Sabtu, 13 Januari 2018

6925. Kisah-kisah firaun.

ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ

ماشاءالله

سبحان الله

الله اکبر

    سُبْحَانَ اللَّهِ اَللَّهُمَّ صَلِّي عَلَى سَيّدنَا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلۓِ سَيّدنَا مُحَمَّدٍ الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن

Allah berfirman yang bermaksud; “Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya” (QS: Al Imran 3:185) 

أَعُوْذُ بِاللهِ مِنَ الشَّـيْطٰنِ الرَّجِيْمِ

بسم الله الرحمن الرحيم

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، 

وعلى آله وصحبه أجمعين

Kisah-kisah firaun.

-Istana Firaun yang ditinggalkannya…
-Malaikat Jibril menutup mulut Firaun dengan pasir.
-Ucapan Firaun ketika menyeksa isterinya.
-Perahu Firaun dinasti pertama ditemui.
-Tukang Sikat Rambut Anak Firaun.
-Tiga petanda besar firaun moden Mesir bakal kecundang.
-Kejatuhan Mursi, bermula era baru Yahudi.
-Mesir kini dibawah yahudi dan nasrani.
-Subhanallah, Inilah Mukjizat Al-Quran tentang Mummia Fir'aun.
-KISAH RATU SYAHADAH, ASIAH ISTERI FIRAUN.

Istana Firaun yang ditinggalkannya…

... Berkatalah salah seorang dari sahabat Nabi Musa, bernama Yusha bin Nun: "Wahai Musa, ke mana kami harus pergi?" Musuh berada di belakang kami sedang mengejar dan laut berada di depan kami yang tidak dapat dilintasi tanpa sampan. Apa yang harus kami perbuat untuk menyelamatkan diri dari kejaran Firaun dan kaumnya? "

Nabi Musa menjawab: "Janganlah kamu khuatir dan cemas, perjalanan kami telah diperintahkan oleh Allah kepadaku, dan Dialah yang akan memberi jalan keluar serta menyelamatkan kami dari cengkaman musuh yang zalim itu."
Pada saat yang kritis itu, di mana para pengikut Nabi Musa berdebar-debar ketakutan, seraya menanti tindakan Nabi Musa yang kelihatan tenang sahaja, turunlah wahyu Allah kepada Nabi-Nya dengan perintah agar memukulkan air laut dengan tongkatnya. Maka dengan izin Allah terbelah laut itu, tiap-tiap bahagian merupakan seperti gunung yang besar. Di antara kedua-dua belahan air laut itu terbentang dasar laut yang sudah mengering yang akan di bawah pimpinan Nabi Musa dilewatilah oleh kaum Bani Israil menuju ke tepi timurnya.

Setelah mereka sudah berada di bahagian tepi timur dalam keadaan selamat terlihatlah oleh mereka Firaun dan bala tenteranya menyusuri jalan yang sudah terbuka di antara dua belah gunung air itu. Kembali rasa cemas dan takut mengganggu hati mereka seraya memandang kepada Nabi Musa seolah-olah bertanya apa yang hendak dia lakukan selanjutnya. Dalam pada itu Nabi Musa telah diilhamkan oleh Allah agar bertenang menanti Firaun dan bala tenteranya turun semua ke dasar laut. Kerana takdir Allah telah mendahului bahawa mereka akan menjadi bala tentera yang tenggelam.

Berkatalah Firaun kepada kaumnya tatkala melihat jalan terbuka bagi mereka di antara dua belah gunung air itu: "Lihat bagaimana lautan terbelah menjadi dua, memberi jalan kepada kami untuk mengejar orang-orang yang melarikan diri itu. Mereka mengira bahawa mereka akan dpt melepaskan dari kejaran dan hukumanku. Mereka tidak mengetahui bahawa perintahku berlaku dan ditaati oleh laut, jgn lagi oleh manusia. Tidakkah ini semuanya membuktikan bahawa aku adalah yang berkuasa yang harus disembah olehmu? "Maka dengan rasa bangga dan sikap sombongnya turunlah Firaun dan bala tenteranya ke dasar laut yang sudah mengering itu melakukan gerak-cepatnya untuk menyusul Musa dan Bani Israil yang sudah berada di tepi bahagian timur sambil menanti hukuman Allah yang telah ditakdirkan terhamba-hamba-Nya yang kafir itu.

Demikianlah maka setelah Firaun dan bala tenteranya berada di tengah-tengah lautan yang membelah itu, jauh dari ke dua tepinya, tibalah perintah Allah dan kembalilah air yang menggunung itu menutupi jalur jalan yang terbuka di mana Firaun dengan sombongnya sedang memimpin barisan tenteranya mengejar Musa dan Bani israil. Terpendamlah mrk hidup-hidup di dalam perut laut dan berakhirlah riwayat hidup Firaun dan kaumnya untuk menjadi kenangan sejarah dan ibrah bagi generasi-akan datang.

Pada saat-saat akhir hayatnya, seraya berjuang untuk menyelamatkan diri dari maut yang sudah berada di depan matanya, berkatalah Firaun: "Aku percaya bahawa tiada tuhan selain Tuhan Musa dan Tuhan Bani Israil. Aku beriman pada Tuhan mereka dan berserah diri kepada-Nya sebagai salah seorang muslim."

Berfirmanlah Allah kepada Firaun yang sedang menghadapi sakaratul-maut: "Baru sekarangkah engkau berkata beriman kepada Musa dan berserah diri kepada-Ku? Tidakkah kekuasaan ketuhananmu dapat menyelamatkan engkau dari maut? Baru sekarangkah engkau sedar dan percaya setelah sepanjang hidupmu bermaksiat, melakukan penindasan dan kezaliman terhadap hamba-hamba-Ku dan berbuat-sewenang-wenang, merosak akhlak dan aqidah manusia-manusia yang berada di bawah kekuasaanmu. Terimalah sekarang pembalasan-Ku yang akan menjadi pengajaran bagi orang-orang yang akan datang sesudahmu. Akan Aku apungkan tubuh kasarmu untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang meragukan akan kekuasaan-Ku."

Bani Israil pengikut-pengikut Nabi Musa masih meragukan kematian Firaun. Mereka masih terpengaruh dengan kenyataan yang ditanamkan oleh Firaun semasa ia berkuasa sebagai raja bahwa dia adalah manusia luar biasa lain drpd yang lain dan bahwa dia akan hidup kekal sebagai tuhan dan tidak akan mati. Khayalan yang masih melekat pd fikiran mrk menjadikan mereka tidak mahu percaya bahawa dengan tenggelamnya, Firaun sudah mati. Mereka menyatakan kepada Musa bahwa Firaun mungkin masih hidup namun di alam lain.

Nabi Musa berusaha menyakinkan kaumnya bahawa apa yang terfikir oleh mrk tentang Firaun adalah suatu khayalan belaka dan bahwa Firaun sebagai orang biasa telah mati tenggelam akibat pembalasan Allah atas perbuatannya, menentang kekuasaan Allah mendustakan Nabi Musa dan menindaskan serta memperhambakan Bani Israil. Dan setelah melihat dengan mata kepala sendiri, tubuh-tubuh Firaun dan orang-orangnya terapung-apung di permukaan air, hilanglah segala tahayul mrk tentang Firaun dan kesaktiannya.

Menurut catatan sejarah, bahawa mayat Firaun yang terdampar di pantai diketemukan oleh orang-orang Mesir, lalu diawet hingga utuh sampai sekarang, sebagai mana dpt dilihat di muzium Mesir. Dan gambar gambar yang kami paparkan adalah gambar foto Istana yang begitu dibanggakan dan ditinggalkan oleh Firaun dan para pembantunya. 


Malaikat Jibril menutup mulut Firaun dengan pasir. 

Dari Sa'id bin Jubeir dari Ibnu 'Abbas radhiya'l-lahu' anhuma meriwayatkan: "dua orang Sahabat menghadap Rasulullah (bertanya tentang Firaun). Sabda Nabi SAW "Malaikat Jibril menutup mulut Firaun dengan pasir, khuatir kalau-kalau akan mengucapkan: la 'ilaha illa'l-lah" [1]

Hadis di atas umumnya dapat kita temui pada perbahasan ayat tenggelamnya Firaun, surah Yunus ayat 90, di mana Allah berfirman: "Dan Kami memungkinkan Bani Israil melintasi laut, lalu mereka diikuti oleh Fir'aun dan bala tenteranya, kerana hendak menganiaya dan menindas (mereka); hingga bila Firaun itu telah hampir tenggelam berkatalah dia: Saya percaya bahawa tidak ada Tuhan melainkan Tuhan yang dipercayai oleh Bani Israil, dan saya termasuk orang-orang yang berserah diri (kepada Allah). "(Qs. 10: 90).
Pada saat-saat nazaknya, malaikat Jibril melihat gelagat Firaun akan mempergunakan kesempatan dalam kesempitan. Allah Ta'ala memerintahkan malaikat Jibril untuk melaksanakan nyawa Firaun dengan cara menutup mulutnya dengan pasir, supaya tidak boleh mengucapkan keimanan dan pertaubatannya. Akhirnya Firaun mati dengan mulut menyon dan jauh dari rahmat Allah SWT (Tafsir Al-Kasyaf, 21 202). Kerana iman dan taubat pada saat ini, tiada guna sama sekali.

Mengutip Tafsir Syeikh Sa'di, ada dua keadaan di mana iman tidak berguna pada saat itu yakni beriman di hujung sakarat dan beriman menjelang hari Qiamat, sesuai firman Allah dalam surah Al-Mu'min: 85.

Firaun mati di Laut Merah atau laut Qalzum atau sebelumnya dikenali dengan nama FAM AL-HAIRUTS, berhampiran terusan Suez, pada tarikh 10 Muharram dan kerana itulah ada syari'at puasa 'Asyura, setelah sebelumnya menyatakan taubat dan yakin akan Tuhan Allah SWT Dan inilah taubat yang tertolak (Qs. 10:90)

Di antara perkara yang aneh dalam din Fir'aun adalah fitrah kejadiannya.  Bayi dicipta oleh Allah dalam keadaan fitrah, tapi nampaknya hadis ini dikecualikan terhadap bayi Firaun. Kerana sejak bayisudah kafir di dalam perut ibunya.

Bunyi hadis "wa khalaqa fir'aun fi Bathni ummihi kafiran," dan Firaun dijadikan (oleh Allah) dalam perut ibunya dalam keadaan kafir. (HR. Ibnu 'Adi dalam Al-Kamil dan Imam Thabarani dalam Al-Ausath). Ketika menyampaikan hadis ini Rasulullah SAW sedang berkhutbah di hadapan para sahabat pada petang hari.

Ahli sejarah berpecah dua, ada yang berkata Firaun itu nama orang (ismul 'ayam), yang lain dan terbanyak mengatakan Firaun itu gelaran bagi raja yang lupa daratan. Tapi yang jelas, nama ini pertama kali digunakan oleh Walid bin Mus'ab bin Rayyan, keturunan Lois bin Sam bin Nuh.

Firaun Musa adalah Ramses II atau Ramses Akbar, iaitu dinasti yang ke-19 yang naik takhta pada 1311 SM. Ada yang mengatakan bahawa, Firaun ini juga bernama Maneftah (1224-1214 SM) yang Allah binasakan bersama 700000 pasukannya di Laut Merah, mayatnya Allah selamatkan, pada syuruq (matahari terbit), mengikut Tafsir Muqatil (Qs. 10:90) .

Mayatnya diawetkan dalam bentuk mumia yang kini disimpan di muzium Mesir di Kaherah dengan pelbagai macam hikmah sejarah. Mumia ini ditemui pertama kali oleh ahli kaji purba Perancis, Loret, di Wadi al-Muluk (lembah raja-raja) Thaba Luxor Mesir pada tahun 1896 M. Pembalutnya dibuka oleh Eliot Smith, seorang ahli kaji purba Inggeris pada tarikh 8 Julai 1907.

Sebuah gelaran yang membawa kepada kultus. Pada ketika inilah gelaran boleh makan tuan. Gelaran mengheret pemiliknya pada kesombongan, sehingga boleh lupa daratan. Fitnah ghuluw (kultus, fanatik) muncul dari pemujaan gelaran yang melampaui batas.

Perhatikanlah mesej indah dari Imam as-Syafie rahimahullah berikut: Berkata Imam as-Syafie: "aku benci orang yang kelewat mengagungkan makhluk, hingga menjadikan kuburannya (di / sebagai) masjid. Aku khuatir terjadi fitnah atasnya dan fitnah ke atas orang sesudahnya. "

[1] Shahih, HR. Turmudzi [3107]; Ahmad [2145], at-Tabari [11/163]; Ibnu Hibban [6215]; Nasa'i [6 / 363]. Dishahihkan oleh Syeikh Albani dalam as-Shahihah [2015] dan Shahih Sunan Tirmidzi [2484]. Dishahihkan juga oleh Syeikh Syu'aib Arnouth, Tahqiq Shahih Ibnu Hibban [14/98]

Sumber: Malaikat Jibril menutup mulut Firaun dengan pasir | Detik Islam

Ucapan Firaun ketika menyeksa isterinya. 

Orang-orang yang bertaqwa dan menyembunyikan ketaqwaannya dikalangan ummat ini jumlahnya tidaklah sedikit, baik dewasa maupun anak-anak, lelaki atau perempuan. Diantara mereka adalah Asiah Binti Mazahim, isteri Fir'aun. Dialah yang dimuliakan oleh Alah Ta'ala di dalam Al Qur'an. Allah berfirman:
[66:11]
"Dan Allah membuat isteri Fir'aun perumpamaan bagi orang-orang yang beriman, ketika ia berkata;" Ya Tuhanku, bangunkanlah untukku sebuah rumah di sisi-Mu dalam syurga dan selamatkanlah aku dari Fir'aun dan perbuatannya dan selamatkanlah aku dari kaum yang zalim (QS At-Tahriim: 11)

Yahya bin Salam berkata, "Adapun firman Allah" Allah mengenai isteri dan isteri Luth perumpamaan bagi orang-orang kafir (QS AT Tahrim: 10) adalah perumpamaan yang disebutkan Allah sebagai teguran terhadap Aisyah dan Hafsah ketika mereka berselisih dengan Rasul SAW, di mana mereka ' berunjuk rasa 'kepada beliau. Lalu Allah membuat perumpamaan juga kepada mereka berdua tentang Isteri Fir'aun dan Maryam binti Imran, sebagai motivasi untuk berpegang teguh dalam ketaatan dan konsekuen terhadap agamanya.

Ada juga yang mengatakan "Ini adalah dorongan bagi kaum mukminin agar sentiasa bersabar ketika ditimpa cubaan. Yakni jagalah kesabaranmu ketika mendapatkan cubaan yang lebih lemah daripada kesabaran isteri Fir'aun ketika dia menghadapi tekanan dari Fir'aun. Dimana pada waktu itu Asiah beriman apa yang dibawa Musa. 

Abul Aliyah berkata, "Fir'aun mengetahui keimanan isterinya, lalu dia keluar di hadapan khalayak ramai seraya berkata, 'Apakah yang kalian ketahui tentang Asiyah binti Mazahim? Mereka memujinya. Maka Fir'aun berkata kepada mereka, "sesungguhnya dia menyembah Tuhan selain aku. "Mereka bertanya kepadanya (Jika demikian) bunuhlah dia." Kemudian dibuatkan untuknya tiang. Setelah itu tangan dan kakinya diikat.

Diapun berkata, "Ya tuhanku, bangunkanlah untukku sebuah rumah disisiMu dalam syurga. "Hal itu bersamaan dengan kehadiran Fir'aun di tempat penyiksaan itu. Maka dia (asiyah) tertawa ketika melihat rumahnya di syurga. Fir'aun mengulas., "Apakah kalian tidak merasa hairan dengan kegilaannya. Kita menyiksanya, namun dia tertawa." Setelah itu keluarlah rohnya dari jasadnya.

Salman Al farisy berkata sebagaimana diriwayatkan Usman Al Hindy, "Awalnya dia diseksa dengan panas matahari. Ketika sinar matahari menyengatnya, para malaikat melindungi dengan sayap-sayapnya. "Dikatakan kedua tangan serta kakinya ditancapkan di bawah sinar matahari, sedangkan punggungnya menyentuh rantai yang melingkar. Lalu Allah memperlihatkan kepadanya hingga dia melihat tempatnya di syurga. "Hasan berkata," bahawasanya tempatnya di bina dari mutiara, "tatkala dia berkata," selamatkanlah aku. "Lalu Allah menyelamatkannya dengan sebaik-baik penyelamatan. Lalu dia mengangkat rohnya ke syurga. Di sana dia makan, minum dan bersenang-lenang.

Inilah ciri-ciri wanita beriman. Dia hidup di bawah kekuasan Fir'aun dengan berbagai macam bahaya. Sementara suaminya adalah manusia paling kafir kepada Allah, Tuhan sekalian alam. Ketika itu Firaun telah mengakui dirinya sebagai Tuhan serta dzat yang patut disembah sebagai sekutu Allah. 

Namun Asiyah tidak tunduk pada keadaan yang demikian, bahkan dia menyerahkan segalanya kepada Allah baik ketika susah mahu pun senang. Memohon kepada Allah dengan berdoa untuk diselamatkan dari Firaun dan perbuatannya, baik kekufuran, kezaliman dan kesombongannya. Sebagaimana dia memohon keselamatan dari kaum yang zalim, yakni orang-orang qibti penduduk Mesir. Makbul terhadap permohonannya tidaklah lambat. Allah telah mengangkatnya ke tempat yang tinggi. Dia telah membina istana untuknya di syurga.!!

Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber eramuslim.com, Wallahu'alam bissawab والله أعلمُ بالـصـواب
Ucapan Firaun ketika menyeksa isterinya | Detik Islam

Perahu Firaun dinasti pertama ditemui. 

Sebuah perahu kuno yang didakwa berasal dari zaman Firaun ditemukan di Abu Rawash, Mesir. Kabar itu disampaikan Menteri Hal Ehwal Benda-benda Purbakala Mesir, Muhammad Ibrahim Ali, Rabu (25/7).

Egypt Independent melaporkan, perahu yang diperbuat dari kayu tersebut didakwa berasal dari zaman Raja Den pada Dinasti Pertama, sekitar 3000 SM. Ali berkata, keadaan perahu dalam keadaan baik.

Institut Arkeologi Oriental Perancis, kata Ali, telah melakukan penggalian di kawasan tersebut. Mereka menggali sisa-sisa kapal kuno dan berjaya mencari sebelas potongan kayu perahu masing-masing mempunyai panjang enam meter dengan lebar 1.5 meter.

Mereka pun membawa benda-benda berharga itu ke Museum Mesir untuk diperbaiki. Rencananya, mereka bakal mempamerkan perahu Firaun tersebut di Muzium Nasional Peradaban Mesir.

Secara berasingan Jeneral Pengawas Projek Muzium Mesir, Hussein Abdel Basir mengatakan, perahu tersebut disinyalir digunakan untuk pemakaman. Pasalnya, orang-orang Mesir kuno terbiasa menguburkan perahu bersama jasad orang yang sudah meninggal. Alasannya, orang Mesir kuno percaya perahu itu masih boleh digunakan mendiang di akhirat. 

Sumber dari republika.co.id 

Tukang Sikat Rambut Anak Firaun. 

Di zaman dahulu, Firaun, Raja Mesir ada mempunyai pekerja yang bekerja untuk menyikat rambut anak-anak perempuannya. Pada suatu hari dengan kehendak Allah, terjadilah satu peristiwa yang mengukir sejarah sehingga ke hari ini. Ketika Masitah menyikat anak perempuan Firaun, ditakdirkan jatuhlah sikat itu daripada tangannya.

Lantas secara spontan, terkeluarlah perkataan, 'Dengan nama Allah celakalah Firaun' dari mulutnya.

Apabila terdengar sahaja oleh anak Firaun itu, lalu berkatalah dia kepada Masitah, "Wahai tukang sikat rambutku! Apakah ada Tuhan selain daripada bapaku?"

Masitah menjawab, "Ya, memang ada."

Seterusnya berkatalah anak Firaun kepada Masitah, "Mahukah engkau aku sampaikan perkara ini kepada bapaku?"

Masitah pun menjawab ringkas, "Ya , baiklah."

Maka anak Firaun pun segera memberitahu bapanya kan perkara tersebut. Apabila terdengar sahaja berita tersebut, Firaun pun memerintahkan supaya Masitah dibawa mengadap kepadanya.

Apabila Masitah datang mengadapnya, lalu Firaun pun bertanya kepada Masitah. Katanya yang berbunyi, "Apakah ada Tuhan selain dariku?"

Masitah menjawab dengan tegas, "Tuhanku ini adalah Allah (Wajibul Wujud)."

Mendengar jawapan itu, Firaun pun menitahkan pegawainya memujuk Masitah supaya mengubah pendiriannya atau membuangkan keimanannya itu. Setelah beberapa cara atau bermacam-macam pujukan dilakukan, namun Masitah tetap dengan pendiriannya. Malah, Masitah memberikan jawaban dengan tegas, "Allah Tuhanku dan Tuhanmu sekalian."

Mendengar yang demikian, bertambah murkalah Firaun lalu digertaknya Masitah, suami serta anak-anaknya. "beta akan bunuh sekalian keluargamu!" gertak Firaun.

"Baiklah," jawab Masitah. "Akan tetapi, ada permntaan hamba yang harus tuanku tunaikan iaitu hamba mahu sekiranya kalau tuanku akan membunuh hamba, kuburkanlah hamba ini di suatu perkuburan."

Firaun pun menitahkan hulubalangnya membawa belanga besar yang berisi minyak bagi merebus dan menghukum masitah dan anak-anaknya serta suaminya.

Dengan panasan minyak yang mendidih di atas api, lalu dilontarkan anak-anak Masitah dan suaminya. Kini tinggallah Masitah dengan anak kecilnya yang sedang dalam pangkuannya yang masih menyusu. Betapa pilu dan sedihnya tidaklah dapat dibayangkan.

Akan tetapi Masitah tidak gentar untuk memasuki minyak yang panas itu. Rasa terharu menyebabkan beliau tertahan-tahan untuk terjun kerana melihat anaknya yang masih menyusu dan tidak mengetahui apa-apa.

Lalu dengan kudrat Allah, anak yang masih kecil itu berkata kepada ibunya, "Wahai ibuku, masuk sajalah ke dalam belanga ini. Sesungguhnya ibu berada di atas pihak yang benar."

Dengan demikian, apabila didengar saja perkataan tersebut, maka bertambah beranilah ia untuk masuk ke dalam belanga itu. Lantas terjunlah Masitah bersama anaknya ke dalam belanga tersebut.

Maka berakhirnya riwayat hidupnya di atas dunia yang fana ini dalam mempertahankan keimanannya kepada Allah S.W.T. dengan penuh kejayaan. Setelah selesai peristiwa tersebut, maka Firaun pun menitahkan kepada hulubalangnya supaya menguburkan Masitah sekeluarga di dalam satu kubur sebagaimana permintaan Masitah sebelum ia dibunuh.

Oleh kerana teguhnya iman terhadap Allah dan kesungguhan tekad di dalam hati mereka masing-masing, lantaran tidak ada was-was dan ragu-ragu di dalam menghadapi percubaan dan perjuangan iman, maka Allah mengharumkan kuburnya sampai bertahun-tahun lamanya.

Daripada kisah ini, kita yakin bahawa iman seseorang kepada Allah tidak akan dibiarkan begitu sahaja tanpa diuji bagi menentukan sejauh mana teguhnya keimanan itu.

Sebagaimana firman Allah yang bererti, "Adakah manusia itu mengerti bahawa mereka akan diberikan sahaja berkat, kami telah beriman. Dengan tiada mendapat cubaan daripada Allah."

Kita hari ini harus bersyukur kerana kita tidak menghadapi ujian seperti yang dilalui oleh Bilal R.A., Masitah, Sumaiyyah, Ammar dan sebagainya, tetapi hari ini apabila Allah S.W.T. menguji kita dengan sedikit sahaja, kita sudah mengatakan yang bukan-bukan terhadap Allah S.W.T.

Misalnya apabila kita sakit, kita akan segera mengeluh tanpa memikirkan apakah sakit kita ini sama dengan sakit yang ditanggung oleh Nabi Ayyub A.S. Kita sepatutnya bersyukur kerana itu adalah kehendak Allah ke atas kita. Ia juga adalah untuk keselamatan dan kebaikan kita. Mungkin dengan sakit yang diberikan kepada kita itu akan menghalang kita daripada memakan sesuatu yang akan memudaratkan terhadap kesihatan kita. Allah itu lebih mengetahui dan Dialah yang paling layak untuk mentadbirkan diri kita.

*Sumber dari nur-addin.blogspot.com 

Tiga petanda besar firaun moden Mesir bakal kecundang. 

1. Washington meminta Presiden Dr Mursi dibebaskan selepas tekanan yang kuat diberikan rakyat Mesir di mana kebanyakan penyokong beliau mula berhimpun di dua tempat iaitu medan Rabiatul Adawiah dan Medan An Nahdhah berhadapan Universiti Kaherah.

2. Berikut merupakan berita seperti dikhabarkan oleh siaran langsung al-Jazeera :

a. Washington secara rasminya menuntut pembebasan Dr Mursi.

b. Saluran TV ” Arabiah” mengelirukan , di samping banyak percanggahan dalam berita yang disiarkan.

c. Beberapa orang kepimpinan utama Kem Dalam Negeri zaman Mubarak mula melarikan diri kerana mereka mula merasakan natijah yang bakal berlaku; iaitu kembalinya Mursi dan jatuhnya sistem kepolisan mereka dan akan bermulanya nanti penangkapan ke atas mereka.

d. Kebimbangan dan ketakutan untuk menyertai kabinet bagi kerajaan baru yang merampas kuasa ini.

e. Tersebar berita- berita yang tidak dapat disahkan tentang kemungkinan berlakunya pengisytiharan rampasan kuasa baru yang dilakukan oleh beberapa orang pegawai tentera untuk mengembalikan kuasa Mursi.

f. Sebahagian pemimpin rejim Mubarak yang sebelum ini telah terbang ke UAE tidak kembali semula ke Mesir kerana bimbang dengan kemungkinan kegagalan rampasan kuasa yang telah berlaku.

g. Senarai hitam nama mereka yang dilarang keluar negara telah disediakan terhadap semua yang terlibat dalam rampasan kuasa. Arahan tangkap juga telah disiapkan.

h. Masyarakat Dunia khususnya barat mula mengalihkan perhatian terhadap perhimpunan besar-besaran rakyat Mesir, khususnya terhadap kehadiran seorang wanita Kristian semalam yang telah muncul di atas pentas menyatakan pendirian beliau dan juga pendirian sebahagian besar rakyat Mesir bersama legitimasi dan tuntutan mengembalikan Presiden Dr Mursi.

3. Kenyataan ini telah diumumkan secara langsung dari pentas dan siaran langsung Al Jazeera.

*Sumber dari Al Jazeera oleh rakan FB 

Kejatuhan Mursi, bermula era baru Yahudi. 

Walaupun Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu melarang seluruh Menterinya mengulas tentang rampasan kuasa yang dilakukan Tentera Mesir terhadap Presiden Mesir Muhammad Mursi, namun elit Keselamatan Zionis telah melihat adanya langkah baru yang membolehkan Israel mengurangkan kesan negatif yang ditimbulkan dari Arab Spring yang selama ini terjadi.

Menurut Israel penggulingan Muhammad Mursi merupakan titik mula menuju era baru yang akan membebaskan Israel dari pelbagai ancaman yang ditimbulkan oleh Arab Spring.

Peristiwa Penggulingan Muhammad Mursi ini Bagi Israel telah membuka beberapa jalan sebagai berikut:

Pertama: mengembalikan perkongsian strategik yang telah dibina antara Israel dan Rejim Mubarak yang yang telah digulingkan, dimana perkongsian tersebut dihentikan semasa pemerintahan Mursi. Seperti kata Pengarah "Amos Yadlin", bekas ketua Bahagian Perisikan Tentera dan Pusat penelitian Keselamatan nasional Israel, kementerian Strategik yang diharapkan Tel Aviv setelah tumbangnya pemerintahan Mursi adalah untuk mencengkam kembali Mesir bagi membantu negara haram yahudi menghadapi beberapa ancaman seperti "Keganasan" di Palestin, dan kerjasama dalam menghadapi gerakan Jihad Global.

Kedua: membina semula ikatan kuasa-kuasa serantau Arab untuk kepentingan negara haram yahudi. Ikatan yahudi dengan negara arab sangat lemah ketika Ikhwanul Muslimin memimpin Mesir. Bagi kerajaan haram Yahudi Kejatuhan Mursi akan mengembalikan kekuatannya untuk membina semula ikatan di dunia arab.

Ketiga: jatuhnya Mursi akan di ikuti perdebatan awam antara pro mursi dan penentangnya, serta meningkatnya polar perseketaan antara Sunni dan Syiah yang akan menukar pandangan awam dari konflik arab-Israel. Hal ini akan memberikan negara haram yahudi berpeluang besar untuk mencapai tujuan-tujuannya di negara Arab, terutama Palestin.

Keempat: Kejatuhan Mursi menurut negara haram Yahudi adalah pukulan terhadap Hamas, dimana sepanjang pemerintahan Mursi, Hamas mempunyai strategi yang lebih baik dalam menghadapi Israel.

Kelima: berkuasanya tentera Mesir akan membuka peluang Amerika Syarikat untuk mengembalikan kedudukan strategik di wilayah tersebut dan peristiwa rampasan kuasa Mursi ini akan sangat menguntungkan bagi kerajaan laknatullah Yahudi untuk mengukuhkan kembali status wilayah haram Tel Aviv.

Keenam: Kejatuhan Mursi tidak diragukan lagi akan memberikan keuntungan bagi kepentingan kerajaan laknat Yahudi di wilayah Syria. Menurut sumber bahagian Perisikan Tentera "Aman" bahawa kerajaan Mursi telah menyumbang dalam meningkatkan kekuatan Gerakan Islam di Syria dimana hal ini bertentangan dengan kepentingan Yahudi.

Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber eramuslim.com, rejim  syiah Assad dan Yahudi antara yang sangat gembira atas kejatuhan Mursi. Wallahu'alam bissawab والله أعلمُ بالـصـواب


Mesir kini dibawah yahudi dan nasrani. 

andangan peribadi saya berkenaan hal Mesir:

1. Dr. Muhammad Morsi adalah Presiden Mesir yang sah melalui pilihanraya presiden yang dijalankan secara demokratik pada 24 Jun 2012. Justeru tindakan menjatuhkannya secara revolusi jalanan BUKANLAH CARA YANG BETUL, khususnya bagi seorang pemimpin yang baru hanya 1 tahun berkuasa. Berikan masa dan berdiskusi lebih tepat bagi mereka yang tidak bersetuju dan pengkritik.

2. Sepanjang setahun beliau sebagai Presiden, beliau tidak mendapat sokongan penuh dari pihak tentera, polis dan pelbagai kakitangan kerajaan. Ini menjadikan perubahan yang dirancang sangat lambat dan kelihatan kurang berjaya. Selain itu, tempoh setahun terlalu pendek untuk membersihkan kekalutan ekonomi dan minda selama 30 tahun yang ditinggalkan oleh Hosni Mubarak.

3. Saya melihat, sifat dan sikap rakyat Mesir yang kelihatan terlalu banyak berpuak dan membantah, keadaan ini sememangnya memerlukan satu jenis undang-undang ala diktator dari pemimpin yang AMANAH DAN BAIK bagi menyatu dan mengurangkan masalah administrasi khususnya di awal-awal pemerintahan. Justeru, rang undnag-undang yang memberi Presiden kuasa penuh yang kontroversi pada hujung November 2012 itu adalah perlu dan tidak patut dianggap sebagai keaiban kepimpinan Morsi.

4. Tindakan tentera yang merampas kuasa dengan sokongan Sheikhul Azhar dan Coptic Pope Tawadros tidak secara demokratik bakal menyaksikan masa hadapan Mesir semakin suram dan tidak pasti. Kelak nanti Presiden baru bakal menjadi boneka tentera yang mana kiranya tidak disetujui, maka akan dirampas lagi oleh tentera. Mungkin tindakan terbaik adalah Presiden baru perlu ‘revamp’ tentera agar senjata mereka tidak menjadikan mereka mencarik keputusan rakyat majoriti.

5. Tindakan rakyat awam Mesir yang mengadakan revolusi jalanan dan bergembira atas kejatuhan Dr. Morsi adalah pelik dan kurang matang pada hemat saya. Masakan tidak, sedang mereka bergembira dan merayakannya, adakah mereka sedar dan tahu siapa yang bakal menjadi pemimpin terbaru mereka?, bilakah tarikh pemilihannya ? adakah mudah menaikkan pemimpina kesukaan mereka untuk diterima semua pendemonastrasi dan puak-puak? malah mungkin sebahagian besar mereka langsung tidak mempunyai idea siapakah calon yang paling layak. Apakah tindakan mereka ini lebih membantu menstabilkan Mesir atau mengoyahkannya semula? Dan lebih teruk, tindakan ini memberi kesan kepada kemaslahatan rakyat Palestin.

6. Saya bersetuju dengan tindakan Kerajaan Turki yang TIDAK MENGIKTIRAF kerajaan sementara haram Mesir serta tidak berurusan diplomatik kecuali dengan Presiden Morsi dan wakilnya yang sah sebagai mewakili kerajaan Mesir. Memang benar, tindakan ini bakal menjejaskan banyak hubungan ekonomi dan diplomatik antara kedua Negara selepas ini.

7. Rampasan kuasa Morsi ini lebih jelas disokong oleh pihak barat padahal mereka sering melaungkan keperluan untuk berpegang kepada Demokrasi, namun apabila Presiden Mesir dilihat ingin meluaskan agenda Islam dalam pentadbiran dan membantu Palestin, mereka kini berubah kepada menyokong rampasan kuasa pula.

8. Kerajaan Malaysia sepatutnya mengecam rampasan kuasa ala tentera Mesir ini kerana iktirafan kerajaan Malaysia bakal memberi mesej yang mengelirukan kepada sebahagian rakyat Malaysia kelak iaitu seolah-olah Malaysia mengiktiraf kerajaan melalui revolusi jalanan sedangkan tiada kezaliman nyata dilakukan oleh Morsi yang hanya baru setahun jagung memerintah.

9. Menukar pemimpin kerajaan melaui cara revolusi jalanan atau kekerasan memang lebih banyak membawa mudarat berbanding manfaat. Justeru, wajarlah ia dijauhi. Perlu difahami, revolusi jalanan menjatuhkan kerajaan BERBEZA DENGAN DEMONSTRASI AMAN bertujuan menyatakan bantahan tanpa sebarang perancangan menggulingkan kerajaan seperti di Mesir ini. Demonstrasi aman ( khususnya dengan permit) termasuk dalam hak yang dibenarkan oleh sistem demokrasi, manakala revolusi bersenjata dan ganas adalah tidak.

10. Ini hanyalah pandangan peribadi dan mungkin saya juga boleh tersalah dalam analisa dan penerimaan maklumat. Wallahu’lam.Dr. Zaharuddin Abd Rahman.

Sumber dari zaharuddin.net, Wallahu'alam bissawab والله أعلمُ بالـصـواب 

Subhanallah, Inilah Mukjizat Al-Quran tentang Mummia Fir'aun. 

Pada abad ke-19 M, dunia arkeologi berjaya menemui mummi di Thebes, Mesir. Penemuan mummi yang dikenalpasti sebagai jenazah Firaun itu pada tahun 1898.
Mummi itu diyakini sebagai mayat Firaun Merneptah, anak Fir'aun Ramses II. Selain mencari mummi Merneptah, para arkeologi juga menemui mummi Ramses II dalam keadaan utuh.

Merneptah diyakini sebagai Firaun yang mengejar Nabi Musa hingga ke laut dan mati tenggelam di laut. Sedangkan Ramses II diyakini sebagai Firaun yang hidup persis sebelumnya, kedua-duanya hidup pada masa Nabi Musa AS.

Pada Julai 1907, Elliot Smith membuka perban-perban mummi Merneptah untuk menyemak badannya. Hasilnya, mummi tersebut dalam keadaan baik dan utuh walaupun ada kerosakan di beberapa bahagian.

Penemuan monumental itu pun sekali lagi menjadi bukti kebenaran dan mukjizat Al-Quran. Belasan abad sebelum penemuan mummi Firaun itu, Al-Quran telah menjelaskan tentang fakta itu.

Mari semak surah Yunus [10] ayat 92: "Maka pada hari ini Kami selamatkan jasadmu * agar engkau dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang setelahmu, tetapi kebanyakan manusia tidak mengendahkan tanda-tanda (kekuasaan) Kami.''

Dalam surah Al-Baqarah [2] ayat 50, Allah SWT berfirman, ''Dan (ingatlah) ketika Kami membelah laut untukmu, sehingga kamu dapat Kami selamatkan dan Kami tenggelamkan (Fir'aun dan) pengikut-pengikut Firaun, sedang kamu menyaksikan.''

- sumber dari republika.co.id 

KISAH RATU SYAHADAH, ASIAH ISTERI FIRAUN. 

Fir'aun yang terkenal dengan keganasan dan tidak berperikemanusian. Setelah kematian isterinya, beliau hidup bersendirian tanpa teman hidup. Pada ketika itu tersebutlah satu kisah di mana seorang gadis jelita dari keturunan keluarga Imran yang baik-baik dan solehah yang bernama Siti Asiah yang sentiasa menjadi sebutan di kalangan pemuda-pemuda Mesir kerana keperibadian dan kejelitaannya.

Kisah kejelitaan Siti Asiah telah sampai ke telinga Fir'aun dan suatu hari beliau teringin untuk memperisterikan Asiah sebagai permaisurinya. Maka diutuskan seorang menteri bernama Haman untuk merisik. Ibu bapa Asiah telah bertanya kepada tuan empunya diri, tetapi Asiah telah menolak lamaran tersebut dan berkata kepada kedua ibu bapanya bahawa Fir'aun adalah seorang raja yang ingkar kepada Allah SWT dan tidak berperikemanusiaan. 

Tidak lama kemudian Haman, utusan Fir'aun datang kembali untuk bertanyakan tentang lamaran tersebut dan alangkah marahnya beliau setelah mendapat tahu yang lamaran Fir'aun telah ditolak. 

Ibu bapa Asiah telah dicaci dan dihina. Haman kemudian telah pulang dan memberitahu kepada Fir'aun akan berita buruk tersebut dan Fir'aun telah menjadi marah dan memerintahkan supaya kedua ibu bapa Asiah ditangkap. 

Mereka telah diseksa dan dimasukkan ke dalam penjara. Setelah itu Asiah ditangkap dengan menggunakan kekerasan dan kemudian dibawa ke istana Fir'aun dan bertemu dengannya. 

Di hadapan Fir'aun, Asiah kemudiannya telah diketemukan dengan kedua ibu bapanya di dalam penjara. Asiah amat sedih melihat keadaan kedua orang tuanya yang disiksa oleh Fir'aun. 

Kemudian Fir’aun berkata: "Hai Asiah, jika engkau seorang anak yang baik, tentulah engkau akan sayang terhadap orang tuamu, maka oleh kerana itu engkau boleh pilih satu antara dua. Kalau kau menerima lamaranku bererti engkau akan hidup senang dan akan aku bebaskan kedua orang tuamu. Dan sebaliknya jika engkau menolak lamaranku, maka aku akan perintahkan mereka untuk membakar hidup-hidup kedua orang tuamu di hadapanmu."


Oleh kerana ancaman itu, maka Siti Asiah terpaksa menerima pinangan Fir'aun akan tetapi beliau telah meletakkan beberapa syarat:-

  1. Bahawa Fir'aun harus membebaskan kedua ibu bapanya.
  2. Harus membuatkan rumah yang indah lengkap dengan perkakas.
  3. Bahawa orang tuanya harus dijamin kesihatan beserta makan dan minumnya.
  4. Bahawa Asiah bersedia menjadi isteri Fir’aun, hadir dalam acara-acara tertentu tetapi tidak bersedia tidur bersama Fir'aun. Sekiranya permintaan-permintaan tersebut tidak dipersetujui, beliau rela mati dibunuh bersama kedua ibu bapanya. 

Akhirnya Fir'aun bersetuju menerima syarat-syarat tersebut dan memerintahkan agar rantai belengu yang ada di kaki dan tangan Asiah dibuka. 

Kini Asiah telah hidup mewah dan tinggal bersama-sama Fir'aun di dalam istana yang indah. Akan tetapi ia tidak membawa pengaruh terhadap kehidupan peribadi Asiah. Asiah tidak pernah ingkar terhadap perintah agama dan beliau tetap taat mengerjakan ibadah kepada Allah SWT.



Pada malam hari, beliau selalu mengerjakan solat dan beribadah kepada Allah SWT. Beliau sentiasa berdoa agar kehormatannya tidak disentuh oleh orang kafir meskipun suaminya Fir'aun. 



Bagi menyelamatkan Asiah dan menjaga kehormatannya, Allah SWT telah menciptakan iblis yang menyamar dirinya sama seperti rupa Asiah untuk tidur bersama Fir'aun. Fir'aun sebenarnya mempunyai seorang pegawai yang amat dipercayai dan rapat dengannya yang bernama Hazaqil. Hazaqil telah berjaya merahsiakan identitinya yang sebenar. Hazaqil amat taat dan beriman kepada Allah SWT. Beliau adalah suami kepada Siti Masyithah yang bekerja sebagai juruhias istana yang juga amat taat dan beriman kepada Allah SWT.



Pada suatu hari maka terjadilah perdebatan yang hebat antara Fir'aun dengan Hazaqil di mana Fir'aun telah menjatuhkan hukuman mati terhadap ahli sihir yang beriman kepada Nabi Musa AS. Hazaqil menetang keras terhadap hukuman yang dijatuhkan kepada mereka semua kerana mereka semuanya beriman kepada Allah SWT. Mendengar akan kata-kata Hazaqil, Fir'aun menjadi marah.



Akhirnya Fir'aun dapat tahu yang Hazaqil telah ingkar kepada beliau dan kemudiannya telah dijatuhkan hukuman mati kepada Hazaqil. Hazaqil menerimanya dengan tabah dan tidak merasa gentar demi untuk membela kebenaran. Hazaqil telah meninggal dunia dengan kedua-dua tangannya diikat pada pohon kurma dengan tembusan beberapa anak panah. 



Isterinya yang bernama Masyitah amat sedih sekali di atas kematian suaminya yang tersayang itu. Beliau sentiasa dirundung kesedihan dan tiada lagi tempat mengadu kecuali kepada 2 orang anaknya yang masih kecil.



Pada suatu hari Masyitah telah mengadu nasib kepada Asiah mengenai nasib yang menimpa dirinya. Di akhir perbicaraan mereka, Asiah juga telah menceritakan tentang keadaan dirinya yang sebenar. Hasil dari perbicaraan itu, barulah kedua-duanya mengetahui perkara sebenar bahawa mereka adalah wanita yang amat beriman kepada Allah SWT dan Nabi Musa AS. 

Pada suatu hari ketika Masyitah sedang menyisir rambut puteri Fir'aun, sisirnya jatuh dan ketika hendak mengambilnya, Masyitah seraya berkata:- 

"Dengan nama Allah binasalah Fir’aun.." 


Mendengarkan akan ucapan Masyitah, Puteri Fir'aun telah menegur Masyitah dan beliau rasa tersinggung dengan ucapan Maysitah itu. Beliau telah melaporkan kepada ayahandanya. Masyitah tidak sedikit pun berasa gentar dengan kata-katanya itu. Masyitah akhirnya telah dipanggil oleh Fir'aun dan Fir'aun telah bertanya kepada Masyitah tentang ucapannya itu dan siapakah Tuhan yang disembahnya. Masyitah telah mengaku tentang apa yang telah diucapkannya dan dengan beraninya berkata:

"Tiada Tuhan selain Allah SWT yang sesungguhnya menguasai segala alam dan isinya.."


Mendengar jawapan dari Masyitah, Fir'aun menjadi amat marah dah memerintahkan pengawalnya untuk memanaskan minyak di dalam kuali yang besar, maka minyak itu dipanaskan sehingga mendidih, kemudian orang ramai dipanggil untuk menyaksikan hukuman yang telah dijatuhkan ke atas Masyitah. Masyitah sekali lagi dipanggil oleh Fir'aun dan diberi pilihan iaitu :


  • Jika Masyitah ingin selamat bersama kedua anaknya, beliau haruslah engkar terhadap Allah SWT.
  • Masyitah haruslah mengaku bahawa Fir'aun adalah Tuhan yang disembah. Jika tidak mengaku Fir'aun sebagai Tuhannya, Masyitah akan dimasukkan ke dalam kuali bersama anak-anaknya.. Akan tetapi Masyitah tetap dengan pendiriannya yang beriman kepada Allah SWT.

Masyitah pun membawa kedua anaknya itu untuk menuju ke kuali tersebut. Beliau memandang akan anak yang sedang menyusu yang berada dalam pelukannya. Tetapi dengan takdir Tuhan, anaknya yang masih kecil itu pun berkata supaya jangan takut dan sangsi kerana kematiannya itu akan mendapat ganjaran dari Allah SWT dan pintu syurga terbuka menanti kedatangan mereka. Kemudian Masyitah dan anak-anaknya pun terjun ke kuali yang mendidih tersebut tanpa mengeluarkan jeritan dari mulutnya. Dan saat itu pun terjadi keanehan di mana tiba-tiba terciumlah bau wangi yang harum semerbak dari kuali itu. Asiah yang telah menyaksikan kejadian itu telah memarahi Fir'aun dengan kata-kata yang pedas dan tidak sudi lagi menjadi isteri Fir'aun dan sanggup mati seperti Masyitah.



Mendengar ucapan Asiah, Fir'aun telah menjadi marah dan menganggap bahawa Asiah gila. Fir'aun kemudiannya telah menyiksa Asiah tanpa diberi makan dan minum sehingga Asiah meninggal dunia. Tetapi sebelum menghembuskan nafas yang terakhir, ia sempat berdoa kepada Allah SWT sebagaimana yang tersirat dalam Al-Quran yang maksudnya,


"Dan Allah mengemukakan satu misal perbandingan (yang mengatakan tidak ada mudaratnya) kepada orang-orang mukmin (berhubung rapat dengan orang-orang kafir bahawa kalau tidak terjejas keadaan imannya), iaitu: perihal isteri Fir'aun, ketika ia berkata: Wahai Tuhanku..! Binalah untukku sebuah rumah di sisiMu dalam syurga, dan selamatkanlah daku dari Fir'aun dan perbuatannya (yang kufur dan buas), serta selamatkanlah daku dari kaum yang zalim.." (At-Tahrim : 11)

*sumber sitikhadijahhalil.blogspot.my/ 

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين

Daftar Isi Al-Quran dan Terjemahan - Silakan Klik untuk membacanya:
  1. Surat Al Fatihah (Pembukaan)
  2. Surat Al Baqarah (Sapi Betina)
  3. Surat Ali 'Imran (Keluarga 'Imran)
  4. Surat An Nisa' (Wanita)
  5. Surat Al Ma'idah (Hidangan)
  6. Surat Al An'am (Binatang Ternak)
  7. Surat Al A'raf  (Tempat Tertinggi)
  8. Surat Al Anfal (Rampasan Perang)
  9. Surat At Taubah (Pengampunan)
  10. Surat Yunus (Nabi Yunus A.S.)
  11. Surat Hud (Nabi Huud A.S.)
  12. Surat Yusuf (Nabi Yusuf A.S.)
  13. Surat Ar Ra'd (Guruh)
  14. Surat Ibrahim (Nabi Ibrahim A.S.)
  15. Surat Al Hijr (Daerah Pegunungan)
  16. Surat An Nahl (Lebah)
  17. Surat Al Israa' (Memperjalankan Di Malam Hari)
  18. Surat Al Kahfi (Gua)
  19. Surat Maryam (Maryam)
  20. Surat Thaha (Thaahaa)
  21. Surat Al Anbiya' (Kisah Para Nabi)
  22. Surat Al Hajj (Ibadah Haji)
  23. Surat Al Mu'minun (Orang Mukmin)
  24. Surat An Nur (Cahaya)
  25. Surat Al Furqaan (Pembeda)
  26. Surat Asy Syu'ara' (Penyair)
  27. Surat An Naml (Semut)
  28. Surat Al Qashash (Cerita)
  29. Surat Al 'Ankabuut (Laba-Laba)
  30. Surat Ar Ruum (Bangsa Rumawi)
  31. Surat Luqman (Luqman)
  32. Surat As Sajdah ((Sujud)
  33. Surat Al Ahzab (Golongan Yang Bersekutu)
  34. Surat Saba' (Kaum Saba')
  35. Surat Fathir (Pencipta)
  36. Surat Yaasiin
  37. Surat Ash Shaffat (Yang Bershaf-Shaf)
  38. Surat Shaad
  39. Surat Az Zumar (Rombongan-Rombongan)
  40. Surat Al Mu'min (Orang Yang Beriman)
  41. Surat Fushshilat (Yang Dijelaskan)
  42. Surat Asy Syuura (Musyawarah)
  43. Surat Az Zukhruf (Perhiasan)
  44. Surat Ad Dukhaan (Kabut)
  45. Surat Al Jaatsiyah (Yang Berlutut)
  46. Surat Al Ahqaaf (Bukit Pasir)
  47. Surat Muhammad (Nabi Muhammad SAW)
  48. Surat Al Fath (Kemenangan)
  49. Surat Al Hujuraat (Kamar-Kamar)
  50. Surat Qaaf
  51. Surat Adz Dzaariyaat (Angin Yang Menerbangkan)
  52. Surat Ath Thuur (Bukit)
  53. Surat An Najm (Bintang)
  54. Surat Al Qamar (Bulan)
  55. Surat Ar Rahmaan (Yang Maha Pemurah)
  56. Surat Al Waaqi'ah (Hari Kiamat)
  57. Surat Al Hadid (Besi)
  58. Surat Al Mujadilah (Wanita Yang Mengajukan Gugatan)
  59. Surat Al Hasyr (Pengusiran)
  60. Surat Al Mumtahanah (Wanita Yang Diuji)
  61. Surat Ash Shaff (Barisan)
  62. Surat Al Jumu'ah (Hari Jum'at)
  63. Surat Al-Munafiqun (Orang-Orang Munafik)
  64. Surat At Taghabun (Hari Ditampakkan Kesalahan-Kesalahan)
  65. Surat Ath Thalaaq (Talak)
  66. Surat At Tahrim (Mengharamkan)
  67. Surat Al Mulk (Kerajaan)
  68. Surat Al Qalam (Pena)
  69. Surat Al Haqqah (Kiamat)
  70. Surat Al Ma'arij (Tempat-Tempat Naik)
  71. Surat Nuh (Nabi Nuh A.S)
  72. Surat Al Jin (Jin)
  73. Surat Al Muzzammil (Orang Yang Berselimut)
  74. Surat Al Muddatstsir (Orang Yang Berselimut)
  75. Surat Al Qiyamah (Hari Kiamat)
  76. Surat Al Insaan (Manusia)
  77. Surat Al Mursalat (Malaikat-Malaikat Yang Diutus)
  78. Surat An Naba´ (Berita Besar)
  79. Surat An Naazi´ (Malaikat-Malaikat Yang Mencabut)
  80. Surat 'Abasa (Bermuka Masam)
  81. Surat At Takwir (Menggulung)
  82. Surat Al Infithar (Terbelah)
  83. Surat Al Muthaffifiin (Orang-Orang Yang Curang)
  84. Surat Al Insyiqaaq (Terbelah)
  85. Surat Al Buruuj (Gugusan Bintang)
  86. Surat Ath Thaariq (Yang Datang Di Malam Hari)
  87. Surat Al A´Laa (Yang Paling Tinggi)
  88. Surat Al Ghaasyiyah (Hari Kiamat)
  89. Surat Al Fajr (Fajar)
  90. Surat Al Balad (Negeri)
  91. Surat Asy Syams (Matahari)
  92. Surat Al Lail (Malam)
  93. Surat Adh Dhuhaa (Waktu Dhuha)
  94. Surat Alam Nasyrah /Al Insyirah (Bukankah Kami Telah Melapangkan)
  95. Surat At Tiin (Buah Tin)
  96. Surat Al 'Alaq (Segumpal Darah)
  97. Surat Al Qadr (Kemuliaan)
  98. Surat Al Bayyinah (Bukti Yang Nyata)
  99. Surat Al Zalzalah (Goncangan)
  100. Surat Al 'Adiyat (Kuda Perang Yang Berlari Kencang)
  101. Surat Al Qari'ah (Hari Kiamat)
  102. Surat At Takatsur (Bermegah-Megahan)
  103. Surat Al 'Ashr (Masa)
  104. Surat Al Humazah (Pengumpat)
  105. Surat Al Fiil (Gajah)
  106. Surat Quraisy (Suku Quraisy)
  107. Surat Al Ma'un (Barang-Barang Yang Berguna)
  108. Surat Al Kautsar (Nikmat Yang Banyak)
  109. Surat Al Kafirun (Orang-Orang Kafir)
  110. Surat An Nashr (Pertolongan)
  111. Surat Al Lahab (Gejolak Api)
  112. Surat Al Ikhlas (Memurnikan Keesaan Allah)
  113. Surat Al Falaq (Waktu Subuh)
  114. Surat An Naas (Manusia)
....................................

Tiada ulasan: