Isnin, 25 Disember 2017

6773. Sebab politik maka Hadis dipergunakan tanpa niat yang suci, maka Allah tunjuki aib makhluk-Nya.


ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ


Allah berfirman yang bermaksud; “Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya” (QS: Al Imran 3:185)

ماشاءالله



سبحان الله



الله اکبر
'Kisah Bani Amir bukan soal calonkan pemimpin'
Oleh Dr Rozaimi Ramli 
Saya membaca kenyataan seorang ilmuan merangkap presiden sebuah parti di Malaysia yang seolah-olah membayangkan bahawa meletakkan calon perdana menteri dan kabinet bayangan bercanggah dengan adab Islam.

Antara dalil yang beliau gunakan ialah kisah Bani Amir.

Saya terpanggil untuk memberikan sedikit komentar atas artikel beliau ini. Berikut komentar saya; 

Penulis membuka bicara tentang politik Islam dengan sangat baik dan berjaya menunjukkan keanjalan sistem politik Islam. Hadis yang bermaksud "pemimpin dari Quraisy" tidak difahami secara literal tetapi bermaksud seseorang yang ingin jadi pemimpin perlu mendapat sokongan majoriti. 

Namun setelah itu beliau seolah-olah membayangkan bahawa adab Islam tidak meletakkan calon perdana menteri. Sebab itulah partinya tidak berbuat demikian.

Beliau menggunakan riwayat Ibn Ishaq berkaitan kisah Bani Amir. Saya bawakan riwayatnya supaya kita sama-sama lihat;

(Terjemahan) Kata wakil Bani Amir kepada Nabi: Apa pandangan kamu jika kami mengikuti kamu dalam urusan kamu, kemudian Allah menangkan kamu ke atas orang yang memusuhimu, adakah kami akan menerima kuasa selepas dari kamu?

Sabda Nabi: Kekuasaan dari Allah dan Dia akan letakkan pada siapa yang Dia mahukan.

Riwayat ini dinukilkan oleh Ibn Ishaq dan sanadnya terputus dari jalur al-Zuhri.

Maqasid atau literal?

Jika dilihat ia tidak berkaitan dengan penamaan calon pemimpin. Sebaliknya ia berkaitan dengan isu meminta jawatan.

Jika dilihat dari teks ini, jelas Bani Amir sudah dapat gambaran bahawa Nabi akan menjadi pemimpin mereka. Mereka seperti sudah dapat gambaran calon pemimpin apabila menang dan membentuk kerajaan nanti. Justeru mereka mahu berkuasa setelah Nabi. 

Bagi saya, cubaan menggunakan riwayat ini untuk mengatakan langkah menamakan calon pemimpin bukan adab Islam adalah tersasar.

Perlu diingatkan bahawa ulama' tidak sepakat dalam isu larangan meminta jawatan secara mutlak. Sebahagian ulama' memperincikan hukumnya. Ia dibenarkan bagi mereka yang layak. Dan inilah pandangan yang kuat bagi sebahagian pengkaji moden.

Saya tidak tahu ke mana penulis ingin bawa pembaca artikel beliau. Ia seakan-akan flip flop.

Sekejap berpegang dengan maqasid (objektif) di sebalik hadis seperti dalam mukadimahnya, sekejap mahu berpegang dengan literal hadis yang melarang meminta jawatan. 

Abu Bakar calonkan Umar

Jika meletakkan calon perdana menteri itu dikira sebagai meminta jawatan, mengapa beliau tidak terus sahaja katakan bahawa bertanding dalam pilihanraya juga meminta jawatan dan ia dilarang juga? Bahkan ia juga meminta jawatan secara terus daripada pengundi.

Jika meletakkan calon perdana menteri dikatakan menyalahi adab Islam, bagaimana pula dengan meletakkan manifesto? Bukankah kedua-dua isu ini berkait rapat iaitu meyakinkan pengundi tentang visi dan misi parti yang bertanding meraih undi? 

Saya ingin tegaskan bahawa isu politik dalam Islam kebanyakannya bersifat ijtiad dan anjal. Khulafa' rasyidin juga berijtihad dalam politik.

Abu Bakar pernah mencadangkan Umar sebagai pemimpin selepasnya. Adakah Abu Bakar tidak mengamalkan adab Islam? Tidak sama sekali. Ia isu ijtihad.

Maka kenyataan yang mengatakan menamakan calon perdana menteri bukan adab Islam itu sebenarnya yang menyalahi adab Islam.

Jangan digunakan nama Islam untuk tindakan kita sewenangnya kerana bimbang nanti bila kita tukar pandangan, nama Islam akan dibawa tukar juga. 

sumber 


Tiada ulasan: