Jumaat, 29 Disember 2017

6812. Gaji RM1500 sebulan.

ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ


Allah berfirman yang bermaksud; Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya” (QS: Al Imran 3:185)

ماشاءالله


سبحان الله


الله اکبر
Friday, October 3, 2014

Surat terbuka buat Najib Razak dari rakyat yang bergaji RM1500 sebulan.. 

Ini adalah luahan isi hati seorang rakyat Malaysia yang kelihatannya mewakili aspirasi dan harapan majoriti rakyat Malaysia yang mana hanya mahukan realiti kehidupannya hari ini dan pada masa akan datang benar-benar merasai nikmat apa yang dipanggil tinggal di sebuah negara yang terkenal dengan kekayaan hasil mahsul yang dilimpahkan di atas bumi yang bernama yang Malaysia ini..

Itu jikalau……jikalau negara diuruskan dengan penuh amanah dan bertanggungjawab. Insyaallah..

Surat Terbuka Buat Najib Razak.

Assalamualaikum….

Jika saya tinggal di London, New York atau paling terukpun di Guangzhao, Melbourne jika minyak naik saya tak terasa pun. Alternatif disediakan untuk saya sampai dari sejauh zon 6 Kota London ke tengah bandar ataupun ke zon 6 arah berlainan dalam masa kurang 1 jam sekalipun semasa penyuraian waktu puncak.
Apa nak risau jika Tuan Mayor Kota London juga naik train ke tempat kerja, untuk mesyuarat dengan pelanggan di mana-mana sahaja juga boleh naik train. Belanja pun tak banyak, guna sahaja kad bulanan mereka itu boleh sahaja melacak ke seluruh London. Untuk ke Manchester, Nottingham (seperti kita nak ke Kota Bharu dan Kuala Terengganu) boleh guna train juga dengan kekerapan tinggi dan HARGA YANG MURAH (jika nak banding dengan pendapatan mereka, harga itu memang murah). Ya betul, mereka bayar cukai lebih tinggi tetapi mereka beri semula kepada rakyat.

Hari ini kita dipaksa untuk telan kenaikan harga tanpa kerajaan tuntaskan keperluan pengangkutan awam yang sangat parah. Naik bas pun tidak pasti boleh sampai ke pejabat tepat atau awal dari masa walaupun ada lorong khusus untuk bas. Saya minat melihat lorong bas di Istanbul seperti track keretapi yang tidak boleh dilalui kereta.

Tak perlu buat landasan dan tak perlu beli keretapi mahal-mahal. Guna bas sedia ada juga sudah lebih baik dari membuat projek pelebaran lebuhraya. Sampai kita ada 50 lorong pun masih tetap tak cukup. Ini akan berbalik kepada soal mana dahulu.

Pemimpin kata rakyat kena dicukai dan dimansuh subsidi supaya kerajaan mampu bina prasarana pengangkutan awam. Orang awam pula nampak kerajaan bina dahulu dengan modal sedia ada barulah boleh dinaikkan sumbangan rakyat kepada kerajaan. Namun, sejauh mana rela rakyat jika pembaziran berlaku di hadapan mata.

Tindakan pentingkan diri juga boleh disabitkan. Jika hebat pengangkutan awam nanti Proton punya jualan merosot pula. Dr. M tak akan berdiam diri dalam menjaga kepentingan Proton.

Malaysia Semakin Parah Di Bawah Najib Razak?

Malaysia sudah diwarisi kepada Datuk Seri Najib Razak dalam keadaan yang sudah parah. Dapat pula ke tangan anak yang lahir atas dulang emas yang tidak pernah merasai kesusahan rakyat secara realistik dan peribadi. Saya tersinggung semasa pertemuan bersama beliau dalam satu perbincangan “tehtarik” di Jibby & Co Subang awal tahun ini, beliau berseloroh tentang isu air dan saya lihat ia tidak kelakar langsung.

Pada keadaan gawat air dengan penggunaannya bercatu dengan asbab beberapa dari kami bercatu air di rumah sehingga mandipun nak bercatu, beliau boleh berseloroh “Saya boleh mandi…rumah saya ada air” (lalu ketawa).

Saya tahu ini pedas untuk Datuk Seri dan saya juga harap tak perlu nak katakan ini secara umum. Email cadangan berkajang-kajangpun, yang membacanya bukan dia tetapi ditapis oleh lapisan yang mungkin lihat ini remeh.

Tapi kita lupa, jika suara rakyat ini seperti air. Jika disekat dia akan melimpah juga sehingga satu ketika limpahan itu akan meruntuhkan empangan yang dibina selama 57 tahun.

Petronas diajar untuk mengatakan rezab minyak kita tinggal sedikit, tetapi kerajaan lupa jurutera-jurutera carigali Petronas ada mulut dan ada Facebook. Mereka boleh bercakap dan mereka selalu bercakap rezab minyak kita sangat banyak lagi.

Sekecil Brunei itu sendiri rezab minyaknya masih lagi tidak habis-habis dan tidak akan habis sehingga 2030, mengapa kita boleh fikir rezab kita akan habis pada 2030-an?

Masalah bila orang senang mentadbir, semuanya mahu dibeli dengan wang. Berikan rakyat BR1M sebagai gula-gula yang tidak mengenyangkan dan tidak juga berkhasiat. Wang tunai ditabur-tabur seperti Ali Baba Bujang Lapok memberi sedekah di pasar-pasar.

Najib Tidak Pernah Rasa Perit Hidup Di Malaysia Dengan Gaji Kami RM1,500

Bukan turun meletak jawatan, tetapi sebelum itu turunlah melihat SENDIRI kepayahan rakyat. Mungkin susah untuk Datuk Seri tahu sehingga Datuk Seri menerima gaji RM1500 sebulan dan perlu berulang alik dengan kereta sendiri yang berhutang dengan bank dengan kadar faedah bank konvensional dan “Islamik” tapi menjerut leher. Isi minyak sendiri dan bayar tol sendiri juga bayaran parking. Makan dengan bekal nasi yang dimasak oleh Datin Seri Rosmah sendiri. Mungkin baru boleh memahami dengan sebenar-benarnya.

Secara praktikal, itu mungkin sukar tetapi kami yakin Datuk Seri boleh turun dan lihat sendiri dan dengar sendiri kata-kata rakyat tanpa perlu protokol Perdana Menteri yang kadangkala mengarut dan menjarakkan informasi rakyat kepada Datuk Seri. Jika rakyat tak mampu sampaikan terus, rakyat akan sampaikan dalam media sosial.

Untuk pengetahuan Datuk Seri, jika Datuk Seri buat lawatan ke sesuatu tempat, orang-orang Datuk Seri akan jadikan tempat sampah nampak macam Hyde Park. Setinggan nampak macam hotel 5 bintang tetapi setelah Datuk Seri pulang, semuanya dicabut semula dan tinggallah semuanya dalam keadaan sediakala sementara Datuk Seri dengan bangga membuat kenyataan “SYUKURKAH, MALAYSIA SUDAH MAJU”.

Apabila minyak naik harga, kesannya tetap kesan domino. Janganlah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (Menteri Ayam) membuat kenyataan memujuk yang harga barang tidak akan naik. Saban kali berlaku begitu, harga naik tetap naik.

Penguatkuasaan kementeriaan hanya sekadar seperti seorang bapa menegur anak nakalnya yang panjat-panjat rumah tetamu dan memecahkan pinggan dengan teguran “Haiiippppp….babab kangg” dan kemudian sambung bersembang semula.

Orang Kaya Najib

Dulu semasa saya kecil, saya terpaksa percaya pada RTM. TV3 masa tu kalau nak dapat siaran pun kena pasang tudung periuk di antena. Setiap kali nak pilihanraya, Van Kementerian Penerangan akan buat hebahan WAYANG PACAK di pekan sehari Felda.

Ramai-ramai kami berlonggok nak tengok cerita A.R Badul sambil hampar tikar dan kami juga terpaksa telan kempen pilihanraya yang main dalam wayang pacak ini. Sekarang surat khabar dan TV sudah bukan sumber doktrinisasi kerajaan lagi, kami boleh dengar terus dari suara rakyat di sebelah sana juga sebelah sini tanpa perlu mereka menjadi pemberita.

Datuk Seri, buanglah darah kerabat dan darah bangsawan yang ada dalam diri. Bercampurlah dengan marhaen yang sering terpaksa menelan semua yang disuapkan tanpa rela.

Datuk Seri mungkin lihat, selepas beberapa bulan rakyat akan senyap kembali dan semuanya berjalan seperti biasa dan Datuk Seri akan buat kenyataan “Alhamdulillah, Rakyat Malaysia sudah mampu terima kemajuan”.

Boleh naikkan harga minyak, tetapi siapkanlah prasarana pengangkutan awam yang murah dan efisyen serta boleh diharap. Jangan jadikan KEPERLUAN AWAM seperti pengangkutan, elektrik dan bekalan air sebagai satu perniagaan untuk dasar keuntungan tetapi jadikanlah itu satu khidmat yang wajib bagi sebuah kerajaan.

Sedarkah Datuk Seri, di sebalik penerimaan itu bukan kerana kerelaan tetapi kerana mereka terpaksa mencara jalan survival kerana sandaran mereka kepada Kerajaan sudah tidak berguna lagi. Nenek tua yang patut berehat terpaksa menjaja untuk tidak rasa membebankan anak-anaknya yang menjaga beliau.

Berapa ramai anak jadi yatim kerana bapanya maut dalam kemalangan motorsikal kerana mengantuk membuat kerja tambahan sehingga 20 jam sehari?

Berapa ramai anak-anak yang rosak akhlaknya kerana ibu bapa terpaksa kerah tenaga bekerja siang dan malam? Berapa ramai anak-anak yang terpaksa menukar ruji mereka dari nasi kepada bubur lembik?

Berapa ramaikan bapa-bapa marhaen akan dipenjara kerana mencuri susu di pasaraya kerana anak kecilnya menangis kehabisan susu?

Berapa ramaikah adik beradik berbunuhan kerana kesempitan ruang hidup? Berapa ramaikah suami dan isteri yang bercerai kerana kehidupan sudah jadi terlalu mahal untuk kekal bersama?

Datuk Seri tak mungkin tahu perkara ini. Kerana ayah, atuk dan keturunan Datuk Seri ialah orang Bangsawan. Bukan Marhaen yang melarat.

Tidak salah jika saya sarankan Datuk Seri untuk belajar dan mungkin bekerjasama dengan individu yang memimpin dalam miskin seperti Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Saya yakin, jika tiada sekatan pembangunan dari kerajaan pusat, saya yakin cara kepimpinan TGNA mampu ubah Kelantan menjadi negeri termaju.

Beza Datuk Najib Bangsawan VS Kami Rakyat MarHaen

Bangsawan dengan bangsawan, Marhaen dengan marhaen. Jika makan berpinggan emas, masakan tahu erti tidur berbumbung langit.

Turunlah ke bawah seperti Khalifah Ummar lakukan….secara DIAM, sembunyi dan tidak dikenali. Jika turun padang Datuk Seri dengan rombongan sekapal dan gempita siren-siren polis pengiring, orang buta pun akan tahu PM yang datang.

Datuk Seri, bukannya marhaen tidak berjimat. Sudah habis susu anak berganti air sirap kurang gula kami berikan anak-anak kami yang menangis. Bukan juga marhaen malas, kerana marhaen sampai sudah hampir 24 jam bekerja. Jika tidur itu tidak wajib, 24 jam itu marhaen akan bekerja.

Bertimbang taralah…

Datuk Seri pembuat keputusan tertinggi di Malaysia. Input kepada percaturan keputusan Datuk Seri ialah informasi yang diberi. Jika informasi tidak telus, maka keputusan Datuk Seri pun akan jadi zalim juga. 


Sumber : Beritasemasa.com
penipu rakyat pkr· 168 weeks ago
Dalam surat ada sesuatu pelik pada surat air dulu kena catu salah siapa, bukah salah ketum suruh kahlid , memang betul rizab minyak brunei akan habis tapi dia lupa brunei ada pelaburan besar diluar negara, kenapa bila najib buat pelaburan diamerika orang pr meroyan ia, aku lagi setuju jika subsidi minyak hapuskan tukar kepada subsidi makanan seperti amerika buat, brm itu aku tak setuju sebab tiru anwar ketum janji nak bagi 1000 rm dalam buku ginggay, kerajaan tolong sediakan tempat letak kereta LRT banyak tempat kereta LRT kalau boleh kurangkanlah bayaran tempat kereta atau hapuskan bayar tempat letak kereta di LRT kawasan perumahan
oh sh#t!· 168 weeks ago
Bastard!!!
budupallara· 168 weeks ago
1st comment full of shit, bastard 1000x
taikNENEKkau· 168 weeks ago
meh komen reramai. pertama...minyak naik..ada aku kisah..hahahha padan muka macai PR.. lepas ni barang naik..hahahaha ada aku peduli...padan muka korang. lepas ni GST pulak..hahhahaa ada aku hairan..hahaha padan muka korang macai PR. nak jimat belanja tak wahai macai PR? makan sayur...hahahaha taruk garam sikit lepas tu makan hahaha kesian kesian.. minyak naik macam nak kiamat macai PR meroyan. gila ker macai PR nie. hahahahaha...weii bodo...dari dulu sampai sekarang memang laa semua barang naik bodo..jadi apa nak hairan. gaji naik suka. kenapa tak bising pula. bodoh bodoh ganda 5 ..kabOOOOMMMM.
mawar· 168 weeks ago
hahaha 5x, lawak
kawenajib· 168 weeks ago
kote ko x naik ke? australia dan negara lain- ikut rega pasaran..bila rega turun, dia turun , dia naik pun x la banyak sgat..stil kompetetif..nie naik cam kote mak ko je..kira apa bhai? ikut rega pasaran lah..x kan pakau-pakau ekonomi ke 1malaya nie biol ke bahlol? sapa punahsihat haji najib nie? kak mah ke?

YANG TIDAK DIBERITAHU KEPADA BIOL, TOLOL, BAHLOL CAM KO NIE- DAH NAZAK DAH 1MALAYA NIE..TUNGGU GOL AJE..SPT TERJADINYA PIIGS TU- PORTUGAL, IRELAND, ITALY, GREECE AND SPAIN- TUNGGU LA..KLU TERGOLEK ADA YG LARI DULU LAH- SANA ARGENTINA KA, CHILE KA? KO X KAN X TAHU DOL?
janganundiorangzalim· 168 weeks ago
pemimpin zalim lahir kerana ramai rakyat di tempat tersebut adalah zalim....tak percaya?..pergi menadah kitab dengan tok alim.
regular guest· 168 weeks ago
'Surat' tersebut adalah status saiful nang dari fb beliau,banyak .memang panjangsaya dah membacanya semalam,tapi 'surat' di atas dah banyak di buang beberapa perenggan menyebabkan cerita kesuluruhannya tak sampai seperti yang saiful nang maksudkan.. harap tuan blogger mencari info yg tepat sebelum update di sini.
marheinPJ· 168 weeks ago
Buat prasarana pun bukan apa, yg sebenar nya untk umnoputra hantam duit..

Che det buat lrt dulu pelu diingat ianya tanpa tender terbuka, ratenya terlalu mahal sehingga bankrupt n gov bailout rm 10billions...

Najib buat mrt pun gtu, tak caya pgi check sape yg dapat..gamuda sape n billions???

Kaki songlap umnoputra n kronied.....pru14 out bn..
mawar· 168 weeks ago
tu jeles la tu, kroni hang tak dapat. Kalau tak, hang pon ikt hayun jgk!
marheinPJ· 168 weeks ago
Aku ingat ke Allah n day after, aku bukan macam jibtuya yg belajar kat nottingham univ pun tak lulus tapi dek kerana bapa borguies, dia balik jadi mb pahang then umnoputra n kronies lantik jadi pm....

Then jamaludin jarjis dgn bantuan isa samad beri dia isteri yg montel n kaki hantam duit.... dgn cincin juta2..

Big mama@rm bukannya menteri, tapi diberinya budget tahunanan ratusan juta untuk perabis atas nama PERMATA NEGARA dgn bantuab kawan rapatnya bekas boss ukm...
penipu rakyat pkr· 168 weeks ago
Nama sama marhein di blog ini dulu aku yakin kau tulis marheinPJ pm bakal buang surat tak berguna itu ia ,lupa pesan dulu di uk ada rusuhan pelajar dan rusuhan kenaikan minyak tapi tak dapat sambut ia sebab orang uk bukan bodoh macam kau marhein ia , terlalu bodoh dengan dunia ia
santai· 168 weeks ago
tu perangai umngok mcm tu...kebulur percent memanjang...
andreed· 168 weeks ago
tulis la 5,000000000 perkataan pun setakat tulis aje la.. hasilnya x de..
mawar· 168 weeks ago
Sesia tu sbb yg tulis 5kkk? tu ponnn tak ikhlas jgk!
budak baru· 168 weeks ago
True andreed! Datuk najib buat dekk je.. ntah2 dia ketawa terbahak2... nak suruh dia simpati?? Haremmmm..
UmnoBN-GST (maksudnya umnoBANGSAT)
1msia· 168 weeks ago
Realiti nya pendapatan mahean sudah tidak mampu lagi uk menampung sara hidup isi keluarga lagi. Industri pembekalan Keperluan Asas kebanyakan dikawal mereka yg ada kepentingan dlm pentadbiran, spt AP dan monopoli - maka kos2 barangan serta perkhidmatan dijual dgn harga tinggi. Anak2 muda Marhean jgn salahkan ibu bapa yg berhutang banyak, kedua2 ibu bapa terpaksa berkerja, ada pengang 2 perkerjaan, kurang masa bersama anak2, serta adik beradik kena beres sendiri makan petang mahu pun malam - ada setengah sekadar mee cepat dimasak setiap sajian! Kerajaan yg bertanggungjawab atas sengsara hidup setiap Marhean hadapi sekarang.

Isu besar adalah sara hidup, bukan isu2 semasa yg terpesong yg sengaja diwujudkan yg diapi-apikan utk butakan mata Marhean dlm media-masa setiap hari.
MDAD· 168 weeks ago
Penasihat ekonomi 1Malaysia....Dari negara mana...? sekarang rakyat 1Malaysia telah menerima kesannya......47% minoruti tak kisah apa yg.belaku,tetapi 53% majoruti rakyat 1Malaysia yg.mengeloh sekarang ni....
budak baru· 168 weeks ago
Datuk najib reply ' Ada aku keysah?' Janji duit aku masyukkkk....
Hahahaa..bawak bersabar..jangan gaduh2.kitakan sedara..
KuTaR· 168 weeks ago
Dah lah dibeban dengan kenaikan petrol ni pulak dengan tol bila nak hapuskan tol atau kurang bayar tol..separuh gaji aku habis kat petrol dan tol je..bila ada pembangunan mesti ada kemudahan jalan raya hubung satu bandar ke satu bandar tapi asal ada projek buat jalan lantik syarikat UMNO kena tol..adakah wajar perhubungan satu bandar ke satu bandar jalan kenakan tol zaman british pun dah buat jalan dari kuala lumpur ke bandar2 dalam selangor contoh kuala lumpur ke klang tak pula kena cukai tapi bila merdeka UMNO pulak kenakan tol Batu 3 dan Sungai Rasa. Harap tolong lah UMNO hapuskan tol kuala lumpur-klang.
Amno Tegar· 168 weeks ago
Celaka pemimpin amno, dia naikkan harga petrol TAPI peniaga TAK BOLEH NAIKKAN HARGA BARANG. Senyap2 harga barang naik TAPI MENTERI BUAT MUKA LEMBU KENYANG.
Paling hebat pon menteri akan kata "KITA AKAN PANTAU HARGA BARANG". Takat pantau jer la. Tindakan zero.
abahpence· 168 weeks ago
Melayu sama melayu hari-hari bergaduh dan bertengkar sesama sendiri..bangsa2 lain tepuk tangan..sikit hari ini malaysia kena jual la..oleh bangsa sendiri..masa tu baru la pemimpin2 tu baru sedar nak cari sapa kawan dan sapa lawan..kroni ke ataupun yang kena tindas dulu ke?..
marheinPJ· 168 weeks ago
Negara kita diambang bankrupt, rujuk bank negara, gov kita ada simpanan about rm450 billions tetapi hutang gov kita sudah mencecah rm700billion...

Sebab itu gov hantam berbagai cukai gst etc n naikkan semua barang keperluan dipasaran yg dimulai dgn minyak...

Juga gov jual landed properties to singaporean, chinese taipei , hong kong n chinese beijing.....contoh kem askar sg besi, kem askar majidee n juga hampir 50% prime land dijohor.... buat perumahan harga juta2, rakyat johor berair mata, mampu tengok...

Buatlah macamanapun beri brim rm500/yr yg totalnya bernilai hanya tak sampai rm4billion n diratibkan dgn masscomm@apco.....semua rakyat yg tak berapa cerdik undi lagi bn......

Namun begitu anak2 mudo yg celik blog n it akan jatohkan bn pru14 ini.......kebenaran akan terserlah...
andreed· 168 weeks ago
korang menyampah ke..korang bising ke minyak dah 3 hari naik.. Najib buat pekak badak aje.. Ada dia kesah..?
yang aku kesah skg ialah..
mana pemimpin pembangkang? mana Ngo pembela rakyat.. takkan depa pun setakat komen aje... apa guna rakyat sokong pembangkang dan apa guna pembangkang kuat di parlimen jika satu isu pun x leh menang.. zaman pak lah dulu ada juga pembangkang buat himpunan turun wpun x berjaya.. ini setakat komen aje.. itu pun dgn nada nak tak nak aje..
bleu· 168 weeks ago
Ada yang kata negara byk hutang, dah nak bankrap dan mcm2 lagi... tapi bila subsidi dikurangkan mereka juga yang bising. Bukan ke pengurangan subsidi tu dapat mengelakkan negara dari bankrap?
marheinPJ· 168 weeks ago
Sapee suruh buat 1mdb. Jho low jadi boss sampai hutang lagi tambah rm40 billions tu....

Boros n hantam luit tu yg kita mare....
santai· 168 weeks ago
nak ngorat paris hilton punya pasal....habis kita tergadai..macai suka la tew...eh..jho low tu orang DAP kot kan....ish ish jahatnya dia..sebab macai cakap yang tamak haloba dan jahat mcm tu cina DAP ja....tapi mesra PIEM lak ya.. heran..
Don Kisot· 168 weeks ago
Melayu bangsat sokong lagi BN UMNO atas dasar bangsa sendiri. Yang kena tekan pun bangsa sendiri. Melayu bangsat yang memangkah rejim kejam jawablah korang bila dah mampus nanti
sayang mak ros· 168 weeks ago
Aku tambah sikit..."cukuplah hoi najib...kegemukkan macamana yg kau nk bagi pd bini kau tu??dh rupa dugong dh aku tnguk...jgn bagi alasan bodohlah pada rkyat yg bijiak...ckup2lah golongam bodoh yg ada yg sokong kau..,,,kau ni melayu malaysia ke melayu apco??.."
awang· 168 weeks ago
melayu sama melayu bergaduh, melayu najib dan kroni juga kenyang.melayu najib peduli apa dengan orang melayu. bagi brim, kain pelekat,susu cap kati,beras cap keris dan oven mesti bboleh pegang teloq melayu punya lah.melayu oh melayu bangsa bodo payah nak ajar.
SHARK_KEJAM· 168 weeks ago
aku sokong yang menulis di atas, kerana kos sara hidup dah meningkat, harga minyak, SUSU ANAK, PAMPERS anak, dan sebagainya, so kerajaan harus memberi kerjasama yang boleh mendatangkan menafaat kepada semua rakyat malaysia n jangan SYOK SENDIRI.....
dukalara· 167 weeks ago
Tidak terkejut kalau kadar rasuah dan jenayah harta benda lain akan meningkat.
SINGAPURA· 166 weeks ago
terlalu byk komen, KESIMPULANNYA MUDAH :

NAJIB WAJIB TURUN
BN WAJIB DIGANTI PR

BARULAH MALAYSIA LEBIH SEJAHTERA

mudah je formulanya.

udah jgn bantah2 lagi.
buluh perindu· 166 weeks ago
Wahai pihak pembangkang apakah cara untuk menaikkan ekonomi negara dann rakyat ?
Sumber:
http://darisungaiderhaka.blogspot.my/2014/10/surat-terbuka-buat-najib-razak-dari.html
.
Daftar Isi Al-Quran dan Terjemahan
Silakan Klik untuk membacanya:

    1. Surat Al Fatihah (Pembukaan)
    2. Surat Al Baqarah (Sapi Betina)
    3. Surat Ali 'Imran (Keluarga 'Imran)
    4. Surat An Nisa' (Wanita)
    5. Surat Al Ma'idah (Hidangan)
    6. Surat Al An'am (Binatang Ternak)
    7. Surat Al A'raf  (Tempat Tertinggi)
    8. Surat Al Anfal (Rampasan Perang)
    9. Surat At Taubah (Pengampunan)
    10. Surat Yunus (Nabi Yunus A.S.)
    11. Surat Hud (Nabi Huud A.S.)
    12. Surat Yusuf (Nabi Yusuf A.S.)
    13. Surat Ar Ra'd (Guruh)
    14. Surat Ibrahim (Nabi Ibrahim A.S.)
    15. Surat Al Hijr (Daerah Pegunungan)
    16. Surat An Nahl (Lebah)
    17. Surat Al Israa' (Memperjalankan Di Malam Hari)
    18. Surat Al Kahfi (Gua)
    19. Surat Maryam (Maryam)
    20. Surat Thaha (Thaahaa)
    21. Surat Al Anbiya' (Kisah Para Nabi)
    22. Surat Al Hajj (Ibadah Haji)
    23. Surat Al Mu'minun (Orang Mukmin)
    24. Surat An Nur (Cahaya)
    25. Surat Al Furqaan (Pembeda)
    26. Surat Asy Syu'ara' (Penyair)
    27. Surat An Naml (Semut)
    28. Surat Al Qashash (Cerita)
    29. Surat Al 'Ankabuut (Laba-Laba)
    30. Surat Ar Ruum (Bangsa Rumawi)
    31. Surat Luqman (Luqman)
    32. Surat As Sajdah ((Sujud)
    33. Surat Al Ahzab (Golongan Yang Bersekutu)
    34. Surat Saba' (Kaum Saba')
    35. Surat Fathir (Pencipta)
    36. Surat Yaasiin
    37. Surat Ash Shaffat (Yang Bershaf-Shaf)
    38. Surat Shaad
    39. Surat Az Zumar (Rombongan-Rombongan)
    40. Surat Al Mu'min (Orang Yang Beriman)
    41. Surat Fushshilat (Yang Dijelaskan)
    42. Surat Asy Syuura (Musyawarah)
    43. Surat Az Zukhruf (Perhiasan)
    44. Surat Ad Dukhaan (Kabut)
    45. Surat Al Jaatsiyah (Yang Berlutut)
    46. Surat Al Ahqaaf (Bukit Pasir)
    47. Surat Muhammad (Nabi Muhammad SAW)
    48. Surat Al Fath (Kemenangan)
    49. Surat Al Hujuraat (Kamar-Kamar)
    50. Surat Qaaf
    51. Surat Adz Dzaariyaat (Angin Yang Menerbangkan)
    52. Surat Ath Thuur (Bukit)
    53. Surat An Najm (Bintang)
    54. Surat Al Qamar (Bulan)
    55. Surat Ar Rahmaan (Yang Maha Pemurah)
    56. Surat Al Waaqi'ah (Hari Kiamat)
    57. Surat Al Hadid (Besi)
    58. Surat Al Mujadilah (Wanita Yang Mengajukan Gugatan)
    59. Surat Al Hasyr (Pengusiran)
    60. Surat Al Mumtahanah (Wanita Yang Diuji)
    61. Surat Ash Shaff (Barisan)
    62. Surat Al Jumu'ah (Hari Jum'at)
    63. Surat Al-Munafiqun (Orang-Orang Munafik)
    64. Surat At Taghabun (Hari Ditampakkan Kesalahan-Kesalahan)
    65. Surat Ath Thalaaq (Talak)
    66. Surat At Tahrim (Mengharamkan)
    67. Surat Al Mulk (Kerajaan)
    68. Surat Al Qalam (Pena)
    69. Surat Al Haqqah (Kiamat)
    70. Surat Al Ma'arij (Tempat-Tempat Naik)
    71. Surat Nuh (Nabi Nuh A.S)
    72. Surat Al Jin (Jin)
    73. Surat Al Muzzammil (Orang Yang Berselimut)
    74. Surat Al Muddatstsir (Orang Yang Berselimut)
    75. Surat Al Qiyamah (Hari Kiamat)
    76. Surat Al Insaan (Manusia)
    77. Surat Al Mursalat (Malaikat-Malaikat Yang Diutus)
    78. Surat An Naba´ (Berita Besar)
    79. Surat An Naazi´ (Malaikat-Malaikat Yang Mencabut)
    80. Surat 'Abasa (Bermuka Masam)
    81. Surat At Takwir (Menggulung)
    82. Surat Al Infithar (Terbelah)
    83. Surat Al Muthaffifiin (Orang-Orang Yang Curang)
    84. Surat Al Insyiqaaq (Terbelah)
    85. Surat Al Buruuj (Gugusan Bintang)
    86. Surat Ath Thaariq (Yang Datang Di Malam Hari)
    87. Surat Al A´Laa (Yang Paling Tinggi)
    88. Surat Al Ghaasyiyah (Hari Kiamat)
    89. Surat Al Fajr (Fajar)
    90. Surat Al Balad (Negeri)
    91. Surat Asy Syams (Matahari)
    92. Surat Al Lail (Malam)
    93. Surat Adh Dhuhaa (Waktu Dhuha)
    94. Surat Alam Nasyrah /Al Insyirah (Bukankah Kami Telah Melapangkan)
    95. Surat At Tiin (Buah Tin)
    96. Surat Al 'Alaq (Segumpal Darah)
    97. Surat Al Qadr (Kemuliaan)
    98. Surat Al Bayyinah (Bukti Yang Nyata)
    99. Surat Al Zalzalah (Goncangan)
    100. Surat Al 'Adiyat (Kuda Perang Yang Berlari Kencang)
    101. Surat Al Qari'ah (Hari Kiamat)
    102. Surat At Takatsur (Bermegah-Megahan)
    103. Surat Al 'Ashr (Masa)
    104. Surat Al Humazah (Pengumpat)
    105. Surat Al Fiil (Gajah)
    106. Surat Quraisy (Suku Quraisy)
    107. Surat Al Ma'un (Barang-Barang Yang Berguna)
    108. Surat Al Kautsar (Nikmat Yang Banyak)
    109. Surat Al Kafirun (Orang-Orang Kafir)
    110. Surat An Nashr (Pertolongan)
    111. Surat Al Lahab (Gejolak Api)
    112. Surat Al Ikhlas (Memurnikan Keesaan Allah)
    113. Surat Al Falaq (Waktu Subuh)
    114. Surat An Naas (Manusia)
      ............................

      Tiada ulasan: