Khamis, 28 Disember 2017

6803. Felda terumbang-ambing dengan fitnah politik, pergolakan politik dalaman dan krisis kepimpinan Felda Global Ventures (FGV).



ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ


Allah berfirman yang bermaksud; “Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya” (QS: Al Imran 3:185)


ماشاءالله



سبحان الله



الله اکبر

Bismillahi Walhamdulillah. Tazkirah: Muhasabah diri sendiri untuk Allah dan kerana Allah. Ada kalangan rakyat/pengundi Malaysia, sekarang berpendirian umno yang perlukan rakyat/pengundi dan bukan rakyat/pengundi yang perlukan umno. - Dasar-dasar membandingkan negara ini dengan negara lain yang buat Malaysia di atas, sudah ketinggalan zaman. - Hal mengungkit jasa, lagi membuat sebahagian rakyat/pengundi meluat mendengarnya. Sebab di sebalik ungkitan itu sebenarnya Allah tunjukkan aib seseorang dan itulah pemuka-pemuka palsu dan pendusta. Tangan kanan bersedekah, jangan sampai tangan kiri tahu. - Menakut-nakutkan juga modal zaman berzaman dan menjadi ulang tayang di setiap PRU bagi sesetengah rakyat/pengundi. Apa lagi menimbulkan soal perkauman dan rasis. Rakyat/pengundi tahu mengapa penjajah british membawa masuk pendatang yang akhirnya menjadi rakyat negara ini tanpa syarat. Walau pun alasan jelas sebagai buruh ladang dan buruh lombong bijih timah. Di sebalik tabir ialah memecahkan domenasi majoriti Umat Muhammad beragama Islam di Tanah Melayu. Disamping menjadi langkah-langkah tersorok seperti Singapura yang menjadi bola yahudi di Nusantara dewasa ini. - Konsep ketuanan Melayu adalah jalan tanpa sedar yang sebenarnya cucukan jarum halus yang paling brutal demi menjauhkan diri kita dari TUAN kita yang sebenar iaitu Allah Subhanahuwatalla. - Sedar atau tidak hala tuju Melayu yang sepatutnya Islam Melayu dan bukannya Melayu Islam yang sekarang terpecah-pecah menjadi Melayu Bangsawan (Tidak boleh ditegur dan mempergunakan Melayu Bawahan), Melayu Bawahan (pendokong tegar Melayu Bangsawan), Melayu Yahudi dan Melayu Murtad. - Mahu lihat parti yang diberi amanah sebagai pemerintah itu amanah dan teguh atau tidak, lihat sahaja muka jalan raya utama di hadapan mata masing-masing. Selesa? Alahmdulillah dan sokonglah, asalkan tidak membawa rebah. Melambung-lambung? Alhamdulillah - berubahlah. - Mengapa sesebuah negara mendapat pemimpin yang bagus? Sebab rakyat jelata dekat dengan Allah. Selagi rakyat berbahasa kesat dan tidak mengamal perintah dan larangan Allalh, serupa itulah Allah hadiahi kita individu yang menjadi pemimpin kita. Jangan putus Solat dan berdoa untuk Allah dan kerana Allah. Astaghfirullahalazim. Aamiin Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.






SHAHRIR SAMAD BUKAN SEKADAR MENJENAMAKAN SEMULA FELDA. 

Oleh Ab Jalil Backer
Beberapa hari lagi akan genap setahun Tan Sri Shahrir Samad mengambil alih jawatan Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).
Beliau mengambil alih dalam keadaan agensi ini terumbang-ambing dengan fitnah politik, pergolakan politik dalaman dan krisis kepimpinan Felda Global Ventures (FGV).
Jika sesiapa mengikuti sejarah Felda tentu tahu bahawa sejak 5 tahun terakhir ini agensi dan syrikat berkaitannya telah beberapa kali berhadapan dengan perubahan kuasa ekskutif. Berlaku penukaran dan pengguguran Pengurus Besar Felda, Ketua Pengarah Eksekutif FGV, penggantungan jawatan, siasatan dalaman, siasatan perkhidmatan awam dan siasatan Suruhanjaya Pencegahan rasuah Malaysia.

Tidak cukup itu FELDA juga menjadi bahan fitnah, gosip dan serangan parti politik bukan Barisan Nasional bagi tujuan meraih sokongan peneroka yang memepunyai peratusan besar pengundi di hampir 54 kerusi Parlimen.
Justeru apabila dilantik pada Januari 2017, Shahrir hanya mempunyai sekitar setahun untuk memulihkan imej Felda, bukan sahaja di kalangan peneroka tetapi juga kepada rakyat Malaysia dan pelabur di Bursa Malaysia, sebelum pilihan raya umum ke-14.
Sebagai ahli politik veteran dan bekas Menteri, Shahrir sedar beliau tidak punya banyak waktu untuk menjaga hati dan perasaan orang politik mahu pun pegawai dalaman.
Shahrir juga pasti sedar bahawa sebagai organisasi besar Felda akan sentiasa mempunyai kecaman dan kritikan. Berhadapan 112,635 peneroka, dan mungkin mencecah 500,000 orang jika termasuk ahli keluarga, Felda tidak akan dapat memuaskan hati semua orang. Apatah lagi suara pembangkang. Namun usaha dan perubahan perlu terus dilakukan untuk kepentingan peneroka dan kerajaan.
Mungkin satu-satunya matlamat beliau ialah untuk memulihkan keyakinan rakyat terutamanya peneroka dan pelabur terhadap Felda dan kerajaan.
Pemerkasaan Felda. 
Saya tengok masalah FELDA ini adalah lebih kepada persepsi dan salah faham, hingga ramai orang tidak boleh membezakan antara FELDA Global Ventures Holdings Bhd (FGV), sebuah syarikat yang disenaraikan di Bursa Saham, dan FELDA sebagai sebuah badan pihak berkuasa iaitu lembaga yang ditubuhkan di bawah Akta Parlimen. 

Jadi ada salah faham dan kekeliruan, bukan sahaja di peringkat peneroka tetapi juga pemimpin dunia perniagaan. – Tan Sri Shahrir Samad, ketika diwawancara oleh Bernama.
Antara langkah pertama Shahrir lakukan ialah mencadangkan pengasingan jawatan Pengerusi Felda dengan FGV. Berikutan itu, kerajaan telah melantik Datuk Azhar Abdul Hamid sebagai Pengerusi FGV yang baharu.
Sebelum ini jawatan Pengerusi Felda dan FGV telah dipegang oleh orang yang sama. Ini menyebabkan apabila berlaku kelemaham dalam FGV ia menimbulkan salah faham di kalangan peneroka seolah-olah itu kesalahan Felda. Penguasaan kedua-dua jawatan oleh seorang individu juga dilihat menghalang proses “check and balanced” dan ketelusan dalam pengurusan FGV.
Shahrir mahu Felda sebagai pemegang saham terbesar menjadi “bapa” kepada FGV bukan sama taraf lagi. Dengan kata lain FGV harus “menjawab” kepada Felda, bukannya Felda terpaksa mempertahankan setiap keputusan dan tindakan FGV.
Shahrir juga telah mendesak tiga wakil Felda dalam Lembaga Pengarah FGV iaitu dua orang daripada pengurusan Felda dan seorang lagi dari Lembaga Pengarah FELDA. Ini dilihat sebagai langkah pemerkasaan Felda sebagai agensi yang menjaga kepentingan industri kelapa sawit, peneroka dan kerajaan.
Apabila dilantik sebagai Pengerusi, Shahrir juga telah melakukan perubahan drastik dalam salah satu cabang pelaburannya, Felda Invesment Corporatioan dengan mengarahkan semua Lembaga Pengarah FIC meletak jawatan dan menyusun semula pengurusan FIC yang menjadi kontroversi sejak beberapa tahun lalu.
FIC ditubuhkan pada 2 Julai 2013 bertujuan menjadi syarikat pelaburan FELDA dalam bidang pelaburan strategik bukan pertanian seperti pembinaan, perhotelan dan lain-lain.
Dalam perubahan itu Shahrir kemudian mengumumkan bahawa SPRM diminta menyiasat pelbagai keputusan perniagaan FIC seperti pembelian Hotel Grand Plaza Kensington di London, Merdeka Palace Hotel & Suites di Kuching dan Hotel Grand Borneo, Kota Kinabalu, Sabah.
Terbaru Felda membuat laporan polis ke atas transaksi mencurigakan projek pembangunan tanah Felda di Jalan Semarak, Kuala Lumpur. 

Ini semua dilakukan untuk bukan sahaja memulihkan imej felda tetapi juga pengurusan Felda secara keseluruhan.
Kebajikan Peneroka. 
Shahrir bukan sahaja sedang melakukan perubahan dan pembaharuan dalam pengurusan perniagaan Felda, malah turut mencadangkan inisiatif-inisiatif yang lebih dekat kepada peneroka dan yang “menjadi duri dalam daging” kepada peneroka.
Langkah pertama Shahrir ialah melakukan rombakan dan perubahan dalam FELDA Technoplant Sdn Bhd (FTPSB) dengan melantik bekas Pengurusa Besar Felda, Datuk Dzulkifli Abdul Wahab sebagai sebagai Penerusi yang baharu.
Dzulkifli mempunyai lebih dari tiga puluh tahun pengalaman berkhidmat di FELDA dan pernah dilantik sebagai Pengarah Besar FELDA pada tahun 2009 sehingga tahun 2012 diharap mampu memulihkan imej anak syarikat felda ini yang menjadi sebahagian punca ketidakpuasan hati peneroka kepada Felda.
Felda Technoplant menguruskan ladang seluas 239,909.49 hektar melibatkan seramai 59,569 orang peneroka yang terdiri dari ladang berhasil, peringkat pembangunan dan tanam semula. Banyak rungutan peneroka berkisar soal pembayaran, pengeluaran hasil yang tidak berkualiti dan ladang tidak diurus dengan baik.
Selain itu, beberapa bulan lalu, Perdana Menteri Najib Razak telah mengumumkan 6 insentif untuk peneroka dan warga Felda dalam bentuk pelupusan hutang, bayaran insentif, kewujudan dana khas, geran khas serta insentif perumahan.
Sebanyak 94,956 keluarga peneroka yang layak akan menerima bayaran insentif khas untuk kebajikan warga Felda sebanyak RM5,000.
Selain itu, pada tahun ini FELDA telah membayar insentif hari raya berjumlah RM47.28 juta dan juga dividen FGV berjumlah RM26.47 juta. Keseluruhan RM 73.75 juta telah diagihkan kepada 94,555 peneroka yang bersama FELDA.
Muafakat Membawa Berkat. 
Di bawah kepimpinan Shahrir juga FELDA, buat pertama kali secara rasmi, menjemput 17,679 peneroka yang tidak menghantar hasil kepada FELDA dan yang menyaman FELDA, untuk kembali bermuafakat bersama FELDA.
Peneroka yang kembali bermuafakat adalah layak untuk menerima insentif-insentif yang diumumkan oleh YAB PM bermula pada bulan Februari 2018.
Sahrir turut mengarahkan pengurus dan petugas rancangan FELDA membuat lawatan dari rumah ke rumah peneroka untuk berbincang secara bersemuka mengenai isu-isu yang dialami oleh peneroka.
FELDA turut menganjurkan Program Mesra FELDA atau pun Program Cakna Komuniti di Wilayah-wilayah FELDA bagi mendekati masyarakat peneroka dan memberi penjelasan berkaitan isu-isu yang dihadapi oleh peneroka.
Hampir setahun mengambil alih tampuk kepimpinan Felda, Shahrir Samad sedang melakukan transformasi dari atas sehingga ke bawah bagi mewujudkan Felda yang berwajah baru dan dipercayai oleh peneroka dan rakyat.
Felda di bawah Shahrir Samad bukan sekadar melalui retorik penjenamaan semula, tetapi merupakan perubahan-perubahan nyata dan berstruktur mampan. Felda sedang diubah menjadi sebuah agensi yang lebih bertanggungjawab, telus dan akan dipandang tinggi semula. 
Sumber: Feldavoice.com
.
SHAHRIR SAMAD sempena hampir setahun di felda. 
Memulihkan keyakinan rakyat terutamanya peneroka dan pelabur terhadap Felda dan kerajaan.


Ambil alih dalam keadaan agensi ini terumbang-ambing dengan 

- fitnah politik, 
- pergolakan politik dalaman 
dan 
- krisis kepimpinan Felda Global Ventures (FGV).

5 tahun terakhir ini agensi dan syrikat berkaitannya telah beberapa kali berhadapan dengan perubahan kuasa ekskutif. 

Berlaku penukaran dan pengguguran Pengurus Besar Felda, Ketua Pengarah Eksekutif FGV, 
penggantungan jawatan, 
siasatan dalaman, 
siasatan perkhidmatan awam 
dan 
siasatan Suruhanjaya Pencegahan rasuah Malaysia.

FELDA menjadi bahan fitnah, gosip dan serangan parti politik bukan Barisan Nasional bagi tujuan 

meraih sokongan peneroka yang memepunyai peratusan besar pengundi di hampir 54 kerusi Parlimen.

Felda sedang diubah menjadi sebuah agensi yang lebih bertanggungjawab, telus dan akan dipandang tinggi semula. 



.
Daftar Isi Al-Quran dan Terjemahan
Silakan Klik untuk membacanya:

    1. Surat Al Fatihah (Pembukaan)
    2. Surat Al Baqarah (Sapi Betina)
    3. Surat Ali 'Imran (Keluarga 'Imran)
    4. Surat An Nisa' (Wanita)
    5. Surat Al Ma'idah (Hidangan)
    6. Surat Al An'am (Binatang Ternak)
    7. Surat Al A'raf  (Tempat Tertinggi)
    8. Surat Al Anfal (Rampasan Perang)
    9. Surat At Taubah (Pengampunan)
    10. Surat Yunus (Nabi Yunus A.S.)
    11. Surat Hud (Nabi Huud A.S.)
    12. Surat Yusuf (Nabi Yusuf A.S.)
    13. Surat Ar Ra'd (Guruh)
    14. Surat Ibrahim (Nabi Ibrahim A.S.)
    15. Surat Al Hijr (Daerah Pegunungan)
    16. Surat An Nahl (Lebah)
    17. Surat Al Israa' (Memperjalankan Di Malam Hari)
    18. Surat Al Kahfi (Gua)
    19. Surat Maryam (Maryam)
    20. Surat Thaha (Thaahaa)
    21. Surat Al Anbiya' (Kisah Para Nabi)
    22. Surat Al Hajj (Ibadah Haji)
    23. Surat Al Mu'minun (Orang Mukmin)
    24. Surat An Nur (Cahaya)
    25. Surat Al Furqaan (Pembeda)
    26. Surat Asy Syu'ara' (Penyair)
    27. Surat An Naml (Semut)
    28. Surat Al Qashash (Cerita)
    29. Surat Al 'Ankabuut (Laba-Laba)
    30. Surat Ar Ruum (Bangsa Rumawi)
    31. Surat Luqman (Luqman)
    32. Surat As Sajdah ((Sujud)
    33. Surat Al Ahzab (Golongan Yang Bersekutu)
    34. Surat Saba' (Kaum Saba')
    35. Surat Fathir (Pencipta)
    36. Surat Yaasiin
    37. Surat Ash Shaffat (Yang Bershaf-Shaf)
    38. Surat Shaad
    39. Surat Az Zumar (Rombongan-Rombongan)
    40. Surat Al Mu'min (Orang Yang Beriman)
    41. Surat Fushshilat (Yang Dijelaskan)
    42. Surat Asy Syuura (Musyawarah)
    43. Surat Az Zukhruf (Perhiasan)
    44. Surat Ad Dukhaan (Kabut)
    45. Surat Al Jaatsiyah (Yang Berlutut)
    46. Surat Al Ahqaaf (Bukit Pasir)
    47. Surat Muhammad (Nabi Muhammad SAW)
    48. Surat Al Fath (Kemenangan)
    49. Surat Al Hujuraat (Kamar-Kamar)
    50. Surat Qaaf
    51. Surat Adz Dzaariyaat (Angin Yang Menerbangkan)
    52. Surat Ath Thuur (Bukit)
    53. Surat An Najm (Bintang)
    54. Surat Al Qamar (Bulan)
    55. Surat Ar Rahmaan (Yang Maha Pemurah)
    56. Surat Al Waaqi'ah (Hari Kiamat)
    57. Surat Al Hadid (Besi)
    58. Surat Al Mujadilah (Wanita Yang Mengajukan Gugatan)
    59. Surat Al Hasyr (Pengusiran)
    60. Surat Al Mumtahanah (Wanita Yang Diuji)
    61. Surat Ash Shaff (Barisan)
    62. Surat Al Jumu'ah (Hari Jum'at)
    63. Surat Al-Munafiqun (Orang-Orang Munafik)
    64. Surat At Taghabun (Hari Ditampakkan Kesalahan-Kesalahan)
    65. Surat Ath Thalaaq (Talak)
    66. Surat At Tahrim (Mengharamkan)
    67. Surat Al Mulk (Kerajaan)
    68. Surat Al Qalam (Pena)
    69. Surat Al Haqqah (Kiamat)
    70. Surat Al Ma'arij (Tempat-Tempat Naik)
    71. Surat Nuh (Nabi Nuh A.S)
    72. Surat Al Jin (Jin)
    73. Surat Al Muzzammil (Orang Yang Berselimut)
    74. Surat Al Muddatstsir (Orang Yang Berselimut)
    75. Surat Al Qiyamah (Hari Kiamat)
    76. Surat Al Insaan (Manusia)
    77. Surat Al Mursalat (Malaikat-Malaikat Yang Diutus)
    78. Surat An Naba´ (Berita Besar)
    79. Surat An Naazi´ (Malaikat-Malaikat Yang Mencabut)
    80. Surat 'Abasa (Bermuka Masam)
    81. Surat At Takwir (Menggulung)
    82. Surat Al Infithar (Terbelah)
    83. Surat Al Muthaffifiin (Orang-Orang Yang Curang)
    84. Surat Al Insyiqaaq (Terbelah)
    85. Surat Al Buruuj (Gugusan Bintang)
    86. Surat Ath Thaariq (Yang Datang Di Malam Hari)
    87. Surat Al A´Laa (Yang Paling Tinggi)
    88. Surat Al Ghaasyiyah (Hari Kiamat)
    89. Surat Al Fajr (Fajar)
    90. Surat Al Balad (Negeri)
    91. Surat Asy Syams (Matahari)
    92. Surat Al Lail (Malam)
    93. Surat Adh Dhuhaa (Waktu Dhuha)
    94. Surat Alam Nasyrah /Al Insyirah (Bukankah Kami Telah Melapangkan)
    95. Surat At Tiin (Buah Tin)
    96. Surat Al 'Alaq (Segumpal Darah)
    97. Surat Al Qadr (Kemuliaan)
    98. Surat Al Bayyinah (Bukti Yang Nyata)
    99. Surat Al Zalzalah (Goncangan)
    100. Surat Al 'Adiyat (Kuda Perang Yang Berlari Kencang)
    101. Surat Al Qari'ah (Hari Kiamat)
    102. Surat At Takatsur (Bermegah-Megahan)
    103. Surat Al 'Ashr (Masa)
    104. Surat Al Humazah (Pengumpat)
    105. Surat Al Fiil (Gajah)
    106. Surat Quraisy (Suku Quraisy)
    107. Surat Al Ma'un (Barang-Barang Yang Berguna)
    108. Surat Al Kautsar (Nikmat Yang Banyak)
    109. Surat Al Kafirun (Orang-Orang Kafir)
    110. Surat An Nashr (Pertolongan)
    111. Surat Al Lahab (Gejolak Api)
    112. Surat Al Ikhlas (Memurnikan Keesaan Allah)
    113. Surat Al Falaq (Waktu Subuh)
    114. Surat An Naas (Manusia)

      ............................

      Tiada ulasan: