Rabu, 21 Februari 2018

7145. Pengemis mengetuk pintu rumah Rasulullah SAW.

Akhir Zaman Punca Air Zam-Zam semakin jauh mendalam... 
Sumber:
ISLAM Agamaku™
Sumber:
ISLAM Agamaku™
Sumber:
(3) ISLAM Agamaku™

💖
👍
Kisah yg mengetuk Hati.. 

🌹Suatu hari ada seorang pengemis mengetuk pintu rumah Rasulullah Saw.

Pengemis itu berkata:
"saya pengemis ingin meminta sedekah dari Rasulullah."
🌹Rasulullah bersabda:
📝"Wahai Aisyah berikan BAJU itu kepada pengemis itu".
Sayyidah Aisyah pun akhirnya melaksanakan perintah Nabi SAW. 
Dengan hati yang sangat gembira, 🍃pengemis itu menerima pemberian beliau dan langsung pergi ke PASAR serta berseru di keramaian orang di pasar:
🌹"Siapa yang mahu membeli baju Rasulullah? ".
Maka dengan cepat berkumpullah orang-orang dan semua ingin membelinya. 

😎Ada seorang yang buta mendengar hebahan tersebut,
lalu menyuruh budaknya agar membelinya dengan harga berapa pun yang diminta dan 
😎ia berkata kepada budaknya: jika kamu berhasil mendapatkannya, maka kamu MERDEKA. 

Akhirnya budak itupun berhasil mendapatkannya. Kemudian diserahkanlah baju itu pada tuannya yang buta tadi. 

😎Alangkah gembiranya si buta tersebut, dengan memegang baju Rasulullah SAW yang di dapat, 
😎orang buta tersebut kemudian berdoa dan berkata:
🌹"Yaa Rabb dengan hak Rasulullah dan berkat baju yang suci ini maka KEMBALIKANLAH PENGLIHATANKU".

🌹MaaSyaa Allah...
🌹dengan izin Allah
🌹spontan si buta tersebut dapat melihat kembali.

Keesokan harinya, ia pun pergi menghadap Rasulullah SAW dengan penuh gembira dan berkata: 

😍Wahai Rasulullah... pandanganku sudah kembali dan aku kembalikan baju mu sebagai hadiah dariku". 

Sebelumnya orang itu menceritakan kejadiannya sehingga Rasulullah SAW pun tertawa hingga tampak gigi gerahamnya.

🌹Kemudian Rasulullah bersabda kepada Sayyidah Aisyah:
📝"Perhatikanlah baju itu wahai Aisyah, dengan berkah-Nya BERSEDEQAH

❤telah mengkayakan orang yang miskin,🍃
❤menyembuhkan yang buta,🍃
❤memerdekakan budak 🍃
❤dan kembali lagi kepada kita."🍃

Subhanallah...

🌹Al-Imam as-Suyuti menyebutkan dalam salah satu kitabnya bahwa pahala  SHADAQAH itu ada 5 macam:

أَنَّ ثَوَابَ الصَّدَقَةِ خَمْسَةُ أَنْوَاعٍ : وَاحِدَةٌ بِعَشْرَةٍ وَهِيَ عَلَى صَحِيْحِ الْجِسْمِ ، وَوَاحِدَةٌ بِتِسْعِيْنَ وَهِيَ عَلَى الْأَعْمَى وَالْمُبْتَلَى ، وَوَاحِدَةٌ بِتِسْعِمِائَةٍ وَهِيَ عَلَى ذِي قَرَابَةٍ مُحْتَاجٍ ، وَوَاحِدَةٌ بِمِائَةِ أَلْفٍ وَهِيَ عَلَى الْأَبَوَيْنِ ، وَوَاحِدَةٌ بِتِسْعِمِائَةِ أَلْفٍ وَهِيَ عَلَى عَالِمٍ أَوْ فَقِيْهٍ اهـ
(كتاب بغية المسترشدين)

"Sesungguhnya pahala bersedekah itu ada lima (5) kategori:
1⃣ Satu dibalas sepuluh (1:10) iaitu bersedekah kepada orang yang sehat jasmani

2⃣ Satu dibalas sembilan puluh (1:90) iaitu bersedekah terhadap orang buta, orang cacat atau tertimpa musibah, termasuk anak yatim dan piatu

3⃣ Satu dibalas sembilan ratus (1:900) iaitu bersedekah kepada kerabat kaum keluarga serta saudara

4⃣ Satu dibalas seratus ribu (1:100,000) iaitu sedekah kepada kedua orangtua

5⃣ Satu dibalas sembilan ratus ribu (1:900,000) iaitu bersedekah kepada orang yang alim atau ahli fiqh/fekah.

[Kitab Bughyatul Musytarsyidin]

Semoga Allah SWT memudahkan kita untuk bermurah hati, suka bersedekah dengan ikhlas. Aamiiiin...

Habib Ali Zainal Abidin.

Tiada ulasan: