Jumaat, 29 Disember 2017

6807. Just a trick for the maintenance of the Power of Malay Nobility who wants to be the Lord to the Malays.

ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ


Allah berfirman yang bermaksud; “Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya” (QS: Al Imran 3:185)

ماشاءالله


سبحان الله


الله اکبر

Just a trick for the maintenance of the Power of Malay Nobility who wants to be the Lord to the Malays.

Peribadi Melayu Bangsawan. 

Jika bergiat cergas dalam politik dan terpunggah sebagai pemimpin dan orang yang berkuasa, apa lagi yang paling berkuasa, merekalah pihak yang paling gusar dan paling takut, menjelang Pilihanraya Umum. Hilang takutnya pada Allah. Lebih takut hilang kuasa dan pengaruh, sesama manusia. Lebih-lebih lagi untuk yang ketara tidak jujur dan lupa diri dia itu siapa asal usulnya, melainkan hamba Allah jua. 

Mereka sering memomokkan dan mewar-warkan KETUANAN MELAYU. Sedangkan merekalah sebenarnya topeng yang hendak menjadi Tuan kepada Melayu-Melayu yang didungukan serta mudah disogok dan diperkotak-katikkan. 

Alat Melayu Bangsawan. 

Ulamak. 

Ulamak adalah alat kepada golongan Melayu Bangsawan. Mereka tahu Melayu mudah tersentuh bila tentang Islam, sebab Islam cukup dekat dengan Melayu bagi sesetengah tanggapan banyak orang. Ulamak tidak akan menegur Melayu Bangsawan yang mungkar. Inilah juga ciri-ciri Ulamak dunia yang menjadi ikutan sesetengah manusia yang berkepentingan. 

Mana-mana ulamak yang tidak mendokong atau tidak sealiran dengan mereka akan dijatuhkan dengan cara dipinggirkan dari berceramah atau berdiskusi di media pihak berkuasa atau majlis anjuran mereka. Tidak ada tempat dan diharamkan terus untuk ulamak yang tidak sekata dengan Melayu Bangsawan  dari terus berkata benar untuk Allah dan kerana Allah. Nauzubillahminzalik. 

Islam dalam parti sekadar nama, sedangkan pemimpinnya putar alam, tidak menjawab dengan tepat apa yang anak buahnya tanyakan, malah berprasangka dengan soalan yang dikemukakan. 

Melayu Bawahan terpana dengan Salakan Ketuanan Melayu. 

Hanyalah tipu daya dan talian hayat Melayu Bangsawan yang lupa diri, untuk terus mempersona pendokong, penyokong, pengampu dan pengundi agar terus tegar mengangkat mereka sebagai imam palsu dan pendusta di kalangan mereka. Akhirnya apa sahaja tidakan pemimpin sebegini yang tidak mengira halal haram, diiakan dan diterima serta ditegakkan bulat-bulat, tanpa usul periksa dan berfikir panjang. 

Konsep ketuanan Melayu adalah jalan tanpa sedar yang sebenarnya cucukan jarum halus yang paling brutal demi menjauhkan diri kita dari TUAN kita yang sebenar iaitu Allah Subhanahuwatalla.

Apa yang tuan mereka perbuat semuanya betul dan orang yang menentang adalah pihak yang salah, walau membawa bukti dan fakta yang betul bagi menidakkan kejujuran tuan mereka Melayu Bangsawan. Itulah sikap Melayu Bawahan yang sentiasa tunduk kepada kehendak Melayu Bangsawan. 

Mahu lihat parti yang diberi amanah sebagai pemerintah itu amanah dan teguh atau tidak, lihat sahaja muka jalan raya utama di hadapan mata masing-masing. Selesa? Alahmdulillah dan sokonglah, asalkan tidak membawa rebah. Melambung-lambung? Alhamdulillah - berubahlah.
Mereka ini sebahagian besarnya termakan budi dengan secupak dedak. Suka sebagai penerima dan pemakan rasuah. 

Sikap tipu daya, talam dua muka atau dwi-standard. 

Dasar-dasar membandingkan negara ini dengan negara lain yang buat Malaysia di atas, sudah ketinggalan zaman. Sekadar tipu daya untuk pengekalan kuasa Melayu Bangsawan yang mahu menjadi Tuan kepada Melayu. 

Hal mengungkit jasa, lagi membuat sebahagian rakyat/pengundi meluat mendengarnya. Sebab di sebalik ungkitan itu sebenarnya Allah tunjukkan aib seseorang dan itulah pemuka-pemuka palsu dan pendusta. Tangan kanan bersedekah, jangan sampai tangan kiri tahu. 

Menakut-nakutkan juga modal zaman berzaman dan menjadi ulang tayang di setiap PRU bagi sesetengah rakyat/pengundi. Apa lagi menimbulkan soal perkauman dan rasis. Rakyat/pengundi tahu mengapa penjajah british membawa masuk pendatang yang akhirnya menjadi rakyat negara ini tanpa syarat. Walau pun alasan jelas sebagai buruh ladang dan buruh lombong bijih timah. Di sebalik tabir ialah memecahkan domenasi majoriti Umat Muhammad beragama Islam di Tanah Melayu. Disamping menjadi langkah-langkah tersorok seperti Singapura yang menjadi bola yahudi di Nusantara dewasa ini. 

Sedar atau tidak hala tuju Melayu yang sepatutnya Islam Melayu dan bukannya Melayu Islam yang sekarang terpecah-pecah menjadi Melayu Bangsawan (Tidak boleh ditegur dan mempergunakan Melayu Bawahan), Melayu Bawahan (pendokong tegar Melayu Bangsawan), Melayu Yahudi dan Melayu Murtad. 

Mengapa sesebuah negara mendapat pemimpin yang bagus? Sebab rakyat jelata dekat dengan Allah. Selagi rakyat berbahasa kesat dan tidak mengamal perintah dan larangan Allalh, serupa itulah Allah hadiahi kita individu yang menjadi pemimpin kita. Jangan putus Solat dan berdoa untuk Allah dan kerana Allah. 

Astaghfirullahalazim. 
Aamiin Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim. 






.
Daftar Isi Al-Quran dan Terjemahan
Silakan Klik untuk membacanya:

    1. Surat Al Fatihah (Pembukaan)
    2. Surat Al Baqarah (Sapi Betina)
    3. Surat Ali 'Imran (Keluarga 'Imran)
    4. Surat An Nisa' (Wanita)
    5. Surat Al Ma'idah (Hidangan)
    6. Surat Al An'am (Binatang Ternak)
    7. Surat Al A'raf  (Tempat Tertinggi)
    8. Surat Al Anfal (Rampasan Perang)
    9. Surat At Taubah (Pengampunan)
    10. Surat Yunus (Nabi Yunus A.S.)
    11. Surat Hud (Nabi Huud A.S.)
    12. Surat Yusuf (Nabi Yusuf A.S.)
    13. Surat Ar Ra'd (Guruh)
    14. Surat Ibrahim (Nabi Ibrahim A.S.)
    15. Surat Al Hijr (Daerah Pegunungan)
    16. Surat An Nahl (Lebah)
    17. Surat Al Israa' (Memperjalankan Di Malam Hari)
    18. Surat Al Kahfi (Gua)
    19. Surat Maryam (Maryam)
    20. Surat Thaha (Thaahaa)
    21. Surat Al Anbiya' (Kisah Para Nabi)
    22. Surat Al Hajj (Ibadah Haji)
    23. Surat Al Mu'minun (Orang Mukmin)
    24. Surat An Nur (Cahaya)
    25. Surat Al Furqaan (Pembeda)
    26. Surat Asy Syu'ara' (Penyair)
    27. Surat An Naml (Semut)
    28. Surat Al Qashash (Cerita)
    29. Surat Al 'Ankabuut (Laba-Laba)
    30. Surat Ar Ruum (Bangsa Rumawi)
    31. Surat Luqman (Luqman)
    32. Surat As Sajdah ((Sujud)
    33. Surat Al Ahzab (Golongan Yang Bersekutu)
    34. Surat Saba' (Kaum Saba')
    35. Surat Fathir (Pencipta)
    36. Surat Yaasiin
    37. Surat Ash Shaffat (Yang Bershaf-Shaf)
    38. Surat Shaad
    39. Surat Az Zumar (Rombongan-Rombongan)
    40. Surat Al Mu'min (Orang Yang Beriman)
    41. Surat Fushshilat (Yang Dijelaskan)
    42. Surat Asy Syuura (Musyawarah)
    43. Surat Az Zukhruf (Perhiasan)
    44. Surat Ad Dukhaan (Kabut)
    45. Surat Al Jaatsiyah (Yang Berlutut)
    46. Surat Al Ahqaaf (Bukit Pasir)
    47. Surat Muhammad (Nabi Muhammad SAW)
    48. Surat Al Fath (Kemenangan)
    49. Surat Al Hujuraat (Kamar-Kamar)
    50. Surat Qaaf
    51. Surat Adz Dzaariyaat (Angin Yang Menerbangkan)
    52. Surat Ath Thuur (Bukit)
    53. Surat An Najm (Bintang)
    54. Surat Al Qamar (Bulan)
    55. Surat Ar Rahmaan (Yang Maha Pemurah)
    56. Surat Al Waaqi'ah (Hari Kiamat)
    57. Surat Al Hadid (Besi)
    58. Surat Al Mujadilah (Wanita Yang Mengajukan Gugatan)
    59. Surat Al Hasyr (Pengusiran)
    60. Surat Al Mumtahanah (Wanita Yang Diuji)
    61. Surat Ash Shaff (Barisan)
    62. Surat Al Jumu'ah (Hari Jum'at)
    63. Surat Al-Munafiqun (Orang-Orang Munafik)
    64. Surat At Taghabun (Hari Ditampakkan Kesalahan-Kesalahan)
    65. Surat Ath Thalaaq (Talak)
    66. Surat At Tahrim (Mengharamkan)
    67. Surat Al Mulk (Kerajaan)
    68. Surat Al Qalam (Pena)
    69. Surat Al Haqqah (Kiamat)
    70. Surat Al Ma'arij (Tempat-Tempat Naik)
    71. Surat Nuh (Nabi Nuh A.S)
    72. Surat Al Jin (Jin)
    73. Surat Al Muzzammil (Orang Yang Berselimut)
    74. Surat Al Muddatstsir (Orang Yang Berselimut)
    75. Surat Al Qiyamah (Hari Kiamat)
    76. Surat Al Insaan (Manusia)
    77. Surat Al Mursalat (Malaikat-Malaikat Yang Diutus)
    78. Surat An Naba´ (Berita Besar)
    79. Surat An Naazi´ (Malaikat-Malaikat Yang Mencabut)
    80. Surat 'Abasa (Bermuka Masam)
    81. Surat At Takwir (Menggulung)
    82. Surat Al Infithar (Terbelah)
    83. Surat Al Muthaffifiin (Orang-Orang Yang Curang)
    84. Surat Al Insyiqaaq (Terbelah)
    85. Surat Al Buruuj (Gugusan Bintang)
    86. Surat Ath Thaariq (Yang Datang Di Malam Hari)
    87. Surat Al A´Laa (Yang Paling Tinggi)
    88. Surat Al Ghaasyiyah (Hari Kiamat)
    89. Surat Al Fajr (Fajar)
    90. Surat Al Balad (Negeri)
    91. Surat Asy Syams (Matahari)
    92. Surat Al Lail (Malam)
    93. Surat Adh Dhuhaa (Waktu Dhuha)
    94. Surat Alam Nasyrah /Al Insyirah (Bukankah Kami Telah Melapangkan)
    95. Surat At Tiin (Buah Tin)
    96. Surat Al 'Alaq (Segumpal Darah)
    97. Surat Al Qadr (Kemuliaan)
    98. Surat Al Bayyinah (Bukti Yang Nyata)
    99. Surat Al Zalzalah (Goncangan)
    100. Surat Al 'Adiyat (Kuda Perang Yang Berlari Kencang)
    101. Surat Al Qari'ah (Hari Kiamat)
    102. Surat At Takatsur (Bermegah-Megahan)
    103. Surat Al 'Ashr (Masa)
    104. Surat Al Humazah (Pengumpat)
    105. Surat Al Fiil (Gajah)
    106. Surat Quraisy (Suku Quraisy)
    107. Surat Al Ma'un (Barang-Barang Yang Berguna)
    108. Surat Al Kautsar (Nikmat Yang Banyak)
    109. Surat Al Kafirun (Orang-Orang Kafir)
    110. Surat An Nashr (Pertolongan)
    111. Surat Al Lahab (Gejolak Api)
    112. Surat Al Ikhlas (Memurnikan Keesaan Allah)
    113. Surat Al Falaq (Waktu Subuh)
    114. Surat An Naas (Manusia)
      ............................

      Tiada ulasan: