Rabu, 21 Februari 2018

7142. 1. Tanah Perkuburan dan Larangannya. 2. Sewaktu jenazah Fatimah r.a di tepi kubur. 3. Peristiwa yang berlaku ketika menguruskan jenazah Rasulullah. 4. 7 hari menjelang wafat Rasulullah SAW. 5. Keadaan lapar Rasulullah SAW. 6. Amalan Untuk Selamat Dari Seksaan Kubur. 7. Kebanyakan seksa kubur itu disebabkan air kencing. 8. Fakta disebalik air kencing bayi lelaki dan perempuan. 9. Sebab Rasulullah SAW melarang kencing berdiri. 10. Subhanallah, Keajaiban Antibiotik Pada Tanah.

7142: 
1. Tanah Perkuburan dan Larangannya. 
2. Sewaktu jenazah Fatimah r.a di tepi kubur. 
3. Peristiwa yang berlaku ketika menguruskan jenazah Rasulullah. 
4. 7 hari menjelang wafat Rasulullah SAW. 
5. Keadaan lapar Rasulullah SAW. 
6. Amalan Untuk Selamat Dari Seksaan Kubur. 
7. Kebanyakan seksa kubur itu disebabkan air kencing. 
8. Fakta disebalik air kencing bayi lelaki dan perempuan. 
9. Sebab Rasulullah SAW melarang kencing berdiri. 
10. Subhanallah, Keajaiban Antibiotik Pada Tanah. 

1. Tanah Perkuburan dan Larangannya. 
Menurut Mazhab Syafi'e, mendirikan sebarang binaan sama ada berupa atap, kubah, rumah, masjid, tambak dan apa jua binaan lainnya di dalam atau di atas kubur di tanah perkuburan awam adalah haram dan binaan itu hendaklah dirobohkan kecuali kubur orang-orang tertentu seperti kubur-kubur para nabi, para syuhada, orang-orang salih dan seumpamanya. Imam at-Tirmidzi telah meriwayatkan daripada Jabir Radhiallahu 'anhu yang bermaksud: 

"Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menegah dari menembok (memplaster) kubur, menulisnya dan mendirikan binaan di atasnya."

Hal ini diperkuatkan lagi dengan perbuatan Sayidina Umar Radhiallahu 'anhu yang merobohkan satu kubah yang dibina di atas kubur dan berkata: "Biar mayat ini dilindungi oleh amal ibadatnya sendiri."

Pengharaman ini adalah kerana dengan adanya binaan tersebut maka akan menyempitkan kawasan tanah perkuburan dan akan menimbulkan kesusahan kepada orang ramai untuk menanam mayat di kawasan itu sedangkan tempat itu adalah hak orang ramai dan bukan hak persendirian, sesiapa sahaja boleh menanam mayat di kawasan itu.

Tetapi jika tanah perkuburan itu adalah hak milik persendirian ahli kubur, maka mendirikan binaan di dalam dan di atas tanah perkuburan adalah makruh dan tidak perlu dirobohkan. 

Begitu juga jika tanah perkuburan itu berada di kaki bukit atau di tanah curam yang ditakuti tanah-tanahnya runtuh, maka boleh didirikan binaan seperti tembok bagi menghalang dari terjadinya tanah susur atau runtuh. Perbuatan seumpamanya ini adalah dibolehkan bagi menjaga maslahat kubur dan tanah perkuburan tersebut.

Terdapat beberapa perkara yang dilarang mengenai kubur ialah:

i. Memakmurkan kubur yang sudah lama dan menjadikannya seolah-olah kubur baru kerana yang demikian boleh mengelirukan orang ramai dan menganggap bahawa kubur itu adalah kubur baru dan dengan demikian menghalangnya untuk menanam mayat di situ.

ii. Menyapu kapur atau plaster (campuran kapur, pasir dan air yang menjadi keras apabila kering untuk melapis dinding) pada kubur kerana perbuatan itu bermaksud hiasan dan kubur bukanlah tempat untuk berhias-hias dan berbangga-bangga.

iii. Menulis, mengukir dan menghias kubur sama ada di bahagian atas kepalanya atau bahagian lain seperti menulis kubur dengan ayat-ayat Al-Qur'an, syair-syair dan kata-kata pujian, meletakkan hiasan jambangan bunga manis, menyimpan rumput-rumput hiasan, meletakkan batu-batu marmar, mengukir dengan ukiran bunga dan sebagainya. Semua perbuatan tersebut tidak memberi manfaat kepada ahli kubur dan merupakan suatu pembaziran. Bagi larangan menulis ayat-ayat Al-Qur'an pula, adalah kerana ayat-ayat Al-Qur'an tersebut akan terdedah kepada pencemaran kehormatan ayat-ayat suci dan tiada jaminan dalam pemiliharaannya. Walau bagaimanapun menulis nama ahli kubur bagi tujuan pengenalan semata-mata adalah dibolehkan bagi pendapat setengah ulama.

iv. Mengucup kubur, mengelilinginya (tawaf), memasang setanggi padanya dan mengambil tanahnya untuk mengubat penyakit.

v. Tidak harus memasang pelita di atas kubur kerana kubur-kubur tidaklah dikehendaki terang dan diterangi dan disuluh dengan lampu sebagaimana masjid-masjid.

vi. Sembahyang di kubur dan menghadap kubur. Ini berdasarkan hadits yang diriwayatkan oleh Imam at-Tirmidzi daripada Abi Marsad Al-Ghanawi bahawa Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam telah bersabda yang bermaksud: "Janganlah duduk di atas kubur dan jangan sembahyang menghadap ke arahnya.

vii. Makan dan minum.

viii. Berkata-kata yang tidak baik.

*Sumber dari pelitabrunei.gov.bn
http://detikislam.blogspot.my/2014/03/tanah-perkuburan-dan-larangannya.html

2. Sewaktu jenazah Fatimah r.a di tepi kubur. 

SEWAKTU JENAZAH FATIMAH R.A diletakkan di tepi kubur, maka Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a berkata kepada kubur, "Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yang kami bawakan kepada kamu? Jenazah yang kami bawa ini adalah Siti Fatimah az- Zahra, anakanda Rasulullah S.A.W." ... Maka jawab kubur, "AKU BUKANNYA TEMPAT BAGI MEREKA YG BERDARJAT ATAU ORANG YG BERNASAB, ADAPUN AKU ADALAH TEMPAT AMAL SOLEH, orang yang banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu TIDAK BERAMAL SOLEH, MAKA DIA TIDAK AKAN TERLEPAS DARI AKU (AKAN AKU LAYAN DIA DENGAN SEBURUK- BURUKNYA)."...

ABU LAITS AS-SAMARQANDI berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari seksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :-
1] Hendaklah ia MEMELIHARA SOLATNYA...
2] Hendaklah dia RAJIN BERSEDEKAH...
3] Hendaklah DIA RAJIN MEMBACA AL-QURAN...
4] Hendaklah dia MEMPERBANYAKKAN MEMBACA TASBIH kerana dengan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari DAN MELAPANGKAN kubur...

ADA PUN EMPAT PERKARA YANG HARUS DIJAUHI IALAH :
1] Jangan BERDUSTA...
2] Jangan MENGKHIANAT...
3] Jangan MENGADU-DOMBA (jangan melaga-laga orang)....
4] Jangan KENCING BERDIRI (Mengakibatkan tubuh-badan dan pakaian tidak bersih)... Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud : "Bersucilah kamu semua dari KENCING, kerana sesungguhnya kebanyakan seksa kubur itu berpunca dari KENCING..".... [Hadith Riwayat Muslim]...

KUBUR TIDAK MEMANDANG ADAKAH ORANG ITU ORANG MISKIN, ORANG KAYA, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut AMAL SOLEH yang dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini... Jangan sekali-kali kita berfikir bahawa kita akan dapat menjawab setiap soalan yang dikemukakan oleh dua malaikat Mungkar dan Nakir dengan cara MENGHAFAL JAWAPANNYA.... Seseorang itu tidak akan dapat menjawab setiap soalan di alam kubur, jikalau dia tidak meLAKUKAN AMAL SOLEH..... sebab yang akan menjawab SOALAN MALAIKAT, ialah amalnya sendiri, bukan mulutnya....

sumber facebook
http://detikislam.blogspot.my/2013/05/sewaktu-jenazah-fatimah-ra-di-tepi-kubur.html

3. Peristiwa yang berlaku ketika menguruskan jenazah Rasulullah. 

Apabila Rasulullah s.a.w. baru saja wafat, adalah diriwayatkan bahawa ketika Sayyidina Ali Bin Abu Talib r.a meletakkan jasad baginda diatas tempat tidurnya, tiba-tiba terdengar suara ghaib dari penjuru rumah berseru dengan nada tinggi: Jangan kamu mandikan jenazah Muhammad, kerana ia adalah orang yang suci lagi pula membawa kesucian!” 

Ali curiga terhadap suara itu seraya ia bertanya: “Siapakah engkau? Bukankah Rasulullah menyuruh kami memandikannya? 

Tiba-tiba terdengar suara ghaib yang lain berseru sebaliknya: “Hai Ali! Mandikanlah Beliau! Suara ghaib yang pertama itu berasal dari suara iblis yang terkutuk kerana dengki terhadap Muhammad s.a.w. dan ia bermaksud supaya Nabi Muhammad tidak dimasukkan ke dalam liang kuburnya dalam keadaan dimandikan.”

Ujar Ali pula: Semoga Allah membalasi engkau dengan kebajikan dikala engkau memberitahukan, bahawa suara itu berasal dari iblis. Sekarang siapakah pula sebenarnya engkau sendiri?” 

“Aku adalah Khidir. aku datang untuk menzirahi jenazah Muhammad s.a.w.”Jawab suara itu. 

Kemudian Saiyidina Ali r.a pun memandikan jenazah Rasulullah s.a.w. sedang Al Fadhal Bin Abbas dan Usamah Bin Zaid r.a menimbakan air dan malaikat Jibril datang membawa harum-haruman dari syurga. Mereka kapani dan kuburkan beliau di kamar rumah Siti Aishah pada malam Rabu dan ada yang mengatakan pada malam Selasa.

Kewafatan baginda telah menyebabkan kesedihan yang bukan sedikit di kalangan seluruh ummat, lebih-lebih lagi para sahabat yang terdekat. Kata-kata yang dilahirkan oleh para sahabat demi setelah mengetahui kewafatan beliau amatlah mengharukan.

Seketika membuka kain selubung yang menutupi wajah Rasulullah yang baru saja wafat, Syaidina Abu Bakar As Siddiq berkata dengan penuh terharu:

“Demi ayah dan bondaku! Alangkah indahnya hidupmu dan alangkah indahnya matimu! Demi Allah! Sekali-kali tidak akan terkumpul dua kematian atas dirimu. Ada pun mati yang telah ditentukan Allah bagimu, telah kau alami. Dan setelah itu takkan ada lagi kematian yang datang kepadamu buat selama-lamanya!”

Hassan Bin Thabitr.a salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w. yang utama dan penyair Islam yang agung di zaman Rasulullah, telah menerima berita kewafatan baginda dengan berat sekali. Kesedihan yang dirasakannya dapat kita saksikan dari sebuah sajak yang ditinggalkan sejurus kewafatan Rasulullah:

“duhai, engkaulah biji mataku
Dengan kematianmu,
aku menjadi buta
tak dapat melihat 
siapa yang ingin mati sepeninggalmu
biarlah ia mati pergi menemui ajalnya
Aku, hanya risau haru dengan pemergianmu…..”

Tetapi antara banyak orang tentu sekali yang paling merasakan berat atas kewafatan baginda ialah kaum keluarganya yang terdekat seperti puteri baginda yang paling dikasihinya Siti fatimah serta balu-balu baginda terutama Siti Aisyah r.a.

Pernah suatu hari, Ummu Mukminin Siti Aisyah r.a bersenandung dengan suara teharu sambil berdiri di kubur Nabi s.a.aw. Katanya:

“Wahai insan yang tidak pernah memakai sutera
Yang tak pernah tidur diatas tilam yang empuk
Wahai insan yang keluar dari dunia dan perutnya
Tidak pernah kenyang dengan roti dan gandum
Wahai insan yang memilih tikar tempat tidurnya
Wahai insan yang berjaga sepanjang malam tanpa tidur’
Kerana takut sentuhan neraka sa’ir…….”

Ada riwiyatkan sepeninggal ayahnya, orang melihat Siti Fatimah Azzahra selalu berikat kepala, tubuhnya semakin kurus dan matanya membengkak kerana menagis terus menerus, bahkan ia sering tidak sedarkan diri. kepada putera-puteranya ia selalu mengatakan:

“Mana dia ayah yang mencintai kalian itu? Aku tidak pernah lagi melihat dia membuka pintu ini. Kalian tidak akan pernah lagi naik ke atas punggungnya seperti yang biasa kalian lakukan…”

Pohon yang biasanya mendapatkan kasih sayang itu, semakin layu dan mengering………

- sumber dari Tuan Nazirah
http://detikislam.blogspot.my/2012/01/peristiwa-yang-berlaku-ketika.html

4. 7 hari menjelang wafat Rasulullah SAW. 
Minggu, 4 Rabi'ul Awwal 11 H (Seminggu sebelum wafat)

Rasulullah baru saja kembali dari ziarah maqam para sahabat (baqi '), ketika Jibril menemui Beliau dan mengajukan dua pilihan. Apakah Rasulullah menginginkan dunia dan segala isi kandungannya, atau bertemu Allah SWT? Dan Rasulullah Saw memilih pilihan kedua.

Setibanya di rumah, Aisyah ra. menyambut Rasulullah seraya berkata: "Wahai Rasul, kepalaku pusing". Rasulullah-pun tersenyum, "Demi Allah wahai isteriku, kepalaku juga pusing sekali". Lalu Rasulullah bertanya kepada Aisyah sambil bersendagurau, "Apa yang menjadi beban fikiran, bila engkau meninggal duluan sebelum aku?"
Sambil bersenda mesra Aisyah menjawab, "Demi Allah, jika demikian wahai Rasulullah, Engkau tinggal kembali ke isteri-isterimu yang lain". Rasulullah tersenyum mendengar jawapan Aisyah, dan Beliau tidur pada malam itu dalam keadaan sakit. Inilah permulaan sakit Rasulullah yang menyebabkan wafatnya beliau.

Rabu, 7 Rabi'ul Awwal 11 H (Lima hari sebelum wafat)

Seperti biasa Rasulullah mengunjungi isteri-isterinya secara bergilir. Dan setibanya di rumah Maimunah ra, sakit Beliau tiba-tiba bertambah parah. Lalu Rasulullah memanggil isteri-isterinya untuk berkumpul, lalu meminta izin agar boleh dirawat di rumah Aisyah ra. Keadaan Rasulullah semakin parah, beliau terpaksa dipapah oleh Fadhil bin 'Abbas dan Ali bin Abi Talib menuju ke rumah Aisyah, sedang kedua kaki Beliau sudah tidak boleh menapak tanah.

Khamis, 8 Rabi'ul Awwal 11 H (Empat hari sebelum wafat)

Rasulullah meminta dibawakan untuknya tujuh bejana berisi air dari tujuh telaga yang berbeza. Dalam posisi duduk, Rasulullah dimandikan dengan air tersebut. Kerana merasa pusingnya agak berkurang, Rasulullah keluar dan berkhutbah di hadapan umatnya. Dan pada hari itu juga, Rasulullah masih sempat solat maghrib berjamaah bersama para sahabat.

Itu merupakan khutbah terakhir Rasulullah, dan solat terakhir beliau bersama para sahabat dan pengikutnya.

Minggu, 11 Rabi'ul Awwal 11 H (Satu hari menjelang wafat)

Rasulullah membebaskan semua hamba sahayanya, dan menghebahkan seluruh peralatan perangnya kepada kaum muslimin. Tidak ada yang tersisa dari harta Beliau kecuali disedekahkan semuanya.

Isnin pagi, 12 Rabi'ul Awwal 11 H (Hari wafatnya Rasulullah)

Ketika kaum muslimin sedang menunaikan solat subuh berjemaah, dan Abu Bakar ra bertindak sebagai imam. Rasulullah membuka pintu rumahnya yang bersebelahan dengan jamaah solat. Rasulullah tersenyum melihat para sahabatnya mendirikan solat. Beliau teringat perjuangan menyebarkan Islam yang telah beliau tempuh bersama para sahabatnya itu selama 23 tahun.

Abu Bakar dan sebahagian jamaah sedar kalau Rasulullah sedang memperhatikan mereka di depan pintu rumahnya. Nyaris saja Abu Bakar melangkah mundur sebagai isyarat agar Rasulullah mengimami mereka, namun Rasulullah berkata, "Teruskan solat kalian .." Rasulullah tersenyum dan menutup kembali pintu rumahnya.

Itu adalah kali terakhir para sahabat melihat Rasulullah sebelum beliau wafat. Dan juga kali terakhir Rasulullah melihat para sahabat, dan saat itu mereka dalam keadaan sedang solat.

Isnin, waktu dhuha, 12 Rabi'ul Awwal 11 H (Hari wafatnya Rasulullah)

Fatimah ra., Puteri Rasulullah saw mendatangi beliau, dan duduk di sebelah kanan Rasulullah. "Selamat datang wahai puteriku" Sapa Rasulullah. Lalu beliau membisikkan sesuatu kepada Fatimah, seketika Fatimah menangis. Rasulullah membisikkan untuk kedua kalinya, dan seketika itu pula Fatimah tertawa.

"Apa yang dikatakan Rasulullah saw kepada kamu?" Tanya Aisyah ra.

"Pertama, Rasulullah membisikkan kepadaku; 'Bahawa Malaikat Jibril biasanya menemuinya sekali dalam setahun untuk membacakan ayat-ayat Al-Qur'an. Namun, tahun ini Jibril dua kali menemuinya. Ini mungkin petanda ajalnya sudah dekat '. Makanya aku menangis ". Jawab Fatimah Ra.

Lalu Fatimah melanjutkan, "Yang kedua, Rasulullah menanyakan, 'Apa kamu bersedia menjadi yang pertama dari keluargaku yang akan melanjutkan perjuanganku? Atau bersediakah engkau menjadi 'Ibu bagi orang-orang yang beriman' (ummahatulmukminin)? '. Dan aku tertawa haru mendengar soalan itu ", tuntas Fatimah ra.

Ini adalah dialog terakhir antara Rasulullah dengan putri tercintanya Fatimah Ra.

Isnin, saat-saat wafatnya Rasulullah, 12 Rabi'ul Awwal 11 H

Di saat-saat terakhir, datang Abdurrahman bin Abu Bakar (Abang dari Aisyah ra) dan ia membawa siwak (kayu yang biasa digunakan untuk membersihkan gigi). Aisyah melihat Rasulullah memperhatikan siwak tersebut, dan lewat isyarat isterinya tahu Beliau seperti ingin bersiwak ketika itu. Lalu Rasulullah duduk bersandar di pangkuan Abdul Rahman. Aisyah ra. langsung tanggap dan meminta siwak dari Abdurrahman agar diberikan kepada Rasulullah, dan bersiwak adalah pekerjaan Rasulullah yang terakhir sebelum menemui ajal.

Setelah selesai bersugi, Rasulullah memandang ke atas, dan bibir beliau berkomat-kamit pelan hingga Aisyah ra mendekatkan wajahnya dan mendengar Rasulullah berdo'a;

مع الذين أنعمت عليهم من النبيين والصديقين والشهداء والصالحين, أللهم اغفرلي وارحمني والحقني بالرفيق الأعلى .. أللهم الرفيق الأعلى .. أللهم الرفيق الأعلى .. أللهم الرفيق الأعلى ..

Ertinya:

"Sebagaimana orang-orang yang telah Engkau beri nikmat dari golongan para Nabi, orang-orang yang jujur, para syuhada dan para shalihin. Wahai Allah, ampunilah dosaku, sayangilah aku, dan pertemukan aku dengan-Mu (Kekasihku Yang Maha Tinggi). Wahai Allah, Kekasihku Yang Maha Tinggi .. Wahai Allah, Kekasihku Yang Maha Tinggi .. Wahai Allah, Kekasihku Yang Maha Tinggi ..

Setelah membaca kalimat di atas, Rasulullah membasuh wajahnya dengan air yang terdapat di sisi beliau, dan kembali melafadhkan;

إن للموت لسكرات .. أللهم الرفيق الأعلى .. أللهم الرفيق الأعلى .. أللهم الرفيق الأعلى ..

Ertinya:

"Sesungguhnya kematian itu akan menghadapi 'sakaratulmaut', Wahai Allah, Kekasihku Yang Maha Tinggi .. Wahai Allah, Kekasihku Yang Maha Tinggi .. Wahai Allah, Kekasihku Yang Maha Tinggi .. "

Pada saat malaikat ingin mencabut nyawa Baginda, Baginda masih memikirkan umat-umatnya. Ummati! Ummati! Sampai begitu sekali sayang Rasulullah pada kita.
Lalu Rasululllah-pun menghembuskan nafas terakhirnya ..

Anas bin Malik mengisahkan, "Tiada hari yang paling indah dan cerah selain hari kedatangan Rasulullah saw. ke Madinah. Dan tiada hari yang lebih mendung dan muram daripada hari ketika Rasulullah saw. wafat di Madinah ".

Sumber: 
http://detikislam.blogspot.my/2012/08/7-hari-menjelang-wafat-rasulullah-saw.html

5. Keadaan lapar Rasulullah SAW. 

Muslim dan Tarmidzi telah meriwayatkan dari An-Nu’man bin Basyir ra. dia berkata: Bukankah kamu sekarang mewah dari makan dan minum, apa saja yang kamu mau kamu mendapatkannya? Aku pernah melihat Nabi kamu Muhammad SAW hanya mendapat korma yang buruk saja untuk mengisi perutnya!

Dalam riwayat Muslim pula dari An-Nu’man bin Basyir ra. katanya, bahwa pada suatu ketika Umar ra. menyebut apa yang dinikmati manusia sekarang dari dunia! Maka dia berkata, aku pernah melihat Rasulullah SAW seharian menanggung lapar, karena tidak ada makanan, kemudian tidak ada yang didapatinya pula selain dari korma yang buruk saja untuk mengisi perutnya.

Suatu riwayat yang diberitakan oleh Abu Nu’aim, Khatib, Ibnu Asakir dan Ibnun-Najjar dari Abu Hurairah ra. dia berkata: Aku pernah datang kepada Rasulullah SAW ketika dia sedang bersembahyang duduk, maka aku pun bertanya kepadanya: Ya Rasulullah! Mengapa aku melihatmu bersembahyang duduk, apakah engkau sakit? jawab beliau: Aku lapar, wahai Abu Hurairah! Mendengar jawaban beliau itu, aku terus menangis sedih melihatkan keadaan beliau itu. Beliau merasa kasihan melihat aku menangis, lalu berkata: Wahai Abu Hurairah! jangan menangis, karena beratnya penghisaban nanti di hari kiamat tidak akan menimpa orang yang hidupnya lapar di dunia jika dia menjaga dirinya di kehidupan dunia. (Kanzul Ummal 4:41)

Ahmad meriwayatkan dari Aisyah ra. dia berkata: Sekali peristiwa keluarga Abu Bakar ra. (yakni ayahnya) mengirim (sop) kaki kambing kepada kami malam hari, lalu aku tidak makan, tetapi Nabi SAW memakannya – ataupun katanya, beliau yang tidak makan, tetapi Aisyah makan, lalu Aisyah ra. berkata kepada orang yang berbicara dengannya: Ini karena tidak punya lampu. Dalam riwayat Thabarani dengan tambahan ini: Lalu orang bertanya: Hai Ummul Mukminin! Apakah ketika itu ada lampu? Jawab Aisyah: Jika kami ada minyak ketika itu, tentu kami utamakan untuk dimakan.
(At-Targhib Wat-Tarhib 5:155; Kanzul Ummal 5:155)

Abu Ya’la memberitakan pula dari Abu Hurairah ra. katanya: Ada kalanya sampai berbulan-bulan berlalu, namun di rumah-rumah Rasulullah SAW tidak ada satu hari pun yang berlampu, dan dapurnya pun tidak berasap. Jika ada minyak dipakainya untuk dijadikan makanan. (At-Targhib Wat-Tarhib 5:154; Majma’uz Zawatid 10:325)

Bukhari dan Muslim meriwayatkan pula dari Urwah dari Aisyah ra. dia berkata: Demi Allah, hai anak saudaraku (Urwah anak Asma, saudara perempuan Aisyah), kami senantiasa memandang kepada anak bulan, bulan demi bulan, padahal di rumah-rumah Rasulullah SAW tidak pernah berasap. Berkata Urwah: Wahai bibiku, jadi apalah makanan kamu? Jawab Aisyah: Korma dan air sajalah, melainkan jika ada tetangga-tetangga Rasulullah SAW dari kaum Anshar yang membawakan buat kami makanan. Dan memanglah kadang-kadang mereka membawakan kami susu, maka kami minum susu itu sebagai makanan. (At-Targhib Wat-Tarhib 5:155)

Ibnu Jarir meriwayatkan dari Aisyah ra. katanya: sering kali kita duduk sampai empat puluh hari, sedang di rumah kami tidak pernah punya lampu atau dapur kami berasap. Maka orang yang mendengar bertanya: Jadi apa makanan kamu untuk hidup? Jawab Aisyah: Korma dan air saja, itu pun jika dapat. (Kanzul Ummal 4:3)

Tarmidzi memberitakan dari Masruq, katanya: Aku pernah datang menziarahi Aisyah ra. lalu dia minta dibawakan untukku makanan, kemudian dia mengeluh: Aku mengenangkan masa lamaku dahulu. Aku tidak pernah kenyang dan bila aku ingin menangis, aku menangis sepuas-puasnya! Tanya Masruq: Mengapa begitu, wahai Ummul Mukminin?! Aisyah menjawab: Aku teringat keadaan di mana Rasulullah SAW telah meninggalkan dunia ini! Demi Allah, tidak pernah beliau kenyang dari roti, atau daging dua kali sehari. (At-Targhib Wat-Tarhib 5:14)

Dalam riwayat Ibnu Jarir lagi tersebut: Tidak pernah Rasulullah SAW kenyang dari roti gandum tiga hari berturut-turut sejak beliau datang di Madinah sehingga beliau meninggal dunia. Di lain lain versi: Tidak pernah kenyang keluarga Rasulullah SAW dari roti syair dua hari berturut-turut sehingga beliau wafat. Dalam versi lain lagi: Rasulullah SAW telah meninggal dunia, dan beliau tidak pernah kenyang dari korma dan air. (Kanzul Ummal 4:3)

Dalam riwayat lain yang dikeluarkan oleh Baihaqi telah berkata Aisyah ra.: Rasulullah SAW tidak pernah kenyang tiga hari berturut-turut, dan sebenarnya jika kita mau kita bisa kenyang, akan tetapi beliau selalu mengutamakan orang lain yang lapar dari dirinya sendiri. (At-Targhib Wat-Tarhib 5:149)

Ibnu Abid-Dunia memberitakan dari Al-Hasan ra. secara mursal, katanya: Rasulullah SAW selalu membantu orang dengan tangannya sendiri, beliau menampal bajunya pun dengan tangannya sendiri, dan tidak pernah makan siang dan malam secara teratur selama tiga hari berturut-turut, sehingga beliau kembali ke rahmatullah. Bukhari meriwayatkan dari Anas ra. katanya: Tidak pernah Rasulullah SAW makan di atas piring, tidak pernah memakan roti yang halus hingga beliau meninggal dunia. Dalam riwayat lain: Tidak pernah melihat daging yang sedang dipanggang (maksudnya tidak pernah puas makan daging panggang). (At-Targhib Wat-Tarhib 5:153)

Tarmidzi memberitakan dari Ibnu Abbas ra. katanya: Rasulullah SAW sering tidur malam demi malam sedang keluarganya berbalik-balik di atas tempat tidur karena kelaparan, karena tidak makan malam. Dan makanan mereka biasanya dari roti syair yang kasar. Bukhari pula meriwayatkan dari Abu Hurairah ra. katanya: Pernah Rasulullah SAW mendatangi suatu kaum yang sedang makan daging bakar, mereka mengajak beliau makan sama, tetapi beliau menolak dan tidak makan. Dan Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah SAW meninggal dunia, dan beliau belum pernah kenyang dari roti syair yang kasar keras itu. (At-Targhib Wat-Tarhib 5:148 dan 151)

Pernah Fathimah binti Rasulullah SAW datang kepada Nabi SAW membawa sepotong roti syair yang kasar untuk dimakannya. Maka ujar beliau kepada Fathimah ra: Inilah makanan pertama yang dimakan ayahmu sejak tiga hari yang lalu! Dalam periwayatan Thabarani ada tambahan ini, yaitu: Maka Rasulullah SAW pun bertanya kepada Fathimah: Apa itu yang engkau bawa, wahai Fathimah?! Fathimah menjawab: Aku membakar roti tadi, dan rasanya tidak termakan roti itu, sehingga aku bawakan untukmu satu potong darinya agar engkau memakannya dulu! (Majma’uz Zawa’id 10:312)

Ibnu Majah dan Baihaqi meriwayatkan pula dari Abu Hurairah ra. katanya: Sekali peristiwa ada orang yang membawa makanan panas kepada Rasulullah SAW maka beliau pun memakannya. Selesai makan, beliau mengucapkan: Alhamdulillah! Inilah makanan panas yang pertama memasuki perutku sejak beberapa hari yang lalu. (At-Targhib Wat-Tarhib 5:149)

Bukhari meriwayatkan dari Sahel bin Sa’ad ra. dia berkata: Tidak pernah Rasulullah SAW melihat roti yang halus dari sejak beliau dibangkitkan menjadi Utusan Allah hingga beliau meninggal dunia. Ada orang bertanya: Apakah tidak ada pada zaman Nabi SAW ayak yang dapat mengayak tepung? Jawabnya: Rasulullah SAW tidak pernah melihat ayak tepung dari sejak beliau diutus menjadi Rasul sehingga beliau wafat. Tanya orang itu lagi: Jadi, bagaimana kamu memakan roti syair yang tidak diayak terlebih dahulu? Jawabnya: Mula-mula kami menumbuk gandum itu, kemudian kami meniupnya sehingga keluar kulit-kulitnya, dan yang mana tinggal itulah yang kami campurkan dengan air, lalu kami mengulinya. (At-Targhib Wat-Tarhib 5:153)

Tarmidzi memberitakan daripada Abu Talhah ra. katanya: Sekali peristiwa kami datang mengadukan kelaparan kepada Rasulullah SAW lalu kami mengangkat kain kami, di mana padanya terikat batu demi batu pada perut kami. Maka Rasulullah SAW pun mengangkat kainnya, lalu kami lihat pada perutnya terikat dua batu demi dua batu. (At-Targhib Wat-Tarhib 5:156)

Ibnu Abid Dunia memberitakan dari Ibnu Bujair ra. dan dia ini dari para sahabat Nabi SAW Ibnu Bujair berkata: Pernah Nabi SAW merasa terlalu lapar pada suatu hari, lalu beliau mengambil batu dan diikatkannya pada perutnya. Kemudian beliau bersabda: Betapa banyak orang yang memilih makanan yang halus-halus di dunia ini kelak dia akan menjadi lapar dan telanjang di hari kiamat! Dan betapa banyak lagi orang yang memuliakan dirinya di sini, kelak dia akan dihinakan di akhirat. Dan betapa banyak orang yang menghinakan dirinya di sini, kelak dia akan dimuliakan di akhirat.’

Bukhari dan Ibnu Abid Dunia meriwayatkan dari Aisyah ra. dia berkata: Bala yang pertama-tama sekali berlaku kepada ummat ini sesudah kepergian Nabi SAW ialah kekenyangan perut! Sebab apabila sesuatu kaum kenyang perutnya, gemuk badannya, lalu akan lemahlah hatinya dan akan merajalelalah syahwatnya! (At-Targhib Wat-Tarhib 3:420).

- sumber dari pondokhabib.wordpress.com
http://detikislam.blogspot.my/2012/02/keadaan-lapar-rasulullah-saw.html

6. Amalan Untuk Selamat Dari Seksaan Kubur. 

Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah r.a. meninggal dunia maka jenazahnya telah diusung oleh 4 orang, antara:

1. Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a)

2. Hasan (anak Fatima r.a)

3. Husin (anak Faimah r.a)

4. Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a

Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a berkata kepada kubur, "Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yg kami bawakan kepada kamu? Jenazah yg kami bawa ini adalah Siti Fatimah az- Zahra, anak Rasulullah S.A.W." Maka berkata kubur, "Aku bukannya tempat bagi mereka yg berdarjat atau orang yg bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yg banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku (akan aku layan dia dengan seburuk- buruknya)."

Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari seksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya:-

1. Hendaklah ia menjaga solatnya

2. Hendaklah dia rajin bersedekah

3. Hendaklah dia rajin membaca al-Quran

4. Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.

Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :

1. Jangan berdusta.

2. Jangan mengkhianat.

3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini).

4. Jangan kencing sambil berdiri.

Rasulullah S.A.W bersabda yg bermaksud : "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan seksa kubur itu berpunca dari kencing." [Hadith Riwayat Muslim]

Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam seksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yg bapanya sangat dekat dengan Allah S.W.T

Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yg telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini. Jangan sekali-kali kita berfikir bahawa kita akan dapat menjawab setiap soalan yg dikemukakan oleh dua malaikat Mungkar dan Nakir dengan cara kita menghafal.

Pada hari ini kalau kita berkata kepada saudara kita yg jahil takutlah kamu kepada Allah dan takutlah kamu kepada soalan yg akan dikemukakan ke atas kamu oleh Malaikat Mungkar dan Nakir, maka mereka mungkin akan menjawab, "Ah mudah saja, aku boleh menghafal untuk menjawabnya."

Itu adalah kata-kata orang yg tidak berfikiran. Seseorang itu tidak akan dapat menjawab setiap soalan di alam kubur jikalau dia tidak mengamalkannya sebab yg akan menjawab ialah amalnya sendiri. 

Sumber: 
http://detikislam.blogspot.my/2013/04/amalan-untuk-selamat-dari-seksaan-kubur.html

7. Kebanyakan seksa kubur itu disebabkan air kencing. 

Ibnu Abbas ra mengisahkan bahawa suatu hari Rasulullah saw melintasi dua makam, lalu beliau berkata, "Sesungguhnya mereka berdua sedang diseksa, mereka bedua diseksa bukan disebabkan melakukan dosa besar. Salah satu daripada mereka diseksa kerana TIDAK SAMPAI BERSIH SAAT BERSUCI dari BUANG AIR KECIL. "Seorang perempuan Yahudi menemui Aisyah seraya berkata,

"Sesungguhnya azab kubur itu disebabkan air kencing." Mendengar perkataannya, Aisyah berkata, "Engkau bohong." Perempuan Yahudi itu menjelaskan, "Kerana air kencing itu mengenai kulit dan pakaian." Kemudian Rasulullah saw keluar untuk mengerjakan solat, sedangkan suara kami semakin keras terdengar (kerana ribut). Mendengar keributan ini Rasulullah saw bertanya, "Ada apa ini?" Aisyah pun meceritakan kepadanya apa yang telah dikatakan oleh perempuan Yahudi tadi, selepas Rasulullah saw bersabda, "Dia memang benar."

Abdul Rahman bin Hasaah mendengar Rasulullah saw bertanya, "Tahukah kamu apa yang telah menimpa salah seorang Bani Israil? Dulu, saat mereka terkena air kencing, mereka akan membersihkannya dengan memotong pakaian yang terkena percikan air kencing tersebut. Melihat perbuatan ini, orang itu melarang mereka, maka dia pun diazab dalam kuburnya.

Dalam hadis yang diriwayatkan dari Abu Huraihah ra secara mauquf, Rasulullah saw bersabda,

"Kebanyakan siksa kubur itu disebabkan air kencing."

Pada suatu malam Abdullah bin Umar pergi ke rumah seorang perempuan tua yang di hampiran rumahnya terdapat perkuburan. Lalu dia mendengar suara lirih yang berkata,

"Kencing, apa itu kencing? Gayung, apa itu gayung?" Abdullah bin Umar pun berkata, "Celaka, apa yang terjadi?"

Perempuan tua itu menjawab, "Itu adalah suara suamiku yang tidak pernah bersuci dari buang air kecil. "Mendengar penjelasan tersebut,

Abdullah bin Umar berkata, "Celakalah dia! Unta sahaja kalau kencing bersuci, tapi dia malah tidak peduli. "Perempuan tua itu kembali menuturkan kisah suaminya.

Ketika suamiku sedang duduk, ada seorang lelaki mendatanginya seraya berkata, "Berilah aku minum, aku sangat haus. "Suamiku malah berkata," Engkau membawa gayung sedangkan gayung kami bergantung. "Orang itu berkata," Wahai tuan, berilah aku minum, aku hampir mati kehausan. "Suamiku berkata," Engkau membawa gayung. "

Akhirnya lelaki yang meminta air untuk minum itu meninggal dunia. Setelah itu, suamiku juga meninggal dunia. Namun sejak hari pertama dia meninggal dunia, seringkali terdengar suara suamiku dari arah perkuburan,

"Kencing, apa itu kencing? Gayung, apa itu gayung?"

* Nauzubillah min dzalik, ternyata perkara kecil saja boleh menyebabkan kita mendapat siksa kubur ya? Banyak orang memandang remeh bersuci selepas buang air kecil (kurang bersih bahkan tidak bersuci sama sekali), padahal hal yang remeh itu boleh menjadi malapetaka ketika kita masuk pada Alam Barzakh.

"Ya Allah, lindungi kami semua dari siksa neraka, siksa kubur, fitnah
dunia & alam barzakh, dan fitnah yang ditimbulkan oleh dajjal, amin. " 

- sumber dari smartnewz.info
http://detikislam.blogspot.my/2012/01/kebanyakan-siksa-kubur-itu-disebabkan.html

8. Fakta disebalik air kencing bayi lelaki dan perempuan. 

"Air kencing bayi lelaki (dibersihkan dengan) disiram/dipercikkan air dan air kencing bayi perempuan dicuci." Qatadah rahimahullah berkata: "Ini kalau keduanya belum memakan makanan, sedangkan jika sudah memakan makanan maka dicuci air kencing dari keduanya." (HR . Ahmad dalam Musnad beliau no. 563, dan sanadnya dinyatakan shahih oleh Syu'aib al-Arna'uth dalam Ta'liq beliau terhadap al-Musnad).

Tentang air kencing bayi lelaki dan perempuan, satu eksperimen saintifik moden telah mendedahkan rahsia di balik perbezaan antara air kencing bayi lelaki dan bayi perempuan, dan menetapkan bahawasanya di sana ada perbezaan di antara keduanya.

Kajian ilmiah moden yang dilakukan di bidang ini menemui adanya perbezaan antara air kencing (air kencing) bayi lelaki dan bayi perempuan. Salah satu kajian tersebut adalah kajian yang dilakukan oleh Ashil Muhammad Ali dan Ahmad Muhammad Shalih dari Universiti Dohuk, Iraq. Kesimpulan kajian tersebut adalah sebagai berikut:

Telah selesai proses pengkajian peratusan kewujudan bakteria dalam air kencing/air kencing bayi dalam masa menyusu dan bayi yang baru lahir, di mana mereka mengumpulkan sampel air kencing bayi secara rawak yang berjumlah 73 bayi (35 perempuan dan 38 lelaki) . Mereka mengklasifikasikan/mengelompokkannya ke dalam empat kumpulan umur; umur di bawah satu bulan, umur satu bulan hingga dua bulan, kemudian (dari dua bulan) hingga tiga bulan dan kemudian lebih daripada tiga bulan dengan kemungkinan meningkatnya pengambilan makanan.

Sampel dikumpulkan dan terus di bawa untuk diperiksa secara makmal dan proses itu berlanjutan selama beberapa bulan dengan mempertimbangkan tahap maksimum pensterilan dan mengelakkan pencemaran.

Kajian tersebut menggunakan kaedah yang digunakan Dr. Hans Christian Gram, yang ditemui pada tahun 1884 dalam pewarnaan bakteria (kaedah Gram staining), yang mana warna ungu menunjukkan bakteria Gram positif dan warna merah untuk negative. Semua sampel yang diuji dengan memilih bidang bakteria mikroskopik untuk mengira jumlah bakteria dengan menggunakan standard pembesaraan 100 kali ganda. Didapati bahawa semua Gram negatif, dan diklasifikasikan bahawa ia masuk sebagai bakteria Escherichia Coli.

Hasilnya adalah seperti berikut:

Pertama: Pada kumpulan usia sifar hingga 30 hari, peratus kewujudan bakteria dalam air kencing bayi perempuan 95.44% lebih banyak berbanding pada air kencing bayi lelaki di mana jumlah bakteria di bidang mikroskopik untuk air kencing bayi perempuan mencapai 41.9 sedangkan pada bidang yang sama untuk bayi lelaki hanya berjumlah 2 saja.

Kedua: Pada kumpulan umur (dari satu bulan hingga dua bulan) peratus kewujudan bakteria dalam air kencing bayi perempuan 91.48% lebih banyak berbanding pada air kencing bayi lelaki di mana jumlah bakteria di bidang mikroskopik untuk air kencing bayi perempuan mencapai 24.1 sementara jumlah dalam bayi laki-laki hanya 2.25.

Ketiga: Pada kumpulan umur 2-3 bulan, peratusan kewujudan bakteria dalam air kencing bayi perempuan 93.69% lebih banyak berbanding pada air kencing bayi lelaki, di mana jumlah bakteria di bidang mikroskopik untuk air kencing bayi perempuan mencapai 24.1 sementara jumlah pada kes bayi lelaki hanya 1.6.

Keempat: Pada kumpulan usia lebih dari 3 bulan, peratusan bakteria dalam air kencing bayi perempuan 69% lebih banyak berbanding pada air kencing bayi lelaki di mana jumlah bakteria di bidang mikroskopik untuk air kencing bayi perempuan 13.9 sementara dalam kes air kencing bayi lelaki jumlahnya 6.8.

Najis Mukhaffafah

Najis Mukhaffafah ialah kencing kanak-kanak lelaki yang belum makan makanan selain daripada susu ibu. Untuk membersihkan benda yang terkena najis ini, memadai dengan memercikkan air atas benda itu meskipun tidak mengalir. Adapun kencing kanak-kanak perempuan yang belum makan selain susu hendaklah dibasuh sampai mengalir air di atas benda yang kena najis itu dan hilang zat dan sifat-sifat nya sebagaimana mensuci kencing orang dewasa. Ali ra menyatakan bahawa nabi SAW bersabda:

“Air kencing kanak-kanak lelaki memadai direnjis dan air kencing kanak-kanak perempuan dibasuh.” (Riwayat Ibnu Majah)

Cara Bersuci

Cara membersihkan najis mukhaffafah ialah dengan cara hilangkan ain najis, setelah itu basuh bahagian yang terkena najis dan dilapkan, kemudian percikkan air di atas tempat yang terkena najis, Akhir sekali lapkan dengan kain bersih sehingga kering.

Tambahan

Pada zaman sekarang, ramai ibu-ibu yang memberikan susu formula kepada anak mereka. Ini semua adalah disebabkan faktor pekerjaan yang membuatkan si ibu tiada kesempatan untuk menyusukan anak mereka, situasi seperti ini akan menyebabkan susu ibu tersebut kering dari payudaranya dan terpaksalah mereka memberikan susu formula kepada anak-anak mereka. Air kencing yang dikeluarkan oleh anak mereka ini tidak dikira sebagai najis mukhaffafah walaupun umur anak mereka tidak sampai dua tahun. Najis anak mereka hendaklah dibasuh sepertimana najis mutawassitah.

Ketika membasuh pakaian di dalam mesin basuh jangan mencampurkan pakaian anak-anak, kerana dikuatiri pakaian mereka mempunyai najis. Apabila pakaian dewasa dan kanak-kanak yang mempunyai najis dicampurkan akan menyebabkan pakaian dewasa juga mempunyai najis kerana mesin basuh tidak dapat membasuh dengan cara mencucurkan air dari hujung ke pangkal pakaian tersebut. Cara untuk membasuh pakaian ialah dengan cara mengasingkan pakaian dewasa dan kanak-kanak supaya najis yang terlekat dipakaian kanak-kanak tidak terkena kepada pakaian dewasa. Lebih baik lagi setelah dibasuh dengan mesin, hendaklah dicucurkan pula dengan air mutlak ke pakaian tersebut sehingga bersih. Teknik ini lebih baik dan lebih diyakini kebersihannya. 

Sumber rujukan islampos.com dan ustaznoramin.com
http://detikislam.blogspot.my/2013/05/fakta-disebalik-air-kencing-bayi-lelaki.html

9. Sebab Rasulullah SAW melarang kencing berdiri. 

Kencing atau bahasa sopan membuang air kecil ini sudah bukan suatu perkara yang asing lagi bagi umat manusia. Setiap manusia melakukan aktiviti ini untuk mengeluarkan sisa-sisa metabolisme tubuh (mengeluarkan kotoran tubuh). Dalam melakukan aktiviti inipun kita dituntut melakukannya dengan benar dan sesuai aturan.

Hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah RA berkata bahawa Rasulullah SAW tidak pernah kencing sambil berdiri semenjak diturunkan kepadanya Al-Quran.

Secara kesihatan kencing berdiri adalah penyebab utama penyakit batu karang karang pada semua penderita penyakit tersebut dan merupakan salah satu penyebab penyakit lemah syahwat bagi sebagian lelaki.

Dari segi agama, kebanyakan orang yang biasanya kencing berdiri kemudian mereka akan mendirikan solat, ketika akan rukuk atau sujud maka terasa ada sesuatu yang keluar dari kemaluannya, itulah sisa air kencing yang tidak habis keluar ketika kencing sambil berdiri, apabila perkara ini terjadi maka solat yang dikerjakannya tidak sah kerana air kencing adalah najis dan salah satu syarat sahnya solat adalah suci dari hadas kecil maupun hadas besar.

Umumnya kita memandang ringan terhadap cara dan tempat buang air, mungkin kerana pertimbangan waktu atau situasi dan kondisi yang mengharuskan (terpaksa) untuk kencing berdiri tanpa menyangka keburukannya dari sisi sunah dan kesihatan. Orang dulu mempunyai budaya melarang anak kencing berdiri sehingga kita sering mendengar pepatah “Guru kencing berdiri, murid kencing berlari”, kerana memang terdapat efek negatif dari kencing berdiri.

Kebiasaan orang kencing berdiri akan mudah lemah batin, kerana sisa-sisa air dalam pundi-pundi yang tidak habis terpancar menjadikan kelenjar otot-otot dan urat halus sekitar zakar menjadi lembik dan kendur. Berbeza dengan buang air mencangkung, dalam keadaan bertinggung tulang paha di kiri dan kanan merenggangkan himpitan buah zakar.

Ini memudahkan air kencing mudah mengalir habis dan memudahkan untuk menekan pangkal buah zakar sambil berdehem-dehem. Dengan cara ini, air kencing akan keluar hingga habis, malahan dengan cara ini kekuatan sekitar otot zakar terpelihara.

Ketika buang air kencing berdiri ada rasa tidak puas, kerana masih ada sisa air dalam kantong dan telur zakar di bawah batang zakar. Ia berkemungkinan besar menyebabkan batu karang. Kenyataan membuktikan bahawa batu karang yang berada dalam ginjal atau kantong dan telur zakar adalah disebabkan oleh sisa-sisa air kencing yang tidak habis keluar. Endapan demi endapan akhirnya mengkristal/mengeras seperti batu karang.

Jika anda meneliti sisa air kencing yang tidak dibersihkan dalam bilik mandi, anda bayangkan betapa keras kerak-keraknya. Bagaimana jika itu ada di kantong kemaluan Anda?? perkara ini juga merupakan salah satu yang menyebabkan penyakit lemah syahwat pada lelaki selain dari penyebab batu karang.

Demikian hikmahnya Rasulullah SAW melarang kencing berdiri.

Sehingga Nabi Saw sering mengingatkan dalam sabdanya: “Hati-hatilah dalam masalah kencing kerana kebanyakan siksa kubur dikeranakan tidak berhati-hati dalam kencing”.

Hadis riwayat Ibnu Abbas ra., ia berkata:

Rasulullah saw. pernah melalui dua buah kubur, lalu beliau bersabda:

Ingat, sesungguhnya dua mayat ini sedang disiksa, namun bukan kerana dosa besar. Yang satu disiksa kerana dia dahulu suka mengadu domba, sedang yang lainnya disiksa kerana tidak membersihkan dirinya dari air kencingnya. Kemudian beliau meminta pelepah daun kurma dan dipotongnya menjadi dua.

Setelah itu beliau menancapkan salah satu pada sebuah kuburan dan yang satunya lagi pada kuburan yang lain seraya bersabda: Semoga pelepah itu dapat meringankan siksanya, selama belum kering. (Shahih Muslim No.439)

Adab Buang Air Kecil Dan Memasuki Tandas 

Maka ada baiknya kita belajar adab-adab dan sunnah-sunnah di tandas (bilik air) berikut agar kita banyak mendapatkan manfaat baik di dunia (kesihatan) maupun di akhirat (agama) yang telah diajarkan Rasulullah SAW:

1. Buang air mencangkung (tidak berdiri jika tidak terpaksa/darurat), agar kotoran boleh keluar lancar sehingga tidak menjadi penyebab batu karang mahupun lemah syahwat

2. Menggunakan alas kaki

Menurut kajian di Amerika Syarikat di dalam kamar mandi/bilik air ada sejenis virus dengan type Americanus yang masuk melalui tapak kaki orang yang ada di bilik air tersebut. Dengan proses waktu yang panjang virus tersebut naik ke atas tubuh dan ke kepala merosak jaringan otak yang menyebabkan otak lemah tak mampu lagi mengingat, blank semua memori otak sehingga nyanyuk. Sandal hendaknya diletakkan di luar bilik air, jangan di dalam bilik air, kerana semakin kotor, lembab dan tidak mengenai sasaran kebesihan.

3. Masuk kamar mandi/bilik air dengan kaki kiri dan keluar dengan kaki kanan

Inilah sunnah yang diperintahkan oleh Nabi, dan juga disunnahkan untuk membaca doa sebelum masuk kamar mandi (doa dibaca di luar bilik mandi) dan setelah keluar dari bilik mandi. Berbeza jika kita masuk masjid dan rumah, masuk masjid atau rumah dengan kaki kanan dan keluar dengan kaki kiri.

4. Beristinjak dengan air dan dengan tangan kiri

Beristinjak (bersuci dan membersihkan kotoran) dengan air, bukan dengan tissue atau lainnya kecuali jika tidak ditemukan air ketika dihutan, padang pasir dsb. Boleh gunakan tissue tapi harus dibilas lagi dengan air setelahnya. Syarat kebersihan dan kesucian dari najis menurut syariat adalah hilang warna, hilang bau, dan hilang rasa dari najis tersebut. Beristinjak juga disunnahkan dengan tangan kiri, inilah pembahagian tugas dari tangan, bagaimana tangan kiri untuk urusan ‘belakang’ sedangkan untuk makan & minum disunnahkan dengan tangan kanan, jangan dicampuradukkaan, tangan yang untuk urusan belakang itu juga untuk makan. Dan Nabi melarang makan & minum dengan tangan kiri.

5. Jangan merancang/merencana sesuatu di bilik air

Nabi sangat melarang merancang atau membuat suatu rancangan/idea/inspirasi di dalam bilik air, kerana bilik air adalah markas syaitan sebagaimana doa kita ketika hendak masuk bilik air: “Allahumma inni a’udzubika minal khubutsi wal khabaits”, Yaa Allah, aku berlindung kepada-Mu dari godaan syaitan laki-laki maupun perempuan.” 

Kerana dikhuatiri rancangan/idea/inspirasi yang didapati berasal dari bisikan syaitan yang kelihatannya baik tapi setelah dijalankan ternyata banyak mudarat/keburukannya. Begitu juga setelah keluar bilik air, baca istighfar dan doa keluar bilik air. Secara adab dan budaya pun sangat tidak baik, sambil buang kotoran mencari idea/inspirasi atau merancangkan sesuatu yang baik apalagi sesuatu itu menyangkut hajat hidup orang ramai. Disunahkan juga untuk menyegerakan keluar bilik air apabila hajat sudah selesai, bukan malah bernyanyi-nyanyi apalagi sambil baca buku atau akhbar.

6. Ketika buang air dilarang menghadap atau membelakangi kiblat, apabila lubang bilik air menghadap kiblat hendaklah ketika buang air badan agak diserongkan sedikit

Apabila sunnah diamalkan walaupun dalam bilik air maka kita ini juga namanya ibadah. Betapa sayangnya setiap hari kita ke bilik air beberapa kali tapi tidak mendapatkan pahala ibadah dengan menghidupkan sunnah. Padahal salah satu maksud dan tujuan manusia diciptakan adalah untuk ibadah.

Wallahualam,
*Sumber dari dirihamba.blogspot.com
http://detikislam.blogspot.my/2013/11/sebab-rasulullah-saw-melarang-kencing.html

10. Subhanallah, Keajaiban Antibiotik Pada Tanah. 

Bumi dijadikan untukku sebagai tempat sujud (masjid) dan alat bersuci. ( HR.Muslim (1) )

Jika kita mengambil segenggam tanah, kebanyakan orang mungkin akan berfikiran tanah itu mengandungi kuman-kuman penyakit. Namun tahukah anda dalam sebuah kajian, para saintis mengatakan bahawa salah satu fungsi tanah dan khususnya lagi tanah dari gunung berapi dapat menghapuskan kuman yang bahaya. Oleh kerana itu, mereka kini menghasilkan antibiotik pembunuh bakteria berbahaya yang diambil dari jenis tanah tertentu.

Seorang Doktor dari Perancis, Line Brunet de Course mencari tanah hijau Perancis, yang boleh digunakan sebagai antibiotik untuk rawatan di Invory Coast dan Kenya. Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengganggap perkara tersebut sebagai penemuan yang mengagumkan.

Selepas itu, Dr Linda Williams juga mengesahkan tanah merupakat zat yang sangat bersih di mana bahan-bahan tersebut mengawal aktiviti mikrob yang pada akhirnya boleh melemahkan dan menghilangkannya.

Salah seorang ahli biologi Dr . Haydel berkata "Sekarang kita harus mencari hubungan antara ilmu bumi dan sel-sel hidup, setahun yang lalu saya hanya memandang tanah sebagai bahan kotor, tapi sekarang sebaliknya menganggap tanah sebagai bahan yang steril !"

Para penyelidik mendapati beberapa jenis tanah di Afrika Selatan boleh menghasilkan suatu jenis antibiotik yang boleh membunuh bakteria yang tidak boleh dibunuh dengan antibiotik lain. Penemuan ini telah diterbitkan dalam jurnal "New World" pada tahun 2006, kata penyelidik Jun Wang dari makmal Merck Research di New Jersey yang mencari Penemuan ini "sekarang peluang baru telah muncul, dalam rangka untuk menghasilkan antibiotik dari tanah!"

Sifat tanah seperti yang disimpulkan oleh para ini seperti berikut:

1 . Bahan steril terbaik yang terdapat di dunia.

2 . Tanah dapat menghilangkan bakteria yang tidak dapat dihilangkan oleh bahan kimia.

3 . Tanah merupakan cara terbaik untuk membersihkan air.

4 . Tahan adalah bahan alami yang dimurnikan air.

5 . Ada lebih dari sepuluh ribu jenis tanah yang baru ditemui di Eropah.

6 . Pelbagai jenis pinggan dan periuk buatan cina yang paling terbaik dihasilkan dari tanah.

7 . Tanah adalah zat yang tidak tumbuh semula dengan berlalunya waktu.

8 . Ruang yang terdapat di antara butiran-butiran tanah bersaiz 50 % dari saiznya.

9 . Antibiotik yang kita gunakan untuk merawat penyakit sebahagian besar berasal dari mikroorganisma dalam tanah.

10 . Tanah merupakan bahan yang sangat baik untuk membersihkan liang-liang kulit.

Tapi sebagai kaum Muslim hal tersebut bukanlah sesuatu yang ganjil, sebelum 14 abad tanah adalah benda suci sebagaimana kita mengetahui hubungan langsung antara sel-sel dan tanah, kerana kita meyakini manusia diciptakan dari tanah dan akan kembali menjadi tanah.

Mungkin kita telah mengetahui mengapa islam menyuruh kita Bertayamum dengan debu tanah, Rasulullah Saw bersabda:

Bumi dijadikan untukku sebagai tempat sujud (masjid) dan alat bersuci.” 

Serta rahsia di sebalik kewajipan bembersihkan bekas jilatan anjing dengan tanah dan Air.

Oleh kerana itu, termasuk hikmah ilahiyah bahawa kita mendapati kanak-kanak kecil suka bermain dengan tanah dan selalu cuba menggenggam tanah yang kelihatan kotor itu. Allah swt memberi mereka naluri yang mengetahui bahawa tanah adalah bahan yang pembersih yang mengungguli fungsi sabun daripada jenis terbaik. Maka segala kebesaran bagi Allah swt yang mengajarkan manusia apa yang ia tidak tahui.

Semua sabda yang dituturkan oleh baginda Rasulullah Saw merupakan kebenaran yang berasal dari Allah swt, tatkala berbagai penemuan-penemuan ilmu pengetahuan moden turut menjustifikasikan dan membenarkan tutur kata dari Rasulullah yang sama sekali belum diketahui dan terbayang dalam benak manusia sebelumnya, disebabkan keterbatasan ilmu dan cara mutakhir.

Dan di antara keajaiban-keajaiban ilmiah yang telah Beliau sampaikan kepada Ummatnya, iaitu mengenai keistimewaan Tanah.

Nota kaki:
( 1 ) HR.Muslim dalam shohihnya
( 2 ) Mu ` jam Kamus Muhith , hal 815 , penerbit Darul ma ` rifah 2005
( 3 ) HR.Muslim , Dari Abu Hurairah Radliyallaahu ' anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu ' alaihi wa Sallam bersabda :
" Sucinya tempat air seseorang diantara kamu jika dijilat anjing ialah dengan dicuci tujuh kali, yang pertamanya dicampur dengan debu tanah. "

Referens :
1 - Yogesh Chander , Kuldip Kumar , Sagar M. Goyal and Satish C. Gupta , Antibacterial Activity of Soil - Bound Antibiotics , American Society of Agronomy , Crop Science Society of America , and Soil Science Society of America , 2005 .
2 - Could mud from a volcano kill 99 per cent of superbugs ? daily mail , 29th October 2007 .
3 - Superbugs slain by soil antibiotic , New Scientist magazine , 17 May 2006 .
4 - Peter Tompkins , Secrets of the Soil , Earthpulse Press , 1998 .
5 - European Soil Data Center .

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber jurnalhajiumroh.com
http://detikislam.blogspot.my/2013/12/subhanallah-keajaiban-antibiotik-pada.html


...

Tiada ulasan: