Ahad, 14 Januari 2018

6930. Kisah terbanyak diceritakan dalam Al-Quran.

ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ

ماشاءالله

سبحان الله

الله اکبر

    سُبْحَانَ اللَّهِ اَللَّهُمَّ صَلِّي عَلَى سَيّدنَا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلۓِ سَيّدنَا مُحَمَّدٍ الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن

Allah berfirman yang bermaksud; “Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya” (QS: Al Imran 3:185) 

أَعُوْذُ بِاللهِ مِنَ الشَّـيْطٰنِ الرَّجِيْمِ

بسم الله الرحمن الرحيم

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، 

وعلى آله وصحبه أجمعين

1. Kisah terbanyak diceritakan dalam Al-Quran
Di dalam Al-Quran banyak mengandungi cerita dan sejarah. Dalam beberapa surah bahkan bentuk cerita lebih dominan dibanding yang lainnya, sebut saja surah Yusuf, Al-Qoshos, Hud dan lain-lain. Bila kita lebih meneliti dan mengkaji lebih dalam ternyata cerita dan sejarah dalam Al-Quran banyak berputar pada sejarah dan kehidupan Nabi Musa as.

Kisah Nabi Musa as tidak hanya terdapat dalam satu surah namun bertebaran dan diulang-ulang di beberapa surah lain. Imam Zarkasyi dalam kitabnya Al-Burhan fi ulum al-Quran menukil perkataan sebahagian ulama yang menyatakan bahawa kisah Nabi Musa dalam al-Quran terdapat dalam seratus dua puluh tempat.

Apa rahsia di sebalik ini semua? Mengapa cerita Nabi Musa lebih banyak dibanding cerita nabi-nabi atau rasul yang lain? Pengarang kitab Al-fann Al-Qoshoshi (Dr. Kholifullah) berhujah bahawa Yahudi dulu menguasai persekitaran Arab dari segi pemikiran agama, dengan kekuasaan inilah mereka banyak menceritakan sejarah Nabi Musa dan Firaun. Dari sini juga akhirnya keperibadian Nabi Musa lebih banyak disebutkan dalam Al-Quran dibanding dengan keperibadian Nabi Ayub atau nabi-nabi lain.

Namun pendapat ini ditolak oleh Dr. Muhammad al-Bahi. Dalam bukunya Sikologia al-Qishoh beliau menyatakan bahawa kehidupan agama bangsa Arab sebelum Islam berbeza-beza dan berkelompok. Sebahagian orang Yaman menyembah matahari, orang Mesir kuno menyembah bulan, sebahagian mereka atheis, sebahagiannya Yahudi dan selebihnya masih dalam ajaran yang lurus mengikuti datuk moyangnya terdahulu.

Dr. Abdurrahman Uwais (Dosen Tafsir Fakulti Ushuludin Universiti Al-Azhar Kaherah) akhirnya memberikan hujahnya yang menyatakan bahawa pengulangan kisah Nabi Musa yang lebih banyak dari yang lain dalam al-Quran kerana banyak persamaan antara Nabi Musa dan Nabi Muhammad dalam keadaan dakwah mereka. Kaum Musa menjadi hina dan rendah kerana selalu menjadi budak Firaun hingga rosaklah peribadian mereka yang akhirnya berkesudahan dengan penolakan kebenaran yang datang pada mereka.

Hal yang terjadi pada Nabi Musa ini juga terjadi dan sama dengan apa yang dilakukan oleh para pembesar Quraisy terhadap Nabi Muhammad. Kedua nabi ini memang mendapat misi untuk membentuk umat yang besar serta dianugerahkan syariat agama dan dunia namun dakwah Nabi Muhammad lebih berbeza kerana Rasulullah mempunyai keistemewaan dengan menyeluruh dan keabadiannya hingga akhir kiamat.

Sisi kesamaan lain adalah mereka sama-sama berusaha keras untuk meruntuhkan kerusi diktator, kemusyrikan dan kezaliman. Bani Israil tunduk dibawah hukum penguasa yang zalim hingga mereka tidak mempunyai kekuasaan apapun dalam diri mereka, sedangkan bangsa Arab berada di bawah kekuasaan suku-suku dan fanatisme golongan hingga kaum lemah selalu tunduk dan patuh pada kaum yang lebih kuat.

Kita juga melihat bahawa mereka (Nabi Musa dan Nabi Muhammad) selalu dibayangi konspirasi para penguasa. Banyak cara untuk melenyapkan dan menyingkirkan mereka dari segi penyiksaan, penghinaan hingga pembunuhan. Ternyata persamaan ini tidak hanya terbatas pada kedua nabi besar ini namun juga menimpa kepada para pengikut mereka dimana mereka rela dan bersabar walaupun ditimpa berbagai ujian, cubaan dan seksaan.

Walau demikian namun semua ini tidak menjadikan mereka gentar bahkan membuat iman mereka semakin tebal dan kukuh. Hal ini sangat jelas dilihat pada saat para penyihir yang sudah bertaubat dan sedar akan kebenaran Nabi Musa hingga mereka rela menerima ancaman dan seksaan yang diperintahkan oleh Firaun. Senada dengan itu para sahabat Nabi Muhammad selalu setia berjuang, berkorban hingga titisan darah terakhir untuk selalu berada dalam panji Islam dan cahaya Rasul.

Allah selalu menaruh hikmah di sebalik seluruh perbuatan-Nya dan tidak akan pernah membuat suatu hal dengan sia-sia. Oleh kerana itu maka tulisan yang disarikan dari kitab Qishotu ash-Shuraa 'baina ad-Dai'iyah wa ath-Thogiyah Musa wa Fir'aun fi Dhaui ayat al-Quran al-Karim ini sebenarnya tidak bertujuan untuk menghuraikan cerita Nabi Musa secara terperinci namun ia hanya berusaha mengambil beberapa pelajaran, hikmah dan 'ibrah yang mudah-mudahan dapat bermanfaat untuk kita bersama.

Saat Kelahiran

Masa menjelang kelahiran nabi menaruh pelajaran yang sangat berharga bagi kita dimana kekuasaan dan usaha yang dilakukan manusia tidaklah bermakna apa-apa jika Allah berkehendak yang lain. Kita dapat mellihat dimana keangkuhan Firaun dan bala tenteranya membunuh bayi lelaki yang lahir dari Bani Israil, kerana firaun berspekulasi bahawa pada masa akan datang seorang keturunan dari bani Israil akan menghancurkan kekuasaannya. Namun selamatnya Nabi Musa bahkan hidup di istana Firaun membuktikan kelemahan manusia di hadapan Allah.

Ketika mencari bayi Nabi Musa isteri Firaun (Asiah) berhasrat untuk dijadikan anak angkat dengan harapan agar dia dapat menjadi peneduh hati dan penyejuk pandangan kedua-dua pasangan yang tidak dikurniakan keturunan ini. Namun apalah daya, ternyata ia berbalik menjadi "bumerang" kepada Firaun. Maka benar lah sebuah ungkapan Arab bahawa balasan itu sesuai apa yang ia lakukan (al-jaza min jinsi al-'amal).

Masa muda Nabi Musa

Pada masa ini Nabi Musa mendapati dua orang sedang bertengkar, beliau memilih untuk memukul orang asing demi menolong pemuda yang berasal dari kaumnya hingga membuat beliau hijrah ke Madyan. Dari sini kita dapat mengambil pelajaran bahawa apa yang Allah kehendaki itu pasti lebih baik walau secara zahir dilihat kurang baik.

Salah satu hikmah dari hijrahnya Nabi Musa berupa sebuah pendidikan dan persiapan kepada para juru dakwah agar dapat hidup di dunia yang masih murni dan suci jauh dari suasana istana dan kemegahan serta konspirasi dan fitnah di dalamnya dan agar mereka tetap bergantung pada Allah di mana-mana mereka tinggal .

Dalam sesi ini ada beberapa kesamaan antara kisah Nabi Musa dan Nabi Yusuf. Diantarnya adalah mereka diasingkan dari asuhan dan kasih sayang orang tua namun apa yang terjadi pada Nabi Musa lebih menggambarkan peranan si ibu sedangkan kisah Nabi Yusuf lebih menekankan pada peranan ayah. Keduanya juga membesar di zaman kekufuran, kezaliman dan kerosakan berleluasa sehingga akhirnya Allah menjaga mereka dengan cara mengasingkannya agar tidak bercampur baur dengan keadaan ini.

Kedua nabi ini juga menggambarkan peranan para wanita. Bezanya wanita yang ada pada kisah Nabi Yusuf berbanding dengan yang ada pada kisah Nabi Musa. Wanita pada cerita Nabi Yusuf (isteri penguasa Mesir yang cuba menggoda Nabi Yusuf) lebih cenderung sebagai penguji dan cubaan (mihnah) ada pun wanita yang terdapat dalam kisah Nabi Musa (baik ibu, saudara perempuannya, isteri Firaun hingga isteri Nabi Musa) lebih cenderung membawa angin positif, anugerah dan rahmat dari Allah (mihnah).

Ketika di Madyan Nabi Musa bertemu dengan dua orang wanita yang sedang beratur untuk mengambil air. Setelah dibantu Nabi Musa salah seorang wanita tadi kembali dan memanggil Nabi Musa dan memberitau bahawa ayah mereka ingin bertemu dengannya dimana nantinya salah seorang di antara mereka akan dijadikan isteri Nabi Musa.

Kita banyak mendapat pelajaran dari kisah kedua wanita ini diantaranya wanita sebaiknya tidak keluar seorang diri walau hal itu sebenarnya dapat dilakukan, keluarnya kedua wanita tadi bukan sekadar untuk sesuka hati namun untuk memenuhi keperluan penting keluarga. Ketika wanita keluar rumah hendak lah selalu beradab dan sopan tidak berlenggang-lenggok dan mata yang menggoda. Keluarnya wanita harus disesuaikan dengan keperluan saja dan ketika dia sudah selesai melaksanakan keperluannya sepatutnya dia segera pulang.

Diangkat menjadi Nabi

Setelah berhijrah ke Madyan dan berjaya berkahwin dengan salah seorang puteri iaitu Siti Safurah anak kepada Nabi Syu'aib beliau pergi menuju ke Mesir. Di tengah-tengah perjalanan iaitu di bukit Tursina beliau diangkat menjadi nabi dengan diberikan beberapa mukjizat seperti tongkat "ajaib" dan tangan yang boleh bersinar. Dari sana juga beliau diberi gelaran kalimullah (orang yang dapat berdialog dengan Allah).

Namun ketika beliau diperintahkan untuk menyampaikan dakwah ternyata menyelinap sedikit rasa takut untuk memikul beban dan tugas ini. Hal ini berdasarkan oleh beberapa alasan diantaranya Firaun terkenal dengan kezaliman, kemungkaran dan pengakuannya sebagai tuhan. Selain itu Nabi Musa juga merasa melakukan kesalahan ketika membunuh seorang pemuda hingga memaksanya berhijrah ke Madyan. Perasaan raasa bersalah inilah yang menimbulkan rasa takut dalam diri beliau.

Namun Allah menjanjikan keselamatan dan mereda rasa takut kepada utusan-Nya ini dengan firman-Nya; "Wahai Musa! Kemarilah dan jangan takut. Sesungguuhnya engkau termasuk orang yang aman. "(QS. Al-Qashash [28]: 31). Dari sini para juru da'i dapat mengambil pelajaran bahawa selama ia merasa yakin dalam kebenaran maka janganlah merasa takut ketika ia harus menghadapi lawan yang zalim walau berdiri seorang diri kerana Allah selalu bersamanya.

Tenggelamnya Bani Israel

Allah juga menunda azab kepada para hamba-Nya yang ingkar namun bila sudah tiba waktunya tidak ada yang dapat menghindarinya. Dari sinilah kita diperintahkan untuk menyegerakan taubat kerana ia tidak dapat diterima ketika roh mencapai tekak atau yang mati dalam keadaan kafir sebagaimana terdapat dalam surah an-Nisa ayat 18;"Dan taubat itu tidaklah (diterima Allah) dari mereka yang melakukan kejahatan hingga apabila datang ajal kepada seseorang diantara mereka (barulah) dia mengatakan, saya benar-benar bertaubat sekarang. Dan tidak (pula diterima) dari orang-orang yang meninggal sedang mereka di dalam kekafiran. Bagi orang-orang itu kami sediakan azab yang pedih. "

Jasad Firaun sehingga kini masih ada di Muzium Kaherah berdekatan dengan Bulatan Tahrir. Hal ini sesuai dengan janji Allah, "Maka pada hari ini Kami selamatkan ragamu agar engkau dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang setelahmu" (Yunus [10]: 92).

Hikmah

1. Dari sini kita dapat mengambil beberapa hikmah diantaranya bahwa siapa saja yang berbuat seperti yang dilakukan Firaun akan mendapat balasan yang sama dengannya khususnya bagi mereka yang berani mengaku menjadi tuhan. Jasadnya diabadikan hingga lautpun tak sudi menerima jasad makhluk kotor ini.

2. Hikmah lainnya adalah agar para pengikut Firaun ini tidak boleh membuat mitos-mitos dan keterangan palsu seperti Firaun sudah diangkat ke langit dan sudah berada di tempatnya dengan tenang. Mudah-mudah kisah ini semua dapat menjadi ibrah (yang mendatangkan iktibar) dan manfaat bagi kita semua. 

Diterjemahkan dari sumber fiqhislam.com
Kisah terbanyak diceritakan dalam Al-Quran | Detik Islam

2. Subhanallah, Inilah Mukjizat Al-Quran tentang Penciptaan Berpasang-pasangan. 

Seorang saintis Paul Dirac, mencari fakta bahawa material diciptakan secara berpasangan. Dari penemuannya itu, dia dianugerahkan Hadiah Nobel dalam bidang fizik pada tahun 1933.

Penemuan yang dikenali sebagai "parité" itu menyatakan bahawa materi berpasangan dengan lawan jenisnya: anti-bahan. Anti-bahan memiliki sifat-sifat yang bertentangan dengan materi. Misalnya, berbeza dengan materi, elektron anti-bahan bercas positif, dan protonnya bermuatan negatif. Fakta ini dinyatakan dalam sebuah sumber ilmiah seperti berikut:

"... Setiap zarah mempunyai anti-zarah dengan muatan yang berlawanan dan hubungan ketidakpastian mengatakan kepada kita bahawa penciptaan berpasangan dan pemusnahan berpasangan terjadi di dalam vakum di setiap saat, di setiap tempat."

Fakta ilmiah ini telah diungkapkan Al-Quran sejak abad ke-7 M. Simak surah Ya Sin [36] ayat 36: "Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang mereka tidak ketahui." (QS 36:36)

Menurut Harun Yahya, meskipun gagasan tentang "pasangan" umumnya bermakna laki-laki dan perempuan, atau jantan dan betina, ungkapan "maupun dari apa yang mereka tidak ketahui" dalam ayat di atas mempunyai liputan yang lebih luas. Kini, liputan makna lain dari ayat tersebut telah terungkap.

Subhanallah, sungguh Maha Benar Firman Allah SWT.
- sumber dari republika
Subhanallah, Inilah Mukjizat Al-Quran tentang Penciptaan Berpasangan | Detik Islam

3. Subhanallah, inilah Mukjizat Al-Quran tentang Besi. 

Besi mendapat tempat yang khusus dalam kitab suci Al-Quran. Secara khusus, surah ke-57 mengambil nama Al-Hadid yang bermaksud besi. Kata Al-Hadid diambil dari ayat 25 surat tersebut. Dalam ayat itu, Al-Quran secara jelas mendedahkan bahawa besi mempunyai kekuatan dan sangat bermanfaat bagi manusia. Dengan besi itu, umat Islam boleh menolong agama Allah.

'' Sesungguhnya Kami telah mengutus rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti yang nyata dan telah Kami turunkan bersama mereka Alkitab dan neraca (keadilan) supaya manusia dapat melaksanakan keadilan. Dan Kami ciptakan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia, (supaya mereka mempergunakan besi itu) dan supaya Allah mengetahui siapa yang menolong (agama)-Nya dan rasul-rasul-Nya, padahal Allah tidak dilihatnya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa.'' (QS Al-Hadid: ayat 25).

Selain itu, Al-Quran juga menggambarkan proses pengolahan besi. Dalam surat Al-Khafi (gua) ayat 96 Allah SWT berfirman,'' Berilah aku potongan-potongan besi. Hingga apabila besi itu telah sama rata dengan kedua (puncak) gunung itu, berkatalah Dzulkarnain, 'Tiuplah (api itu). Hingga apabila besi itu sudah menjadi (merah seperti) api ', dia pun berkata,' Berilah aku tembaga (yang mendidih) agar aku kutuangkan ke atas besi panas itu '.''

Teknologi pengolahan besi nampaknya telah dikuasai manusia sejak zaman Nabi Daud AS. Hal itu dapat dilihat di dalam surah Al-Anbiyaa '(Nabi-nabi) ayat 80. Dalam surat itu Allah SWT berfirman,'' Dan telah Kami ajarkan kepada Daud membuat baju-baju besi untuk kamu, guna memelihara kamu dalam peperangan. Maka, hendaklah kamu bersyukur (kepada Allah).''

Fakta lain yang menyebutkan pemprosesan besi yang telah berkembang di zaman Nabi Daud AS juga dengan diungkapkan dalam surat Saba '(Kaum Saba) ayat 10. '' Dan sesungguhnya telah Kami berikan ke pada Nabi Daud limpah kurnia dari Kami. (Kami berfirman), Hai gunung-gunung dan burung-burung, bertasbihlah berulang-ulang bersama Daud, dan Kami telah melunakkan besi untuknya.''

Dalam surat Saba 'ayat 11, Al-Quran juga memerintahkan dan menjelaskan cara membuat baju besi. "Buatlah baju-baju besi yang besar-besar dan ukurlah anyamannya, dan kerjakanlah amalan yang saleh. Sesungguhnya aku melihat apa yang kamu kerjakan.''

Paling tidak, terdapat sembilan ayat dalam Al-Quran yang membincangkan dan menjelaskan tentang besi. '' Dan Allah menjadikan bagimu tempat bernaung dari apa yang telah Dia ciptakan, dan Dia jadikan bagimu tempat-tempat tinggal di gunung-gunung, dan Dia jadikan bagimu pakaian yang memeliharamu dari panas dan pakaian (baju besi) yang memelihara kamu dalam peperangan. Demikianlah Allah menyempurnakan nikmat-Nya kamu, supaya kamu berserah diri (kepada-Nya).'' (QS An-Nahl: ayat 81). Inilah videonya:
Sumber:
Subhanallah, inilah Mukjizat Al-Quran tentang Besi | Detik Islam


4. Tembok besi yang melindungi Jasad Rasulullah SAW. 

Tahukah anda? Tahukah anda kenapa sebuah tembok besi telah dibina di bawah Masjid Nabawi?

Sultan Nuruddin Mahmood Zanki merupakan Sultan yang memerintah Syria. Beliau telah membina khandak di zamannya (tembok besi di bawah Masjid Nabawi) setelah beliau bermimpi bertemu dengan Rasulullah saw yang memanggilnya kerana ada 2 orang anasir musuh (Yahudi) yang berpura-pura masuk Islam dan kemudiannya pergi ke Mekah dan Madinah untuk beribadah umrah dan ziarah.

Sedangkan hasrat sebenar mereka adalah ingin mencuri jasad Rasulullah s.a.w setelah mereka membina terowong yang panjang daripada rumah tumpangan (hotel) sehingga ke maqam Rasulullah yang terletak di dalam Masjid Nabawi.

Sultan Nuruddin Zanki adalah seorang tokoh pelopor perjuangan pembebasan Palestin di zaman pemerintahannya, perjuangannya kemudiannya telah diambil-alih oleh Solahuddin al-Ayyubi yang berjaya membebaskan Masjid al Aqsa dan Baitul Maqdis pada 15 Julai 1187.

sumber dari Dr Zainur Rashid Zainuddin
Tembok besi yang melindungi Jasad Rasulullah SAW | Detik Islam

5. Bukti Yahudi akan mati dalam tembok pemisah Israel-Palestin. 

Gambar daripada Google membuktikan orang yahudi akan mati dalam benteng yang mereka bina sendiri. (Tembok Pemisah ciptaan mereka - diantara  Palestin dan negara haram Yahudi.)

Surah Al-Hasyr, ayat : [14] (Orang-orang Yahudi dan orang-orang munafik) dengan keadaan bersatu padu sekalipun, tidak berani memerangi kamu melainkan di kampung-kampung yang berbenteng kukuh, atau dari sebalik tembok. (Sebabnya): permusuhan di antara mereka sesama sendiri amatlah keras; engkau menyangka mereka bersatu padu, sedang hati mereka berpecah belah (disebabkan berlainan kepercayaan mereka). Yang demikian itu, kerana mereka adalah kaum yang tidak memahami (perkara yang sebenarnya yang memberi kebaikan kepada mereka).

Sumber dari peribadirasulullah.wordpress.com 

6. Benteng Yahudi Sudah Disebut Didalam Al-Quran. 


(Kerana) sesungguhnya kamu – dalam hati mereka, – sangat ditakuti lebih dari Allah; yang demikian itu, kerana mereka ialah kaum yang tidak mengerti (akan kekuasaan Allah dan kebesaranNya). (Al-Hasy-r 59:13) 

Of a truth ye are stronger (than they) because of the terror in their hearts, (sent) by Allah. This is because they are men devoid of understanding.

(Orang-orang Yahudi dan orang-orang munafik) dengan keadaan bersatu padu sekalipun, tidak berani memerangi kamu melainkan di kampung-kampung yang berbenteng kukuh, atau dari sebalik tembok. (Sebabnya): permusuhan di antara mereka sesama sendiri amatlah keras; engkau menyangka mereka bersatu padu, sedang hati mereka berpecah belah (disebabkan berlainan kepercayaan mereka). Yang demikian itu, kerana mereka adalah kaum yang tidak memahami (perkara yang sebenarnya yang memberi kebaikan kepada mereka).            



*Sumber dari peribadirasulullah.wordpress.com

7. Al-Quran bukan untuk...

bukan untuk perhiasan

Bukan untuk dijual beli

Bukan untuk mencari makan

Bukan untuk musbaqah atau pertandingan

Bukan untuk hiburan bersama muzik

Bukan untuk Haflah atau konsert

Bukan untuk dibaca oleh mereka yang membuka aurat dan bersolek berlebihan

Bukan untuk kenaikan pangkat

Bukan untuk diejek-ejekan atau dipersenda-sendakan

Bukan untuk mencari berkat semata-mata

Bukan untuk semua perkara keduniaan tetapi boleh dimasukkan Al-Quran dalam semua urusan dunia.

Ya Allah, jauhkanlah diri daripada mempersendakan Al-Quran melalui niat atau Aqidah melalui kata-kata dan melalui melalui perbuatan yang tidak ku sedari.

*Sumber dari peribadirasulullah.wordpress.com

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين

Daftar Isi Al-Quran dan Terjemahan - Silakan Klik untuk membacanya:
  1. Surat Al Fatihah (Pembukaan)
  2. Surat Al Baqarah (Sapi Betina)
  3. Surat Ali 'Imran (Keluarga 'Imran)
  4. Surat An Nisa' (Wanita)
  5. Surat Al Ma'idah (Hidangan)
  6. Surat Al An'am (Binatang Ternak)
  7. Surat Al A'raf  (Tempat Tertinggi)
  8. Surat Al Anfal (Rampasan Perang)
  9. Surat At Taubah (Pengampunan)
  10. Surat Yunus (Nabi Yunus A.S.)
  11. Surat Hud (Nabi Huud A.S.)
  12. Surat Yusuf (Nabi Yusuf A.S.)
  13. Surat Ar Ra'd (Guruh)
  14. Surat Ibrahim (Nabi Ibrahim A.S.)
  15. Surat Al Hijr (Daerah Pegunungan)
  16. Surat An Nahl (Lebah)
  17. Surat Al Israa' (Memperjalankan Di Malam Hari)
  18. Surat Al Kahfi (Gua)
  19. Surat Maryam (Maryam)
  20. Surat Thaha (Thaahaa)
  21. Surat Al Anbiya' (Kisah Para Nabi)
  22. Surat Al Hajj (Ibadah Haji)
  23. Surat Al Mu'minun (Orang Mukmin)
  24. Surat An Nur (Cahaya)
  25. Surat Al Furqaan (Pembeda)
  26. Surat Asy Syu'ara' (Penyair)
  27. Surat An Naml (Semut)
  28. Surat Al Qashash (Cerita)
  29. Surat Al 'Ankabuut (Laba-Laba)
  30. Surat Ar Ruum (Bangsa Rumawi)
  31. Surat Luqman (Luqman)
  32. Surat As Sajdah ((Sujud)
  33. Surat Al Ahzab (Golongan Yang Bersekutu)
  34. Surat Saba' (Kaum Saba')
  35. Surat Fathir (Pencipta)
  36. Surat Yaasiin
  37. Surat Ash Shaffat (Yang Bershaf-Shaf)
  38. Surat Shaad
  39. Surat Az Zumar (Rombongan-Rombongan)
  40. Surat Al Mu'min (Orang Yang Beriman)
  41. Surat Fushshilat (Yang Dijelaskan)
  42. Surat Asy Syuura (Musyawarah)
  43. Surat Az Zukhruf (Perhiasan)
  44. Surat Ad Dukhaan (Kabut)
  45. Surat Al Jaatsiyah (Yang Berlutut)
  46. Surat Al Ahqaaf (Bukit Pasir)
  47. Surat Muhammad (Nabi Muhammad SAW)
  48. Surat Al Fath (Kemenangan)
  49. Surat Al Hujuraat (Kamar-Kamar)
  50. Surat Qaaf
  51. Surat Adz Dzaariyaat (Angin Yang Menerbangkan)
  52. Surat Ath Thuur (Bukit)
  53. Surat An Najm (Bintang)
  54. Surat Al Qamar (Bulan)
  55. Surat Ar Rahmaan (Yang Maha Pemurah)
  56. Surat Al Waaqi'ah (Hari Kiamat)
  57. Surat Al Hadid (Besi)
  58. Surat Al Mujadilah (Wanita Yang Mengajukan Gugatan)
  59. Surat Al Hasyr (Pengusiran)
  60. Surat Al Mumtahanah (Wanita Yang Diuji)
  61. Surat Ash Shaff (Barisan)
  62. Surat Al Jumu'ah (Hari Jum'at)
  63. Surat Al-Munafiqun (Orang-Orang Munafik)
  64. Surat At Taghabun (Hari Ditampakkan Kesalahan-Kesalahan)
  65. Surat Ath Thalaaq (Talak)
  66. Surat At Tahrim (Mengharamkan)
  67. Surat Al Mulk (Kerajaan)
  68. Surat Al Qalam (Pena)
  69. Surat Al Haqqah (Kiamat)
  70. Surat Al Ma'arij (Tempat-Tempat Naik)
  71. Surat Nuh (Nabi Nuh A.S)
  72. Surat Al Jin (Jin)
  73. Surat Al Muzzammil (Orang Yang Berselimut)
  74. Surat Al Muddatstsir (Orang Yang Berselimut)
  75. Surat Al Qiyamah (Hari Kiamat)
  76. Surat Al Insaan (Manusia)
  77. Surat Al Mursalat (Malaikat-Malaikat Yang Diutus)
  78. Surat An Naba´ (Berita Besar)
  79. Surat An Naazi´ (Malaikat-Malaikat Yang Mencabut)
  80. Surat 'Abasa (Bermuka Masam)
  81. Surat At Takwir (Menggulung)
  82. Surat Al Infithar (Terbelah)
  83. Surat Al Muthaffifiin (Orang-Orang Yang Curang)
  84. Surat Al Insyiqaaq (Terbelah)
  85. Surat Al Buruuj (Gugusan Bintang)
  86. Surat Ath Thaariq (Yang Datang Di Malam Hari)
  87. Surat Al A´Laa (Yang Paling Tinggi)
  88. Surat Al Ghaasyiyah (Hari Kiamat)
  89. Surat Al Fajr (Fajar)
  90. Surat Al Balad (Negeri)
  91. Surat Asy Syams (Matahari)
  92. Surat Al Lail (Malam)
  93. Surat Adh Dhuhaa (Waktu Dhuha)
  94. Surat Alam Nasyrah /Al Insyirah (Bukankah Kami Telah Melapangkan)
  95. Surat At Tiin (Buah Tin)
  96. Surat Al 'Alaq (Segumpal Darah)
  97. Surat Al Qadr (Kemuliaan)
  98. Surat Al Bayyinah (Bukti Yang Nyata)
  99. Surat Al Zalzalah (Goncangan)
  100. Surat Al 'Adiyat (Kuda Perang Yang Berlari Kencang)
  101. Surat Al Qari'ah (Hari Kiamat)
  102. Surat At Takatsur (Bermegah-Megahan)
  103. Surat Al 'Ashr (Masa)
  104. Surat Al Humazah (Pengumpat)
  105. Surat Al Fiil (Gajah)
  106. Surat Quraisy (Suku Quraisy)
  107. Surat Al Ma'un (Barang-Barang Yang Berguna)
  108. Surat Al Kautsar (Nikmat Yang Banyak)
  109. Surat Al Kafirun (Orang-Orang Kafir)
  110. Surat An Nashr (Pertolongan)
  111. Surat Al Lahab (Gejolak Api)
  112. Surat Al Ikhlas (Memurnikan Keesaan Allah)
  113. Surat Al Falaq (Waktu Subuh)
  114. Surat An Naas (Manusia)
....................................

Tiada ulasan: