Rabu, 27 Disember 2017

6792. Pas - sejak seminggu yang lalu.

Parti Pemerintah Kerajaan Negeri Kelantan. 
Wakil rakyat PAS amat terkejut
kerengga pada KERENGGA - 4 hari yang lalu
PAS Selangor menegaskan tidak ada mana-mana wakil rakyat parti itu atau pemimpin mereka akan beralih arah menyertai PKR. Malah kata Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar A Samad berkata wakil rakyat parti itu sendiri "amat terkejut" dengan dakwaan demikian. Katanya beliau sendiri bercakap dengan wakil rakyat PAS di Dewan Undangan Negeri Selangor untuk bertanyakan hal demikian.

Mat Sabu, Mujahid dan Faiz Fadzil akan bertanding di Pulau Pinang

kerengga pada KERENGGA - 4 hari yang lalu
Radzi Razak SEKURANG-KURANGNYA tiga pemimpin kanan Amanah, termasuk Presiden, Mohamad Sabu, akan bertanding di Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), kata sumber. Mohamad Sabu akan bertanding di salah satu daripada tujuh kerusi Parlimen di Seberang Perai, manakala Naib Presiden Amanah, Mujahid Yusof Rawa pula akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di bahagian pulau

Apakah menamakan calon PM bercanggah dengan adab Islam?.

Alhusseyn Alhusseyn pada al- Husseyn - 4 hari yang lalu
Oleh Salman Ali Presiden Pas menggunakan kiasan pada tempat yang salah justeru pemahaman jenis ini berkemungkinan membawa malapetaka yang besar dalam agama dan masyarakat. Menamakan atau tidak pemimpin bukan tuntutan agama sebaliknya mesti dinilai berdasarkan realiti dan maslahah dari segenap sudut. Rasulullah S.A.W tidak menamakan pengganti, demikian juga saidina Omar R.A. Sedangkan saidina Abu Bakr R.A telah menamakan pengganti. Abu Bakar R.A menulis nama Omar R.A sebagai pengganti dan ia dibaca oleh ramai orang. Apakah beliau ingin tegaskan yang Abu Bakar tidak mengikuti ... lagi »

Benarkah Hj Hadi ikut Adab Ajaran Rasulullah?

Alhusseyn Alhusseyn pada al- Husseyn - 4 hari yang lalu
Dilaporkan Presiden Pas Hj Hadi berkata tindakan menamakan lebih awal calon perdana menteri dan pembentukan kabinet bayangan jika menang pada pilihan raya umum (PRU) akan datang adalah bercanggah dengan adab yang dibawa Rasulullah SAW. "Maka, PAS tidak mendahulukan pembentukan kabinet atau melantik siapa bakal perdana menteri, yang bakal menjadi bangkai sahaja. ~ sumber Cakap-cakap Hj Hadi ni sebenarnya memang susah nak dipercayai. Kalau lembu kita boleh pegang pada talinya, tapi Hj Hadi ni, nak pegang ekor serbannya pun tak boleh! Cakap Hj Hadi sering berubah-ubah ...Sepuluh y... lagi »

Amanah yakin kekal kerusi Parit Buntar tanpa PAS

noreply@blogger.com (RAKYAT MARHAEN) pada RAKYAT MARHAEN - 4 hari yang lalu
Ahli Parlimen Mujahid Yusof Rawa berkata penyokong PAS kecewa dengan keputusan parti Islamis itu bekerjasama dengan Umno. [image: mujahid-yusof_undil_600] Amanah mengakui pertandingan 3 penjuru tidak dapat dielakkan pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), tetapi berharap gabungan pembangkang dapat mempertahankan kerusi Parit Buntar tanpa PAS bersama mereka. “Perpecahan kepada 3 blok daripada 63% pengundi Melayu adalah situasi baharu bagi kita dalam pertandingan akan datang, tetapi saya bersedia dengan keadaan itu dengan minda untuk menang,” kata Ahli Parlimen Parit Buntar Datuk Dr Muja... lagi »

Gelombang kedua keluarnya ahli PAS Selangor, PKR sedia terima

noreply@blogger.com (RAKYAT MARHAEN) pada RAKYAT MARHAEN - 4 hari yang lalu
[image: Gelombang kedua keluarnya ahli PAS Selangor, PKR sedia terima] JENTERA pilihan raya PKR Selangor diminta bersedia untuk menerima gelombang kemasukan kedua pemimpin dan ahli PAS di negeri itu dan bertanding atas tiket PKR dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). Sumber memberitahu The Malaysian Insight, gelombang ini akan melibatkan wakil rakyat dari PAS Selangor yang tidak berpuas hati dengan hala tuju PAS sekarang yang mahu bersendiri dalam PRU14 sedangkan mereka mahu bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH). Berbanding dengan gelombang pertama yang menyertai Amanah, gelomba... lagi »

PRU 14: KECEWA DENGAN PAS, ADUN DI SELANGOR BERTANDING TIKET PKR?

AMIR Wartawan Rasmi LR pada WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI - 4 hari yang lalu
JANGAN PERCAYA MEREKA INI KERANA WAKIL AMANAH AKAN BERJAYA MERAMPASNYA .. [image: PRU 14: Kecewa dengan Pas, ADUN di Selangor bertanding tiket PKR?] PRU 14: Kecewa dengan Pas, ADUN di Selangor bertanding tiket PKR? Posted By: Pentadbiron: December 23, 2017 Print Email Jentera pilihan raya PKR Selangor diminta bersedia untuk menerima gelombang kemasukan kedua pemimpin dan ahli PAS di negeri itu dan bertanding atas tiket PKR dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). Sumber memberitahu The Malaysian Insight, gelombang ini akan melibatkan wakil rakyat dari PAS Selangor yang tidak berpuas ... lagi »

KETIADAAN HADI DI HIMPUNAN SOLIDARITI JADI PERSOALAN?

Alhusseyn Alhusseyn pada al- Husseyn - 4 hari yang lalu
Berita yang paling menarik hari ini di himpunan solidariti untuk Palestin bukan kerana Najib Razak bersedia untuk dikerat seketul-ketul demi mempertahankan masjid al Aqasa tetapi ianya ketidakhadiran pemimpin agung Pas Hadi Awang ke majlis itu. Tidak cukup seriau dengan kegagalan Hadi hadir itu, ia juga tidak diganti dengan Tuan Ibrahim Tuan Man, atau pun Idris Ahmad atau Mohd Nik Abdullah dan seorang lagi naib presiden Pas. Parti agama itu diwakili oleh budaknya sahaja untuk berucap sepentas dengan Najib. Tidak sampai lima minit budak itu berucap. Dengan mengirimkan budak itu t... lagi »

BENARKAH HADI TIDAK HADIR KERANA BERKHUTBAH DI MASJID RUSILA?

noreply@blogger.com (RAKYAT MARHAEN) pada RAKYAT MARHAEN - 4 hari yang lalu
Presiden Pas, Hadi Awang yang nama dan gambarnya sudah disebarkan secara meluas serta digembar-gemburkan akan hadir dalam Himpunan Solidariti Baitulmaqdis bersama Perdana Menteri, Najib Razak di Masjid Putra, Putrajaya selepas solat Jumaat hari ini, akhirnya tidak muncul dalam program tersebut. Hadi sebaliknya hanya diwakili oleh anaknya, Khalil Hadi yang juga Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat. Dalam hal ini, agak menghairankan juga mengapa Hadi tidak mahu dirinya diwakilkan oleh Timbalan Presiden, Naib Presiden, Setiausaha Agung, Ketua Penerangan atau lain-lain penjawat kanan dalam Pa... lagi »

Solidariti Baitulmaqdis: Umpan kecil untuk untung besar

noreply@blogger.com (RAKYAT MARHAEN) pada RAKYAT MARHAEN - 4 hari yang lalu
[image: Solidariti Baitulmaqdis: Umpan kecil untuk untung besar] Orang Islam mengangkat sepanduk sokongan kepada Palestin ketika perhimpunan membantah keputusan rakan baik Perdana Menteri Najib Razak, Donald Trump yang mengangkat Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel. PERDANA Menteri Najib Razak tidak membuat apa-apa kejutan atau sesuatu yang luar biasa apabila beliau memilih untuk mempertahankan agamanya berbanding persahabatannya dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald J Trump. Mana-mana pemimpin orang Islam di negara mana sekali pun kalau mahu diperakui sebagai pemimpin Musli... lagi »

Tanah Felda Tergadai: ANAK gesa lebih banyak laporan polis, SPRM dibuat

noreply@blogger.com (RAKYAT MARHAEN) pada RAKYAT MARHAEN - 5 hari yang lalu
Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) hari ini menggesa lebih banyak pihak tampil membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes kehilangan hak tanah FELDA di Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Pengerusinya Mazlan Aliman berkata ini bagi memastikan semua yang terbabit dalam kes itu dibawa ke muka pengadilan. "Kita akan turut buat laporan SPRM di Kuala Lumpur pada hari Selasa depan kerana kita percaya berlaku salah guna kuasa sehingga berlaku isu tanah Felda bertukar milik, dan sekiranya benar berlaku salah guna kuasa, kami berharap mereka ya... lagi »

Rafizi, jangan menyibuk hal parti lain sembang PJ Pas Kedah...

noreply@blogger.com (RAKYAT MARHAEN) pada RAKYAT MARHAEN - 5 hari yang lalu
ALOR SETAR - Pengasas Invoke, Rafizi Ramli dinasihatkan supaya tidak menyibuk dalam hal dalaman parti lain, sebaliknya memfokus kepada isu dalaman PKR atau Pakatan Harapan. Pesuruhjaya Pas Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi berkata, pendedahan Rafizi berkaitan kajian Invoke terbaharu, hanyalah perang psikologi bertujuan mengalih fokus pengundi Melayu daripada memilih Pas pada PRU14. “Saya nasihatkan Rafizi lebih giat lakukan kajian berkaitan kedudukan dan pengaruh PKR atau Pakatan Harapan, berbanding menyibuk dalam hal dalaman parti lain,” katanya. Menurutnya, PKR tidak pe... lagi »

Semua orang menderita apabila Umno, PAS berpakat’

kerengga pada KERENGGA - 5 hari yang lalu
Nurul Azwa Aris PETALING JAYA: Ahli sosiologi Prof Syed Farid Alatas berkata sebarang kerjasama antara Umno dan PAS yang membawa kepada kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang akan memberi kesan buruk kepada segenap lapisan masyarakat, dan bukan sahaja bukan Islam. Prof Syed Farid Alatas dari Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) adalah tidak benar tanggapan yang

Pelik jadi pemerintah tapi tidak mahu segerakan pembangunan, kata Presiden AMANAH

Alhusseyn Alhusseyn pada al- Husseyn - 5 hari yang lalu
Agak pelik apabila seorang pemimpin negeri mendakwa pembangunan di Kelantan sengaja dilambatkan bagi memastikan rakyat mendapat manfaat sedangkan rakyat amat memerlukan pembangunan apatah lagi setelah 27 tahun ditadbir oleh parti yang sama. Malah pembangunan juga mampu membuka peluang pekerjaan yang luas kepada golongan muda mahupun lepasan sekolah dan pusat pengajian tinggi. Pembangunan yang pesat juga, kata presiden AMANAH Mohamad Sabu berupaya meningkatkan keyakinan para pelabur sekaligus mampu menjana ekonomi negeri. Mohamad ditemui selepas majlis mesra bersama penduduk di... lagi »

Mengapa Nik Amar kata Kelantan tak patut contohi Selangor?

AMIR Wartawan Rasmi LR pada WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI - 5 hari yang lalu
Pada 22 Disember 2017 oleh Oleh Ahmad Irfan Hani Merujuk kepada satu laporan di Malaysiakini, Timbalan Menteri Besar, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah berkata bahawa pembangunan fizikal Kelantan sengaja dilambatkan. Nik Amar dipetik berkata: “Memang kita akui pembangunan fizikal negeri kita lambat. Kita sengaja melambatkan supaya kita nak pastikan pembangunan ini dapat dinikmati rakyat.” Kenyataan sebegini sekali imbas mungkin melucukan dan menggambarkan betapa pincangnya dasar Kerajaan PAS di Kelantan dalam tadbir urus negeri. Kegagalan kerajaan PAS Kelantan mengaitkan pembangun... lagi »

Komisyen balak diguna untuk beli Wisma Tok Guru, dedah Husam

AMIR Wartawan Rasmi LR pada WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI - 5 hari yang lalu
Kelulusan kawasan balak seluas 5,500 ekar kepada tiga buah syarikat yang dimiliki orang yang sama didedahkan sebagai modus operandi untuk membiayai pembelian tapak Wisma Tok Guru. Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan, Datuk Husam Musa berkata, beliau dimaklumkan secara jauh bahawa salah seorang ADUN Kelantan telah mengutip sejumlah wang daripada pengarah syarikat yang terlibat. Sebahagian wang inilah telah digunakan untuk membayar tapak tanah Wisma Tok Guru, katanya di majlis dialog di Lakloh Kuala Krai malam kelmarin. Beliau mempersoalkan apakah asas 5,500 ekar hutan Kuala P... lagi »

Biarlah mereka tanding berapa kerusi sekalipun pada PRU14..

noreply@blogger.com (RAKYAT MARHAEN) pada RAKYAT MARHAEN - 6 hari yang lalu
Amanah tiada halangan jika Pas mahu bertanding lebih 130 kerusi parlimen di seluruh negara pada PRU14. Presidennya, Mohamad Sabu berkata, ia adalah hak parti Islam itu untuk bertanding di mana-mana kerusi yang diimpikan mereka. “Biarlah mereka tanding berapa kerusi sekalipun, kita serah kepada rakyat untuk buat pilihan pada PRU14 nanti. “Kami di Pakatan Harapan akan bertanding mengikut pembahagian kerusi yang kami sedang bincang,” katanya. Menurutnya, walaupun setiap parti dalam Pakatan Harapan bertanding tidak banyak kerusi, tetapi Pakatan Harapan akan menang banyak untuk membentuk ... lagi »

Zaman Kleptokrasi: Felda hilang tanah RM200 juta di Jalan Semarak?

noreply@blogger.com (RAKYAT MARHAEN) pada RAKYAT MARHAEN - 6 hari yang lalu
Tanah itu dikatakan ditukar hak milik menerusi transaksi yang meragukan sejak 2015, lapor Berita Harian. [image: Anjung-Felda] Felda dikatakan bakal kehilangan hak milik tanah di Jalan Semarak, Kuala Lumpur yang dianggarkan bernilai RM200 juta, lapor Berita Harian (BH). Laporan itu menyebut, ia susulan pertukaran hak milik menerusi transaksi yang meragukan sejak 2015. Menurut carian BH di Jabatan Tanah dan Galian, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, sebuah lot tanah seluas 16 hektar menempatkan ibu pejabat lama Felda, Anjung Felda dan Wisma Felda, kini ditukar nama kepada syarikat lain ... lagi »

Anak Fadzil Noor teruskan perjuangan politik dengan amanah ayah

Alhusseyn Alhusseyn pada al- Husseyn - 6 hari yang lalu
Menjelang Pilihan Raya Umum ke-14, The Malaysian Insight mendekati bintang politik muda dan baharu yang sedang digilap oleh parti mereka untuk jadi calon. Antara rungutan pengundi ialah kurangnya muka baharu apabila pemimpin politik termasuk pembangkang adalah mereka yang sudah giat dalam politik sejak 1980-an. Di manakah anak muda untuk membawa Malaysia ke depan? The Malaysian Insight menemu bual anak allahyarham presiden PAS Fadzil Noor. BELIAU anak allahyarham presiden PAS Fadzil Noor tetapi Faiz Fadzil mahu melukis peta perjalanan politiknya atas namanya sendiri. Peguam ... lagi »

PAS dan Umno: ‘Kadangkala bersama, kadangkala tidak, tetapi sentiasa beriringan’

kerengga pada KERENGGA - 6 hari yang lalu
FMT Reporters KUALA LUMPUR: Nasib politik Malaysia ditentukan oleh persaingan antara Umno dan PAS, walaupun negara ini berbilang kaum. Kini, persubahatan 2 seteru lama itu sedang mengubah lanskap politik, membentuk suatu kerajaan Melayu duopoli baharu, kata Prof Clive Kessler, ahli akademi serta pakar sosiologi dan antropologi di Universiti New South Wales, Australia. “Konsortium Umno-PAS

MENILAI KREADIBILI HADI AWANG BERPOLITIK

AMIR Wartawan Rasmi LR pada WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI - 6 hari yang lalu

Kelantan Tercorot : Mohd Amar Bagi Alasan Pelik dan Bodos

Alhusseyn Alhusseyn pada al- Husseyn - 6 hari yang lalu
Apa kena dengan Timbalan MB Kelantan ni? Mohd Amar kata pembangunan negeri itu terkebelakang berbanding negeri lain adalah sesuatu yang disengajakan?? "Kalau kita cepatkan pembangunan, ambil dasar yang bebas kita boleh setanding dengan negeri seperti Selangor, tapi bahayanya kita risau rakyat akan ketinggalan. "Di Langkawi orang minum arak macam minum air sejuk. Orang boleh beli arak secara terbuka. Akhirnya sebahagian besar anak-anak muda di Langkawi rosak daripada aspek sosial," katanya. “Orang kampung tak mampu turut dengan pembangunan," katanya dalam ceramah isu-isu semas... lagi »

Dr.M - Bila sangkaan bertukar jadi fakta...

ali allah ditta pada tumpang sekole...? - 6 hari yang lalu
[image: Image result for mahathir n forex rci] *Seperti yang dijangka penubuhan RCI bertujuan mencari alasan untuk mengaitkan dan menyalahkan kepimpinan parti lawan dengan dakwaan bahawa pegawai-pegawai Bank Negara menipu jumlah kehilangan duit bank semasa mengurus dagangan mata wang 30 tahun dahulu.* *Kononnya Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri pada masa itu tahu dan sedar berkenaan dengan penipuan ini tetapi mereka tidak mendedahkan perbuatan ini, bermakna mereka bersubahat.* *Apakah bukti mereka tahu dan bersubahat tidak dijelaskan. Yang tentu tahu dan bersubahat menye... lagi »

Otak Nik Amar.

mantaro pada SISI BUKIT - 6 hari yang lalu
"Di Langkawi orang minum arak macam minum air sejuk. Orang boleh beli arak secara terbuka."Kata Nik Amar(klik untuk sumber) Timbalan MB Kelantan apalah punya"otak" boleh cakap pembangunan sengaja dilambatkan.(Klik). Macam budak sekolah apabila bergaduh.Mengaku sajalah,kegagalan sebagai TMB Kelantan.27 tahun bukannya sepenggal.

Pembangunan Kelantan sengaja dilambatkan sembang Mohd Amar

noreply@blogger.com (RAKYAT MARHAEN) pada RAKYAT MARHAEN - Seminggu yang lalu
Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, kerajaan negeri mempunyai pendekatan tersendiri dalam menggerakkan pembangunan berbeza daripada negeri lain. "Memang kita akui pembangunan fizikal negeri kita lambat. Kita sengaja melambatkan supaya kita nak pastikan pembangunan ini dapat dinikmati rakyat. "Kalau kita cepatkan pembangunan, ambil dasar yang bebas kita boleh setanding dengan negeri seperti Selangor, tapi bahayanya kita risau rakyat akan ketinggalan. “Orang kampung tak mampu turut dengan pembangunan," katanya dalam ceramah isu-isu semasa PAS Kawasan Pengkalan C... lagi »

Menang 40 Kerusi : PAS TIDAK BOLEH PERINTAH NEGARA MELAINKAN JADI BARUA ATAU KHADAM SAHAJA

Alhusseyn Alhusseyn pada al- Husseyn - Seminggu yang lalu
Hj Hadi dalam ucapanya dalam program Countdown 100 hari PRU14, di Marang, Terengganu hujung minggu lalu berkata, PAS akan bersama dengan Gagasan Sejahtera, akan bertanding lebih 130 kerusi parlimen pada PRU14 ini. Sebelum ini, PAS mahu meletakkan calon di 100 daripada 222 kerusi parlimen seluruh negara dan yakin memenangi sekurang-kurangnya 40 kerusi selain percaya dapat memerintah di empat negeri di semenanjung. Tidak ada perkara yang baru dalam ucapan Hj Hadi itu selain seperti biasa menyatakan jumlah kerusi sering berubah-ubah jumlahnya. Dan kali ini jumlah kerusi parlimen yan... lagi »

PRU14: Pas gempur Johor

noreply@blogger.com (RAKYAT MARHAEN) pada RAKYAT MARHAEN - Seminggu yang lalu
*PAS* merancang bertanding sekurang-kurangnya 17 kerusi Parlimen dan 40 kerusi Dun di Johor pada PRU14. Pesuruhjaya Pas Johor, Abdullah Husin berkata, partinya telah mengenal pasti calon-calon berpotensi yang terdiri daripada pelbagai latar belakang untuk bertanding di bawah tiket Pas. "Daripada calon-calon yang disenaraikan, kira-kira 30 peratus masing-masing adalah terdiri daripada kalangan ulama dan ahli profesional, manakala 40 peratus lagi dipilih daripada kalangan aktivis masyarakat," kata Abdullah ketika memberitahu Oriental Daily. Pada PRU yang lalu, Pas bertanding sebanyak la... lagi »

PRU14: Pas patut bertanding semua kerusi Dun, Parlimen sembang KM Melaka

noreply@blogger.com (RAKYAT MARHAEN) pada RAKYAT MARHAEN - Seminggu yang lalu
BANDARAYA MELAKA - "Pas sepatutnya bertanding di semua 28 kerusi Dun dan semua kerusi Parlimen di negeri ini padaPRU14," kata Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron. Menurutnya, kenyataan Pas mengumumkan akan bertanding di 22 kerusi Dun dan lima kerusi Parlimen itu dilihat sebagai satu penelitian yang dilakukan parti pembangkang terbabit sebelum mengambil keputusan untuk bertanding di kerusi dipilih. "Pas merupakan antara sebuah parti politik kanan di Melaka yang bukan asing di negara kita malah pernah berada dalam satu kerusi Dun pada suatu ketika dahulu dan jika diikutkan 22... lagi »

Bukti Sokongan Pengundi Melayu Kepada Umno Dan PAS Merosot

Addin pada Addin - Seminggu yang lalu
*Bukti Sokongan Pengundi Melayu Kepada Umno Dan PAS Merosot*. Kajian Invoke mendedahkan bahawa sokongan pengundi Melayu kepada Umno dan Pas merosot. Pengasas Invoke Rafizi Ramli berkata, hanya 41 peratus daripada pengundi Melayu di seluruh negara menyatakan akan mengundi Umno jika Pilihan Raya Umum dipanggil dan berlaku pertandingan tiga penjuru. "Tahap sokongan pengundi kepada Pas telah jatuh merudum dalam tempoh 12 bulan. *Bukti Sokongan Pengundi Melayu Kepada Umno Dan PAS Merosot*. "Hanya 14 peratus pengundi Melayu menyatakan akan mengundi Pas dalam pertandingan 3 penjuru, jatu... lagi »

Orang pelik kata orang lain pelik!

Alhusseyn Alhusseyn pada al- Husseyn - Seminggu yang lalu
Oleh Hanipa Maidin 1. Ada seorang pemimpin parti suci nampaknya rasa pelik dgn Tun M. 2. Antaranya dia pelik bila Tun M mahu DSAI dibebaskan drp penjara. 3. Dia juga pelik sebab dia kata dulu Tun M angkat MO1, skrg dia lawan MO 1. *Komen sikitlah* a. Lebih pelik lagi parti yang banyak lakukan benda pelik, dia pulak kini rasa pelik. b. Saya rasa mamat ni mungkin juga rasa pelik macam mana masa zaman jahiliyyah Syaidina Umar r.a misalnya kuat lawan Nabi s.a.w., lepas tu boleh jadi antara sahabat rapat Rasulullah s.a.w. c. Lagi amat pelik orang yang masih dalam parti pembang... lagi »

PRU14: Tiga penjuru keranda buat Pas Kelantan

noreply@blogger.com (RAKYAT MARHAEN) pada RAKYAT MARHAEN - Seminggu yang lalu
Pas akan mengalami kekalahan sekiranya berlaku pertandingan tiga penjuru antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) dan Pas di Kelantan. “Tiga penjuru, boleh siap keranda untuk Pas,” kata penganalisis politik tersohor, Mohd Sayuti Omar dalam temu bual bersama Ketua Pemuda AMANAH Kelantan lewat petang semalam. Pada temu bual yang disiarkan secara langsung di laman Facebook Pemuda AMANAH Kelantan itu beliau berkata, semua syarat telah mencukupi untuk Pas pasti kalah dalam PRU14. “Hanya satu jalan untuk Pas menyelamatkan diri iaitu sama ada bergabung dengan BN atau dengan PH. ... lagi »

PRU14: PAS akan bertanding di sebanyak mungkin kerusi

noreply@blogger.com (RAKYAT MARHAEN) pada RAKYAT MARHAEN - Seminggu yang lalu
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan parti itu akan bertanding sebanyak mungkin kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti. Abdul Hadi berkata, ini kerana PAS akan bersama dengan Gagasan Sejahtera, sebaliknya bukan dengan BN atau Pakatan Harapan. "PAS dengan angkatan sendiri. Seluruh negara seboleh-boleh kita akan bertanding lebih 130 kerusi parlimen. "Bagi negeri Terengganu kita akan bertanding di semua kawasan. Insya-Allah, menang atau kalah itu cerita lain. "Apa yang penting setelah kita berazam, bertawakal kepada Allah, ahli-ahli mesti patuh dan taat, " katan... lagi »

Orang Melayu Sokong BN 41%, Enggan Beritahu 32%, PAS 14% & HARAPAN 13% Kata Rafizi.

Ameno World pada Ameno World - Seminggu yang lalu
Oleh : Malaysiakini Kaji selidik terkini yang dijalankan pusat penyelidikan pilihan raya Invoke menunjukkan sokongan kaum Melayu kepada Umno dalam pilihan raya akan datang semakin merosot, terutamanya disebabkan isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST). Bagaimanapun, hasil kajian mendapati Pakatan Harapan (HARAPAN) juga menghadapi tugas berat dalam mendapatkan sokongan Melayu walaupun dipimpin oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Sekiranya berlaku pertandingan tiga penjuru, 41 peratus orang Melayu akan memilih Umno (dan BN) manakala 14 peratus akan menyokong PAS, kata ... lagi »

Sokongan Melayu kepada Pas merudum 11%

kerengga pada KERENGGA - Seminggu yang lalu
MALAYSIA DATELINE Kajiselidik terbaharu Invoke Malaysia mendapati sokongan Melayu terhadap Umno dan Pas merosot teruk dengan Umno menerima 41% sokongan manakala Pas hanya mampu meraih 14% sokongan Melayu berbanding 25% pada kaji selidik yang dilakukan Jan lalu. Ketika membentangkan hasil kajian itu, pengasas Invoke yang juga ahli parlimen Pandan Rafizi Ramli berkata, dapatan daripada

Mohd Amar ramal lebih banyak 'benda pelik' keluar dari Mahathir

noreply@blogger.com (RAKYAT MARHAEN) pada RAKYAT MARHAEN - Seminggu yang lalu
Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah percaya bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan terus melakukan pelbagai tindakan 'pelik' demi meraih sokongan menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-14. Menurut beliau, berdasarkan pengalaman lalu tidak mustahil Dr Mahathir akan lakukan apa saja demi mencapai kepentingan politiknya. "Semua itu politik terdesak yang ditunjukkan Dr Mahathir kerana kita nampak beliau sudah tidak tahu lagi cara untuk mendapatkan sokongan. “Berdasarkan pengalaman kita, Dr Mahathir ini dilihat boleh buat apa sahaja, mungkin dekat PRU ke-14, ada benda-b... lagi »

BERBANDING HADI AWANG, LEBIH BAIK PAS BERTERUS-TERANG CALON PM PILIHAN MEREKA IALAH NAJIB

noreply@blogger.com (RAKYAT MARHAEN) pada RAKYAT MARHAEN - Seminggu yang lalu
Walaupun sudah diperjelas dan dinafi berkali-kali bahawa Lim Kit Siang tidak mahu dan tidak mungkin dapat menjadi Perdana Menteri, Hadi Awang tetap menyatakan Ahli Parlimen Gelang Patah itu adalah bakal Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan memenangi pilihanraya akan datang. Seterusnya, beliau mengajak rakyat agar menolak Pakatan Harapan yang didakwanya akan menjadikan Lim Kit Siang sebagai Perdana Menteri. Hairan juga dengan sikap Hadi itu kerana beliau sendiri pernah bersama dan berpeluk dengan Lim Kit Siang sebelum ini dan dengan demikian sudah tentu tahu kebenaran siapa baka... lagi »

HJ HADI SAMA TIONG LAI selamatkan Najib.

mantaro pada SISI BUKIT - Seminggu yang lalu
PAS dan MCA membawa suara UMNO /BN.MASIH mahu selamatkan UMNO/Najib. MCA negara masalah jika Kit Siang jadi PM. Hj Hadi ,"tolak pemimpin DAP jadi PM.

Bandar Baru Dabong bermasalah, tapi tak batal sembang Mohd Amar

noreply@blogger.com (RAKYAT MARHAEN) pada RAKYAT MARHAEN - Seminggu yang lalu
Kerajaan Kelantan mengakui projek Bandar Baru Dabong di Kuala Krai berdepan masalah dan pelaksanaannya terpaksa ditangguh. Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, bagaimanapun perancangan asal pembangunan tersebut masih berjalan. "Sebenarnya memang ada isu (masalah). "Pelan (pembangunan) kita masih berjalan, cuma ada masalah dari aspek pemilihan lokasi, kerana Dabong ini masalah paling besar ialah hampir semua kawasannya terdedah kepada banjir," katanya kepada *Malaysiakini* ketika ditemui selepas program ceramah di Kampung Lundang, Kota Bharu, malam tadi. Terdahu... lagi »

'Tak mustahil Mohd Amar jadi PM'

Alhusseyn Alhusseyn pada al- Husseyn - Seminggu yang lalu
'Peguam PAS dulu' Mohamed Hanipa Maidin berkata tidak mustahil Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mampu menjadi perdana menteri. Beliau mengulas secara berseloroh kenyataan Mohd Amar, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panchor, seperti yang disiarkan Sinar Harian semalam berkenaan soal 'tak mustahil'. Menurut Malaysiakini yang memetik laporan itu, Mohd Amar berkata tidak mustahil jika perdana menteri Malaysia dipilih di kalangan pemimpin PAS, walaupun jumlah kerusi dimenangi parti itu di Dewan Rakyat berkurangan. Mengambil contoh PRU 1990 di mana kemenan... lagi »

INI SEBABNYA HJ HADI TIDAK LAYAK JADI PERDANA MENTERI MALAYSIA

Alhusseyn Alhusseyn pada al- Husseyn - Seminggu yang lalu
Keputusan memihak kepada syarikat berkenaan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, dalam penghakiman pada 27 Oktober 2010.Hj Hadi yang sebelum ini mengecam DAP dengan menuduh "DAP tidak mampu menjadi kerajaan yang bersih dan banyak cerita dilaporkan mengenai kepincangannya," adalah umpama "Paku dulang, paku serpih, mengata orang, pada hal dia yang lebih. Rupa-rupanya Hj Hadi yang diiktiraf oleh pengikutnya sebagai seorang tokoh ulama donia dan dianggap sebagai Perdana Menteri 'in the making' turut bergelumang dengan kotoran yang sangat menjijikan! Patutlah Hj Hadi boleh bersa... lagi »

Setelah mempengaruhi PAS,UMNO perbudakkan MCA pula...

ali allah ditta pada tumpang sekole...? - Seminggu yang lalu
*Nampaknya Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai sudah menjadi jurucakap bagi gerombolan Najib-Hadi apabila mengulangi dakyah UMNO selama ini kononnya Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang akan menjadi perdana menteri jika Pakatan Harapan menang pilihan raya umum (PRU) akan datang.* *Menurut Liow, negara akan terjejas sekiranya Kit Siang menjadi perdana menteri dan menuduh pemimpin veteran DAP itu sebagai ahli politik yang tidak berprinsip.* *“Hanya beliau yang tahu jika beliau ada cita-cita menjadi perdana menteri atau timbalan perdana menteri. Bagi saya beliau adalah ahli politik ya... lagi »

PAS Harap Keajaiban Politik Untuk Menjadi PM

Addin pada Addin - Seminggu yang lalu
*PAS Harap Keajaiban Politik Untuk Menjadi PM*. PAS berkata ia bukan sahaja ada harapan untuk mengetuai kerajaan selepas pilihan raya akan datang, tetapi juga sudah ada calon perdana menteri. Naib Presiden PAS, Idris Ahmad berkata presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan menjadi perdana menteri jika ia menang pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14). *PAS Harap Keajaiban Politik Untuk Menjadi PM*. “Presiden kita ada satu. Tentulah presiden kita,” katanya dihubungi FMT hari ini. Semalam, Sinar Harian memetik Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah sebagai melahirkan ke... lagi »

Guan Eng, Kit Siang Berbohong, Boleh Didakwa Kerana Fitnah TGHH - Harakah Daily.

Ameno World pada Ameno World - Seminggu yang lalu
*Oleh : Harakah Daily* Disebabkan kehangatan yang melanda ekoran tersiarnya laporan kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, di dalam akhbar Berita Harian dan New Straits Times pada 16 Disember 2017, saya telah mengambil inisiatif untuk mendengar sendiri sekali gus membuat transkripsi wawancara Datuk Seri Abdul Hadi yang dilangsungkan pada 15 Disember 2017 itu. Wawancara ini sebenarnya hanya merangkumi empat soalan sahaja. Kepada soalan pertama berbunyi *"Apa persediaan PAS untuk pilihan raya umum yang dilihat dah semakin hampir sekarang ini".* Jawapan Datuk Seri Abdul Hadi... lagi »

PAS Ada Harapan Ketuai Kerajaan, Hadi Calon PAS Untuk PM Malaysia Kata Naib Presiden PAS.

Ameno World pada Ameno World - Seminggu yang lalu
PAS dilaporkan berkata mempertahankan kenyataan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Mohd Amar yang parti itu ibukan sahaja ada harapan untuk mengetuai kerajaan selepas pilihan raya akan datang, tetapi juga sudah ada calon perdana menteri. Laporan *Free Malaysia Today* hari ini, Naib Presiden PAS, Idris Ahmad dipetik sebagai berkata presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan menjadi perdana menteri jika ia menang pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14). *“Presiden kita ada satu. Tentulah presiden kita,”* katanya ketika dihubungi oleh portal itu. Semalam, *Sinar Harian* memetik Naib Pr... lagi »

Jika kalah saman RM1 billion kena bayar,Hj Hadi kena jelaskan.

mantaro pada SISI BUKIT - Seminggu yang lalu
Tasik Kenyir Hj Hadi sebagai Menteri Besar Terengganu pada 1999-2004 kena beri penjelasan pendedahan Exco Terengganu berkaitan saman RM1 billion oleh Syarikat Riyapadu. Hj Hadi kena berani menjelaskan RM1 bilion sangat banyak jika Kerajaan Negeri Terengganu kalah saman itu. ..Klik baca berita penglibatan Kerajaan PAS sepenggal,jika fitnah samanlah ........................ Pendedahan Exco Terengganu bahawa Kerajaan Negeri perlu membayar saman RM1 billion akibat tindakan kerajaan PAS 1999 - 2004 wajar diberikan perhatian. Saman yang dibuat oleh syarikat konsesi balak iaitu Syarikat... lagi »

Lebai Naib Presiden PAS ini kata mereka boleh menang PRU 14 dan dah sediakan calon PM

kerengga pada KERENGGA - Seminggu yang lalu
Kami boleh menang, dan Hadi boleh jadi PM, kata PAS Khairil Ashraf PETALING JAYA: PAS berkata ia bukan sahaja ada harapan untuk mengetuai kerajaan selepas pilihan raya akan datang, tetapi juga sudah ada calon perdana menteri. Naib Presiden PAS, Idris Ahmad berkata presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan menjadi perdana menteri jika ia menang pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Kalau DAP sokong Hadi sebagai calon PM, adakah ia bersih semula?

noreply@blogger.com (RAKYAT MARHAEN) pada RAKYAT MARHAEN - Seminggu yang lalu
Serangan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menggesa rakyat Malaysia supaya menolak DAP dengan alasan ia ‘tidak bersih’ dan bukan muslim menimbulkan persoalan. Adakah sekiranya DAP menyokong Hadi sebagai calon Perdana Menteri, ia akan kembali suci murni di mata Ahli Parlimen Marang itu? Persoalan itu ditimbulkan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dalam kenyataannya, membalas serangan Hadi melalui wawancaranya yang disiarkan akhbar UMNO, Berita Harian minggu lalu. “Selama tujuh tahun, dari 2008 hingga 2015, Hadi mengetuai PAS untuk bekerjasama dengan DAP dan PKR dalam Pakatan Rak... lagi »

MCA dan PAS kini bekerjasama kitar semula dakyah Kit Siang bakal PM

noreply@blogger.com (RAKYAT MARHAEN) pada RAKYAT MARHAEN - Seminggu yang lalu
Propaganda UMNO kononnya Lim Kit Siang akan menjadi Perdana Menteri apabila Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan terus dimainkan walaupun pemimpin veteran itu telah menegaskan bahawa beliau tidak akan menjadi PM. Lebih rancak lagi, kini MCA dan PAS dilihat saling berganding bahu melancarkan serangan terhadap Ketua Parlimen DAP itu, di saat-saat Pilihanraya Umum ke-14 kian menghampiri. “Kit Siang sudah kata berkali-kali, beliau langsung tidak ada kehendak untuk menjadi Perdana Menteri. “Tetapi kerajaan seperti sudah ketandusan idea sehingga terpaksa menggunakan propaganda lapuk ini... lagi »

TAKSUB KEPADA PEMIMPIN BOLEH MENJADI PUNCA PENYELEWENGAN

Alhusseyn Alhusseyn pada al- Husseyn - Seminggu yang lalu
*TAKSUB KEPADA PEMIMPIN BOLEH MENJADI PUNCA **PENYELEWENGAN* Agak menarik membaca kenyataan Naib Presiden PAS, Idris Ahmad bahawa presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan menjadi perdana menteri jika ia menang pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14). Bagaimana Hj Hadi boleh jadi Perdana Menteri sedangkan Pas mahu menang 40 kerusi parlimen sahaja daripada 222 kerusi? Jawapannya adalah sebagaimana yang Mohd Amar nyatakan sebelum ini bahawa “Keajaiban politik” boleh berlaku pada pilihan raya akan datang, walaupun parti itu disebut-sebuh akan menghadapi kekalahan teruk kerana e...lagi »

Tak Mustahil Juga Mohd Amar Jadi PM Dan 1MDB 'Dihalalkan', Sindir MP Amanah Pada PAS.

Ameno World pada Ameno World - Seminggu yang lalu
Oleh : Hanipa Maidin. *Mari berbicara soal tak mustahil ya sheikh!* 1. Seorang pemimpin kanan parti suci dilaporkan berkata dalam PRU akan datang tak mustahil parti suci tak menang banyak kerusi, tapi yang jadi PM pemimpin parti suci. 2. Mamat ini juga kata "jangan rasa pelik, yang penting ahli kena yakin kepada pimpinan parti". 3. Beliau juga dilaporkan berkata dengan agenda Islam yang dibawa parti tu mampu melahirkan kejayaan dengan kehendak Allah dan diluar jangkaan manusia. Wajib komenlah ulasan bertaraf Professor Emiritus ini. a. Saya setuju sepenuhnya tak mustahil pemimpin parti... lagi »

Kalau DAP sokong Hadi sebagai calon PM, adakah ia bersih semula?

AMIR Wartawan Rasmi LR pada WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI - Seminggu yang lalu
Pada 18 Disember 2017oleh Pentadbir Serangan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menggesa rakyat Malaysia supaya menolak DAP dengan alasan ia ‘tidak bersih’ dan bukan muslim menimbulkan persoalan. Adakah sekiranya DAP menyokong Hadi sebagai calon Perdana Menteri, ia akan kembali suci murni di mata Ahli Parlimen Marang itu? Persoalan itu ditimbulkan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dalam kenyataannya, membalas serangan Hadi melalui wawancaranya yang disiarkan akhbar UMNO, Berita Harian minggu lalu. “Selama tujuh tahun, dari 2008 hingga 2015, Hadi mengetuai PAS untuk bekerjasam... lagi »

PRU14: 'Tak mustahil Mohd Amar jadi PM'

noreply@blogger.com (RAKYAT MARHAEN) pada RAKYAT MARHAEN - Seminggu yang lalu
'Peguam PAS dulu' Mohamed Hanipa Maidin berkata tidak mustahil Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mampu menjadi perdana menteri. Beliau mengulas secara berseloroh kenyataan Mohd Amar, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panchor, seperti yang disiarkan Sinar Harian semalam berkenaan soal 'tak mustahil'. Menurut *Malaysiakini *yang memetik laporan itu, Mohd Amar berkata tidak mustahil jika perdana menteri Malaysia dipilih di kalangan pemimpin PAS, walaupun jumlah kerusi dimenangi parti itu di Dewan Rakyat berkurangan Mengambil contoh PRU 1990 di mana kemenangan PAS... lagi »

PRU14: Kami boleh menang, dan Hadi boleh jadi PM, sembang PAS

noreply@blogger.com (RAKYAT MARHAEN) pada RAKYAT MARHAEN - Seminggu yang lalu
PAS berkata keajaiban politik boleh berlaku, dan ia sudah tahu calon PM. [image: idris-hadi-pas]PAS berkata ia bukan sahaja ada harapan untuk mengetuai kerajaan selepas pilihan raya akan datang, tetapi juga sudah ada calon perdana menteri. Naib Presiden PAS, Idris Ahmad berkata presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan menjadi perdana menteri jika ia menang pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14). “Presiden kita ada satu. Tentulah presiden kita,” katanya dihubungi FMT hari ini. Semalam, Sinar Harian memetik Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah sebagai melahirkan keyakin... lagi »

Pendakwah anggap dakwaan Hadi berkaitan Islam di Pulau Pinang palsu

kerengga pada KERENGGA - Seminggu yang lalu
ZIKRI ABDULLAH Dakwaan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkaitan suasana rakyat di Pulau Pinang dalam akhbar Berita Harian semalam dianggap palsu. Pendakwah terkenal Ustaz Wan Ji Wan Hussin berkata, ketika rakyat Pulau Pinang sedang menerima bantuan banjir daripada Kerajaan Negeri sebanyak RM700, kenyataan Presiden Pas bahawa rakyat negeri itu sedang keperitan adalah amat jelas

Serangan Hadi terhadap DAP sama seperti momokan Umno

noreply@blogger.com (RAKYAT MARHAEN) pada RAKYAT MARHAEN - Seminggu yang lalu
Mujahid Yusof Rawa berkata presiden PAS tidak boleh abaikan hakikat bahawa DAP tidak boleh perintah sendirian. [image: mujahid-hadi-dap-1] Serangan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap DAP sama seperti momokan Umno yang mendakwa orang Melayu akan kerugian jika Pakatan Harapan memerintah. Awal bulan ini, Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak di Perhimpunan Agung Umno memberi amaran orang Melayu akan hilang hak istimewa jika pembangkang ambil alih kerajaan. Umno sering mendakwa PH akan ikut langkah DAP. Menepis kebimbangan itu, Ahli Parlimen Amanah Mujahid Yusof Rawa berkata ... lagi »

Adakah DAP "najis" kerana ia tidak menyokong Hadi sebagai Perdana Menteri?

Alhusseyn Alhusseyn pada al- Husseyn - Seminggu yang lalu
Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengulas kenyataan Hadi kononnya DAP tidak mampu menjadi kerajaan yang bersih dan tidak patut bercita-cita menjadi perdana menteri. “DAP tidak mampu menjadi kerajaan yang bersih dan banyak cerita dilaporkan mengenai kepincangannya," kata Hj Hadi di sini Lim Kit Siang yang sebelum ini menafikan pernah bercita-cita mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia, dalam penghujahannya telah menampilkan beberapa bukti dan fakta mengenai kegagalan negara-negara Islam yang diterajui kepimpinan Muslim berbanding dengan negara-negara bukan Islam tetapi lebih berjay... lagi »
.

Tiada ulasan: