Jumaat, 12 Januari 2018

6914. Imam Ghazali Berguru Dengan Tukang Potong Daging.

ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ

ماشاءالله

سبحان الله

الله اکبر

    سُبْحَانَ اللَّهِ اَللَّهُمَّ صَلِّي عَلَى سَيّدنَا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلۓِ سَيّدنَا مُحَمَّدٍ الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن

Allah berfirman yang bermaksud; “Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya” (QS: Al Imran 3:185) 

أَعُوْذُ بِاللهِ مِنَ الشَّـيْطٰنِ الرَّجِيْمِ

بسم الله الرحمن الرحيم

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، 

وعلى آله وصحبه أجمعين

Imam Ghazali Berguru Dengan Tukang Potong Daging. 

Alkisah ini bermula pada saat Imam Ghazali yang mengimamkan satu solah fardhu disebuah masjid. Sedang Imam Ghazali mengimamkan solat tersebut, beliau terperasan atau menyadari adiknya yang turut menjadi makmum dalam solat berjemaah tersebut telah mufarakah (keluar dari solat berjemaah).

Maka setelah selesai solat berjemaah tersebut, Imam Ghazali pantas menemui adiknya itu (tidak begitu pasti nama adiknya, kemungkinan Imam Ahmad) dan bertanyakan mengapa adiknya itu tidak melakukan solat berjemaah sekali sebentar tadi.

Maka adiknya pun menjawab, "Bagaimana aku hendak meneruskan solat berjemaah yang diimamkan oleh kau sedangkan aku melihat dirimu penuh dengan darah sewaktu solat tadi" Imam Ghazali begitu terkejut sekali dan hairan bagaimana adiknya dapat mengetahui perkara tersebut. Imam Ghazali mengakui kepada adiknya bahawa ketika sedang solat tadi terlintas dalam hatinya mengenai perkara yang sedang ditulisnya, iaitu berkenaan haid wanita.

Lantas Imam Ghazali bertanya kepada adiknya di manakan beliau mempelajari ilmu kashaf (perkara yang dihijabkan Allah) tersebut dan beliau ingin sekali mempelajarinya. Maka adiknya pun memberitahu bahawa dia mempelajari ilmu tersebut dari seorang pemotong daging di sebuah pasar.

Maka segeralah Imam Ghazali ke pasar untuk bertemu dengan pemotong daging tersebut untuk memintanya mengajar ilmu tersebut. Pada kala tersebut, Imam Ghazali merupakan seorang mudir yang tinggi pangkatnya di sebuah universiti dan memakai jubah kebesaran setaraf dengan pangkatnya.
Ketika Imam Ghazali bertemu dengan pemotong daging dan meminta beliau mengajarkan ilmu tersebut kepadanya, ianya ditolak dan pemotong daging menyatakan beliau tidak mempunyai ilmu untuk diajar. Imam Ghazali terus memujuk gurunya itu untuk mengajarnya ilmu tersebut. tetapi sekali lagi ditolak, beliau meletakkan syarat kepada Imam Ghazali sekiranya ingin belajar ilmu tersebut, beliau meminta Imam Ghazali menanggalkan jubah kebesarannya itu dan membersihkan tempat potong daging tersebut dengan jubahnya itu.

Maka Imam Ghazali terus melakukan apa yang dikehendaki oleh gurunya itu. Imam Ghazali menyatakan bahawa beliau menuntut ilmu ibarat sekujur mayat yang tidak mampu melakukan apa-apa, selain menyerahkan diri kepada orang yang menguruskannya. Setelah menyelesaikan tugasnya itu, gurunya meminta hadir ke rumah beliau selepas subuh. Keesokkan harinya Imam Ghazali hadir ke rumah gurunya itu selepas subuh untuk mempelajari ilmu dari gurunya itu.

Setelah meminta kebenaran untuk gurunya mengajarkannya ilmu tersebut, gurunya itu meminta Imam Ghazali membersihkan rumput di rumah beliau. Imam Ghazali melakukan tugasan berikut dan setelah tamat beliau meminta gurunya mengajarkan ilmu tersebut. Tetapi gurunya itu meminta beliau hadir pada keesokkan harinya.

Keesokkan harinya Imam Ghazali hadir ke rumah gurunya dan memintanya mengajar ilmu tersebut. Tetapi gurunya itu meminta beliau membersihkan longkang di rumahnya. Imam Ghazali terus melakukan perkara yang diminta oleh gurunya. setelah menyelesaikannya Imam Ghazali meminta gurunya mengajar ilmu tersebut tetapi gurunya meminta beliau datang semula pada keesokkan harinya.

Pada esok harinya, Imam Ghazali hadir ke rumah gurunya itu selepas subuh untuk mempelajari ilmu tersebut. Setelah bertemu dengan gurunya itu, gurunya memintanya membersihkan tandas di rumahnya. Selesai melaksanakan tugas tersebut beliau bertemu dengan gurunya itu dan meminta gurunya mengajarkan ilmu tersebut kepadanya.

Tamat Pengajian. 

Gurunya meminta beliau pulang dan menyatakan bahawa beliau telah tamat mempelajari segala ilmu yang hendak dipelajarinya. Imam Ghazali pun pulang ke ke rumahnya. Benar apa yang dikatakan gurunya itu, sepanjang perjalanan beliau pulang ke rumah, beliau dapat melihat perkara-perkara ghaib.

Terdapat banyak pengajaran yang boleh diambil dari kisah ini, tetapi yang ingin ditekankan adalah perkara pertama bagaimana kerendahan hati Imam Ghazali dalam menuntut ilmu. Biar pun beliau merupakan seorang yang lebih tinggi pangkatnya, tetapi sanggup berguru dengan seorang pemotong daging. Beliau juga menyatakan kepada gurunya bahawa beliau ini seperti mayat yang tidak berupaya melakukan apa-apa dan menyerahkan segala-galanya kepada gurunya untuk melakukan apa-apa kepadanya.

Perkara yang kedua, adalah kenapa gurunya itu meminta beliau melakukan beberapa perkara (membersihkan tempat potong daging, potong rumput, membersihkan longkang dan tandas) tersebut dan setelah melakukannya, beliau dapat melihat perkara ghaib tersebut.

Hal ini kerana perkara tersebut ibarat menanggalkan sifat mazmumah didalam hati. Apabila beliau diminta menanggalkan jubah kebesarannya dan membersihkan tempat yang kotor dengan jubah kebesarannya dan melakukan perkara-perkara yang kurang tarafnya kalau kita nilainya, meruntuhkan sifat mazmumah dalam dalam diri seperti riya' ujub, takbur dan sebagainya. 

Sifat mazmumah ini yang akan membatasi hati dan menyebabkan cahaya (ilmu) tidak dapat menembusi ke dalam hati. Ilmu yang berkat adalah ilmu tersebut dapat digunakan oleh orang yang menuntut ilmu tersebut dan kemudiannya disampaikan kepada orang lain. Mudah-mudahan ilmu itu juga digunakan demi kebaikan orang lain.

*Sumber dari muslihahmazlan.blogspot.com
Imam Ghazali Berguru Dengan Tukang Potong Daging | Detik Islam

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين

Daftar Isi Al-Quran dan Terjemahan - Silakan Klik untuk membacanya:
  1. Surat Al Fatihah (Pembukaan)
  2. Surat Al Baqarah (Sapi Betina)
  3. Surat Ali 'Imran (Keluarga 'Imran)
  4. Surat An Nisa' (Wanita)
  5. Surat Al Ma'idah (Hidangan)
  6. Surat Al An'am (Binatang Ternak)
  7. Surat Al A'raf  (Tempat Tertinggi)
  8. Surat Al Anfal (Rampasan Perang)
  9. Surat At Taubah (Pengampunan)
  10. Surat Yunus (Nabi Yunus A.S.)
  11. Surat Hud (Nabi Huud A.S.)
  12. Surat Yusuf (Nabi Yusuf A.S.)
  13. Surat Ar Ra'd (Guruh)
  14. Surat Ibrahim (Nabi Ibrahim A.S.)
  15. Surat Al Hijr (Daerah Pegunungan)
  16. Surat An Nahl (Lebah)
  17. Surat Al Israa' (Memperjalankan Di Malam Hari)
  18. Surat Al Kahfi (Gua)
  19. Surat Maryam (Maryam)
  20. Surat Thaha (Thaahaa)
  21. Surat Al Anbiya' (Kisah Para Nabi)
  22. Surat Al Hajj (Ibadah Haji)
  23. Surat Al Mu'minun (Orang Mukmin)
  24. Surat An Nur (Cahaya)
  25. Surat Al Furqaan (Pembeda)
  26. Surat Asy Syu'ara' (Penyair)
  27. Surat An Naml (Semut)
  28. Surat Al Qashash (Cerita)
  29. Surat Al 'Ankabuut (Laba-Laba)
  30. Surat Ar Ruum (Bangsa Rumawi)
  31. Surat Luqman (Luqman)
  32. Surat As Sajdah ((Sujud)
  33. Surat Al Ahzab (Golongan Yang Bersekutu)
  34. Surat Saba' (Kaum Saba')
  35. Surat Fathir (Pencipta)
  36. Surat Yaasiin
  37. Surat Ash Shaffat (Yang Bershaf-Shaf)
  38. Surat Shaad
  39. Surat Az Zumar (Rombongan-Rombongan)
  40. Surat Al Mu'min (Orang Yang Beriman)
  41. Surat Fushshilat (Yang Dijelaskan)
  42. Surat Asy Syuura (Musyawarah)
  43. Surat Az Zukhruf (Perhiasan)
  44. Surat Ad Dukhaan (Kabut)
  45. Surat Al Jaatsiyah (Yang Berlutut)
  46. Surat Al Ahqaaf (Bukit Pasir)
  47. Surat Muhammad (Nabi Muhammad SAW)
  48. Surat Al Fath (Kemenangan)
  49. Surat Al Hujuraat (Kamar-Kamar)
  50. Surat Qaaf
  51. Surat Adz Dzaariyaat (Angin Yang Menerbangkan)
  52. Surat Ath Thuur (Bukit)
  53. Surat An Najm (Bintang)
  54. Surat Al Qamar (Bulan)
  55. Surat Ar Rahmaan (Yang Maha Pemurah)
  56. Surat Al Waaqi'ah (Hari Kiamat)
  57. Surat Al Hadid (Besi)
  58. Surat Al Mujadilah (Wanita Yang Mengajukan Gugatan)
  59. Surat Al Hasyr (Pengusiran)
  60. Surat Al Mumtahanah (Wanita Yang Diuji)
  61. Surat Ash Shaff (Barisan)
  62. Surat Al Jumu'ah (Hari Jum'at)
  63. Surat Al-Munafiqun (Orang-Orang Munafik)
  64. Surat At Taghabun (Hari Ditampakkan Kesalahan-Kesalahan)
  65. Surat Ath Thalaaq (Talak)
  66. Surat At Tahrim (Mengharamkan)
  67. Surat Al Mulk (Kerajaan)
  68. Surat Al Qalam (Pena)
  69. Surat Al Haqqah (Kiamat)
  70. Surat Al Ma'arij (Tempat-Tempat Naik)
  71. Surat Nuh (Nabi Nuh A.S)
  72. Surat Al Jin (Jin)
  73. Surat Al Muzzammil (Orang Yang Berselimut)
  74. Surat Al Muddatstsir (Orang Yang Berselimut)
  75. Surat Al Qiyamah (Hari Kiamat)
  76. Surat Al Insaan (Manusia)
  77. Surat Al Mursalat (Malaikat-Malaikat Yang Diutus)
  78. Surat An Naba´ (Berita Besar)
  79. Surat An Naazi´ (Malaikat-Malaikat Yang Mencabut)
  80. Surat 'Abasa (Bermuka Masam)
  81. Surat At Takwir (Menggulung)
  82. Surat Al Infithar (Terbelah)
  83. Surat Al Muthaffifiin (Orang-Orang Yang Curang)
  84. Surat Al Insyiqaaq (Terbelah)
  85. Surat Al Buruuj (Gugusan Bintang)
  86. Surat Ath Thaariq (Yang Datang Di Malam Hari)
  87. Surat Al A´Laa (Yang Paling Tinggi)
  88. Surat Al Ghaasyiyah (Hari Kiamat)
  89. Surat Al Fajr (Fajar)
  90. Surat Al Balad (Negeri)
  91. Surat Asy Syams (Matahari)
  92. Surat Al Lail (Malam)
  93. Surat Adh Dhuhaa (Waktu Dhuha)
  94. Surat Alam Nasyrah /Al Insyirah (Bukankah Kami Telah Melapangkan)
  95. Surat At Tiin (Buah Tin)
  96. Surat Al 'Alaq (Segumpal Darah)
  97. Surat Al Qadr (Kemuliaan)
  98. Surat Al Bayyinah (Bukti Yang Nyata)
  99. Surat Al Zalzalah (Goncangan)
  100. Surat Al 'Adiyat (Kuda Perang Yang Berlari Kencang)
  101. Surat Al Qari'ah (Hari Kiamat)
  102. Surat At Takatsur (Bermegah-Megahan)
  103. Surat Al 'Ashr (Masa)
  104. Surat Al Humazah (Pengumpat)
  105. Surat Al Fiil (Gajah)
  106. Surat Quraisy (Suku Quraisy)
  107. Surat Al Ma'un (Barang-Barang Yang Berguna)
  108. Surat Al Kautsar (Nikmat Yang Banyak)
  109. Surat Al Kafirun (Orang-Orang Kafir)
  110. Surat An Nashr (Pertolongan)
  111. Surat Al Lahab (Gejolak Api)
  112. Surat Al Ikhlas (Memurnikan Keesaan Allah)
  113. Surat Al Falaq (Waktu Subuh)
  114. Surat An Naas (Manusia)
....................................

Tiada ulasan: