Rabu, 10 Januari 2018

6895. Never paint a ghost on the wall, one day it will appears to you in person. Video.

Setelah kagum dengan mengunakan "CHAI" pada pemilihan di muktamar 2015 dahulu PAS kini kelihatan semakin bercelaru. Mengapa ia nya terjadi? Kerana terikut ikut trend "ULAR DALAM SEMAK" yang mengelar diri mereka Ustaz muda yang konon nya kelebihan ilmu agama kerana mendapat pendidikan di Negara Nagara Arab konon nya. Wal hal kalau di perhati kan bahawa Rakyat di Negara itu bukan kesemua nya memahami apa itu "ISLAM". Kalau tak percaya pergi lah ke Negara Negara tersebut.

Akhir nya apa yang mereka perkata kan kepada musuh musuh politik mereka sebelum ini "UMNO/BN dan akhbar arus perdana" kini su
dah jatuh keatas muka mereka sendiri. Elok lah PAS memberhentikan perbuatan memperbodoh kan para ahli mereka sendiri. Sesiapa yang tidak mahu terus di perbodohkan elok lah tinggalkan Parti yang menyesatkan itu.

Never paint a ghost on the wall, one day it will appears to you in person. Sama saperti UMNO/BN yang kerap memperbodohi orang ME-layu bahawa kalau UMNO/BN kalah DAP akan menjadi pemimpin dan ME-layu akan merempat. Cina mana yang mereka maksud kan? Lihat lah di sekeliling kamu, bukan kah Cina dari Negara komunis China. Sudah berapa banyak tanah tanah stratigik Negara sudah terlepas ke tangan mereka. Mungkin kalau PAS berjaya memiliki Wisma Tok Guru pun ia nya juga akan di jual kepada mereka. 


TUESDAY, JANUARY 09, 2018


Wisma Tok Guru : Pas Kantoi menipu pentaksubnya sendiri

Pas kantoi kepada Datuk Husam Musa. Pas malu untuk menerima keputusan mahkamah yang tidak memihak kepadanya dalam tuntutan Injunksi Einford Husam ke atas Wisma Tok Guru.

Lantaran itu, Pas sanggup membohongi pentaksubnya dengan menyiarkan berita bohong di akhbar rasmi parti itu dengan berkata :
MAHKAMAH Tinggi Kota Bharu hari ini memutuskan kedua-dua pihak Parti Amanah Negara (PAN) dan PAS boleh menggunakan bangunan Wisma PAS Salor dekat sini selagi tidak berlaku sebarang provokasi. Baca lagi di sini 
Patutlah Harakah semakin tidak laku. Laporan berita mahkamah pun dia nak kelentong.

Kesian para walaun semua semakin diperbodohkan oleh pimpinan parti kerana hidup-hidup kena tipu. Dulu sedap ngata Utusan pembohong, sekarang ni siapa yang kuat bohong?

Berikut berita yang sebenarnya oleh Sinar Harian :

Wisma Tok Guru: Injunksi Erinford Husam dibenarkan

KOTA BHARU – Usaha Adun Salor, Datuk Husam Musa memohon Injunksi Erinford ke atas pemilik tanah Wisma Tok Guru dibenarkan Mahkamah Tinggi Malaya, di sini, tadi. 

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ahmad Bache membuat keputusan itu sebagai menghormati status quo bangunan terbabit yang kini berada di bawah jagaan Husam

Beliau turut memerintahkan satu permuafakatan yang tinggi diwujudkan antara kedua-dua pihak terhadap keputusan itu. 

“Mahkamah mengamalkan konsep mesra demi keharmonian dan meminta supaya pihak-pihak berbincang dalam keadaan rasional serta tidak melakukan kekacauan atau saling provokasi,” katanya.

Husam yang juga Naib Presiden Amanah Negara sebagai plaintif menamakan pemilik tanah, Setiausaha Kerja Pas Kelantan, Mohd Yasin Yusoff sebagai defendan. 

Plaintif diwakili barisan peguam, diketuai Norazham Yahaya, manakala defendan diwakili barisan peguam diketuai Aznam Mohamed. 

Antara Perintah Larangan Erinford itu termasuk menghalang defendan (Mohd Yasin - Pas), pekerja-pekerjanya, kakitangan dan ejen atau wakilnya daripada melakukan sebarang kacau ganggu, menceroboh, menghalau keluar plaintif dari wisma itu.

Defendan (Mohd Yasin - Pas) juga dihalang daripada berbuat provokasi yang menyentuh berhubung keberadaan plaintif di atas hartanah yang menjadi pertikaian sehingga keseluruhan kuasa tindakan didengar dan diputuskan oleh mahkamah.

Defendan (Mohd Yasin - Pas) dan wakilnya juga tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan berkait hartanah itu sehingga rayuan permohonan injunksi plaintif didengar dan diputuskan oleh Mahkamah Rayuan Malaysia. Baca seterusnya di SINARHARIAN

Sumber:
https://alhusseyn51.blogspot.my/2018/01/wisma-tok-guru-pas-kantoi-menipu.html
.
Baca juga:
http://shahbudindotcom.blogspot.my/2017/02/siapa-kata-lawatan-raja-salman-sudah.html
.

Tiada ulasan: