Isnin, 18 Disember 2017

6715. Beza kerajaan sebuah negara dengan parti.

Parti diberi amanah oleh rakyat untuk menerajui Kerajaan Negara.
Semua Tu Duit Rakyat Bukan Duit UMNO!!
Ustaz Abdullah Khairi Terbaru 2015

Rentetannya ada dua kisah sebagai pengajaran dalam kita mengisi ruang-ruang sifar kehidupan sebelum die. ... Aamiin Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.  


Nasib baiklah ketua Nazri, Mas Ermieyati ialah Najib. 

(Dikemaskini) 

ULASAN | Semasa aku menuntut di sebuah sekolah rendah di Kulim, Kedah kira-kira 30 tahun yang lalu, ada seorang guru yang memberi aku satu pengajaran yang tak dapat aku lupakan.
Aku ingat lagi, waktu itu aku belajar di kelas 6 Mawar, dan Cikgu Dayah - guru Bahasa Melayu yang mengajar kelas kami - memberikan aku dan rakan sekelas sedikit kerja rumah yang perlu disiapkan pada hujung minggu.
Pada Isnin berikutnya, ketika sesi pembelajaran Bahasa Melayu, Cikgu Dayah masuk ke kelas seraya meminta semua pelajar menghantar kerja rumah masing-masing. 
Sementara beliau memeriksa kerja rumah tersebut, aku dan rakan sekelas diberikan latihan menulis karangan.
Sedang aku asyik menulis rangka karangan, nama aku dipanggil oleh Cikgu Dayah.
“Apa yang kamu hantar ni?” tanya beliau.
“Kerja rumahlah cikgu,” jawabku tenang.
“Apa yang cikgu suruh buat dan apa yang kamu buat?” bentak Cikgu Dayah.
Suruh lain buat lain
Aku tersentak. Dapat kurasakan mata keseluruhan rakan kelas tertumpu padaku. Suasana mula jadi sepi. Tiada lagi bunyi pensel menggeser buku.
“Kenapa diam? Cuba buka mulut dan beritahu cikgu,” gesa beliau.
“Saya tak faham maksud cikgu. Kan ini yang cikgu berikan sebagai kerja rumah minggu lepas,” ujarku dalam nada mempertahankan diri.
Cikgu Dayah kemudiannya menunjukkan aku buku-buku latihan rakan sekelasku. Peliknya latihan yang dibuat kesemua rakanku itu berbeza dengan latihan yang aku salin dari buku teks.
Sedang aku menggaru kepala aku yang tak gatal, beliau bertanya kepada rakan-rakan sekelasku.
“Muka surat berapa yang cikgu suruh salin?”
Rakan-rakanku semua menjawab pertanyaan Cikgu Dayah secara serentak. Alamak, sahlah bahawa aku tersilap membuat kerja rumah. Aku pun cepat-cepat meminta maaf kepada beliau.
“Cikgu nak tahu macam mana kamu boleh tersilap buat kerja rumah,” desak Cikgu Dayah.
Lidah aku menjadi kelu, tak tahu apa nak dijawab.
Dah malu denda pula
Seketika kemudian, aku bersuara dengan nada sebak. “Saya minta maaf cikgu. Saya betul-betul tak sedar yang saya silap salin latihan yang salah.”
“Tak semudah itu,” ujar beliau. “Kalau nombor muka surat dan nombor latihan pun kamu boleh silap, bayangkan perkara-perkara lain yang boleh jadi silap lantaran sikap kamu yang tak beri cukup perhatian di dalam kelas.”
Aku rasakan lutut aku mulai longlai.
Cikgu Dayah kemudian menjulang buku latihan aku tinggi-tinggi di hadapan seluruh kelas bagi mengingatkan mereka agar tidak mencontohi sikap alpa aku itu.
“Kamu adalah pelajar. Tugas pelajar adalah untuk memberi perhatian di dalam kelas. Kalau itu pun kamu tak boleh buat, cikgu rasa baik kamu duduk rumah sahaja.”
Air mata aku mula menitis.
Aku ingatkan Cikgu Dayah akan berasa kasihan padaku. Lebih-lebih lagi, aku sememangnya merupakan seorang pelajar yang cemerlang dan selalu mendapat ‘A’ bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.
Tapi sangkaan aku meleset. Bukan hanya Cikgu Dayah tak menghiraukan tangisan aku atau kasihan dengan diriku yang terpaksa menanggung malu berdiri di hadapan kelas, malah beliau juga bertindak mendenda aku.
“Cikgu tak terima alasan kamu. Sekarang ambil buku kamu ni dan buat pembetulan sebanyak 10 kali. Lepas ni kalau perkara sebegini berulang kembali, cikgu akan lempar buku latihan kamu ke dalam tong sampah dan kamu kena buat semula semua latihan dari awal tahun,” kata beliau.
Aku cuma berusia 12 tahun ketika itu. Tetapi pengajaran yang diberikan Cikgu Dayah itu terpahat di sanubari aku sehingga hari ini.
“Jangan alpa ketika menjalankan tanggungjawab.”
“Tumpukan sepenuh perhatian.”
“Berani tanggung akibatnya jika salah.” 
Sayangnya, bukan semua orang yang mendapat pengajaran yang serupa. Contoh yang paling mudah ialah Datuk Mas Ermieyati Samsudin, Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan; serta Datuk Seri Nazri Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan.
Beberapa hari yang lalu, sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS) telah dirasmikan sebagai satu-satunya akses rasmi kepada permohonan visa umrah di Malaysia.
Tetapi dalam hanya satu hari, sistem yang begitu heboh diperkatakan dapat menangani masalah penipuan pakej umrah, terpaksa dibatalkan.
Ini berikutan tindakan mewajibkan penggunaan sistem IMAMS bagi semua agensi umrah serta mengenakan caj berjumlah RM90.10 (caj penggunaan IMAMS, insurans takaful dan cukai barangan dan perkhidmatan) pada individu yang ingin menunakan umrah seperti yang diuar-uarkan kepada media didapati bercanggah dengan perbincangan dalam kabinet serta perbahasan jawatankuasa belanjawan kementerian di Dewan Rakyat.
Kena ajar cukup-cukup
Seperti aku tersilap menyalin kerja rumah, Mas Ermieyati juga tampaknya tersilap menjalankan tugasnya mengikut apa yang dikehendaki oleh pegawai atasannya, manakala Nazri pula gagal memantau pelaksanaan tugas pegawai bawahannya itu.
Tapi peliknya, kedua-dua mereka tidak pula diminta menjelaskan sebab musabab berlaku kesilapan sedemikian rupa.
Sebaliknya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak begitu berlapang dada dengan pembatalan sistem IMAMS tersebut. 
Amboi, mudahnya memaafkan kesalahan. Bukankah musim nak bermaaf-maafan zahir dan batin ada enam bulan lagi?
Haish!
Seandainya Cikgu Dayah menjadi pegawai atasan Mas Ermieyati serta Nazri, aku pasti mereka berdua sudah diherdik di hadapan seluruh kelas. Err... maaf, maksud aku di hadapan seluruh ahli kabinet.
Aku pasti Cikgu Dayah akan bertanya pada mereka bagaimana boleh berlaku jurang perbezaan ketara di antara RM40 (seperti yang dipersetujui) dengan RM90.10 (seperti yang diumumkan).
Ia adalah perbezaan bagaikan langit dan bumi.
Dan mewajibkan sistem yang sepatutnya menjadi pilihan bukan suatu kesilapan yang ringan!
“Apakah kamu bermimpi ketika perbahasan di parlimen atau kamu sememangnya buat kerja acuh tak acuh?”
Nasib baiklah ketua Mas Ermieyati dan Nazri ialah Najib yang baik hati, bukannya Cikgu Dayah.
Tapi jika difikirkan dengan teliti, sekiranya Cikgu Dayah berada di tempat Najib, aku pasti beliau akan mengajar kedua mereka cukup-cukup sehingga pengajaran tersebut menjadi tepu di dada dan takkan berulang lagi kesilapan yang sama pada masa hadapan.
Alahai, patutlah sekarang ni mudah sangat kesilapan di lakukan berulang kembali – sebab pemimpin pun dah tak ambil kisah sangat.

FA ABDUL ialah kolumnis Malaysiakini edisi bahasa Inggeris.
Rencana ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Sumber: 
https://m.malaysiakini.com/news/405782



  • IMAMS: Zahid hidu sesuatu yang tak enak   
  • 'Susulan pembatalan IMAMS, adakah syarikat dapat pampasan?'   
  • IMAMS: 'Najib jangan lari dari tanggungjawab'   

  • Aku, dia, mereka gadis '2nd hand' 

    LIZA HASAN 

    Aku, dia, mereka gadis '2nd hand'Fatimah cekal menjalani hidup seperti wanita lain di kem pelarian ini. COX'S BAZAR - BANGLADESH. Ini kisah aku. Bukan kisah kau. Tetapi kisah kami. Sakit. Tetapi, sakit ini bukan aku sahaja pernah rasa. Ribuan lagi senasib dengan ku. Tapi apa yang boleh aku dan kami buat? Aku? aku hanya ada pilihan. Mula mereput di rumah usang ini atau menjadi kupu-kupu malam. Mewah, sedap namun hanya sementara. Demi ibu aku tak sanggup. Tertanya aku sendirian, masih ada lagi ke Si Uda yang mahu ambil aku, Si Dara ‘2nd hand’? Sesekali aku lap air mata yang entah bagaimana ia tumpah ke pipi. Tak mengapa aku anak Shunami dan arwah Husin Mahmud bersumpah akan terus jaga mak dan Abdul Halim adik bongsuku berusia 7 tahun. 

    27 Ogos 2017, 12 tengah malam Rathedaung, Wilayah Rakhine, Myanmar 


    Pintu rumah beratap lalang kering dan buluh nyaris rebah selepas ditendang Arakan Army. Aku terbangun dari lena. Rumah kami tiada bilik. Aku, ibu dan si Abdul Halim tidur bergelimpangan. Ibu dan Abdul Halim juga terjaga. Aku peluk erat lengan ibu takut telerai ikatan. Si Halim hanya memandang kosong ke arah empat Arakan Army yang berbau tengit. Entah berapa hari tak mandi agaknya. Si kurus tinggi dan si hitam badang sedang-sedang berumur 20-an, yang misai dan muka tak boleh blah macam umur 30-an. Lebih 300 lagi perkampungan baharu dibuka dan mereka membawa sejuta kisah hidup. “Ini lauk kita malam ni,” kata mat misai. “Jangan! Jangan!” rayu ibu. Aku menggigil. Takut kalau-kalau apa diceritakan anak hilang dara di kampung Rathedaung ini berlaku pada diriku. Tiba-tiba tangan ku disentap. Kurtisku direntap koyak bahagian dadanya. Pipiku dicengkam dengan tangan kasar, rambutku ditarik. Ibu meraung minta aku dilepaskan. Dalam kesamaran, aku nampak si kurus cekak leher ibu, si Abdul Halim menangis dalam sendu. Kepalanya menjadi alas kaki salah seorang daripada empat jahanam itu. Fatimah antara ribuan mangsa rogol askar Arakan Di depan mereka, aku diratah rakus. Belum sempat aku menjerit mulutku disumbat kain selimut. Aku dipukul, diramas atas dan bawah. Dan akhirnya aku tewas. Aku dirogol empat Arkan Army selama sejam. Aku Fatimah Begum, umur 15 tahun jadi mangsa rogol empat Arakan Army dalam masa sejam bergilir-gilir. Itu faktar. Ikut kata ibu, malam tu aku pengsan, tubuhku lebam, bibirku berdarah. Nak kencing dan berak amatlah sakit. Aku menangis dua hari. Aku trauma. 


    30 Ogos 2017, 2 pagi Rathedaung, Wilayah Rakhine, Myanmar 


    Aku, ibu dan adik nekad meninggalkan kampung sama seperti jiran-jiran lain. Dengar cerita ada orang kampung sebelah dibakar. Ada yang dikelar lehernya. Dah ramai mati. Kami kena tinggalkan Rathedung dengan segera. Tapi siapa yang bunuh? Junta tentera kerajaan atau Arakan Army atau sami Buddha dari Gerakan 969 pimpinan Ashin Wirathu. Pada tarikh itu, perjalanan kami ke Bangladesh bersama ribuan orang kampung bermula. Kami meredah hutan selama 10 hari. Kami kongsi biskut kering.

    Hingga kini Fatimah trauma selepas dirogol empat lelaki di kampungnya. Selama perjalanan itu, aku ‘puasa’ selang sehari. Aku kelaparan, terlalu lapar. Sakit yang lama belum sembuh kini diuji lagi. Sampai di Sungai Naf kami menaiki rakit. Rakit buatan berpelampungkan tong kosong. Bersesak dan hampir karam. Ditengah laut si Junta tentera merampas pendayung. Rakit kami hanyut mengikut arus. Bila hujan kami berpelukan. Siangnya, kami lena sebagai ubat kelaparan. Anak kecil menangis, si tua berdoa minta nyawanya diambil. Wanita sembilan bulan sudah reda jika melahirkan anak ketika itu. Ibu pula terus berdoa agar kami dipermudahkan. Sesekali aku, mengejutkan ibu kerana takut dia terus lena tanpa jaga sampi bila-bila.

    31 Ogos 2017 Shah Parir Dip, Teknaf, Bangladesh 


    Perjalanan mengambil masa dua hari sebelum tiba di Shah Parir Dip. Bau muntah, kahak, najis sudah serasi. Akhirnya kami sampai ke Shah Parir Dip! Aku memijak bumi Bangladesh dengan selamat. Ini satu kemenangan dan kebebasan buatku, ibu dan Halim. Halim berebut makanan dari orang luar. Mungkin dari Malaysia. Ibu pula sudah terlantar sakit dek kerana kelaparan. Aku mendukung ibu. Ketika aku sedang berjalan, aku disapa jantan dari Malaysia. Dia menyuapkan roti dan air ke bibirku dan mulut ibu. Matanya ku direnung lemah. Matanya bergenangan melihat kepenatan dan kelaparan kami yang tidak makan hampir 5 hari. 


    1hb September 2017 Kem Transit Pelarian, Teknaf, Bangladesh 


    Kami segerombolan berbondong-bondong naik lori ke kawasan transit untuk dapat status pelarian di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Aku, ibu, Halim kemudiannya dikalungkan rantai. Bukan rantai emas tetapi rantai keramat iaitu kad pengenalan bagi memudahkan kami bergerak. Ketika itu juga, air mata kami bertiga gugur! Kami berpelukan. Indah! bebas! Ku lupakan episod hitam. Aku berazam untuk bangkit dan ubah hidup kami sekeluarga. 


    3hb September, 2017 Kem Pelarian Balukhali, Cox’s Bazar, Ukhiya, Bangladesh 


    Jam 6 pagi, kami sekali lagi menaiki lori dan aku pasang angan-angan. Diam tak diam, kami sudah dua jam dalam perjalanan ke Kem Pelarian Balukhali. Di kem ini ada ratusan bukit. Bukit yang mana akan jadi rumahku? Kami sekali lagi berkumpul di Bukit Balukhali 2. Kami beratur untuk mendapatkan kupon makanan dari tentera Bangladesh untuk ditebus keesokkannya. Sekarang ini, apa yang lebih penting ialah rumah kami. 


    Langkahku bagaikan ditentukan Allah SWT apabila Asean Village milik NGO dari Malaysia, Indonesia dan Thailand menghalalkan kedatangan kami. Kini, kami bertiga dah ada rumah. Syukur…Dara yang hilang takkan kembali. Aku masih trauma, hanya sesekali sahaja aku buka jendela. Menjelang malam aku takut. 

    Catatanku, Fatimah Begum, Pelarian Balukhali, Cox’s Bazar, Bangladesh. 

    Info: Pihak yang sedang membunuh, mengusir dan membakar kampung-kampung Muslim Rohingya termasuk Rathedung, ialah Junta tentera kerajaan, Arakan Army iaitu sayap bersenjata parti politik etnik Rakhine dan sami Buddha dari Gerakan 969 pimpinan Ashin Wirathu.


    Sumber:
    http://gigitankerengga.blogspot.my/2017/12/aku-dia-mereka-gadis-2nd-hand.html
    .

    Tiada ulasan: