Isnin, 8 Januari 2018

6887. BOLEH KAH ANDA MEMBUNUH PEROMPAK TERSEBUT?


BOLEH KE KITA BUNUH PEROMPAK YANG CUBA MEROMPAK KITA? YA MEMANG BOLEH! Tapi baca dan fahamkan dulu ye!!

Hak pertahanan peribadi (right to self defence) atau hak membela diri dari ancaman penjenayah memang wujud di dalam Kanun Keseksaan. Prinsip ini terkandung dalam seksyen 96 Kanun Keseksaan kita. Maksud pertahanan peribadi dinyatakan lagi dalam bahagian 97 yang menyatakan bahawa setiap orang berhak kepada 2 bentuk pembelaan; (a) hak untuk melindungi diri sendiri dan orang lain dari bahaya fizikal (b) hak untuk melindungi harta benda daripada bahaya.

Seksyen 100 Kanun Keseksaan menyatakan bahawa dalam melakukan pembelaan diri, seseorang boleh bertindak balas sehingga menyebabkan kematian kepada penyerang apabila ia melibatkan;

(a) ketakutan kematian
(b) ketakutan luka parah
(c) niat untuk merogol
(d) berniat memuaskan nafsu yang tidak wajar
(e) niat untuk menculik atau menculik
(f) niat untuk mengurung secara salah

Dalam erti kata lain, jika anda diancam oleh penjenayah yang ingin melakukan perkara (a) hingga (f) di atas, anda boleh membela diri sehingga membunuh penyerang tersebut. Selain dari ancaman-ancaman di atas, anda tidak boleh membela diri anda sehingga menyebabkan kematian kepada penyerang.

Kes yang sangat popular apabila mengupas tentang isu ini adalah kes PP vs Dato’ Balwant Singh. Dalam kes tersebut, Dato’ Balwant telah di kepung oleh sekumpulan samseng jalanan. Dato’ Balwant mempunyai pistol dan telah melepaskan tembakan ke udara untuk memberi amaran kepada penyerang-penyerangnya.

Namun walaupun selepas tembakan dilepaskan, penyerang beliau masih tidak lari dan menuju ke arah Dato’ Balwant dengan memegang kayu yang besar. Maka Dato’ Balwant menembak mati penyerangnya. Dato’ Balwant dituduh di mahkamah kerana membunuh.

Peguam Dato’ Balwant berhujah bahawa Dato’ Balwant berhak untuk menggunakan haknya membela diri kerana ancaman ke atas dirinya adalah jelas; beliau mungkin dipukul hingga mati atau cedera teruk jika beliau tidak menembak penyerangnya. Ini juga ditambah dengan faktor umur Dato’ Balwant yang sudah tua dan walaupun beliau telah melepaskan tembakan amaran, penyerang-penyerangnya tidak lari malah terus menuju ke arah Dato’ Balwant. Mahkamah menerima hujah tersebut dan Dato’ Balwant Singh dilepaskan.

ADAKAH KITA BOLEH MEMBUNUH PENJENAYAH DEMI MEMPERTAHANKAN ORANG LAIN?

Jawapannya boleh. Hak membela diri juga terpakai kepada orang ketiga. Contohnya dalam kes Wong Laii Fatt v PP, beliau telah menggunakan pisau dan menikam orang yang sedang merogol isterinya. Mahkamah membebaskan tertuduh dengan alasan bahawa tertuduh layak menggunakan hak membela diri dan membunuh orang yang sedang merogol isterinya.

JIKA RUMAH ANDA DIROMPAK, PECAH RUMAH PADA WAKTU MALAM, BOLEH KAH ANDA MEMBUNUH PEROMPAK TERSEBUT?

Jawapannya ya, boleh. Seksyen 103 menyatakan bahawa hak pertahanan peribadi ke atas harta malah boleh mengakibatkan kematian kepada penyerang anda jika kesalahan itu merupakan:-

(a) rompakan
(b) rumah yang dipecah pada waktu malam
(c) kerosakan oleh api
(d) kecurian, kerosakan atau rumah

Bagi (c) dan (d), anda hanya boleh membunuh penyerang anda jika ia melibatkan ancaman kematian atau kecederaan yang teruk, akibat daripada jika anda tidak menggunakan hak anda untuk membela diri.

Namun had anda untuk membela diri ada hadnya. Hak anda untuk membela diri hanya muncul apabila anda diserang pada waktu itu dan hak anda itu akan tamat apabila pencuri/perompak atau penyerang anda melarikan diri dari anda.

Jadi, adalah menjadi satu kesalahan jika anda mengejar penyerang anda dan membunuhnya kerana tempoh had masa anda untuk membela diri telah tamat. Kini anda pula dianggap sebagai penyerang kerana anda tidak lagi membela diri.

Dengan penjelasan ini kami berharap dapat memperbetulkan persepsi masyarakat terhadap undang-undang membela diri di Malaysia.

Untuk pertanyaan lanjut berkaitan undang-undang, hubungi www.wasap.my/601129464868

#JumpaKatMhkamah#KnowYourRight

Tiada ulasan: