tidak akan berdamai denganmu dan tidak akan berpuas hati terhadapmu kecuali engkau meninggalkan dakwah ini, kecuali engkau meninggalkan agama yang benar ini dan melepaskan keyakinan ini dan kembali semula kepada kesesatan, kesyirikan dan kefahaman mereka yang buruk sebagaimana yang telah dijelaskan sebelum ini.

Pertarungan-pertarungan itu adalah pertarungan-pertarungan kerana Aqidah, bukannya pertarungan kerana tanah air, bukan kerana produksi ekonomi dan bukan kerana kedudukan militeri yang strategik. 

Mereka telah memalsukan bendera-bendera perjuangan ini kepada kita dengan  tujuan yang tersembunyi di dalam hati mereka untuk mengelirukan kita tentang hakikat tujuan perjuangan mereka yang sebenar.

Oleh itu apabila kita kelirukan diri kita oleh tipu daya mereka, maka kita tidak boleh mempersalahkan orang lain kecuali diri kita sendiri kerana kita telah menjauhkan diri kita daripada mengingati bimbingan dan perintah Allah s.w.t kepada Rasulullah s.a.w dan sekelian umatnya. 

Kaum Ahlil Kitab melancarkan Gerakan Anti-Islam di sepanjang zaman untuk menghapuskan kekuatan dan kekuasaan Islam serta untuk merosakkan Aqidah dan Pemikiran Islam yang akan mengembalikan kita kepada kekufuran. 

Inilah sikap dan fitnah mereka terhadap Islam tanpa kunjung padam seperti mana yang disampaikan kepada kita oleh Allah di dalam al-Quran. 

Gerakan Reformasi Islam dan Islam Modenis ajaran mereka yang dikembangkan oleh Jamaluddin al-Afghani dan Abduh adalah di antara KEROSAKAN-KEROSAKAN AQIDAH yang dicipta dan diwujudkan oleh mereka melalui Gerakan Anti-Islam ini tidak kerana yang lain melainkan kerana mereka membenci dan memusuhi Islam. 

Firman Allah dalam Surah al-Baqarah 2 ayat 109 yang bermaksud:  Ramai Ahlil Kitab yang mengingini agar mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir sesudah kamu beriman kerana hasad dengki daripada diri mereka setelah kebenaran kelihatan jelas kepada mereka.” 

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran): 

Itulah pengaruh hasad dengki di dalam jiwa mereka . Ia menimbulkan keinginan merampaskan kebaikan yang dicapai oleh lain. 

Mengapa? Mereka berbuat demikian bukan kerana jiwa mereka yang jahat itu tidak mengetahui, tetapi mereka berbuat begitu kerana mereka benar-benar mengetahui :

“Kerana hasad dengki daripada diri mereka setelah kebenaran kelihatan jelas kepada mereka.”

Hasad dengki ialah perasaan hitam yang hina yang melimpah di dalam jiwa kaum Yahudi terhadap Islam dan kaum Muslimin , dan perasaan ini masih terus melimpah. Perasaan inilah yang melahirkan semua komplot dan perancangan-perancangan jahat kaum Yahudi yang berterusan. 

Al-Quran mendedahkan motif  hasad ini kepada kaum Muslimin supaya mereka tahu dan menyedari bahawa hasad dengki itulah punca yang wujud di belakang setiap usaha kaum Yahudi yang mahu menggugat Aqidah di dalam jiwa mereka dan mengembalikan mereka selepas itu kepada kekufuran seperti mereka. 

Sedangkan kaum Muslimin telah diselamatkan Allah daripada kekufuran dengan keimanan dan kerana itulah Allah menganugerahkan kepada mereka sebesar–besar kurnia yang semulia-mulia nikmat yang diiri hatikan oleh kaum Yahudi.  

Firman Allah dalam Surah al-Imran 3 ayat 100 yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman ! Jika kamu mengikuti sekumpulan mereka yang diberi kitab, nescaya mereka akan mengembalikan kamu menjadi orang-orang yang kafir setelah kamu beriman.” 

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran – al-Imran) 

Perbuatan mengikut Ahlil Kitab dan menerima arahan daripada mereka, perbuatan mengambil dan mengutip peraturan-peraturan dan undang-undang kehidupan mereka dari awal-awal lagi membawa erti kekalahan batin dan meninggalkan peranan kepimpinan yang kerananya diwujudkan umat Islam di samping membawa erti keraguan terhadap keupayaan agama dan peraturan Allah untuk memimpin dan mengaturkan kehidupan manusia serta mempertingkatkannya ke jalan kesuburan dan kemajuan. 

Keraguan ini sendiri merupakan benih kekufuran yang merangkak di dalam hati tanpa disedari olehnya dan tanpa melihat bahayanya yang dekat.

Ini daripada sudut kaum Muslimin dan daripada sudut kaum yang lain, maka kaum Ahlil Kitab tidak ada cita-cita yang lebih besar kepada mereka daripada menyesatkan kaum Muslimin daripada Aqidah mereka, kerana Aqidah inilah yang menjadi kubu keselamatan, garis pertahanan dan sumber kekuatan umat Muslimin. 

Musuh-musuh mereka cukup mengetahui hakikat ini. Mereka mengetahuinya dahulu dan sekarang dan mereka mengorbankan segala usaha, tipu daya, kekuatan dan kelengkapan untuk memesongkan umat Muslimin daripada Aqidah mereka. 

Apabila mereka gagal memerangi Aqidah ini secara terbuka, mereka memeranginya secara sulit dan apabila mereka gagal memeranginya dengan bersendirian, mereka menggunakan barisan munafikin yang berpura-pura Islam atau menggunakan orang-orang yang mempunyai hubungan palsu dengan Islam untuk bekerja melemahkan Aqidah ini dari dalam dan menghalangkan manusia daripadanya dan seterusnya untuk memperdayakan umat Muslimin dengan kecantikan sistem-sistem hidup yang lain berbandingkan sistem hidup agama mereka, keindahan undang-undang dan peraturan-peraturan yang lain daripada undang-undang dan peraturan-peraturan agama mereka dan kebagusan kepimpinan yang lain daripada kepimpinan agama mereka. 

Apabila kaum Ahlil Kitab dapati setengah-setengah orang Islam menyambut baik dan mengikut anjuran-anjuran mereka, maka tidak syak lagi mereka akan menggunakan cara ini untuk mencapai matlamat yang menyebabkan mereka tidak dapat tidur dan mereka akan terus berusaha memimpin orang-orang Islam itu dan seluruh kaum Muslimin di belakang mereka kepada kekufuran dan kesesatan. 

Oleh sebab itu Allah menyampaikan amaran yang tegas dan menakutkan ini!

Firman Allah dalam Surah al-Imran 3 ayat 100 maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu mengikuti sekumpulan mereka yang dikurniakan kitab, nescaya mereka akan mengembalikan kamu menjadi orang-orang yang kafir selepas kamu beriman. 

Di waktu itu tiada yang menakutkan seorang Muslim daripada melihat dirinya terbalik menjadi kafir setelah ia beriman dan melihat dirinya akan dihumban ke dalam neraka setelah ia selamat daripadanya untuk menuju ke syurga. 

Inilah sifat seorang Muslim sejati di setiap zaman. 

Oleh sebab itulah amaran yang keras ini merupakan cemeti yang memukul dan menyedarkan hati nurani supaya sentiasa mengingati amaran itu. 

Walaupun begitu ayat yang berikut terus menyambung lagi amaran dan peringatan itu dengan menyatakan betapa kejinya jika orang-orang yang beriman itu terbalik menjadi kafir, sedangkan ayat Allah sentiasa dibaca kepada mereka. 

Rasulullah saw sentiasa berada di tengah-tengah mereka, motif-motif beriman sentiasa wujud, dakwah kepada beriman sentiasa diseru dan perbezaan jalan di antara kekufuran dan keimanan sentiasa disuluh dengan cahaya al-Quran.

Firman Allah dalam Surah al-Imran 3 ayat 101 yang bermaksud: Dan bagai manakah kamu sanggup menjadi kafir, sedangkan kamu dibacakan ayat Allah kepada kamu dan Rasul –Nya berada di tengah-tengah kamu? 

Ya, amatlah berat bagi seseorang mukmin terbalik menjadi kafir di dalam suasana yang amat membantu ke arah keimanan dan apabila Rasulullah saw telah wafat dan melihat al-Rafiq al-A’la, maka ayat Allah (al-Quran ) masih kekal dan Sunnah Rasulullah saw masih kekal. 

Kita umat Muslimin pada hari ini tetap dititahkan Allah dengan al-Quran ini sebagai mana dititahkan orang-orang yang dahulu dengannya. 

Jalan berpegang teguh kepada Allah amat jelas dan panji-panji berpegang teguh kepada Allah tetap dikibar tinggi.

Firman Allah dalam surah al-Imran 3 ayat 69 maksudnya: Segolongan daripada Ahlil Kitab ingin andainya mereka dapat menyesatkan kamu. 

Firman Allah dalam surah al-Imran 3 ayat 70 maksudnya: Wahai Ahlil Kitab: Mengapakah kamu ingkarkan ayat-ayat Allah sedangkan kamu menyaksikan (kebenaran). 

Firman Allah dalam surah al-Imran 3 ayat 72 maksudnya: Segolongan Ahlil Kitab berkata (sesama mereka): Berimanlah  kamu kepada al-Quran yang diturunkan kepada orang-orang beriman itu di pagi hari dan ingkarkan pula di petang hari supaya mereka kembali (kepada kekafiran). 

Firman Allah dalam surah al-Imran 3 ayat 78 maksudnya: Dan di antara mereka ada sekumpulan yang memutar-mutar lidah mereka membaca al-kitab , sedangkan ianya bukan daripada al-kitab dan mereka berkata : Ia daripada sisi Allah. Sedangkan ianya bukan daripada sisi Allah . mereka berkata dusta terhadap Allah sedangkan mereka mengetahui. 

Firman Allah dalam surah al-Imran 3 ayat 99 maksudnya: Katakanlah: Wahai Ahlil Kitab! Mengapakah kamu menghalangkan mereka yang beriman daripada jalan Allah. Kamu hendak menjadikannya jalan itu bengkok, sedangkan kamu menyaksikannya. 

Firman Allah dalam surah al-Imran 3 ayat 119 maksudnya: Beginilah kamu sekelian kasih kepada mereka, sedangkan mereka tidak kasihkan kamu dan kamu sekelian percaya kepada kitab-kitab suci kesemuanya. Dan apabila mereka menemui kamu mereka berkata : kami juga telah beriman dan apabila mereka bersendirian mereka menggigit jari mereka kerana terlalu marah terhadap kamu. 

Firman Allah dalam surah al-Imran 3 ayat 120 maksudnya: Jika kamu mendapat sesuatu kebaikan mereka merasa susah hati dan jika kamu ditimpa sesuatu keburukan mereka bergembira dengannya.  

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran – al-Imran): 

Demikianlah kita melihat musuh-musuh kaum Muslimin (di masa itu) bukan sahaja memerangi mereka di medan perang dengan pedang dan panah, dan bukan sahaja menggembelingkan musuh-musuh untuk memerangi mereka dengan kekuatan mata pedang dan lembing, malah musuh-musuh itu memerangi mereka mula-mula dengan memerangi aqidah mereka, iaitu dengan menyebarkan keraguan dan kekeliruan-kekeliruan dan mengaturkan berbagai-bagai tipu muslihat. 

Mula-mula mereka bertindak menggugatkan aqidah-aqidah keimanan kaum Muslimin yang melahirkan syaksyiah dan kewujudan mereka. 

Mereka bekerja keras meruntuh dan melemahkan aqidah keimanan itu kerana mereka sedar – begitu di zaman ini mereka sedar – bahawa umat Muslimin tidak boleh digugat kecuali daripada pintu aqidah ini, mereka tidak akan lemah kecuali aqidah mereka telah lemah dan mereka tidak akan tewas kecuali sesudah jiwa mereka tewas. 

Musuh-musuh mereka tidak akan berjaya menggugat mereka selama mereka berpegang teguh dengan tali keimanan mereka, selama tetap bersandar di tiang keimanan, tetap berjalan di jalan keimanan, tetap mengibarkan panji-panji keimanan, tetap berada dalam kumpulan keimanan, tetap menghubungkandr mereka kepada keimanan dan berbangga dengan hubungan keimanan sahaja.

Dari sini ternyatalah bahawa musuh yang paling besar kepada umat Muslimin ialah musuh yang berusaha melalaikan mereka daripada aqidah keimanan mereka, memesongkan mereka daripada sistem dan cara hidup yang diatur oleh Allah dan mengelirukan mereka daripada hakikat musuh-musuh mereka yang sebenar dan matlamat-matlamat mereka yang jauh.

Pertarungan di antara umat Muslimin dengan musuh-musuh mereka, sebelum segala pertarungan yang lain  ialah pertarungan aqidah. 

Sehingga dalam perjuangan-perjuangan menakluk bumi, menguasai hasil mahsul, ekonomi dan bahan-bahan mentah yang dirancang oleh musuh-musuh terhadap mereka, maka langkah pertama yang diusahakan mereka ialah mengalahkan umat Muslimin di bidang Aqidah, kerana mereka mengetahui daripada pengelaman mereka yang lama bahawa mereka tidak akan berjaya mencapai apa yang dikehendaki mereka selagi umat Muslimin berpegang teguh dengan aqidah mereka, mematuhi sistem hidup mereka dan menyedari tipu helah musuh-musuh mereka. 

Oleh sebab itu musuh-musuh dan agen-agen mereka bekerja keras untuk mengelirukan umat Muslimin daripada hakikat perjuangan (yang dilancarkan mereka) supaya mereka berjaya mencapai segala apa yang dikehendaki mereka untuk menjajah dan memerah umat Muslimin, sedangkan mereka aman daripada kekuatan aqidah yang tertanam di dalam dada mereka. 

Apabila cara-cara tipu daya untuk menggugat, menabur keraguan dan melemahkan Aqidah Islam itu meningkat maju, maka musuh-musuh kaum Muslimin akan menggunakan cara-cara baru yang maju ini untuk mencapai matlamat yang lama:

Firman Allah maksud: “Segolongan daripada Ahlil Kitab ingin andainya mereka dapat menyesatkan kamu (QS 3:69)”

Inilah matlamat tetap yang terpendam dalam hati mereka.
Oleh sebab itulah al-Quran daripada awal-awal lagi menolak senjata yang beracun ini. Ia mendesak kaum Muslimin supaya berdiri teguh di atas kebenaran yang dipegang oleh mereka dan menolak segala kekeliruan dan keraguan yang ditabur oleh Ahlil Kitab. Ia menjelaskan hakikat yang agung yang dibawa oleh agama ini. Ia meyakinkan kaum Muslimin terhadap hakikat dan nilai mereka di bumi  ini, juga terhadap mereka dan peranan aqidah yang dibawa oleh mereka di dalam sejarah umat manusia.

Al-Quran sentiasa memberi amaran (kepada kaum Muslimin) mengenai tipu daya musuh-musuh mereka dan mendedahkan niat-niat jahat mereka yang tersembunyi, cara-cara mereka yang kotor, matlamat-matlamat mereka yang merbahaya dan hasad dengki mereka terhadap Islam dan kaum Muslimin kerana mereka sahaja yang memperolehi limpah kurnia yang agung ini.

Al-Quran menjelaskan kepada kaum Muslimin hakikat kekuatan dan nilai-nilainya di alam al-wujud ini. 

Ia menerangkan kepada mereka betapa kerdil dan hinanya musuh-musuh mereka di sisi Allah, betapa sesat dan kafirnya mereka terhadap apa yang diturunkan Allah kepada mereka dan betapa kejamnya mereka membunuh nabi-nabi mereka. 

Di samping itu al-Quran menegaskan bahawa Allah tetap bersama kaum Muslimin, iaitu Allah yang memiliki kerajaan alam buana, yang menentukan kemuliaan dan kehinaan, Yang Maha Esa dan tanpa sekutu, juga menegaskan bahawa Allah akan menghukum orang-orang kafir (yang dimaksudkan di sini ialah kaum Yahudi) dengan azab keseksaan sebagai mana Dia telah menghukumkm musyrikin di dalam peperangan Badar baru-baru ini. 

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran: al-Anaam): 

Kaum Yahudi hanya berjaya di dalam bidang yang lain, iaitu bidang mengubahkan agama kepada semata-mata perasaan dan syiar-syiar dan mengeluarkan agama daripada realiti kehidupan dan memberi tanggapan yang salah kepada penganut-penganut agama bahawa mereka boleh kekal sebagai orang-orang yang beriman kepada Allah walaupun ada tuhan-tuhan yang lain daripada Allah yang mengadakan undang-undang dan peraturan bagi kehidupan mereka. 

Dengan memberi tanggapan yang salah ini, kaum Yahudi telah berjaya menghancurkan umat manusia, walaupun mereka menyangka mereka masih beriman kepada Allah.

Mereka menjadikan agama Islam sebagai matlamat serangan mereka sebelum agama-agama yang lain, kerana mereka mengetahui daripada sejarah agama mereka seluruhnya, bahawa agama Islam adalah satu-satunya agama yang dapat mengalahkan mereka. 

Apabila agama ini memerintah kaum Muslimin dan mereka dapat mengalahkan kaum Muslimin selama mereka tidak berhakimkan kepada agama mereka di dalam kehidupan mereka, walaupun mereka masih menyangka bahawa mereka menjadi orang-orang Islam yang beriman kepada Allah. 

Oleh itu tindakan melalikan manusia dengan kewujudan agama sedangkan agama tidak wujud di dalam kehidupan mereka adalah satu tindakan yang perlu untuk menjayakan komplot jahat mereka ………. atau Allah memberi keizinan-Nya yang menyedarkan manusia.

Saya kira – wallahualam – kaum Yahudi Zionis dan kaum Nasara pejuang salib kedua-duanya telah berputus asa dalam usaha mereka untuk menumpaskan agama Islam di dalam negeri-negeri yang luas di Afrika, Asia dan Eropah. 

Mereka tidak mempunyai harapan lagi untuk mengubahkan kaum Muslimin di kawasan-kawasan itu supaya menjadi kaum manusia yang tidak bertuhan melalui aliran-aliran kefahaman material di samping tidak mempunyai harapan untuk mengubahkan mereka kepada agama-agama yang lain melalui pergerakan missionari Kristian atau penjajahannya. 

Ini adalah kerana fitrah manusia itu sendiri benci dan menolak kefahaman tidak bertuhan walaupun di kalangan penyembah-penyembah berhala, apatah lagi di kalangan kaum Muslimin dan kerana agama-agama yang lain tidak sanggup merempuh hati orang-orang yang telah mengenali Islam walaupun Islam secara warisan atau baka.

Saya kira – wallahualam – akibat gagal dalam menumpaskan agama Islam, kaum Yahudi Zionis dan kaum Nasara pejuang salib telah mengubah strategi mereka daripada menentang secara terbuka melalui penyebaran fahaman komunis atau melalui pergerakan missionari Kristian kepada strategi-strategi yang lebih jahat dan licin, iaitu mereka mengadakan di seluruh kawasan negeri-negeri Islam sistem-sistem dan peraturan-peraturan pemerintahan yang memakai baju Islam dan menyentuh Aqidah Islam secara halus tanpa menolak agama itu secara keseluruhannya. 

Di bawah tabir penipuan yang licin inilah mereka dapat melaksanakan seluruh rancangan jahat yang dirumuskan oleh kongres-kongres missionari dan dan merealisasikan keputusan-keputusan (protokol-protokol) cendikiawan Zionis yang tidak direalisasikan mereka selama ini.

Sistem-sistem dan peraturan-peraturan pemerintahannya itu mengibarkan panji-panji Islam atau sekurang-kurangnya mengumumkan penghormatannya kepada agama Islam. 

Sedangkan sistem itu menghukum dan memerintah dengan undang-undang yang bukan diturunkan Allah dan menjauhkan syariat Allah daripada kehidupan. 

Malah menghalalkan apa yang telah diharamkam Allah di samping menyebarkan kefahaman-kefahaman dan nilai-nilai Islamiyah. 

Seterusnya ia menggunakan seluruh alat orientasi dan media massa untuk membenteraskan nilai-nilai akhlak Islamiyah dan menghancurkan kefahaman dan aliran-aliran keimanan serta melaksanakan rumusan-rumusan yang telah dipersetujui oleh kongres-kongres missionari Kristian dan keputusan-keputusan cendikiawan Zionis (protokol-protokol). 

Bahawa langkah-langkah perlu diambil untuk mengeluarkan wanita Islam ke tengah jalan dan menjadikan mereka objek-objek yang mempesonakan di dalam masyarakat di atas nama kemajuan dan tamadun. 

Juga di atas nama kepentingan kerja dan tenaga pengeluaran, sedangkan di dalam negeri terdapat berjuta-juta tenaga pekerja yang menganggur dan tidak mendapat sara hidup yang cukup. 

Di samping itu ia menyediakan pula sarana-sarana yang membawa kepada keruntuhan akhlak dan mendorong lelaki dan perempuan menuju ke arah keruntuhan itu dengan tindakan dan bimbingan. 

Semuanya dibuat dengan dakwaan sebagai sistem Islam yang menghormati Aqidah. 

Orang ramai juga menyangka bahawa mereka hidup di dalam sebuah masyarakat Islam dan mereka adalah orang-orang Islam yang sebenar-benar kerana bukankah golongan yang baik daripada kalangan mereka mengerjakan solat dan puasa? 

Ada pun dasar kuasa Hakimiyah sama ada dipegang oleh Allah sahaja atau oleh tuhan-tuhan yang lain, maka inilah yang telah ditipu ke atas orang-orang Islam oleh pergerakan pejuang salib, pergerakan Zionis, pergerakan missionari Kristian, pergerakan penjajahan, pergerakan Orientalis dan media massa mereka. 

Mereka memberi kefahaman kepada orang-orang Islam bahawa dasar itu tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan agama dan kaum Muslimin boleh mengekalkan kedudukan mereka sebagai orang-orang Islam atau sebagai orang-orang yang berada di dalam agama Allah. 

Walaupun seluruh kehidupan mereka dilandaskan di atas kefahaman-kefahaman, nilai-nilai, undang-undang dan peraturan bukan Islam.

Untuk menambahkan lagi kelicinan langkah-langkah penipuan dan pengeliruan dan menambahkan kerahsiaan jejak langkah Pergerakan Zionis Antarabangsa dan Pergerakan Pejuang Salib Antarabangsa, mereka bertindak mencetuskan perang pura-pura sama ada perang dingin atau perang panas (Amerika menyerang Iraq – penulis)  dan menimbulkan perseteruan pura-pura di dalam berbagai-bagai bentuk di antara mereka (Amerika - penulis) dengan sistem-sistem pemerintahan yang telah dibentuk oleh mereka (Iraq - penulis) dan disokong oleh mereka dengan bantuan-bantuan material dan moral serta dikawal dengan kekuatan-kekuatan lahir dan sulit dan seterusnya menggunakan biro perisik untuk memberi perkhidmatan dan menjaga sistem-sistem pemerintahan itu secara langsung.

Mereka mencetuskan perang dan permusuhan pura-pura itu untuk menambahkan kelicinan penipuan mereka dan untuk mengelakkan segala masalah dan tomahan terhadap agen-agen mereka yang sedang melaksanakan rancangan-rancangan jahat mereka iaitu rancangan-rancangan yang tidak terdaya disempurnakan mereka selama tiga abad atau lebih seperti rancangan menghancurkan nilai-nilai dan akhlak Islamiyah, membasmikan Aqidah dan kefahaman Islam dan memutuskan umat Muslimin yang hidup di bumi yang amat luas daripada sumber kekuatan mereka yang utama, iaitu kekuatan hidup yang ditegakkan di atas asas agama dan syariat mereka. 

Seterusnya ialah rancangan melaksanakan rumusan-rumusan jahat yang didukung oleh keputusan-keputusan para cendikiawan Zionis dan keputusan-keputusan kongres missionari Kristian tanpa disedari oleh pemerhati kaum Muslimin. 

Kemudian jika ada negeri-negeri Islam di kawasan ini yang tidak dapat ditipu oleh mereka dan tidak dapat ditunduk kepada pelalian dengan nama agama palsu dan dengan nama alat-alat agama yang digunakan untuk mengubahkan pengertian ayat-ayat al-Quran daripada tujuannya yang sebenar dan untuk mengecapkan kekufuran sebagai Islam dan mengecapkan kefasikan, kejahatan dan keruntuhan akhlak sebagai perkembangan-perkembangan kemajuan dan pembaharuan, maka negeri itu akan diambil tindakan dengan peperangan yang menghancur-leburkan dan akan dihumban dengan tuduhan-tuduhan yang jahat dan palsu sehingga negeri itu musnah sama sekali, sedangkan agensi berita antarabangsa dan media massa antarabangsa mengambil sikap membisu, memekak teliga dan membuta mata.

Sementara orang-orang Islam yang lurus dan bersahaja memandang peperangan itu sebagai peperangan peribadi atau sebagai peperangan puak yang tidak ada perhubungan dengan peperangan yang dilancarkan ke atas agama ini. 

Mereka langsung tidak menyedari akan realiti ini dan oleh itu mereka tidak mempunyai perasaan marah terhadap penindasan dan tipu daya kaum Ahlil Kitab ini. 

Malah mereka hanya terus sibuk berdakwah ke sana ke mari dengan penuh kebodohan dalam mengingatkan orang ramai Islam supaya tidak melakukan segala kemaksiatan dan kemungkaran biasa yang kecil-kecil sahaja dan mereka menganggap diri mereka sebagai telah melakukan jasa-jasa yang besar kepada Islam. 

Sedangkan seluruh agama mereka telah dihancur-leburkan daripada akar umbinya dan kuasa Allah telah dirampas oleh perompak-perompak dan sedangkan taghut-taghut yang diperingatkan kepada kaum Muslimin supaya bangkit menentangnya itulah yang memerintah seluruh kehidupan manusia.

Kaum Yahudi Zionis dan kaum Nasara pejuang salib bertepuk tangan dengan riang gembira kerana kejayaan rancangan jahat dan penipuan mereka itu setelah sekian lama mereka berputus asa untuk menumpaskan agama Islam secara berhadapan melalui kefahaman tidak bertuhan atau mengubahkan kaum Muslimin daripada agama Islam melalui gerakan missionari Kristian.

Tetapi harapan kita kepada Allah adalah lebih besar lagi, begitu juga keyakinan kita kepada agama ini adalah lebih mendalam lagi. Mereka mengatur tipu daya yang licin tetapi Allah adalah sebaik-baik pengatur balas tipu daya. Allah telah berfirman: 

“Mereka telah mengatur tipu daya mereka dan Allah menyediakan di sisi-Nya balasan terhadap tipu daya mereka walaupun tipu daya mereka boleh melenyapkan gunung-gunung. (QS Ibrahim 14:46)

Pertarungan sengit di antara kita dengan mereka di sepanjang zaman tiada yang lain melainkan PERTARUNGAN AQIDAH. 

Matlamat mereka adalah untuk merosakkan AQIDAH kita dan untuk mengembalikan kita kepada KEKUFURAN seperti mereka. 

Setakat ini mereka telahpun mencapai kejayaan yang amat gemilang kerana mereka telah berjaya mengeluarkan kita daripada agama kita. 

Mereka membiarkan kita kekal dalam kesesatan dan kekufuran berkurun-kurun lamanya sehinggalah ke hari ini, iaitu kita kini adalah orang-orang Islam yang berketurunan Islam tetapi kita juga kini sedang berada di dalam agama Jahiliyah. 

Kerana kita sememangnya sedang mengimani, menganuti dan mengamalkan agama Jahiliyah, iaitu agama demokrasi yang syirik dan kufur ini

Kita mengelami kerosakan Aqidah dan kita tidak lagi berada di dalam agama Islam sahaja, tetapi kita mengimani, menganuti dan mengamalkan dua agama dalam masa yang sama.

Seluruh umat Islam kita kini telah mengeluarkan peraturan dan undang-undang Allah dalam bidang-bidang politik, ekonomi, sosial, akhlak dan perhubungan antarabangsa daripada sistem kehidupan kita. 

Kemudian kita menggantikannya dengan peraturan dan undang-undang demokrasi ciptaan manusia dalam bidang-bidang ini dan kita mengamalkannya. 

Kita mengamalkan peraturan dan undang-undang demokrasi ciptaan manusia ini dalam kehidupan kita hari-hari. 

Ini bererti bahawa umat Islam kita kini telah pun mengeluarkan diri kita daripada agama Allah dan pada masa yang sama pula kita telah memasukkan diri kita ke dalam agama demokrasi yang syirik dan kufur ini.

Apabila diseru supaya kita kembali semula kepada agama Islam, kita tidak ingin untuk berbuat demikian kerana kita menyangkakan bahawa kita ini adalah orang-orang yang sudah Islam yang benar-benar telah sempurna beriman kepada Allah. 

Kerana berbagai-bagai sebab yang lain lagi; di antaranya, kita lahir ke dunia ini sebagai orang-orang Islam, kita mati secara Islam, kita mengucap dua kalimah syahadah, kita tekun melakukan solat dan puasa, kita mengerjakan ibadat haji, kita membaca al-Quran, kita kahwin dan berkeluarga secara Islam, kita mendidik dan membesarkan anak-anak kita secara Islam, kita mengamalkan adat istiadat Islam, kita merayakan hari-hari kebesaran Islam, kita hanya ingin supaya kita terus kekal dalam Islam dan sekali-kali kita tidak ingin untuk keluar daripada agama Allah.

Di sisi kita, tidak wujud sebarang keraguan sedikitpun lagi, kita sepenuhnya yakin bahawa kita ini adalah orang-orang Islam yang benar-benar sempurna beriman kepada Allah dan yang sama sekali mustahil bagi kita untuk menjadi orang-orang yang telah terkeluar daripada agama Allah. 

Kita kini hidup dengan amat selesa sekali sebagai orang-orang Islam dengan tekun dan khusyuk melakukan segala amal ibadat kepada Allah dan kita hidup sebagai orang-orang Islam dengan keadaan kita yang aman dan damai serta bebas tanpa sebarang halangan dan gangguan untuk mengimani, menganuti dan mengamalkan agama Islam kita. 

Masjid-masjid dan rumah-rumah ibadat semakin banyak didirikan dan ada pula masjid-masjid yang besar, cantik dan berprestij yang didirikan dari masa ke semasa. 

Azan berkumandang pada setiap waktu solat, bacaan-bacaan al-Quran. 

Khutbah Jumaat dan ceramah-ceramah agama kedengaran tiada putus-putus, baik siang mahupun malam daripada seluruh masjid kita, baik di kampong-kampong mahupun di bandar-bandar. 

Sekolah-sekolah agama dan universiti-universiti Islam yang baru semakin banyak didirikan dan jumlah pelajar-pelajar Islam dan para graduan Islam semakin bertambah. 

Kita ada Bank Islam, Insuran Islam dan pajak gadai Islam. 

Para pemimpin kita adalah orang-orang Islam, pegawai-pegawai kerajaan dan seluruh kakitangannya adalah orang-orang Islam, polis dan militeri adalah daripada orang-orang Islam, malah pekerjaan dalam sektor swasta pula sudah mula dibanjiri oleh orang-orang Islam. 

Kuala Lumpur dan Putra Jaya sudah jadi hak Islam. 

Tidak salah kalau dikatakan bahawa kita sebenarnya sedang menuju kepada pencapaian matlamat untuk mencipta sebuah negara Islam yang sepenuhnya bertaqwa!

Padahal kesemuanya ini adalah tipu daya dan manipulasi yang halus dan jahat oleh kaum Yahudi sahaja - kita hidup tertipu dengan aman, senang hati dan selesa sahaja dalam kesyirikan dan kekufuran. 

Kita kini hanya menyangka sahaja bahawa kita ini adalah orang-orang Islam sedangkan yang sebenarnya kita telahpun terkeluar daripada agama Allah kerana kita telah mengeluarkan peraturan dan undang-undang Allah daripada sistem kehidupan kita. 

Seluruh negara umat Islam kita hanya merupakan negara-negara boneka kepada kaum Yahudi sahaja yang terdiri daripada para pemimpin kita yang menjadi agen-agen mereka, iaitu para pemimpin yang dipilih, dilatih dan ditonjolkan oleh mereka sahaja, serta yang dilantik sebagai Menteri-Menteri dan ke jawatan-jawatan tertinggi dalam kerajaan kita oleh mereka. 

Para pemimpin kita ini hanya sekadar taat dan patuh dengan membuta tuli kepada segala perancangan dan kehendak mereka sahaja dan kita kesemuanya ini turut menyumbangkan untuk menjayakan matlamat jahat mereka dalam merealisasikan konsep “Novos Ordo Seclorom” bagi membolehkan mereka menguasai dunia dalam usaha mereka untuk menghamba abdikan seluruh umat manusia di bumi ini terutama sekali umat Islam kita ini kepada kekuatan, kekuasaan dan hegemoni mereka!

Umat Islam kita hidup tertipu dengan senang hati dan selesa sahaja padahal kita berada dalam kesyirikan dan kekufuran di sepanjang kehidupan kita di bumi kita ini. 

Kita hidup tertipu dengan membangga-banggakan akan negara-negara kita ini. Pada hal kesemuanya ini tidaklah yang lain melainkan hanyalah agen-agen dan boneka-boneka kepada kaum Yahudi sahaja!

Kaum Yahudi telah merosakkan Aqidah Islam melalui strategi REFORMASI ISLAM yang dicipta dan diwujudkan oleh mereka untuk mengeliru dan menipu kita dengan menggunakan agen-agen mereka yang terdiri daripada para ulama dan intelek Islam kita ini sendiri. 

Gerakan Wahabi (sekarang ini dinamakan Jemaah Salafiyyah) yang bermula pada 1750 an di Arab Saudi (kini berselindung dengan nama Gerakan Salafiyyah) yang kemudiannya diikuti dengan gerakan REFORMASI ISLAM di Mesir oleh Jamaluddin al-Afghani, Abduh, Rashid Rida dan Hassan al-Banna. 

Kesemuanya itu adalah gerakan-gerakan Islam yang dirancang dan didalangi oleh kaum Yahudi dan gerakan-gerakan ini telah berjaya untuk mensekularkan massa umat Islam kita di seluruh dunia. 

Strategi sekularisasi inilah yang merosakkan fahaman dan amalan Aqidah Islam di kalangan seluruh massa umat Islam di dunia. 

Daripada Reformasi Islam ini terbentuklah agama dalam bentuknya yang baru – ISLAM MODENIS, iaitu Islam yang hanya terhad kepada mengucap dua kalimah syahadah, solat, puasa dan segala syiar-syiar ibadat sahaja. 

Manakala peraturan dan undang-undang dalam bidang-bidang politik, ekonomi, sosial, akhlak dan perhubungan antarabangsa adalah diserahkan kepada yang lain daripada Allah. 

Inilah Islam yang kita warisi pada hari ini dan inilah kerosakan terhadap AQIDAH kita yang amat besar yang mengeluarkan kita daripada agama Allah. 

Kerosakan ini setakat hari ini tidak pun disedari oleh sebahagian yang terbesar daripada massa umat Islam kita.

Setelah mereka mengalami ketumpasan-ketumpasan yang ketara dalam peperangan-peperangan AGAMA dengan kita di sepanjang zaman, mereka kini seboleh-bolehnya mengelak dan menghindari daripada berdepan dengan kita dalam sebarang bentuk peperangan Jihad secara terbuka dengan kita. 

Iaitu perang di atas nama PERANG AGAMA ISLAM dan apabila berlaku sahaja konflik di antara mereka dengan kita, mereka membuat berbagai-bagai dalihan untuk mengisytiharkan bahawa konflik itu bukanlah konflik AGAMA dan AQIDAH. 

Mereka memilih jalan yang lain dalam memerangi dan menindas kita. 

Mereka melakukan segala pengkhianatan dan kejahatan berterusan terhadap kita melalui segala tipu daya ke atas kita. 

Mereka menyerang dan memerangi kita melalui PBB, dan mereka melancarkan perang secara “Perang Proxy” ke atas kita dan melalui cara-cara seperti ini mereka kini telah berjaya dalam menunduk dan berkuasa ke atas kita di seluruh dunia.

(BERSAMBUNG)
Posted by Wan Solehah al-Halbani at 10/03/2012 05:58:00 pm 

Sumber: 
.

Tiada ulasan: