Ahad, 14 Januari 2018

6928. Al-Quran Jelaskan Bagaimana Fir’aun Membangunkan Piramid.

ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ

ماشاءالله

سبحان الله

الله اکبر

    سُبْحَانَ اللَّهِ اَللَّهُمَّ صَلِّي عَلَى سَيّدنَا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلۓِ سَيّدنَا مُحَمَّدٍ الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن

Allah berfirman yang bermaksud; “Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya” (QS: Al Imran 3:185) 

أَعُوْذُ بِاللهِ مِنَ الشَّـيْطٰنِ الرَّجِيْمِ

بسم الله الرحمن الرحيم

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، 

وعلى آله وصحبه أجمعين




Al-Quran Jelaskan Bagaimana Fir’aun Membangunkan Piramid

SETELAH kajian bertahun-tahun, akhirnya ilmuan menemui fakta bahawa bangunan makam para Raja Mesir ini dibuat dengan menggunkan tanah liat yang kemudian dipanaskan. Di sebalik penemuan baru tersebut, ternyata Al-Qur'an sudah mendedahkannya sejak 1400 tahun yang lalu.

Tepatnya pada tahun 2006, harian Amerika Times edisi 1 Januari 2006 memberitakan hasil kajian yang mengatakan bahawa Piramid dibuat dengan menggunakan tanah liat yang dibakar. Kajian dari Amerika-Perancis tersebut menerbitkan bahawa ketika tanah liat dibakar maka akan terbentuk batuan keras yang membuatnya tidak boleh dibezakan dengan batuan alam.

Para ilmuan mengatakan, Firaun merupakan penguasa yang mempunyai tahap kecerdasan yang tinggi. Ia mahir dalam bidang ilmu kimia untuk memproses tanah liat berubah menjadi batu normal. Memang, jika dilihat dari spesifikasi batu yang digunakan, Piramid dibina dengan teknik yang penuh misteri.

Sebelumnya Profesor Gilles Hug. dan Dr. Michel barsoum juga menegaskan bahawa Piramid dibina dengan menggunakan batu asli dan batu-batu yang dibuat dari tanah liat.

Fakta yang sama juga diterbitkan oleh majalah "Journal of the American Ceramic Society" yang menuliskan bahawa Firaun menggunakan tanah jenis slurry untuk membina monumen yang tinggi, termasuk Piramid. Ini kerana tidak mungkin manusia boleh mengangkat batu-batu besar tersebut sampai ke puncak dengan berat hingga ribuan kilogram.

Selain itu, ilmua asal Perancis, Profesor Davidovits juga melakukan kajian serupa dengan menggunakan mikroskop elektron terhadap batu tersebut untuk dapat melihat bahagian terkecil dari unsur batu. Hasilnya, Davidovits menegaskan bahawa batu itu dibuat daripada lumpur. Selama ini, tanpa penggunaan mikroskop elektron, ahli geologi belum mampu untuk membezakan antara batu alam dengan batu buatan manusia.

Sang profesor mengatakan bahawa lumpur tersebut merupakan olahan dari lumpur kapur yang diberi garam dan kemudian dibakar. Bahan inilah yang menghasilkan terbentuknya campuran tanah liat. Kemudian olahan itu dituangkan ke dalam tempat yang disediakan di dinding Piramid. Ringkasnya lumpur yang sudah diadun mengikut saiz yang dikehendaki tersebut dibakar, lalu diletakkan di tempat yang sudah disediakan di dinding Piramid.

Ilmuan lain yang juga mendedahkan hal sama adalah ilmuan asal Belgium, Guy Demortier. Ia sudah bertahun-tahun mendedikasikan dirinya untuk meneliti Piramid. Setelah melakukan kajian bertahun-tahun, akhirnya ia mendapati bahawa Piramid yang terletak di Mesir dibuat dengan menggunakan tanah liat.

Fakta yang telah dihimpiun oleh para ilmuan selama bertahun-tahun ini memang merujuk pada pembangunan Piramid yang menggunakan tanah liat sebagai bahan utamanya. Namun fakta ini sudah terungkap secara jelas dalam Al-Qur'an sejak beribu-ribu tahun yang lalu. Allah SWT berfirman dalam Al-Qashash '28:38 tentng bagaimana bangsa Mesir membina Piramid.

"Dan berkata Fir'aun: 'Hai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah Hai Haman untukku tanah liat kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi supaya aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahawa Dia dari orang-orang pendusta. "(QS. Al-Qashash '28:38)

Firman ini jelas mengatakan bahawa Firaun menyuruh umatnya untuk membuat bangunan tinggi daripada tanah liat. Ini selaras dengan hasil kajian para ilmuan yang dilakukan bertahun-tahun lamanya. Padahal Allah SWT sudah lebih dahulu menuliskan fakta tersebut dalam kitab Umat Muslim ini. Al-Qur'an adalah kitab pertama yang menjelaskan rahsia bangunan Piramid, bukan para Ilmuwan Amerika ataupun Perancis.

islampos.com
Al-Quran Jelaskan Bagaimana Fir’aun Membangunkan Piramid | Detik Islam

Membuka Misteri Mumia Fir'aun, Raja yang Mengaku Tuhan. 

Kisah tentang sepak terajang Fir`aun yang sombong dan kejam bukanlah sebuah cerita fiksyen. Ia dikisahkan dalam al-Qur`ân. Namanya diabadikan dalam sejarah sebagai raja besar. Tapi, ia angkuh kerana tidak mahu menerima mesej yang dibawa Musa, ia justru mengaku sebagai tuhan.

Kuasa telah membutakan matanya. Ia lebih mencintai takhta dan tak mau tahtanya itu jatuh. Lalu, ia bertindak kejam, menyiksa dan menghancurkan Bani Isra`il. Askar yang berada di bawah kekuasaannya, diperintahkan membunuh bayi-bayi tidak berdosa dan mengheret kaum lelaki untuk dijadikan budak guna membina bandar-bandar baru.

"Maka pada hari ini Kami selamatkan badanmu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudahmu dan sesungguhnya kebanyakan dari manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami." (QS. Yunus [10]: 92)

Mati Tenggelam
Allah mendengar jerit kesakitan Bani Isra`il dan mewahyukan pada Musa memimpin Bani Isra`il keluar dari Mesir. "Dan Kami wahyukan (perintahkan) kepada Musa:" Pergilah di malam hari dengan membawa hamba-hamba-Ku (Bani Israil) kerana sesungguhnya kamu sekalian akan disusuli. "(QS. As-Syu`ara [26]: 52).

Nabi Musa tak ragu akan janji Allah. Maka ia berani menanggung beban berat itu --membawa kaumnya pergi dari Mesir. Setelah Fir`aun tahu Bani Isra`il meninggalkan Mesir, ia segera memerintahkan prajuritnya untuk mengejar.

Ia juga merancang hendak membunuh Musa dan Harun, lalu membawa kembali Bani Isra`il untuk dijadikan budak. Fir`aun memandu sendiri kereta kudanya yang perkasa dan memimpin langsung askar yang berjumlah besar.

Rombongan Bani Isra`il terus berjalan meninggalkan Mesir. Tapi Fir`aun segera mengejar Bani Isra`il. Rombongan Bani Israil dilanda rasa takut, apalagi ketika kereta kuda yang dipimpin Fir`aun itu semakin dekat. Rombongan Bani Isra`il tak boleh berbuat apa-apa. Rombongan Bani Isra`il dalam ancaman besar; dihimpit rasa takut dan merasa tidak boleh lolos.

Tetapi Nabi Musa yakin kewujudan Allah sebagai Sang Penolong. Di saat genting itu, pertolongan Allah akhirnya datang. Allah menyampaikan wahyu, "Pukullah laut itu dengan tongkatmu!" (QS As-Syu`ara [26]: 63).

Nabi Musa as mengikuti perintah Allah, berjalan ke laut. Lalu, di atas sebuah batu, dia memukulkan tongkatnya. Di luar dugaan, sesuatu yang mengejutkan berlaku; laut terbelah menjadi dua --setiap bahagiannya seperti sebuah gunung yang tinggi dan ada sebuah lembah yang panjang di antaranya.

Dalam al-Qur`ân, Allah berfirman,
"Maka terbelahlah lautan itu dan tiap-tiap belahan adalah seperti gunung yang besar." (QS. As-Syu`ara [26]: 63)

Nabi Musa dan Bani Isra`il lalu melewati lembah yang membelah lautan jadi dua bahagian itu. Pada masa Fir`aun dan bala tenteranya tiba di tepi laut, mereka beringas mengejar Bani Isra`il yang berjalan di tengah-tengah jalan yang menakjubkan itu. Apabila pengikut Musa tiba di pantai sebelah Timur (Teluk al-Siways), pengikut Musa melihat tentera Fir`aun di tengah jalan -dari belahan laut.

Kaum Bani Israil dicengkam takut, menduga tak boleh selamat. Lagi-lagi pertolongan Allah datang. Kejadian tak terduga kembali terjadi. Kedua-dua sisi air laut kembali menyatu.

Gulungan ombak menggulung Fir`aun dan bala tenteranya. Fir`aun tak berdaya. "Aku percaya bahawa tidak ada Tuhan selain Tuhan yang dipercayai Bani Isra`il dan aku adalah termasuk orang yang berserah diri (kepada Allah)." (QS. Yunus [10]: 90). Pada masa itu, Fir`aun dekat pada kematian dan ia mendengar suara, "Adakah sekarang (baru kamu percaya) padahal sesungguhnya kamu telah durhaka sejak dahulu dan kamu termasuk orang-orang yang berbuat kerosakan." (QS. Yunus [10]: 91) .

Dibayangi kematian, ia tahu akan menghadapi akhir hidup yang mengerikan dan ia mendengar suara,
"Maka hari ini Kami selamatkan tubuhmu supaya kamu menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudahmu dan sesungguhnya kebanyakan dari manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami." (QS. Yunus [10]: 92)

Dipelihara
Kezaliman Fir`aun yang dulu dibanggakan itu seperti tak bererti ketika kematian menjemputnya. Ia tenggelam di laut Merah. Ia, dengan kekuasaan yang besar dan menjadi musuh Musa, memang sudah berakhir. Tapi Allah Maha berkendak. Dengan kekuasaan-Nya, Dia menunjukkan tanda-tanda kebesaran-Nya. Selepas kejadian itu, mayat Fir'aun itu pun dijumpai.

Gulungan ombak membawa mayat itu ke pantai. Orang-orang Mesir menemui mayat Fir`aun, lalu menjadikan mayat Fir`aun itu dijadikan mummi (dibalsem) sehingga utuh seperti sekarang dan dapat dilihat di muzium Mesir.

Semula, orang-orang Mesir membawa mummi Fir`aun itu ke lembah raja-raja di selatan Mesir. Mereka menanam dalam sebuah kubur batu sehingga rahsia itu pun selama bertahun-tahun tersembunyi. Tetapi Allah berjanji menyelamatkan tubuh Fir`aun agar jadi sebuah pelajaran berharga bagi umat setelahnya.

Janji itu pun terbukti. Sebagaimana telah ditegaskan oleh Allah QS. Yunus [10]: 92 di atas bahawa Allah telah menyelamatkan badan Fir`aun agar menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudahnya. Pada tahun 1898, setelah bertahun-tahun dikuburkan, mummi Firaun ditemukan tahun 1898 M oleh Loret di Thebes di Lembah Raja-raja (Wadi al Muluk).

Seorang penyelidik bermana Dr Maurice Bucaille, bersama anggota pasukannya berjaya mendedahkan punca kematian Fir`aun dan pengawetannya. Dari hasil penelitian yang dia dapati, ia pada akhirnya membuat kesimpulan betapa al-Qur'an sangat terperinci dalam menjelaskan sesuatu, bahkan termasuk cerita dan proses pengawetan Firaun itu. Lebih menakjubkan lagi, ternyata hal itu tidak disebutkan dalam kitab-kitab yang lain.

Dari hasil kajian beliau pula, dia mendapati bekas garam yang melekat pada mayat mummi Fir`aun itu sehingga dia berani mengambil kesimpulan; menjadikan garam itu sebuah bukti nyata bahawa Firaun memang mati lemas dan mayatnya dapat di selamatkan, lantas dipelihara pada masa kejadian.

Tapi mummi Fir`aun meninggalkan sebuah pertanyaan: bagaimana mayat Firaun itu boleh diselamatkan dan anggota tubuhnya tetap utuh, sedangkan keadaan mayat dari bala tentera Fir`aun setelah dipelihara tak seperti dirinya?

Setelah melalui penelitian, ia kemudian mencari penjelasan dalam al-Qur'an dan mencari jawapan memuaskan (sebab telah disebutkan Allah dalam QS. Yunus [10]: 92)

Penyelidikan itu, tentu saja, menyingkap misteri di balik mummi Fir`aun. Bahkan dalam kajian perubatan yang dilakukan dengan mengambil sampel organ tertentu dari jasad mummi yang ditemui, pada tahun 1975, melalui bantuan Prof Michel Durigon dari pemeriksaan yang terperinci dengan menggunakan mikroskop, didapati bahagian terkecil dalam mana organnya masih dalam keadaan terpelihara dengan sempurna.

Ini menunjukkan bahawa keterpeliharaan secara sempurna itu tidaklah mungkin terjadi andai kata jasad tersebut sempat tinggal beberapa lama dalam air atau berada lama di luar air sebelum terjadi proses pengawetan pertama.

Mengenai hasil kajian tersebut, Dr Bucaille mengungkapkan, "Dari situ, diketahui bahawa semua penyelidikan itu sesuai dengan kisah-kisah yang terdapat dalam kitab-kitab suci yang membayangkan bahawa Fir`aun tewas ketika melancarkan gelombang."

Fir`aun memang telah mati dan jasadnya telah terbujur kaku jadi mummi. Tetapi, di balik jasad Fir`aun yang kaku itu, ada pelajaran dan mesej penting yang diselitkan Allah, bahawa Allah telah menunjukkan akan kebesaran dan kekuasaan yang hanya boleh difahami orang-orang yang mahu berfikir. Wallahu'alam bilshawab. [Pelbagai sumber]

Siapakah nama Fir`aun?
Siapa Fir`aun yang dikenal kejam dan berani mengaku dirinya sebagai tuhan itu? Fir'aun itu sebenarnya bukan nama orang, tapi sebuah gelaran bagi raja-raja Mesir zaman dulu. Menurut sejarah, Fir`aun di masa Nabi Musa adalah Minephtah (1232-1224 SM), putra dari Ramses II. Tapi, ada juga yang menyebutnya Minfitah.

Sebahagian kisah berkaitan Raja Fir`aun yang menentang Nabi Musa, disebut-sebut Ramses II, bukan Minephtah. Tetapi setelah diselidiki, ternyata Ramses II justru adalah seorang raja yang baik. Ia bahkan memerintah rakyatnya untuk selalu berbuat adil. Ia memerintah selama 68 tahun pada 1304-1237 SM.

Sedang, anaknya, Minephtah, dikenal sebagai raja yang sangat kejam, zalim dan bongkak. Dia itu yang menentang Nabi Musa dan bahkan berani mengaku sebagai tuhan. 

(Majalah-hidayah / berbagai sumber) 

Tahukah Anda , Bagaimana Firaun Membangun Piramid?

Sudah sekian lama para saintis kebingungan tentang bagaimana sebuah piramid yang merupakan salah satu bangunan ajaib di dunia ini dibina. Terdapat pelbagai teori yang dikemukakan untuk mengetahui teknologi yang digunakan dalam pembangunan piramid ini kerana teknologi untuk mengangkat batu-batuan besar yang beratnya mencapai ribuan kilogram ke puncak bangunan belum memungkinkan di zamannya. Apakah rahasia di sebalik pembangunan piramid ini?
Harian Amerika Times edisi 1 Disember 2006, telah menyiarkan satu berita saintifis yang mengambarkan bahwa Firaun telah menggunakan tanah liat untuk membangun piramid. Menurut kajian tersebut, disebutkan bahawa batu yang digunakan untuk membuat piramid adalah dari tanah liat yang dipanaskan sehingga membentuk batuan keras yang sukar dibedakan dengan batu asalnya.
Al-Quran Telahpun Mempunyai informasi : 

Jika dikaji lebih mendalam, ternyata Al-Quran telah menjelaskan perkara ini 1400 tahun silam sebelum kajian saintifik dijalankan. Perhatikan sebuah ayat Al Quran yang berikut:
وَقَالَ فِرْعَوْنُ يَا أَيُّهَا الْمَلَأُ مَا عَلِمْتُ لَكُمْ مِنْ إِلَهٍ غَيْرِي فَأَوْقِدْ لِي يَا هَامَانُ عَلَى الطِّينِ فَاجْعَلْ لِي صَرْحًا لَعَلِّي أَطَّلِعُ إِلَى إِلَهِ مُوسَى وَإِنِّي لَأَظُنُّهُ مِنَ الْكَاذِبِينَ
“Dan berkata Fir’aun: ‘Hai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah Hai Haman untukku TANAH LIAT kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi supaya aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahawa Dia dari orang-orang pendusta.” (Al-Qasas: 38)
Para saintis mengatakan bahawa Firaun mahir di dalam bidang ilmu kimia dalam memproses tanah liat sehingga menjadi batu. Teknik yang mereka gunakan adalah sangat misteri jika dilihat dari spesifikasi  batu yang mereka tinggalkan.
Profesor Gilles Hug, dan Dr. Michel Barsoum menegaskan bahawa Piramid yang paling besar di Giza, dibuat dari dua jenis batuan yang terdiri dari batu asli dan batu-batu yang dibuat secara manual hasil dari olahan tanah liat.
Gilles Hug (duduk kiri) dan Dr. Michel Barsoum (berdiri)
Artikel kajian yang diterbitkan oleh majalah “Journal of the American Ceramic Society” menegaskan bahawa Firaun menggunakan tanah jenis slurry untuk membina monumen yang tinggi, termasuk piramid. Kerana tidak mungkin bagi seseorang untuk mengangkat batu berat ribuan kilogram. Sebaliknya pada dasar piramid, Firaun menggunakan batu asli.
Lumpur tersebut merupakan campuran lumpur kapur yang dipanaskan dengan  air garam dan ini akan menghasilkan  terbentuknya campuran tanah liat. Kemudian olahan itu dituangkan ke dalam tempat yang disediakan di dinding piramid. Ringkasnya lumpur yang sudah diaduk mengikut ukuran yang dikehendaki tersebut dibakar, lalu diletakkan di tempat yang sudah disediakan di dinding piramid.
Profesor Davidovits
Profesor Davidovits telah mengambil sampel batu piramid yang terbesar untuk dilakukan analisis dengan menggunakan mikroskop elektron terhadap batu tersebut. Hasilnya, Davidovits menegaskan bahawa batu itu diperbuat dari lumpur. Selama ini, tanpa penggunaan mikroskop elektron, ahli geologi belum mampu untuk membedakan antara batu alam dengan batu buatan manusia.
Sebelumnya, seorang saintis Belgium, Guy Demortier, telah bertahun-tahun mencari jawaban dari pembuatan batu besar di puncak-puncak piramid. Guy Demortier berkata, “Setelah bertahun-tahun melakukan penyelidikan dan kajian, sekarang barulah saya yakin bahwa piramid yang terletak di Mesir diperbuat dengan menggunakan tanah liat.”
Piramid Bosnia
Penemuan oleh Dr Perancis Joseph Davidovits ini adalah hasil kajian yang memakan masa kira-kira dua puluh tahun. Sebuah kajian yang begitu lama terhadap piramid Bosnia, “Piramid Matahari” dan menjelaskan bahawa batu-batunya diperbuat dari tanah liat. Ini memperkuatkan lagi bahawa kaedah ini tersebar luas di masa lalu.
Gambar di atas menunjukkan kaedah tuangan batu berasal dari tanah liat telah dikenali sejak ribuan tahun yang lalu dalam teknologi yang berbeda baik Roma ataupun Firaun.
Bukti-bukti dari kajian menunjukkan kepada kita semua bahwa bangunan bangunan raksasa, patung-patung raksasa dan tiang-tiang yang ditemui dalam teknologi canggih zaman dahulu, juga dibuat dari tanah liat. Al-Quran adalah kitab pertama yang menjelaskan rahsia bangunan piramid, bukan para Ilmuwan Amerika, maupun Perancis.
Kita tahu bahwa Nabi saw tidak pernah pergi ke Mesir dan tidak pernah melihat piramid, bahkan mungkin tidak pernah mendengar tentangnya. Kisah Firaun, terjadi sebelum masa hidupnya Nabi saw ribuan tahun yang lalu, dan tidak ada satu pun di muka bumi ini pada masa itu yang mengetahui tentang rahasia piramid. Sebelum ini, para saintis tidak pasti bahawa Firaun menggunakan tanah liat yang dipanaskan untuk membina monumen tinggi kecuali beberapa tahun kebelakangan ini.
Ajaib, 1400 tahun yang lampau, Nabi Muhammad saw, beratus tahun selepas berakhirnya Dinasti Firaun memberitahu bahwa Firaun membina monumen yang kini dikenali sebagai Piramid menggunakan tanah liat.
Kenyataan ini sangat jelas dan kuat untuk membuktikan bahawa Nabi Muhammad saw tidaklah berbicara mengikut hawa nafsunya melainkan petunjuk dari Allah swt yang menciptakan Firaun dan menenggelamkannya, dan Dia pula yang menyelamatkan nabi Musa. Dan Dia pula yang memberitahu kepada Nabi terakhir-Nya akan hakikat ilmiah ini, dan ayat ini menjadi saksi kebenaran kenabiannya di kemudian hari.

Pertengkaran Para Penghuni Neraka. 

Pertengkaran antara para penghuni neraka: 

Tatkala orang-orang kafir melihat seksaan yang telah disediakan Allah swt kepada mereka, maka mereka pun membenci diri mereka sendiri, kekasih-kekasih dan teman-teman mereka di dunia. Berbaliklah segala kasih sayang di antara mereka menjadi permusuhan. Saat itulah para penghuni neraka saling bertengkar satu sama lain dan saling berdebat. Hal ini terjadi menurut perbezaan tingkatan mereka: 

1. Pertengkaran para penyembah terhadap sesembahan mereka: 

قَالُوا وَهُمْ فِيهَا يَخْتَصِمُونَ (96) تَاللَّهِ إِنْ كُنَّا لَفِي ضَلَالٍ مُبِينٍ (97) إِذْ نُسَوِّيكُمْ بِرَبِّ الْعَالَمِينَ (98) وَمَا أَضَلَّنَا إِلَّا الْمُجْرِمُونَ (99)    

"Mereka Berkata sedang mereka bertengkar di dalam neraka:" Demi Allah: sungguh kita dahulu (di dunia) dalam kesesatan yang nyata, "Kerana kami menyamakan kamu dengan Tuhan semesta alam". "Dan tiadalah yang menyesatkan kami kecuali orang-orang yang berdosa". QS. Asy-Su'araa `: 96-99 

2. Pertengkaran orang-orang yang lemah terhadap para pemimpin yang sombong: 

وَإِذْ يَتَحَاجُّونَ فِي النَّارِ فَيَقُولُ الضُّعَفَاءُ لِلَّذِينَ اسْتَكْبَرُوا إِنَّا كُنَّا لَكُمْ تَبَعًا فَهَلْ أَنْتُمْ مُغْنُونَ عَنَّا نَصِيبًا مِنَ النَّارِ (47) قَالَ الَّذِينَ اسْتَكْبَرُوا إِنَّا كُلٌّ فِيهَا إِنَّ اللَّهَ قَدْ حَكَمَ بَيْنَ الْعِبَادِ (48)    

Dan (ingatlah), ketika mereka berbantah-bantah dalam neraka, Maka orang-orang yang lemah Berkata kepada orang-orang yang menyombongkan diri: "Sesungguhnya kami adalah pengikut-pengikutmu, Maka dapatkah kamu menghindarkan dari kami sebahagian azab api neraka?" Orang-orang yang menyombongkan diri menjawab: "Sesungguhnya kita semua sama-sama dalam neraka Karena Sesungguhnya Allah Telah menetapkan Keputusan antara hamba-hamba-(Nya)". QS. Ghafir: 47-48 

3. Pertengkaran para pengikut terhadap para pemimpin mereka yang sesat: 

وَأَقْبَلَ بَعْضُهُمْ عَلَى بَعْضٍ يَتَسَاءَلُونَ (27) قَالُوا إِنَّكُمْ كُنْتُمْ تَأْتُونَنَا عَنِ الْيَمِينِ (28) قَالُوا بَلْ لَمْ تَكُونُوا مُؤْمِنِينَ (29) وَمَا كَانَ لَنَا عَلَيْكُمْ مِنْ سُلْطَانٍ بَلْ كُنْتُمْ قَوْمًا طَاغِينَ (30) فَحَقَّ عَلَيْنَا قَوْلُ رَبِّنَا إِنَّا لَذَائِقُونَ (31) فَأَغْوَيْنَاكُمْ إِنَّا كُنَّا غَاوِينَ (32) فَإِنَّهُمْ يَوْمَئِذٍ فِي الْعَذَابِ مُشْتَرِكُونَ (33)

"Sebahagian dan mereka menghadap kepada sebahagian yang lain berbantah-bantahan. Pengikut-pengikut mereka Berkata (kepada pemimpin-pemimpin mereka): "Sesungguhnya kamulah yang datang kepada kami dan kanan. Pemimpin-pemimpin mereka menjawab: "Sebenarnya kamulah yang tidak beriman". Dan sekali-kali kami tidak berkuasa terhadapmu, bahkan kamulah kaum yang melampaui batas. Maka Pastilah putusan (azab) Tuhan kita menimpa atas kita; Sesungguhnya kita akan merasakan (azab itu). aka kami Telah menyesatkan kamu, Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang sesat. Maka Sesungguhnya mereka pada hari itu bersama-sama dalam azab ". QS. Ash-Shaaffat :27-33 

4. Pertengkaran orang kafir terhadap rakannya, syaitan: 

قَالَ قَرِينُهُ رَبَّنَا مَا أَطْغَيْتُهُ وَلَكِنْ كَانَ فِي ضَلَالٍ بَعِيدٍ (27) قَالَ لَا تَخْتَصِمُوا لَدَيَّ وَقَدْ قَدَّمْتُ إِلَيْكُمْ بِالْوَعِيدِ (28) مَا يُبَدَّلُ الْقَوْلُ لَدَيَّ وَمَا أَنَا بِظَلَّامٍ لِلْعَبِيدِ (29)    

Yang menyertai dia Berkata (pula): "Ya Tuhan kami, Aku tidak menyesatkannya tetapi dialah yang berada dalam kesesatan yang jauh". Allah berfirman: "Janganlah kamu bertengkar di hadapan-Ku, padahal sesungguhnya Aku dahulu Telah memberikan ancaman kepadamu". Keputusan di sisi-Ku tidak dapat diubah dan Aku sekali-kali tidak menganiaya hamba-hamba-Ku ". QS. Qaaf :27-29 

5. Perkara memuncak sampai manusia bertengkar dengan ahli tubuhnya: 

وَيَوْمَ يُحْشَرُ أَعْدَاءُ اللَّهِ إِلَى النَّارِ فَهُمْ يُوزَعُونَ (19) حَتَّى إِذَا مَا جَاءُوهَا شَهِدَ عَلَيْهِمْ سَمْعُهُمْ وَأَبْصَارُهُمْ وَجُلُودُهُمْ بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ (20) وَقَالُوا لِجُلُودِهِمْ لِمَ شَهِدْتُمْ عَلَيْنَا قَالُوا أَنْطَقَنَا اللَّهُ الَّذِي أَنْطَقَ كُلَّ شَيْءٍ وَهُوَ خَلَقَكُمْ أَوَّلَ مَرَّةٍ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ (21)   

"Dan (Ingatlah) hari (ketika) musuh-musuh Allah di giring ke dalam neraka, lalu mereka dikumpulkan semuanya. Sehingga apabila mereka sampai ke neraka, pendengaran, penglihatan dan kulit mereka menjadi saksi terhadap mereka tentang apa yang Telah mereka kerjakan. Dan mereka Berkata kepada kulit mereka: "Mengapa kamu menjadi saksi terhadap kami?" Kulit mereka menjawab: "Allah yang menjadikan segala sesuatu pandai Berkata Telah menjadikan kami pandai (pula) berkata, dan Dia-lah yang menciptakan kamu pada kali pertama dan Hanya kepada -Nya lah kamu dikembalikan ". QS. Al-Fushshilat: 19-21. 

Para penghuni neraka memohon kepada Allah agar dapat melihat orang-orang yang telah menyesatkan mereka dan melipat gandakan siksaan kepada mereka: 
1. Firman Allah swt: 

وَقَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا رَبَّنَا أَرِنَا الَّذَيْنِ أَضَلَّانَا مِنَ الْجِنِّ وَالْإِنْسِ نَجْعَلْهُمَا تَحْتَ أَقْدَامِنَا لِيَكُونَا مِنَ الْأَسْفَلِينَ

"Dan orang-orang kafir berkata:" Ya Rabb kami perlihatkanlah kepada kami dua jenis orang yang Telah menyesatkan kami (yaitu) sebagian dari jinn dan manusia agar kami letakkan keduanya di bawah telapak kaki kami supaya kedua jenis itu menjadi orang-orang yang hina ". QS. Al-Fushshilat: 29 

2. Firman Allah swt: 

 يَوْمَ تُقَلَّبُ وُجُوهُهُمْ فِي النَّارِ يَقُولُونَ يَا لَيْتَنَا أَطَعْنَا اللَّهَ وَأَطَعْنَا الرَّسُولَا (66) وَقَالُوا رَبَّنَا إِنَّا أَطَعْنَا سَادَتَنَا وَكُبَرَاءَنَا فَأَضَلُّونَا السَّبِيلَا (67) رَبَّنَا آَتِهِمْ ضِعْفَيْنِ مِنَ الْعَذَابِ وَالْعَنْهُمْ لَعْنًا كَبِيرًا (68)    

Pada hari ketika muka mereka dibolak-balikan dalam neraka, mereka berkata: "Alangkah baiknya, Andaikata kami taat kepada Allah dan taat (pula) kepada Rasul". 

Dan mereka berkata;: "Ya Tuhan kami, Sesungguhnya kami Telah mentaati pemimpin-pemimpin dan pembesar-pembesar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan (yang benar). Ya Tuhan kami, timpakanlah kepada mereka azab dua kali lipat dan kutuklah mereka dengan kutukan yang besar ". QS. Al-Ahzaab: 66-68 

Pernyataan Iblis pada penghuni neraka: 
Apabila Allah swt telah memutuskan semua perkara dan menyelesaikan permasalahan antara para hamba, maka iblispun memberikan pernyataannya kepada penghuni nereka, sehingga dengan hal itu bertambahlah kesusahan, penyesalan, dan kerugian mereka. Firman Allah swt: 

وَقَالَ الشَّيْطَانُ لَمَّا قُضِيَ الْأَمْرُ إِنَّ اللَّهَ وَعَدَكُمْ وَعْدَ الْحَقِّ وَوَعَدْتُكُمْ فَأَخْلَفْتُكُمْ وَمَا كَانَ لِي عَلَيْكُمْ مِنْ سُلْطَانٍ إِلَّا أَنْ دَعَوْتُكُمْ فَاسْتَجَبْتُمْ لِي فَلَا تَلُومُونِي وَلُومُوا أَنْفُسَكُمْ مَا أَنَا بِمُصْرِخِكُمْ وَمَا أَنْتُمْ بِمُصْرِخِيَّ إِنِّي كَفَرْتُ بِمَا أَشْرَكْتُمُونِ مِنْ قَبْلُ إِنَّ الظَّالِمِينَ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ     

"Dan berkatalah syaitan tatkala perkara (hisab) Telah diselesaikan:" Sesungguhnya Allah Telah menjanjikan kepadamu janji yang benar, dan akupun Telah menjanjikan kepadamu tetapi Aku menyalahinya. sekali-kali tidak ada kekuasaan bagiku terhadapmu, melainkan (sekadar) Aku menyeru kamu lalu kamu mematuhi seruanku, oleh sebab itu janganlah kamu mencerca Aku akan tetapi cercalah dirimu sendiri. Aku sekali-kali tidak dapat menolongmu dan kamupun sekali-kali tidak dapat menolongku. Sesungguhnya Aku tidak membenarkan perbuatanmu mempersekutukan Aku (dengan Allah) sejak dahulu ". Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu mendapat siksaan yang pedih ". QS. Ibrahim: 22 


رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين

Daftar Isi Al-Quran dan Terjemahan - Silakan Klik untuk membacanya:
  1. Surat Al Fatihah (Pembukaan)
  2. Surat Al Baqarah (Sapi Betina)
  3. Surat Ali 'Imran (Keluarga 'Imran)
  4. Surat An Nisa' (Wanita)
  5. Surat Al Ma'idah (Hidangan)
  6. Surat Al An'am (Binatang Ternak)
  7. Surat Al A'raf  (Tempat Tertinggi)
  8. Surat Al Anfal (Rampasan Perang)
  9. Surat At Taubah (Pengampunan)
  10. Surat Yunus (Nabi Yunus A.S.)
  11. Surat Hud (Nabi Huud A.S.)
  12. Surat Yusuf (Nabi Yusuf A.S.)
  13. Surat Ar Ra'd (Guruh)
  14. Surat Ibrahim (Nabi Ibrahim A.S.)
  15. Surat Al Hijr (Daerah Pegunungan)
  16. Surat An Nahl (Lebah)
  17. Surat Al Israa' (Memperjalankan Di Malam Hari)
  18. Surat Al Kahfi (Gua)
  19. Surat Maryam (Maryam)
  20. Surat Thaha (Thaahaa)
  21. Surat Al Anbiya' (Kisah Para Nabi)
  22. Surat Al Hajj (Ibadah Haji)
  23. Surat Al Mu'minun (Orang Mukmin)
  24. Surat An Nur (Cahaya)
  25. Surat Al Furqaan (Pembeda)
  26. Surat Asy Syu'ara' (Penyair)
  27. Surat An Naml (Semut)
  28. Surat Al Qashash (Cerita)
  29. Surat Al 'Ankabuut (Laba-Laba)
  30. Surat Ar Ruum (Bangsa Rumawi)
  31. Surat Luqman (Luqman)
  32. Surat As Sajdah ((Sujud)
  33. Surat Al Ahzab (Golongan Yang Bersekutu)
  34. Surat Saba' (Kaum Saba')
  35. Surat Fathir (Pencipta)
  36. Surat Yaasiin
  37. Surat Ash Shaffat (Yang Bershaf-Shaf)
  38. Surat Shaad
  39. Surat Az Zumar (Rombongan-Rombongan)
  40. Surat Al Mu'min (Orang Yang Beriman)
  41. Surat Fushshilat (Yang Dijelaskan)
  42. Surat Asy Syuura (Musyawarah)
  43. Surat Az Zukhruf (Perhiasan)
  44. Surat Ad Dukhaan (Kabut)
  45. Surat Al Jaatsiyah (Yang Berlutut)
  46. Surat Al Ahqaaf (Bukit Pasir)
  47. Surat Muhammad (Nabi Muhammad SAW)
  48. Surat Al Fath (Kemenangan)
  49. Surat Al Hujuraat (Kamar-Kamar)
  50. Surat Qaaf
  51. Surat Adz Dzaariyaat (Angin Yang Menerbangkan)
  52. Surat Ath Thuur (Bukit)
  53. Surat An Najm (Bintang)
  54. Surat Al Qamar (Bulan)
  55. Surat Ar Rahmaan (Yang Maha Pemurah)
  56. Surat Al Waaqi'ah (Hari Kiamat)
  57. Surat Al Hadid (Besi)
  58. Surat Al Mujadilah (Wanita Yang Mengajukan Gugatan)
  59. Surat Al Hasyr (Pengusiran)
  60. Surat Al Mumtahanah (Wanita Yang Diuji)
  61. Surat Ash Shaff (Barisan)
  62. Surat Al Jumu'ah (Hari Jum'at)
  63. Surat Al-Munafiqun (Orang-Orang Munafik)
  64. Surat At Taghabun (Hari Ditampakkan Kesalahan-Kesalahan)
  65. Surat Ath Thalaaq (Talak)
  66. Surat At Tahrim (Mengharamkan)
  67. Surat Al Mulk (Kerajaan)
  68. Surat Al Qalam (Pena)
  69. Surat Al Haqqah (Kiamat)
  70. Surat Al Ma'arij (Tempat-Tempat Naik)
  71. Surat Nuh (Nabi Nuh A.S)
  72. Surat Al Jin (Jin)
  73. Surat Al Muzzammil (Orang Yang Berselimut)
  74. Surat Al Muddatstsir (Orang Yang Berselimut)
  75. Surat Al Qiyamah (Hari Kiamat)
  76. Surat Al Insaan (Manusia)
  77. Surat Al Mursalat (Malaikat-Malaikat Yang Diutus)
  78. Surat An Naba´ (Berita Besar)
  79. Surat An Naazi´ (Malaikat-Malaikat Yang Mencabut)
  80. Surat 'Abasa (Bermuka Masam)
  81. Surat At Takwir (Menggulung)
  82. Surat Al Infithar (Terbelah)
  83. Surat Al Muthaffifiin (Orang-Orang Yang Curang)
  84. Surat Al Insyiqaaq (Terbelah)
  85. Surat Al Buruuj (Gugusan Bintang)
  86. Surat Ath Thaariq (Yang Datang Di Malam Hari)
  87. Surat Al A´Laa (Yang Paling Tinggi)
  88. Surat Al Ghaasyiyah (Hari Kiamat)
  89. Surat Al Fajr (Fajar)
  90. Surat Al Balad (Negeri)
  91. Surat Asy Syams (Matahari)
  92. Surat Al Lail (Malam)
  93. Surat Adh Dhuhaa (Waktu Dhuha)
  94. Surat Alam Nasyrah /Al Insyirah (Bukankah Kami Telah Melapangkan)
  95. Surat At Tiin (Buah Tin)
  96. Surat Al 'Alaq (Segumpal Darah)
  97. Surat Al Qadr (Kemuliaan)
  98. Surat Al Bayyinah (Bukti Yang Nyata)
  99. Surat Al Zalzalah (Goncangan)
  100. Surat Al 'Adiyat (Kuda Perang Yang Berlari Kencang)
  101. Surat Al Qari'ah (Hari Kiamat)
  102. Surat At Takatsur (Bermegah-Megahan)
  103. Surat Al 'Ashr (Masa)
  104. Surat Al Humazah (Pengumpat)
  105. Surat Al Fiil (Gajah)
  106. Surat Quraisy (Suku Quraisy)
  107. Surat Al Ma'un (Barang-Barang Yang Berguna)
  108. Surat Al Kautsar (Nikmat Yang Banyak)
  109. Surat Al Kafirun (Orang-Orang Kafir)
  110. Surat An Nashr (Pertolongan)
  111. Surat Al Lahab (Gejolak Api)
  112. Surat Al Ikhlas (Memurnikan Keesaan Allah)
  113. Surat Al Falaq (Waktu Subuh)
  114. Surat An Naas (Manusia)
....................................

Tiada ulasan: