Isnin, 25 Disember 2017

6770. Ilmu - Dangerous - Security error.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Meja www.peceq.blogspot.com  . Tidak bagus hal-hal begini berlaku. Perbuatan baling batu sembunyi tangan. Cukup malang kalau ini dilakukan oleh pihak lawan. Lebih malang kalau dilakukan oleh penyokong parti sendiri. Dan lebih tebal malangnya bila hal begini dilakukan oleh pihak yang berkecuali, jenis suka buat kacau. 

Apa-apa pun hal ini tidak bagus kerana akan menimbulkan perkara dusta yang berlarutan. Allah SWT Maha Mengetahui. Janji Allah SWT Pasti. 


Bangunan UMNO Kedah kena conteng lagi!.. 

dulu 'Babi' harini 'RE4MASI 2.0' pulak..

Apahal agaknya ni.. bangunan ada pengawal.. dan dilengkapi dengan CCTV lagi.. dulu pernah kena conteng, pagi tadi kena conteng lagi.. Siapalah yang tak puas hati ni?

Menariknya belum sempat Polis siasat Setiausaha Kerja Umno negeri Kedah dah kaitkan insiden ini dengan 'Himpunan Derita Rakyat Baling 2.0' yang Mukhriz kata tak berfaedah tu..
Bernama melaporkan hari ini.. ALOR SETAR, 3 April - Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir menasihati anggota Umno di negeri itu agar tidak bertindak di luar batas susulan perbuatan pihak tertentu yang menconteng perkataan 'R4MASI 2.0' di beberapa bangunan Umno Kedah.

Sambil menyifatkan perbuatan itu dilakukan oleh "pihak yang dangkal akal", Mukhriz meminta anggota dan penyokong Umno menyerahkan kepada polis untuk menyiasat.

"Saya juga minta pihak polis mengawasi pejabat-pejabat semua parti politik supaya insiden sama tidak berulang," katanya dalam kenyataan di sini Khamis.

Dinding Bangunan Tunku yang menempatkan pejabat Umno Kedah antara lokasi yang diconteng perkataan tersebut.

Mukhriz yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Kedah, turut meluahkan kebimbangan dengan provokasi terbaharu itu.

"Saya bimbang hasutan sesetengah pemimpin akan menggalakkan penyokong mereka menjadi taksub dan hilang pertimbangan hingga bertindak di luar batasan.

"Kita bimbang jika tidak dibendung dengan segera, ia boleh menimbulkan masalah yang lebih sukar dan rumit untuk ditangani sehingga mendatangkan kerugian kepada semua pihak khususnya rakyat Kedah sendiri," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Kerja Umno negeri Haris Che Mat berkata kejadian tersebut disedari oleh pengawal keselamatan yang bertugas pada pukul 5.30 pagi tadi.

"Ini merupakan kali kedua bangunan diconteng, kejadian pertama berlaku sebelum pilihan raya umum ke-13 diadakan dan tindakan ini dilihat sebagai provokasi," katanya kepada pemberita di sini Khamis.

Beliau berkata selain Bangunan Umno, pejabat Umno Bahagian Jerai, bangunan kerajaan di Langkawi, papan tanda di Pendang dan van milik Umno Kubang Pasu turut diconteng dengan perkataan yang sama. 
"Kita percaya bahawa perbuatan ini ada kaitan dengan Himpunan Derita Rakyat Baling 2.0 yang akan diadakan Sabtu di Baling dan jika benar, kita minta supaya polis menarik semula permit bagi mengadakan himpunan," katanya.

Beliau berkata laporan polis mengenai perkara itu sudah dibuat dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) Bangunan Tunku juga sudah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut...

conteng
Dulu kena conteng dengan perkataan babi.. sila lihat di SINI

Blogger Home. 
s3v3n

s3v3n
copyright©

Tiada ulasan: