Sabtu, 20 Januari 2018

6971. Allah SWT telah memberi keterangan di bawah bagi menjelaskan kepulangan Yahudi ke Bait al-Maqdis: “…Dan mustahil kepada penduduk sesebuah negeri yang Kami binasakan, bahawa mereka tidak akan kembali hingga apabila terbuka tembok yang menyekat Ya’juj & Ma’juj, serta mereka meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi...” (al-Anbiyaa’: 95-96) “Penduduk” dimaksudkan ialah orang Yahudi, “Negeri” adalah Bait al-Maqdis, “Yajuj Majuj” adalah Yahudi (Khazar) dan “meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi” bermaksud Yajuj Majuj menguasai dan menjajah keseluruhan aspek kuasa-kuasa pemerintahan dunia. "Dengan keberaniannya yang sangat jarang pada masa kini, dia menyebut negara Zionis 'sebuah karya Syaitan' sebuah penyekutuan (menyekutu) dan penghinaan kepada Tuhan.' Menurutnya, menumpahkan darah untuk kepentingan negara Zionis adalah menjijikan."

ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ

ماشاءالله

سبحان الله

الله اکبر

    سُبْحَانَ اللَّهِ اَللَّهُمَّ صَلِّي عَلَى سَيّدنَا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلۓِ سَيّدنَا مُحَمَّدٍ الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن

Allah berfirman yang bermaksud; “Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya” (QS: Al Imran 3:185) 

أَعُوْذُ بِاللهِ مِنَ الشَّـيْطٰنِ الرَّجِيْمِ

بسم الله الرحمن الرحيم

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، 

وعلى آله وصحبه أجمعين
Paparan 6971. 
1. Yakjuj Makjuj Sudah Lama Keluar? 
2. Siapa Yakjuj Makjuj Yang Sebenar. 
3. Ilmu Ini Tiada Di Universiti: Asal Usul Manusia. 
4. Kerajaan Johor Zalim? Rampas Tanah Anak Yatim? 
5. Celaka Besar Bagi Orang Yang Zalim. 
6. Pejuang Melayu Sebelum UMNo - Al-Imam sebagai perintis. 
7. Kaitan Menara KLCC dan Freemanson. 
8. Hadi Wang yang hipokrit - Ameno sedar bahawa keputusan pru akan datang, tidak lagi akan memihak kepada mereka. 

Friday, 18 July 2014


1. Yakjuj Makjuj Sudah Lama Keluar? 

Sejauh manakah pengetahuan anda mengenai sejarah Empayar Khazaria? Khazaria adalah sebuah kerajaan milik Yajuj Majuj sebelum mereka dikurung di sebalik tembok Zulkarnain. Sehingga tiba masanya, tembok tersebut telah runtuh dan mereka (Khazars) telah bertebaran ke seluruh pelusuk dunia, terutamanya Eropah. 

Analisis lanjut mengenai persoalan ... 

a) Adakah Yajuj Majuj itu manusia? 
b) Di manakah kedudukan mereka? 
dan 
c) Dimanakah tembok yang menyekat Yajuj Majuj? 
boleh didapati di sini.

ANALISIS: SAMADA TEMBOK YAJUJ MAJUJ TELAH TERBUKA.

Tembok menyekat kaum Yajuj Majuj telah lama terbuka apabila orang Yahudi kembali ke Bait al-Maqdis (Jerusalem) dan membentuk negara Israel pada tahun 1948. 

Allah SWT telah memberi keterangan di bawah bagi menjelaskan kepulangan Yahudi ke Bait al-Maqdis: “…Dan mustahil kepada penduduk sesebuah negeri yang Kami binasakan, bahawa mereka tidak akan kembali hingga apabila terbuka tembok yang menyekat Ya’juj & Ma’juj, serta mereka meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi...” (al-Anbiyaa’: 95-96) 

“Penduduk” dimaksudkan ialah orang Yahudi, “Negeri” adalah Bait al-Maqdis, “Yajuj Majuj” adalah Yahudi (Khazar) dan “meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi” bermaksud Yajuj Majuj menguasai dan menjajah keseluruhan aspek kuasa-kuasa pemerintahan dunia.

Allah SWT malahan menyatakan “mustahil” bagi orang Yahudi untuk pulang ke Bait al-Maqdis, kecuali setelah tembok menyekat Yajuj Majuj terbuka dan mereka telah berkuasa. Orang Yahudi telah lama pulang ke negeri Bait al-Maqdis dan membentuk negara Israel pada tahun 1948. Oleh itu apakah penjelasan kepulangan mereka ke Bait al-Maqdis?

Ini bermaksud tembok telah terbuka dan Yajuj Majuj telah lama menguasai pemerintahan. Orang Yahudi dikembalikan melalui agenda puak Khazar, iaitu Yahudi Zionis yang menguasai dunia hari ini dan digambarkan di dalam Surah al-Kahfi sebagai kaum Yajuj Majuj. Mereka malahan boleh dianggap menguasai dunia hari ini kerana tiada negara yang mampu menghalang mereka daripada menghancurkan Palestin.

Fakta kedua menyokong dakwaan tembok Yajuj Majuj telah lama terbuka ialah berdasarkan keterangan Allah swt di bawah: “…Maka mereka… tidak dapat menebuknya…” (al-Kahfi: 97)

Ayat menyatakan mereka tidak dapat “menebuk” tembok tersebut. Beribu-ribu tahun Allah swt memelihara tembok tersebut, dan tiada satu makhluk pun di seluruh alam ini mampu “menebuk” tembok kecuali dengan keizinan Allah SWT, iaitu apabila Allah SWT mengizinkan Ya’juj dan Ma’juj dilepaskan.

Hal ini telah disebutkan dalam Shahih Al-Bukhari dan Shahih Muslim bahawa Nabi SAW bersabda: “Telah mulai terbuka hari ini dari dinding Ya`juj dan Ma`juj sebesar (lubang) ini.” Rasulullah membuat lingkaran dengan dua jarinya, ibu jari dan jari telunjuk. (HR. Al-Bukhari dari Zainab binti Jahsyin radhiyallahu ‘anha). 

Apakah maksud hadis apabila dibaca bersama ayat 97 surah al-Kahfi yang menyatakan Ya’juj & Ma’juj “tidak dapat menebuknya? Ini membuktikan Allah SWT telah melepaskan mereka kerana fakta tembok berlubang membuktikan mereka telah berjaya menebuk tembok. Tembok tidak akan berlubang jika tidak boleh ditebuk!

Oleh itu fakta tembok berlubang membuktikan Yajuj Majuj dilepaskan semasa zaman kehidupan Rasulullah SAW di Madinah, iaitu selepas Allah SWT menukarkan Kiblat ke arah Kabbah pada Rejab 2 AH (624 AD). 

Meraka yang masih berpegang Yajuj dan Majuj dilepaskan selepas Dajjal, akan terus menerus menunggu sehinggalah bumi ini hancur dan kiamat dan Yajuj dan Majuj tetap tidak kunjung tiba. Sepatutnya mereka memikirkan kembali kepercayaan mereka yang bercanggah dengan Al-Quran dan bertanya diri sendiri jawapan bagi persoalan di bawah:

(a) penjelasan kepulangan orang Yahudi ke Bait al-Maqdis dan membentuk negara Israel pada tahun 1948 (al-Anbiyaa’:95-96), dan

(b) Rasulullah saw menyatakan tembok telah berlubang, iaitu telah berjaya ditebuk (al-Kahfi:97).

(c) Kenapa terdapat ketepatan fakta yang sempurna menghubungkan Al-Quran dengan sejarah Yahudi Khazar? Sedarilah tipu daya itu teorinya tidak tetap dan sentiasa berubah-ubah, manakala kebenaran itu sebenarnya lebih terang dan tetap tidak berubah-ubah.

SEJARAH KHAZARIA. 

Kerajaan Khazars lenyap dari peta dunia beberapa abad yang lalu. Dewasa ini banyak orang yang tidak pernah mendengar mengenai kewujudannya, namun pada waktu itu Kerajaan Khazars (Khazaria) merupakan satu kuasa yang sangat penting, tentu saja melakukan perluasan kerajaannya dengan penaklukan. 

Kekuatan Khazaria waktu itu dinilaikan oleh kedua negara tertangganya. Di sebelah Selatan dan Barat, berdirinya Empayar Byzantium yang maju dengan peradaban Timur Kristian Ortodoks. 

Di sebelah Tenggara, kerajaan Khazar bersempadan dengan Empayar Islam Kekhalifahan Arab yang sedang mengembangkan kekuasaannya. 

Sejarah bangsa Khazar dipengaruhi oleh kedua-dua buah empayar ini, namun fakta yang lebih penting ialah kerajaan Khazar mendiami wilayah yang kemudian menjadi bahagian selatan wilayah Rusia yang terletak antara Laut Hitam dan Laut Kaspia.

Pada tahun 1976, sebuah buku mengenai bangsa Khazars diterbitkan oleh seorang penulis Inggeris (seorang Yahudi Khazars) bernama Arthur Koestler. Bukunya berjudul, The Thirteenth Tribe - The Khazar Empire And Its Heritage (Suku Bangsa Ketiga Belas – Kekaisaran Bangsa Khazar dan Warisannya).

Sejarah mencatat bahawa bangsa Khazars terdiri dari campuran bangsa Mongol, Turki dan Finland. Dalam awal abad ke-3 M, mereka dapat dikenal dengan kesejahteraannya yang ajeg di wilayah Persia dan Armenia. Kemudian pada abad ke-5, bangsa Khazars berada diantara gerombolan perosak Attila, bangsa Hun. 

Sekitar tahun 550 M, bangsa Khazars yang nomadik, mereka mulai menetap di wilayah sebelah Utara Caucasus antara Laut Hitam dan Laut Kaspia. Ibu Kota kerajaan Khazars adalah Itil dibangun dihulu Sungai Volga yang mengalir ke Laut Kaspia, dalam rangka mengawal lalu lintas sungai. Bangsa Khazars kemudian memungut pajak 10% setiap muatan yang melintasi Itil di sungai Volga. Mereka yang menolak diserang dan di bantai.

Akhirnya kerajaan Khazars dibangun di Caucasus, bangsa Khazars secara perlahan mula mencipta sebuah jajahan rakyat yang ditaklukinya. Khazars terus melakukan perluasan wilayahnya termasuk menakluk suku Slavonic, yang cintakan damai berbanding bangsa Khazars. Wilayah Slavonic dijadikan sebahagian dari jajahan bangsa Khazar dan rakyatnya diminta untuk menghormati/tunduk kepada Kerajaan Khazar. Tentu saja penghormatan yang dilakukan oleh rakyat yang dikalahkan selalu merupakan keistimewaan, tetapi bukan gayanya Khazars. Apa yang disebutnya sebagai Jajahan Agung dunia selalu memberikan sesuatu sebagai imbalannya atas pajak yang diberikannya. 

Empayar Rom misalnya, rakyat yang telah ditakluki dijadikan warganegaranya dan sebagai balasannya, mereka (penguasa Rom) membawa peradaban, tata tertib dan perlindungan dari serangan musuh.

Namun tidak terjadi di wilayah jajahan bangsa Khazar. Rakyat yang menjadi 'subjek' bagi Khazars hanya menerima satu hal sebagai balasan atas pembayaran upetinya dan itu adalah janji yang tidak jelas - bangsa Khazars akan menahan serangan dan penjarahan selama mereka membayarkan upeti. 
Namun penduduk di Jajahan Khazar tidak lebih daripada korban the giant protection racket. Maharaja Khazar oleh sebab itu tidak disukai baik di dalam negeri mahu pun di luar negeri, tetapi mereka juga ditakuti karena kekejamannya terhadap siapa saja yang menentangnya. Wilayah Jajahan Khazar kemudiannya  diperluaskan ke arah utara sampai ke Kiev (Kiev kini sebuah ibukota Ukraine), di Sungai Dnieper. Kiev merupakan kota terbesar di Ukraine dan juga sebagai kota pelabuhan utama. Salah satu kota tertua Eropah dan sebagai pusat perdagangan pada awal abad ke-5 dan menjadi ibukota KIEVAN RUSSIA pada abad ke-9 dan di Barat termasuk Magyars, nenek moyang orang Hongaria moden.

Sekitar tahun 740M, terjadi sebuah peristiwa. Bangsa Khazars di bawah tekanan terus menerus kedua-dua empayar berjiran dengannya, Byzantium dan Muslim, apakah menerima agama Kristian atau Islam, akan tetapi penguasa bangsa Khazar, yang disebut Khakan, mendengar ada agama ketiga iaitu JUDAISME atau YAHUDI. Atas alasan-alasan kelangsungan politik, Khakan mengumumkan bahwa bangsa Khazars menerima Judaisme sebagai agama mereka. Dalam waktu satu malam seluruh kelompok baru, bangsa Khazars yang suka berperang, tiba-tiba mendakwa diri mereka sebagai YAHUDI dan menerima YAHUDI. Kerajaan Khazar mulai dideskripsikan sebagai ‘Kerajaan Yahudi' oleh sejarawan pada waktu itu. Perwaris penguasa Khazar telah mengambil nama Yahudi, dan selama akhir abad ke-9, kerajaan Khazar menjadi tempat perlindungan bagi orang-orang Yahudi dari tempat lain.

Sementara itu kekejaman penguasa Khazar terhadap penduduk yang ditaklukinya tetap tidak berubah. Namun kemudian selama abad ke-8 muncul ke kancah pemain baru, berasal dari sungai besar Dnieper , Don dan Volga – bangsa Vikings dari sebelah timur. Mereka dikenali sebagai bangsa VARANCIANS, atau bangsa RUS. Seperti bangsa Vikings lainnya, bangsa Rus penjelajah tulen dan merupakan pejuang yang gagah, namun ketika berhadapan dengan bangsa Khazars, bangsa Rus seringkali tewas dan membayar upeti seperti yang lainnya.

Pada tahun 862, seorang pemimpin bangsa Rus bernama Rurik membangunkan kota Novgorod dan bermula dari sinilah kemudiannya lahirnya bangsa Rusia. Bangsa Rus Vikings berdiam di antara suku bangsa Slavonic di bawah kekuasaan Khazar dan perjuangan antara bangsa Vikings dan Khazars berubah dalam karakternya dan menjadi perjuangan oleh bangsa Rusia yang sedang tumbuh untuk merdeka dari tekanan Khazar.

Lebih dari seabad kemudian setelah didirikannya kota pertama di Rusia, terjadi peristiwa penting lainnya. Pemimpin Rusia, Prince Vladimir of Kiev, memeluk agama Kristian pada tahun 989. Dia aktif menyebarkan agama Kristian di Rusia, dan sebagai 'peringatan' oleh warga Rusia kini, ia disebutnya 'Saint Vladimir' dan dengan demikian tradisi Rusia sebagai sebuah bangsa Kristian dimulai sejak seribu tahunan lalu. Sebagai hasilnya, sejarah menentukan bangsa Rusia dan bangsa Khazars menjalin hubungan yang masih terjadi sampai dengan hari ini.

Pertukaran agama Vladimir juga menghubungkan Rusia dengan Empayar Byzantium. Penguasa Byzantium sering gentar pada bangsa Khazars sementara bangsa Rusia masih berjuang untuk membebaskan dirinya dari tekanan bangsa Khazars. Pada tahun 1016, gabungan bangsa Rusia dan Byzantium telah menyerang kerajaan Khazar sehingga empayar misteri ini hancur-lebur dan hampir lenyap di mamah api peperangan. Akhirnya kebanyakan Yahudi Khazar berimigrasi ke wilayah lain. Kebanyakan dari mereka berhenti dan menetap di Eropah Timur, dimana mereka berhubungan dan berkahwin dengan Yahudi yang lainnya. Seperti Yahudi Semit 1000 tahun yang lalu, Yahudi Khazar kemudian tersebar ke pelbagai wilayah. Kerajaan Khazars sudah tidak ada lagi.

Setelah bangsa Khazars berpindah dan hidup bersama bangsa Yahudi, Yahudi Khazar meninggalkan warisan yang berbeza dari Yahudi yang lainnya, dari generasi ke generasi. Satu unsur warisan Yahudi Khazar adalah sebuah bentuk militan dari ZIONISME. Dalam pandangan Yahudi Khazar, wilayah yang didiami oleh Israel kuno harus diambil kembali bukan dengan sebuah keajaiban akan tetapi dengan cara kekuatan senjata. Inilah yang dimaksudkan dengan Zionisme dewasa ini, dan kekuatan ini yang menciptakan bangsa yang menyebut dirinya sebagai Israel dewasa ini. Ramuan penting warisan Yahudi Khazar adalah kebencian terhadap agama Kristian, dan bangsa Rusia unggul dalam kepercayaan Kristian. Agama Kristian dipandang sebagai kekuatan yang meruntuhkan Kerajaan Yahudi pada masa lalu yang disebut Kerajaan [Khazaria].

Dewasa ini mereka banyak yang berkuasa di Rusia, Yahudi Khazar masih ingin mendirikan kembali kekuasaannya dan sudah satu dekad mereka berupaya secara terus-menerus untuk melakukan hal tersebut. Pada tahun 1917, Yahudi Khazar melewati satu 'batu loncatan' ke arah penubuhan negara mereka di Palestin.

Pada tahun yang sama mereka juga telah mencipta Revolusi Bolshevik di Rusia, melalui ideologi Komunisme, diikuti dengan peristiwa Holocaust (kononnya satu pembunuhan beramai-ramai terhadap orang Yahudi tetapi hakikatnya, pembunuhan Yahudi anti-Zionisme), kejadian seperti itu tidak pernah diketahui oleh dunia. 

Yahudi Khazar sekali lagi mengawal Rusia setelah lebih dari 900 tahun dan kemudian mereka merancang untuk menghancurkan orang-orang Kristian Rusia. Dengan itu, lebih daripada 100 juta orang Kristian dibunuh, pada waktu yang sama lebih dari 20 juta orang yang beragama Yahudi (anti-Zionis) juga mati ditangan Yahudi Khazar.

Ini adalah apa yang ditentang oleh orang-orang Kristian Rusia dalam perjuangannya selama 60 tahun untuk menggulingkan rejim atheis Bolshewik, namun pada akhirnya mereka berjaya merobohkan aktivitinya dan kini setelah 1000 tahun, peperangan antara Kristian Rusia dengan Yahudi Khazar, makin menghampiri klimaksnya.

Pada 19 Ogos 1979, Rabbi Joel Teitelbaum didapati meninggal dunia di New York. Joel meninggal pada pagi hari dan dikuburkan tengah hari hari pada hari yang sama. Meskipun pengumuman yang dibuat sangat mendadak, namun 100000 orang pemuda Yahudi telah datang pada ketika pengubumian. Sulit untuk dibayangkan, kerana pemberitahuan yang mendadak itu lebih dari seratus ribuan orang lagi yang tidak dapat datang. 

Satu bulan kemudian, pada tanggal 18 September, pengikutnya menaburkan bunga di tugu peringatan, dan dengan jalan memasang iklan dalam surat kabar "New York Times," yang jelas persanan yang ditujukan kepada orang Yahudi. Iklan itu memuat pernyataan yang diantaranya dikutip, mengatakan: 

"Dia adalah seorang pemimpin semua orang Yahudi dimana saja yang tidak perlu dipersoalkan lagi, yang tidak terjangkiti fahaman Zionis" 

"Dengan keberaniannya yang sangat jarang pada masa kini, dia menyebut negara Zionis 'sebuah karya Syaitan' sebuah penyekutuan (menyekutu) dan penghinaan kepada Tuhan.' Menurutnya, menumpahkan darah untuk kepentingan negara Zionis adalah menjijikan." 

Kata-kata ini diucapkan oleh Yahudi Orthodox ketika belasungkawa kematian pemimpin mereka. Dan penguasa baru Kristian Rusia akan setuju, bagi mereka juga negara Zionis Israel dianggap sebagai palsu, jahat dan berbahaya serta memperbodohkan baik pihak Kristian mahupun Yahudi. Negara Khazar yang disebut kononnya sebagai sebuah "Kerajaan Yahudi" (Khazaria) beribu tahun yang lalu adalah parasit, hidup dari hasil upeti dari rakyat yang ditaklukinya. 

Demikian juga dewasa ini, kelangsungan hidup Israel tergantung atas aliran bantuan yang tidak pernah berhenti dari luar. Bangsa Rusia sejak ratusan tahun lalu percaya bahawa Yahudi Khazar akan menghancurkan agama Kristian dengan bantuan fahaman Zionis.

Sumber: 

2. Siapa Yakjuj Makjuj Yang Sebenar. 

M. Quraisy Shihab dalam Tafsir Al-Mishbah, menyebutkan tentang susuk Yakjuj dan Makjuj sebagai berikut:

“Kata Yakjuj dan Makjuj diperselisihkan bukan sahaja tentang siapa mereka, tetapi juga tentang pengertian bahasanya. Sementara sarjana Islam berpendapat kata itu berasal daripada kata al-aujah, iaitu bercampur.

Ada juga berpendapat daripada kata al-auj, iaitu kecepatan berlari. Penamaan itu lahir kerana mereka adalah suku yang bercampur baur. Jika demikian, nama itu adalah terjemahan bahasa Arab daripada satu kata yang digunakan oleh suku penyerang itu. 

Ada juga yang berpendapat kata itu asli daripada bahasa Cina yang berubah pengucapannya ke dalam bahasa Arab. Thabathaba’i menulis dalam bahasa Cina kata itu adalah Monkuk atau Moncuk. Mereka adalah keturunan putra Adam, iaitu Yafist, keturunan orang Turki. 

Demikian satu pendapat. Ada juga yang berpendapat mereka adalah seorang Mongol. Salah seorang penganut fahaman ini adalah Thabathaba’i. sedang Thahit Ibni ‘Asyur cenderung memahami Yakjuj dan Makjuj adalah aneka suku, atau satu bangsa yang memiliki dua suku besar iaitu Tatar dan Mongol. 

Atau asal mereka ialah Yakjuj dan Makjuj lalu suku-sukunya di sebut berbagai nama, antara lain Yakjuj, Tatar, Turkuman dan Turki. Demikian sedikit daripada banyak pendapat tentang mereka.

Tafsir al-Quran yang diterbitkan Departemen Agama RI (1985-1986) menyebut tentang Yakjuj dan Makjuj sebgai berikut:

Adapun Yakjuj dan Makjuj yang di maksudkan dengan Yakjuj adalah suku bangsa Tatar dan yang dimaksudkan dengan Makjuj adalah bangsa Mongol. Kedua-duanya berasal dari seorang ayah yang bernama Turk. Mereka mendiami bahgian utara dari benua Asia yang terbentang diantara negara China sebelah timur, wilayah Tibet sebelah selatan, laut beku sebelah utara, dan negara Turkistan sebelah barat. 

Ahli-ahli sejarah Arab dan barat menerangkan suku bangsa ini sering mengadakan penyerbuan pada bangsa-bangsa di sekitarnya, pada saat-saat berlainan. Mereka sering menimbulkan kerusakkan di muka bumi dan membinasakan beberapa bangsa. Mereka adalah satu bangsa yang biadab yang pernah turun kebukit-bukit yang tinggi di Asia Tengah dan terus mengadakan serangan ke benua Eropah, di antara bangsa-bangsa Thihith, Sumarian dan bangsa Hunt. Dan sering pula mereka mengadakan serangan di negeri Tiongkok dan benua Asia sebelah barat yang menjadi tempat kediamannya para Nabi ….Yakjuj dan Makjuj iaitu bangsa Tatar dan Mongol yang mendiami Asia Tengah.

As-Sa’di menyebut Yakjuj dan Majuj adalah sebuah bangsa yang besar berasal daripada keturunan Yafits bin Nuh, termasuk wilayah Turki dan yang lain-lainnya. Begitu juga disebutkan dalam Tafsir al-Maraghi sebagai berikut:

Yakjuj adalah Tatar dan Makjuj adalah Mongol. Mereka berasal daripada satu bapa yang bernama Turk, dan bertempat tinggal di bahgian utara Asia negara mereka memanjang dari Tibet ke China sampai kelaut Baku Utara; barat sampai ke negeri Turkistan.

Para pakar sejarah Arab dan Perancis mengatakan, dalam berbagai zaman, bangsa-bangsa ini sering menyerang bangsa-bangsa tetangga. Mereka sering mengadakan kerusakkan di muka bumi dan menghancurkan bangsa-bangsa. Di antara mereka ada bangsa-bangsa buas, turun dari bukit dari Asia Tengan dan pergi ke Eropah pada masa dulu, seperti bangsa Smith, Sumeria dan Hun. Mereka banyak menyerang negeri-negeri China dan Asia Barat yang merupakan tempat menetap para Nabi.

Maulana Yusuf Ali (1983) dari tafsir al-Qurannya mengatakan Yakjuj dan Makjuj adalah bangsa Asia Tengah, mereka membuat jalan dan menetap membentuk kerajaan. Suku-suku ini yang berpindah ke arah barat dikenal oleh bangsa Yunani dan Romawi sebagai Scythian (nenek moyang orang Rusia atau ras Slava), suku yang dikenal sebagai sakasun (Saxon). Baik Scythian mahupun Saxon adalah nenek moyang orang Eropah. Suku bangsa Asia Tengah yang berpindah kearah timur di kenali sebagai bangsa Cina dan Mongol.

Abu Kalam Azad dalam bukunya yang berjudul Yas’alunakan Min Zulqarnain, menyebut suku Scythian/Scythia dengan sebutan ‘Sitahin’. Abu Kalam azad menyebut pada tahun 700 SM, muncul suku Sitahin di atas panggung sejarah, lalu menyerang daerah-daerah di Asia Barat. Di antaranya serangan yang terjadi pada tahun 20 SM. Mereka melewati celah-celah Darial di pergunungan Kaukasus sebagai tanda garisan depan dari pasukan yang kejam itu sampai Ninoi (mungkin Ninive) dan seperti biasa, memusnahkan Azerbaizan, Mazandran, Jailan dan Kurdistan.

Mohammad Khair Ramadan Yusuf dalam bukunya yang berjudul SejarahOtentik Zulqarnain: Panglima Panakluk dan Raja yang Shalih, (1986,h.252) dennagn mengutip pendapat Dr. Abdul ‘Alim Hidhir, menyebut tentang bangsa Barbar yang sering menyerang peradaban lembah Sungai Kuning China. 

Gerombolan penyerang itu bernama ‘Hiongno’ atau biasa disebut ‘Xiongno’ iaitu:
“…keamanan negeri China digoncangkan oleh munculnya pasukan baru dari Mongol yang bengis. Orang china menamakan orang bengis itu dengan nama Hiongni.. dan raja China tidak menemukan jalan selain membangunkan Benteng China yang besar (The Great Walls) yang diperbuat daripada batu bagi mencegah serangan suku Sitahin yang menuju daratan China dengan menyeberangi Gurun Ghobi…dengan begitu berhentilah serangan suku Sitahin kerana adanya Benteng (tembuk) China itu. Tetapi, akhirnya mereka menuju kearah Asia Tengah.

Sumber: 

Tuesday, 7 January 2014

3. Ilmu Ini Tiada Di Universiti: Asal Usul Manusia. 


Betapa Payahnya Malaikat Meminta Tanah Dari Bumi


Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada Malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam. Akan tetapi apabila beliau sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam kerana bumi kuathir Adam akan melakukan maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Allah memberitahu bahawa ia tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendengar sumpah bumi. 

Setelah itu, Allah memerintah malaikat Mikail. Jawapan bumi masih sama lalu Allah memerintahkan Malaikat Israfil dan jawapan bumi masih tidak berganjak. 

Masing-masing kembali dengan jawapan yang hampa. Akhirnya, Allah menyuruh Malaikat Izrail turun ke bumi. Kata Allah:

“Hai Izrail! Engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjamu atas perintah dan atas namaKu.” 

Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya bumi mengizinkan tanahnya diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah ia ke hadrat Allah. 

Lalu Allah berfirman: “Ya Izrail, pertama engkau yang Ku tugaskan mengambil tanah dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut roh manusia.” 

Maka kuathirlah Izrail kerana bimbang akan dibenci oleh umat manusia. 

Lalu Allah berfirman lagi: “Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu. Aku yang mengaturnya dan aku jadikan kematian mereka itu bersebab antaranya terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya.

JENIS TANAH YANG DIGUNAKAN:

1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Muqaddis
2. Tanah Bukit Tursina
3. Tanah Iraq
4. Tanah Aden
5. Tanah Al-Kautsar
6. Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah
7. Tanah Paris
8. Tanah Khurasan
9. Tanah Babylon
10. Tanah India
11. Tanah syurga
12. Tanah Tha’if

Menurut Ibnu Abbas: 

1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis kerana disitulah berada otak manusia dan disitulah tempatnya akal. 

2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat. 

3. Dahinya dari tanah Iraq,kerana disitu tempat sujud kepada Allah. 

4. Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan. 

5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian. 

6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis. 

7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah,untuk mencari nafkah dan kerjasama,sesama manusia. 

8. Tangan kirinya dari tanah Paris,tempat beristinjak. 

9. Perutnya dari tanah Babylon. Disitulah tempat seks(berahi) dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa. 

10.Tulangnya dari tanah Bukit Thursina,alat peneguh tubuh manusia. 

11.Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan. 

12. Hatinya dari tanah syurga Firdaus,kerana disitulah iman, keyakinan,ilmu, kemahuan dan sebagainya. 

13.Lidahnya dari tanah Tha’if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan berdoakan kepada Tuhan.

PROSES KEJADIANNYA:

1. Ketika Allah jadikan Adam, tanah itu dicampur dengan air tawar, air masin, air hanyir, angin dan api. Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam “sifat”

2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman “Jabarut” kemudian diletakkan didalam “Alam Malakut”

3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan “tubuh Adam” adalah tanah pilihan Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah dan wangi-wangian dari sifat Nur sifat Allah, dan dirasmikan dengan air hujan “Barul Uluhiyah.”

4.Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air “Kudral-Izzah- Nya” iaitu sifat “Jalan dan Jammal.”  Lalu terciptalah tubuh Adam yang sempurna.

5.Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia merasa malas dan enggan, lalu ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar. Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk. Akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail.

Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit manusia. Setelah Adam diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai peringatan, yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia. Oleh itu, meskipun orang kulitnya hitam,tetapi warna kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan.

Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang. Tujuh buah liang dikepala dan dua buah liang di bawah badan letaknya. Tujuh buah letaknya adalah di: 

1. Kepala: dua liang mata, Dua liang telinga, Dua liang hidung dan sebuah liang mulut. 
2. Dibawah: Sebuah liang kemaluan dan liang dubur. 

Dijadikan pula lima buah pancaindera: 

1. Mata alat penglihatan 
2. Hidung alat penciuman 
3. Telinga alat pendengaran 
4. Mulut alat merasa manis, masin dan sebagainya. 
5. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk merasa halus, kasar dan sebagainya.


Setelah Roh masuk kedalam tubuh Adam: Lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun. 

Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam. 

Setelah roh meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya dan seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri, ke kanan dan kebawah dimana pada masa itu bahagian badannya masih merupakan tanah keras. 

Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia. Ketika itu dia telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara yang merdu dan mengasyikkan. Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka. Ketika itulah Allah ajarkan padanya ucapan Alhamdulillah. Itulah ucapan Adam pertama kalinya kehadrat Allah. 

Lalu Allah berkata :”Yarhamukallah” yang membawa erti: “Semoga engkau diberi rahmat Allah”. Oleh kerana itu jika orang bersin, menjadi sunat mengucap “Alhamdulillah” dan orang yang mendengarnya sunat pula mengucapkan “Yarhamukallah.” 

Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal sebahagian bawah badannya masih tanah dan keras. Disini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). 

Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud: “Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa” .(Al-Israk: II) 

Maka ketika roh itu sampai dibahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresap sampai ke seluruh tubuh, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang. Urat-urat berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian cantik dan halus.

Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam. Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia, maka dialah merupakan makhluk manusia yang pertama. Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum melihat Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni dari langit pertama hinggalah kelangit tujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam dijadikan. (Dipetik dari buku HIMPUNAN KISAH-KISAH MALAIKAT disusun oleh Muhammad Isa Selamat)


Saturday, 15 February 2014

4. Kerajaan Johor Zalim? Rampas Tanah Anak Yatim? 

Selepas solat subuh di Masjidil Haram pagi tadi, secara tiba-tiba saya ditegur oleh seorang lelaki tua dari Johor yang mengenggam tangan saya sangat erat dan kemudiannya memeluk saya. Semasa berbual beliau menyatakan rasa AMAT DUKACITA tentang apa yang berlaku di Negeri Johor dan Tentera Timbalan Setia Negeri Johor atau Johor Military Forces (JMF).

Katanya begitu zalim Kerajaan Johor dan Sultan Johor mengambil tapak yang telah diluluskan dan dikhas untuk pembinaan Rumah Anak-Anak Yatim bagi memindahkan mereka dari tapak asal di Bukit Cagar telah " DIRAMPAS" BAGI membina Kem JMF. Surat kepada Kontraktor bagi membina Rumah Anak Yatim di tapak yang "DIRAMPAS" TELAH dikeluarkan, Namun ianya dibatalkan disebabkan JMF telah mengambil tanah tersebut.

Kesedihannya ialah TIADA AHLI POLITIK DI JOHOR yang berani melawan atau memperjuangkan Nasib Anak-Anak Yatim ini walaupun isu ini telah dimaklumkan kepada beberapa Ahli Dewan Undangan dan JUGA Ahli Parlimen. Mereka HANYA mengambil sikap akur dan berdiam diri kerana nak menjaga "bontot" masing-masing. Pembinaan Kem yang telah mengenepikan kepentingan Anak Anak Yatim di Johor AMAT DIKESALI DAN AMAT MEMALUKAN. 

Jika benar, maka:

APAKAH NASIB ANAK-ANAK YATIM INI DI MASA HADAPAN?

SIAPA YANG AKAN BERANI MEMPERJUANGKAN SUARA MEREKA?

APAKAH HUKUM MENGGANGGU KEPENTINGAN DAN HAK-HAK ANAK YATIM?

MANA PEJUANG-PEJUANG YANG PATUT BERSUARA LANTANG?

APAKAH MEREKA TERLUPA WUJUDNYA HARI AKHIRAT?

Menurut Islam, amatlah dititikberatkan supaya kita menjaga hak anak yatim agar ianya terpelihara. Perkara ini telah dijelaskan di dalam Ayat Al-Quran dan Hadis. 

• Al-Maaa’uun : Ayat 1-2 : “ Tahukah engkau akan orang yang mendustakan agama (meliputi hari pembalasan)? Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim 

• Surah Adh-Dhuha : Ayat 9 - Allah SWT telah berfirman “Adapun terhadap anak yatim, maka janganlah kamu melakukan sewenang-wenangnya.”

• Surah Al-An’am : Ayat 152 – “Dan janganlah kamu hampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang baik(untuk mengawal dan mengembangkannya, sehingga ia baligh (dewasa, serta layak mengurus hartanya dengan sendiri); dan sempurnakanlah segala sukatan dan timbangan dengan adil.”

Sedutan dari fb

Saturday, 1 March 2014

5. Celaka Besar Bagi Orang Yang Zalim. 

Agama debus syiah lalu atas bara api

Daripada Abu Said Al-Khudri ra bahawa rasulullah SAW pernah bersabda:
لا ضرر ولا ضرار

“Tidak boleh melakukan kemudharatan dan tidak pula boleh mengundang kemudharatan (melalui perbuatan yang dilakukan).” – hadis hasan riwayat Daruquthni, Al-Hakim dan Baihaqi.

Ramai orang hari ini terlupa untuk merujuk kepada Islam di dalam kehidupan mereka sehingga tanpa disedari setiap langkah dan saat yang mereka lalui dipenuhi dengan pelbagai kesalahan dan kemudharatan yang berpanjangan baik kepada diri mereka sendiri juga kepada orang yang disekeliling.

Hadis di atas telah diterima oleh para fuqaha dan dijadikan sebagai salah satu usul kaedah di dalam syariah Islamiyah bagi menetapkan pelbagai hukum dan fatwa penting. 

Seterusnya klik sini
Celaka Besar Bagi Orang Yang Zalim

Friday, 29 August 2014


6. Pejuang Melayu Sebelum UMNo - Al-Imam sebagai perintis. 


Al-Imam telah membawa satu wadah perjuangan gerakan reformis Islam di negeri-negeri Melayu. Ramai sejarawan bersetuju bahawa gerakan Islah Islam yang berlaku di negeri-negeri Melayu pada tahun 1906 adalah melalui penerbitan majalah Al-Imam.

Al-Imam bukan satu majalah biasa yang mengutarakan isu-isu yang remeh-temeh, tetapi merupakan satu alat untuk menyedarkan masyarakat Melayu yang alpa ketika itu.

Justeru Al-Imam selayaknya digelar sebagai perintis persuratkhabaran Melayu. Untuk melihat sejauh mana Al-Imam memainkan peranan sebagai perintis, kita perlu melihat 2 perkara yang penting.

Pertama ialah bagaimana Al-Imam memanipulasi isu yang diutarakan iaitu sejauh mana isu yang diutarakan mempengaruhi keseluruhan aspek kehidupan masyarakat dan sejauh mana Al-Imam memberi kesedaran masyarakat tentang masalah mereka. 

Pada dasarnya perhatian Al-Imam adalah pada masalah agama. Namun seperti halnya pemikiran Jamaluddin Afgani dan Muhammad Abduh jurnal ini juga menyinggung masalah politik.

Al-Imam dalam setiap terbitannya sentiasa menyebutkan sebab-sebab kemunduran umat Islam terutamanya bangsa Melayu, dan mengecam sifat-sifat bangsa Melayu yang terkebelakang, dijajah bangsa lain, pemalas, puas dengan dirinya sendiri dan suka berselisih.

Menurut Abd. Aziz Mat Ton, Al-Imam memang menitikberatkan masalah sosial, ekonomi dan politik.

Disini dapat disimpulkan bahawa perkara pokok yang cuba diketengahkan adalah mengenai kemunduran orang Melayu ketika itu dan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengatasi masalah ini. 

Berdasarkan artikel dalam Al-Imam aspek utama kemunduran orang Melayu ialah ekonomi. Orang melayu memang amat tertinggal dalam bidang ekonomi walaupun tinggal dalam negeri sendiri.

Kemunduran dalam ekonomi inilah telah meyebabkan mereka mundur dalam semua hal. Orang melayu mundur dalam bidang sosial, mereka juga mundur dalam bidang politik.

Mengapa kemunduran ekonomi telah mempengaruhi kesemua aspek lain?

Hal ini kerana kuasa ekonomi itu telah menjadi satu senjata yang cukup ampuh.

Orang yang menguasai ekonomi adalah orang yang kuat seperti kaum penjajah dan kaum imigran. Tetapi orang Melayu boleh dikatakan menumpang ekonomi orang luar ini. Mereka menumpang kerana bergantung kepada golongan ini.
Keruntuhan dalam bidang ini telah menyebabkan minda orang melayu tertutup, seterusnya mereka terus tertinggal dalam semua bidang. Al-Imam cuba mengupas semua masalah ini supaya dapat diatasi.

Perkara sosial yang disentuh ialah pendidikan orang Melayu, kemajuan madrasah-madrasah, emansipasi wanita dan perpaduan orang Melayu.

Dari awal lagi Al-Imam telah menekankan akan pentingnya pelajaran terutamanya pengetahuan mengenai ilmu sejarah yang menurutnya merupakan sebagai kunci untuk kesedaran dan kemajuan satu-satu bangsa.
Al-Imam memberikan banyak cadangan untuk memajukan pendidikan orang Melayu.

Antaranya meminta kerajaan membina sebuah atau lebih sekolah pada tiap-tiap negeri untuk kegunaan anak negeri sahaja. Kerajaan juga mestilah membiayai sekolah-sekolah itu sepenuhnya iaitu gaji gurunya, belanja buku-buku dan keperluan sekolah yang lain.

Al-Imam juga mencadangkan sistem sekolah ditukar kepada sistem yang lebih baik iaitu terdapat peringkat-peringkat sekolah yang memudahkan sistem pengajian. 

Al-Imam juga menegur bangsa Melayu yang tidak mahu bersatu padu. Menurut Al-Imam apa yang menyebabkan mereka tidak bersatu padu ialah kejahilan mereka dalam memahami kehendak agama Islam yang sebenarnya, dan juga sikap orang Melayu sendiri yang suka sentiasa bergantung kepada usaha-usaha bangsa lain dalam kebanyakkan hal terutamanya mengenai ekonomi. Ini merupakan penyakit bangsa Melayu yang telah menyebabkan mereka tidak bersatu, hasad dengki, dan tamak. 

Dari aspek politik pula, Al-Imam memang menyindir pihak penjajah British serta raja-raja dan pembesar Melayu. Mereka diingatkan untuk memelihara kepentingan orang Melayu. Hal ini berkaitan dengan masalah-masalah orang Melayu yang disebutkan tadi.

Faktor lain yang menyebabkan melayu mundur ialah sikap raja dan pembesar Melayu yang tidak bertanggungjawab. Mereka hanya mementingkan pangkat dan wang sahaja sehinggakan mereka sanggup menjadi hamba penjajah.
Al-Imam menegaskan bahawa, oleh kerana mereka meninggalkan tanggungjawab yang sebenarnya maka telah meninggalkan balak yang menimpa diatas kita dan mendatangkan beberapa tuduhan orang diatas umat kita. 
Al-Imam dilihat menyalahkan kedua-dua pihak.

Penjajah dikatakan salah kerana mereka hanya menjajah dan mengaut kesemua hasil negeri-negeri Melayu.
Manakala raja-raja Melayu disalahkan kerana mereka ini bodoh. Mereka tidak mampu berfikir lebih tinggi sedikit pun daripada kanak-kanak kecil.

Mengapa boleh berkata demikian?

Hal ini mereka hanya mementingkan kesenangan mereka tanpa memikirkan keadaan rakyat.

Mereka sanggup menggadai negeri sendiri seolah-oleh mereka ini tidak tahu membezakan buruk dan baik sesuatu perkara itu.

Satu lagi saya ingin tambah ialah sikap raja Melayu yang dikatakan ’berjiwa rakyat’ itu tidak pernah tahu berkorban untuk negara. Yang mereka tahu ialah rakyat yang perlu berkorban untuk negara.
Al-Imam telah mengecam sikap raja Melayu yang begitu suka menggunakan kedudukannya.

Menteri telah menggunakan kuasa mereka, kedudukan mereka dan kemudahan yang ada pada mereka dengan sewenang-wenangnya sehingga menganiayai rakyat sendiri.

Rasuah pula sudah menjadi perkara biasa dan mereka tidak memikirkan akan akibatnya asalkan wang ringgit banyak saja jadinya.

Kecaman Al-Imam mengenai rasuah ini walaupun nampaknya disampaikan secara lembut, sebenarnya kecaman itu adalah merupakan kritikan yang tajam lagi pedas keatas pemerintah Melayu dan secaratidak langsung kepada pihak British. 

Seterusnya dalam kecaman-kecaman itu Al-Imam telah menyoal adakah raja-raja Melayu tidak sedar akan apa yang dilakukan oleh orang besar-besarnya serta menteri-menterinya yang semata-mata zalim dan kebanyakkannya a Moncery of Justice. Al-Imam menjelaskan bahawa oleh kerana raja-raja terlalu mewah hidupnya maka tidak sedar akan hal rakyat mereka sendiri, seolah-olah rakyat itu dianggap sebagai orang yang senang seperti mereka juga, padahal yang sebenar-benarnya adalah tidak sekali-kali.

Tambahan pula tidak ada sungutan atau aduan daripada rakyat yang secara terus terang dan secara langsung.
Lagipun mereka sengaja tidak mahu memahami keadaan sebenar hidup rakyat. Begitulah Al-Imam menggambarkan keadaan raja Melayu dan masyarakat Melayu ketika itu. 

Semua yang dihuraikan diatas ialah antara perkara yang diutarakan oleh Al-Imam. Secara kritis, Al-Imam telah mengupas mengenai masalah orang Melayu.

Akhbar ini merupakan akhbar melayu pertama yang mengandungi pemikiran yang menyeru kepada perubahan sosial dalam masyarakat dengan memasukkan unsur-unsur politik dalam tulisan yang diterbitkan.

Keberanian Al-Imam juga terserlah apabila berani mempertikaikan peranan raja yang hanya pada nama itu sahaja.
Berbeza dengan majalah Melayu yang terbit sebelum ini, tidak ada satu asas yang kukuh untuk memperjuangkan nasib orang Melayu. Terdapat banyak majalah dan surat khabar Melayu ang terbit sebelum Al-Imam.

Dalam tempoh 30 ahun selepas 1876, terdapat tidak kurang daripada 16 buah surat khabar dan majalah dalam bahasa Melayu yang diterbitkan, tujuh buah di Singapura, lima buah di Pulai Pinang dan empat buah di Perak.

Walaupun tidak dapat dinafikan bahawa akhbar lain sebelum Al-Imam memberi sumbangan, tetapi akhbar ini tidak boleh dikatakan perintis.

Hal ini kerana isu yang diutarakan tidak memberi kesan yang mendalam kepada masyarakatnya. Al-Imam itu boleh diibaratkan cahaya.
Akhbar Al Khaleej
Dalam tahun 1906 apabila Al-Imam menuliskan 26 macam faedahnya surat khabar termasuk diantaranya: 
Cahaya akal dan gemala fikiran...
cermin bagi yang berlaku...
dan
Pelayan segala hikmah dan 
pengingat bagi yang lalai... 
dan petunjuk bagi yang sesat...
dan penolong orang yang lemah dan penjaga segala umat... 
dan permedanan bagi segala perbahasan.

Al-Imam dikatakan perintis kerana mempunyai pengaruh yang kuat kepada masyarakat. Dalam kontek ini pengaruh Al-Imam bukan sahaja terdapat di negeri-negeri Melayu, malah telah tersebar keseluruh Nusantara.

Sambutan kepada seruan Al-Imam itu jelas dapat dilihat dari banyaknya wakil pengedar untuk menjadi langganan majalah tersebut. Malah sambutan tersebut memungkinkan Al-Imam di cetak di mabtaahnya sendiri iaitu tiga bulan selepas muncul jilid yang pertama. Melalui mabtaah ini juga Haji Abbas Mohd Taha menerbitkan bukunya yang pertama pada tahun 1906 yang berjudul Kitab Sempurnaan Pelajaran.

Begitu juga dengan Syed Sheikh al-Hadi, bukunya Pemeliharaan dan Pelajaran diterbitkan melalui Al-Imam Printing Co. Ltd. Pada tahun 1908. Kesan daripada penerbitan Al-Imam adalah amat besar.

Al-Imam mendorong kepada penulisan buku oleh pengarang Melayu. Sambutan hangat juga menunjukkan Al-Imam telah berjaya menyebarkan kritikan dan saranan kaum muda terhadap masyarakat Melayu. 

Selain itu majalah atau akhbar sebelum Al-Imam tidak membincangkan masalah orang Melayu secara menyeluruh. Maknanya, masalah mengenai orang Melayu hanyalah dibicarakan secara luaran.

Tetapi dalam Al-Imam masalah yang diutarakan ini meliputi semua aspek kehidupan masyarakat. Masyarakat perlu sedar tentang keadaan mereka sebenar. Mereka tidak boleh bergantung kepada orang lain semata-mata. Al-Imam berjaya menyampaikan mesej ini kepada masyarakat Melayu.

Jadi inilah perintis yang dimaksudkan. Perintis yang memberikan sumbangan yang besar. Sumbangan yang terkesan dalam masyarakat. 

Al-Imam terpaksa diberhentikan selepas 3 tahun iaitu Disember 1908. Tetapi semangat yang dibawakan oleh Al-Imam tidak padam begitu sahaja. Semangat yang dibawakan oleh Al-Imam diteruskan oleh pelopornya dalam beberapa akhbar lain seperti Neraca (1911-1915), al-Ikhwan (1926-1928), dan Saudara (1928-1940).

Akhbar Neraca juga diterbitkan di Singapura dan Saudara diterbitkan di Pulau Pinang setelah Syed Sheikh berpindah kesana. Ketiadaan konkongan ketat daripada ulama tua yang wujud di negeri-negeri beraja membolehkan Kaum Muda bergerak bebas di jajahan selat. Walaupun nama Al-Imam telah mati, tetapi al-Imam tetap wujud.

Apa yang dibawakan oleh Al-Imam diteruskan oleh akhbar yang terbit selepasnya. Al-Imam juga mempengaruhi tokoh pemikir Melayu seperti Za’ba. Za’ba mula terlibat secara serius dalam penulisan majalah mulai awal 1917.

Melalui penulisanya Za’ba juga menggesa orang Melayu mengubah sikap dan tidak mempercayai tafsiran ulama-ulama tua yang menyatakan bahawa meniru orang kafir itu berdosa. 

Apa yang dapat kita lihat sekarang ialah Al-Imam adalah merupakan anak tangga pertama dalam gerakan nasionalis Melayu di negeri-negeri Melayu. Dan adalah kurang tepat kalau kita katakan bahawa skop perjuangannya hanya semata-mata terhad dalam bidang agama sahaja.

Sebagai lidah rasmi gerakan nasionalis yang pertama, Al-Imam telah berjasa kerana memberi kesan yang besar dalam perkembangan pemikiran masyarakat Melayu. Al-Imam menjadi perintis kepada persuratkhabaran Melayu kerana Al-Imamlah majalah yang mengerakkan semangat perjuangan orang Melayu. 

Sumber: 

Monday, 17 March 2014
Anwar Pula Dipersalahkan Kehilangan MH370. 

KAJANG - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan kehilangan MH370 impak daripada kesedihan juruterbangnya, Kapten Zaharie Ahmad Shah susulan keputusan Mahkamah Rayuan yang mensabitkan beliau bersalah dan dipenjara lima tahun.

Anwar meminta dirinya tidak dikaitkan dengan insiden yang memilukan hati seluruh dunia.


"Pesawat hilang sebab juruterbang kecewa saya dipenjara, ingatkan main-main rupanya mereka serius tuduh saya.


"Agensi-agensi media asing seluruh dunia mempersoalkan juruterbang sangat sedih dan bertindak melarikan pesawat  sebab Anwar kena hukum penjara lima tahun," katanya dalam ceramah di Sungai Chua, semalam.


Anwar yang juga Ketua Umum PKR berkata, situasi tersebut bukan sahaja juruterbang (Kapten Zaharie) sedih malah jutaan rakyat Malaysia turut berkongsi rasa sama.


"Tapi bukan luah rasa sedih dengan bertindak mencuri kapal terbang. Pemandu teksi pun sedih juga tapi tak pula pergi langgar orang.


"PRK ini antara Azizah dan Mei Fun, bukan soal peribadi dan kita bukan serang polisi," katanya.


Sebelum ini sebuah akhbar tabloid antarabangsa, Daily Mail melaporkan, kemungkinan teori pesawat tersebut dirampas sebagai protes terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mensabitkan Anwar bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.


Akhbar Britian itu mendedahkan, beberapa jam sebelum berlepas dengan pesawat Boeing 777-200ER (9M-MRO)  ke Beijing, Kapten Zaharie turut hadir ke mahkamah pada 7 Mac untuk menyatakan sokongan terhadap Anwar.


Semalam, pimpinan PKR mengakui Kapten Zaharie Ahmad Shah hanya ahli PKR namun menolak spekulasi yang beliau terlibat dalam konspirasi rampasan pesawat Malaysia Airlines MH370.



Naib Presiden PKR, Tian Chua menegaskan, kehilangan pesawat ini tidak ada kena mengena dengan PKR dan tuduhan ini tidak relevan.

Sumber: 

Anwar Pula Dipersalahkan Kehilangan MH370

Wednesday, 25 February 2015

7. Kaitan Menara KLCC dan Freemanson. 

1. Ia dibina di kawasan yang digelar sebagai 3 bermuda emas di Kuala Lumpur.

2. Dibina oleh Cesar Pilli. Cesar Pilli yang lahir pada tahun 1926 ini merupakan seorang bekas Dean di Universiti Yale. Merupakan Ahli tertinggi dalam Freemansony dan juga merupakan seorang Architecture yang sangat penuh dengan kontroversi dalam bangunan-bangunan yang berkait rapat dengan illumunati dan freemason. Number atau Koding @ Code yang digunakan oleh ahli freemason untuk menyampaikan sesuatu pada ahli-ahlinya yang lain.

Sebagai contoh, 6 adalah number kegemaran bagi dajjal, termasuk the 999, atau 666.
Manakala 11 pula adalah bermaksud peyembah lucifer atau Peyembah Syaitan.
11 juga adalah angka yang paling disukai oleh ahli sihir dan pegikut dajjal.
Pengunaan number 10 adalah bermaksud Tuhan.

Antara konspirasi terbesar, Runtuhan Dajjal Gate iaitu World Trade Center (WTC) pada 9/11, ia adalah tanda dan satu tindakan yang mencabar Tuhan. Kerana tarikh dan number adalah perkara yang amat penting dalam golongan illumunati dan freemason.

Sebagai satu pelajaran kita bersama, tarikh WTC di robohkan adalah 11 September atau 9/11 atau dengan perkataan ia bermaksud 9 adalah number yang mewakili manusia dan ia akan berbunyi begini Manusia Melangkah Tuhan Dan Meyembah Lucifer/Syaitan/Iblis.

Antara Number atau Conggakan lain yang memabawa maksud kepada Illuminati dan freemason adalah 13, 33, 39.

Diharap anda dapat memahami perkara ini walaupon sedikit. Sekarang, mari kita lihat angka-angka masonic @ freemanson yang ada dan terdapat pada KLCC mercu tanda kebanggaan negara.

3. Tarikh Dibina 1992. 1 + 9 = 10 / 9 + 2 = 11.

Bermaksud "Tuhan Peyembah Lucifer".

4. KLCC Siap Dibina 1998. Dan 8 + 1 = 9. Oleh itu ia akan menjadi 999/666 yang kita tahu sebagai "Number of the Dajjal".

5. Ketinggian Klcc adalah 452. Oleh itu 4 + 5 + 2 = 11. "Peyembah lucifer/Iblis".

6. Terdapat 88 tingkat. Number 88 dikenal pasti sebagai "E (8) x E (8)" Ia diangap sebagai Time Travel Theory @ Gerbang ke dimensi yang ke empat @ pintu ke alam lain.

Ini adalah kontroversi yang terbesar, setelah ramai yang tahu tentang freemason dan sejarah mereka THE GATE, Malaysia muncul dengan idea untuk membuat 2 Bangunan 88 tingkat yang sama seperti apa yang tertulis di kitab the book of the law, no. 88 adalah wisdom light lodge yang bermaksud Membuat Cahaya Kebijaksaan Dajjal.

7. Keluasan adalah 4252 sq ft. Oleh itu 4 + 2 +5+2 = 13. Number 13 adalah signature kepada illuminati. Ia juga adalah Number bagi "The Eye Of Horus/Harus."

8. Abjad KLCC. Adakah Nama KLCC itu di pilih secara kebetulan? Tidak, mereka sudah rancang perkara ini. Jika anda rajin, cuba anda kira nombor serta abjad ABC – XYZ manakala A mewakili 1, B mewakili 2, dan C = 3 sampailah ke z. Tapi saya tahu anda terlalu malas untuk berfikir dan buat perkara itu, jadi saya akan kirakan untuk anda.

Number dan Abjad.

K = 11 L = 12 C = 3 C = 3 Jadi, KLCC = 1+1+1+2+3+3 = 11. Peyembah Lucifer. ATAU K L C C 11 + 12 + 3 + 3 = 39. Nombor bagi Illuminati. Segalanya Mereka (Tentera Dajjal) sudah tetapkan untuk kita. Bagi sesiapa yang faham konsep kiraan ini, cuba kira berapakah angka untuk Perkataan UMNO.

9. Suria KLCC. Suria yang juga bermaksud Matahari. Seperti yang saya katakan di atas, Matahari di anggap tuhan oleh Masyarkat kuno Egypt. Dan kini ia menjadi lambang kepada shopping complex di bawah KLCC ini. jika kita lihat logo Suria KLCC ia juga berbentuk matahari. Jalur-jalur yang membentuk matahari ini juga sama seperti logo freemason.

[sumber

Kaitan Menara KLCC dan Freemanson


Friday, 19 January 2018
8. Hadi Wang yang hipokrit - Ameno sedar bahawa keputusan pru akan datang, tidak lagi akan memihak kepada mereka.

Strategi untuk menarik semula para pengundi kepada ameno sudah hampir mustahil kerana najib gagal untuk memulihkan poket rakyat yang telah koyak rabak.

Hanya yang mampu ameno lakukan ialah memastikan berlakunya pertandingan three corner fight dalam pru nanti.

Ini bagi memastikan undi kepada pihak lawan terbahagi kepada dua dan ameno boleh meraih kemenangan.

Tugas pas ialah memecahkan undi pihak pembangkang.

Saya bagi contoh begini...

Katakan lah pengundi adalah 7 orang.

4 menyokong pembangkang dan 3 menyokong ameno.

3 undi itu sudah pasti ameno kalah dan untuk menarik seorang penyokong pembangkang untuk menyokong ameno adalah perkara yang mustahil.

Apa yang ameno lakukan ialah wujudkan satu lagi pihak didalam pembangkang untuk bertanding dan pembangkang menjadi pecah dua dan masing masing hanya meraih 2 undi dimana ameno masih kekal 3 undi.

Ameno mampu menang dengan 3 undi yang masih ada denganya seandainya pembangkang berpecah 2.

Strategi ini memang bijak namun begitu Tun telah berjaya menepis nya dengan bertanya kepada Hadi Wang satu soalan mudah.

Tun bertanya sekiranya Hadi Wang mahu menjadi pihak pakatan ke 3 didalam pru nanti maka siapakah Hadi Wang mahu letakkan calon sebagai bakal perdana menteri.

Ini kerana setiap pakatan perlu mengenengahkan calon perdana menteri mereka untuk meyakinkan rakyat bahawa parti mereka wajar diberi peluang untuk memerintah negara.

Disini Hadi Wang terperangkap kerana sudah pasti Hadi Wang akan malu malu xxxx untuk meletakkan dirinya sebagai calon PM kerana akan nampak pula seolah-olah dia gila jawatan.

Maka apabila Hadi wang tidak berani menyebut calon perdana menteri pilihannya maka rakyat nampak bahawa hadi wang bukanlah serius untuk memerintah negara tetapi sebaliknya hanya mahu memberi kemenangan kepada ameno melalui strategi pecah dan perintah...


رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين

Daftar Isi Al-Quran dan Terjemahan - Silakan Klik untuk membacanya:
  1. Surat Al Fatihah (Pembukaan)
  2. Surat Al Baqarah (Sapi Betina)
  3. Surat Ali 'Imran (Keluarga 'Imran)
  4. Surat An Nisa' (Wanita)
  5. Surat Al Ma'idah (Hidangan)
  6. Surat Al An'am (Binatang Ternak)
  7. Surat Al A'raf  (Tempat Tertinggi)
  8. Surat Al Anfal (Rampasan Perang)
  9. Surat At Taubah (Pengampunan)
  10. Surat Yunus (Nabi Yunus A.S.)
  11. Surat Hud (Nabi Huud A.S.)
  12. Surat Yusuf (Nabi Yusuf A.S.)
  13. Surat Ar Ra'd (Guruh)
  14. Surat Ibrahim (Nabi Ibrahim A.S.)
  15. Surat Al Hijr (Daerah Pegunungan)
  16. Surat An Nahl (Lebah)
  17. Surat Al Israa' (Memperjalankan Di Malam Hari)
  18. Surat Al Kahfi (Gua)
  19. Surat Maryam (Maryam)
  20. Surat Thaha (Thaahaa)
  21. Surat Al Anbiya' (Kisah Para Nabi)
  22. Surat Al Hajj (Ibadah Haji)
  23. Surat Al Mu'minun (Orang Mukmin)
  24. Surat An Nur (Cahaya)
  25. Surat Al Furqaan (Pembeda)
  26. Surat Asy Syu'ara' (Penyair)
  27. Surat An Naml (Semut)
  28. Surat Al Qashash (Cerita)
  29. Surat Al 'Ankabuut (Laba-Laba)
  30. Surat Ar Ruum (Bangsa Rumawi)
  31. Surat Luqman (Luqman)
  32. Surat As Sajdah ((Sujud)
  33. Surat Al Ahzab (Golongan Yang Bersekutu)
  34. Surat Saba' (Kaum Saba')
  35. Surat Fathir (Pencipta)
  36. Surat Yaasiin
  37. Surat Ash Shaffat (Yang Bershaf-Shaf)
  38. Surat Shaad
  39. Surat Az Zumar (Rombongan-Rombongan)
  40. Surat Al Mu'min (Orang Yang Beriman)
  41. Surat Fushshilat (Yang Dijelaskan)
  42. Surat Asy Syuura (Musyawarah)
  43. Surat Az Zukhruf (Perhiasan)
  44. Surat Ad Dukhaan (Kabut)
  45. Surat Al Jaatsiyah (Yang Berlutut)
  46. Surat Al Ahqaaf (Bukit Pasir)
  47. Surat Muhammad (Nabi Muhammad SAW)
  48. Surat Al Fath (Kemenangan)
  49. Surat Al Hujuraat (Kamar-Kamar)
  50. Surat Qaaf
  51. Surat Adz Dzaariyaat (Angin Yang Menerbangkan)
  52. Surat Ath Thuur (Bukit)
  53. Surat An Najm (Bintang)
  54. Surat Al Qamar (Bulan)
  55. Surat Ar Rahmaan (Yang Maha Pemurah)
  56. Surat Al Waaqi'ah (Hari Kiamat)
  57. Surat Al Hadid (Besi)
  58. Surat Al Mujadilah (Wanita Yang Mengajukan Gugatan)
  59. Surat Al Hasyr (Pengusiran)
  60. Surat Al Mumtahanah (Wanita Yang Diuji)
  61. Surat Ash Shaff (Barisan)
  62. Surat Al Jumu'ah (Hari Jum'at)
  63. Surat Al-Munafiqun (Orang-Orang Munafik)
  64. Surat At Taghabun (Hari Ditampakkan Kesalahan-Kesalahan)
  65. Surat Ath Thalaaq (Talak)
  66. Surat At Tahrim (Mengharamkan)
  67. Surat Al Mulk (Kerajaan)
  68. Surat Al Qalam (Pena)
  69. Surat Al Haqqah (Kiamat)
  70. Surat Al Ma'arij (Tempat-Tempat Naik)
  71. Surat Nuh (Nabi Nuh A.S)
  72. Surat Al Jin (Jin)
  73. Surat Al Muzzammil (Orang Yang Berselimut)
  74. Surat Al Muddatstsir (Orang Yang Berselimut)
  75. Surat Al Qiyamah (Hari Kiamat)
  76. Surat Al Insaan (Manusia)
  77. Surat Al Mursalat (Malaikat-Malaikat Yang Diutus)
  78. Surat An Naba´ (Berita Besar)
  79. Surat An Naazi´ (Malaikat-Malaikat Yang Mencabut)
  80. Surat 'Abasa (Bermuka Masam)
  81. Surat At Takwir (Menggulung)
  82. Surat Al Infithar (Terbelah)
  83. Surat Al Muthaffifiin (Orang-Orang Yang Curang)
  84. Surat Al Insyiqaaq (Terbelah)
  85. Surat Al Buruuj (Gugusan Bintang)
  86. Surat Ath Thaariq (Yang Datang Di Malam Hari)
  87. Surat Al A´Laa (Yang Paling Tinggi)
  88. Surat Al Ghaasyiyah (Hari Kiamat)
  89. Surat Al Fajr (Fajar)
  90. Surat Al Balad (Negeri)
  91. Surat Asy Syams (Matahari)
  92. Surat Al Lail (Malam)
  93. Surat Adh Dhuhaa (Waktu Dhuha)
  94. Surat Alam Nasyrah /Al Insyirah (Bukankah Kami Telah Melapangkan)
  95. Surat At Tiin (Buah Tin)
  96. Surat Al 'Alaq (Segumpal Darah)
  97. Surat Al Qadr (Kemuliaan)
  98. Surat Al Bayyinah (Bukti Yang Nyata)
  99. Surat Al Zalzalah (Goncangan)
  100. Surat Al 'Adiyat (Kuda Perang Yang Berlari Kencang)
  101. Surat Al Qari'ah (Hari Kiamat)
  102. Surat At Takatsur (Bermegah-Megahan)
  103. Surat Al 'Ashr (Masa)
  104. Surat Al Humazah (Pengumpat)
  105. Surat Al Fiil (Gajah)
  106. Surat Quraisy (Suku Quraisy)
  107. Surat Al Ma'un (Barang-Barang Yang Berguna)
  108. Surat Al Kautsar (Nikmat Yang Banyak)
  109. Surat Al Kafirun (Orang-Orang Kafir)
  110. Surat An Nashr (Pertolongan)
  111. Surat Al Lahab (Gejolak Api)
  112. Surat Al Ikhlas (Memurnikan Keesaan Allah)
  113. Surat Al Falaq (Waktu Subuh)
  114. Surat An Naas (Manusia)
....................................

Tiada ulasan: