Sabtu, 31 Mac 2018

. Apa ada pada rupa. 7218.


JUMAAT, 27 JULAI 2018
RAFIZI, ANAK DIDIK ANWAR YANG 'NAKAL' TETAPI BIJAK
Apabila Dato' Seri Anwar Ibrahim menyatakan kesediaan beliau untuk bertanding jawatan Presiden Keadilan di dalam pemilihan Parti Keadilan pada bulan September nanti, setakat ini belum ada mana-mana Negeri atau Cabang Keadilan yang menerimanya dengan berat hati, bahkan hajatnya itu disambut dengan penuh kegembiraan dan bersemangat sekali oleh ahli-ahli Keadilan keseluruhannya.

Tidak terbayangkan oleh kita, Keadilan yang dipimpin oleh isteri beliau Dato' Seri Wan Azizah semenjak tahun 1999 telah berjaya mengharungi berbagai rintangan dan dugaan dan akhirnya muncul sebagai parti yang paling cemerlang melalui keputusan PRU14 yang lalu, tentulah parti keramat yang wujud atas semangat reformasi yang dibawa oleh suaminya Dato' Seri Anwar Ibrahim akan lebih gemilang dan terbilang lagi apabila parti ini diambil alih oleh bakal PM yang ke 8 itu nanti.

Kesedian Kak Wan untuk memberi laluan kepada suami tercintanya untuk bertanding jawatan Presiden parti sekali lagi membuktikan keikhlasan dan kekuatan jiwa dan pengorbanan beliau demi parti. Terlalu banyak pengorbanan yang telah dilakukan oleh Kak Wan tanpa memikirkan kepentingan dirinya. Beliau sedar, sudah sampai masanya 'baton' diserahkan kepada Anwar kerana Anwar juga telah berkorban segala-galanya untuk rakyat dan parti tercinta ini.

Saya menjangkakan, hampir pasti Anwar akan memenangi pemilihan kali ini tanpa bertanding. Sejarah akan tercipta apabila Anwar dinobatkan sebagai Presiden Keadilan dan kemungkinan jawatan Ketua Umum bakal dimansuhkan. Apabila Anwar berada di posisi itu kelak, saya yakin parti ini akan lebih kuat dan bersatu padu. Kekuatan parti ini juga akan membantu kekuatan Pakatan Harapan sepertimana Anwar berjaya menyatukan dan memperkuatkan Pakatan Rakyat suatu ketika dahulu.

Persoalannya, siapa akan berada di sebelah beliau selaku Timbalan Presiden? Sudah pasti ini satu persoalan yang menarik kerana Keadilan memiliki terlalu ramai tokoh yang berwibawa di kalangan tua, pertengahan dan golongan muda. Namun demikian, dua sosok tubuh di dalam Keadilan iaitu Timbalan Presiden sekarang, Azmin Ali dan Naib Presiden iaitu Rafizi Ramli adalah nama-nama yang disebut untuk bersaing bagi merebut jawatan nombor dua di dalam parti.

Azmin memiliki kelebihan sebagai bekas MB Selangor yang berjaya mempertahankan negeri yang terkaya itu selepas beliau menjadi MB menggantikan Khalid Ibrahim sehingga mencapai kemenangan besar di Selangor pada PRU14 baru-baru ini. Apatah lagi sekarang beliau dilantik sebagai Menteri Ekonomi di dalam kabinet Tun M. Bermodalkan sebagai bekas MB dan Menteri kanan, kekuatan dan pengaruh beliau idak boleh dipandang sepi.

Rafizi Ramli, seorang tokoh yang menjadi idola ramai anak muda merentasi kaum dan parti. Beliau dipilih menjadi Naib Presiden Keadilan bukannya melalui lantikan. Ada yang menyebut, sekiranya beliau juga berpeluang untuk menjadi MB di Selangor, beliau juga mampu mengukir nama yang hebat kerana beliau seorang anak muda yang kreatif, bijak serta berani. INVOKE, merupakan hasil dari kreativitinya untuk menentukan strategi menentang rejim yang memerintah waktu itu dapat diperbagaikan. Tidak hairanlah INVOKE sentiasa menjadi sasaran pihak musuh kerana mereka tahu strategi ini bisa melemahkan mereka.

Seorang pendebat, kritis dan 'budak nakal' yang kadangkala membuatkan Kak Wan pening kepala dengan gelagatnya. Di sebalik 'kenakalannya', tersembunyi seribu kebenaran. Oleh kerana memperjuangkan kebenaran itu, Rafizi sanggup menghadapi risiko besar samada dipandang serong oleh beberapa pimpinan parti atau dijadikan mangsa kezaliman oleh sang Penguasa waktu itu. Berbelas kes mahkamah beliau hadapinya dengan tenang dan beliau rela terpelanting dari menjadi calon PRU14 baru-baru ini demi memperjuangkan prinsip beliau iaitu menentang kemungkaran Kleptokrasi.

Bukan sahaja melalui INVOKE yang beliau bina atas titik peluh dan wang ringgit sendiri serta bantuan dari rakyat yang bersimpati, Rafizi juga banyak menghabiskan masanya menjelajah ke setiap pelusuk negeri terutamanya di kawasan-kawasan Parlimen yang menjadi sasaran Pakatan Harapan sebelum PRU14 yang lalu. Bahkan, beliau dilihat seolah-olah tidak serius untuk bertahan di Parlimen Pandan kawasannya sendiri tetapi sanggup membantu rakan-rakan di kawasan lain. Alhamdulillah, masyarakat di Pandan memahami perjuangan beliau dan redha dengan usaha yang beliau lakukan. Buktinya, rakyat di Pandan terus beri sokongan kepada Pakatan Harapan dengan majoriti yang besar kepada Kak Wan pada PRU14 yang lalu.

Sikap kritikalnya terhadap sesuatu perkara sukar untuk beliau tinggalkan. Beliau banyak mengkritik dan mendedahkan berbagai kepincangan kerajaan terdahulu seperti skandal NFC, Tabung Haji, KWAP, LTAT, Felda dan berbagai lagi skandal termasuk skandal terbesar iaitu 1MDB yang hingga kini di dalam siasatan. Kebanyakan isu-isu ini didedahkan dengan berani oleh Rafizi sehingga beliau terpaksa berdepan dengan mahkamah dan terpaksa lupakan dahulu Kerusi Parlimen Pandan. Baginya menjaga hak rakyat seluruh negara itu lebih penting dari menjaga kepentingan dirinya di Pandan.

Kritikan beliau bukan sahaja kepada pihak lawan. Beliau juga mahu partinya dan Pakatan Harapan tidak lari dari landasan. Beliau tidak takut untuk menegur mana-mana pimpinan parti yang beliau rasakan perlu ditegur. Beliau juga sanggup menerima teguran dari orang lain. Bahkan, kita masih ingat selepas PRU14 dan Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan di Putrajaya, beliau adalah orang yang pertama menegur PM, Tun M sewaktu PM mengumumkan senarai Menteri di Kementerian terkanan. Teguran beliau jika dilihat dari sudut positif, ianya memang wajar kerana Pakatan Harapan perlu kekalkan prinsip rundingan sebelum sesuatu keputusan dibuat. Sepertimana teguran yang beliau buat itu secara positif dan jujur, begitulah juga Tun M menerima teguran tersebut secara positif.

Begitulah sedikit gambaran yang sempat saya fikirkan di dalam penulisan ini berkaitan Rafizi Ramli. Tidak ramai tokoh politik yang ada karisma seperti beliau. Seringkali beliau ditegur oleh Anwar kerana 'kenakalannya' tetapi Anwar tidak dapat menyembunyikan kehebatan anak muda kelahiran Terengganu ini. " Beliau anak muda, semangatnya lebih dan sedikit 'nakal' tetapi beliau budak bijak dan tidak harus diketepikan pandangannya". Itulah kata-kata yang pernah Anwar luahkan tentang anak muda ini.

Keadilan tentunya bertuah memiliki tokoh hebat seperti Anwar Ibrahim yang tiada sesiapa boleh mengatasi pengalamannya sebagai tokoh politik yang telah diuji dengan fitnah sepanjang lebih separuh dari usianya. Keadilan perlu kepada sosok tubuh seperti Anwar, kalaupun tidak sehebat ujian yang dihadapi oleh Anwar, tetapi sekurang-kurangnya mesti ada pengganti yang berprinsip, bijak dan berani seperti Anwar. Pada saya, merit itu ada pada Sdr Rafizi Ramli.
Blogger: RAFIZI, ANAK DIDIK ANWAR YANG 'NAKAL' TETAPI BIJAK

Friday, 27 July 2018
Dewan Rakyat Gamat
Sapaan “kekanda” dan “adinda” antara Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang yang saling berseloroh mesra hari ini, menceriakan suasana Dewan Rakyat yang kebiasaannya “panas” dengan pelbagai isu.

Ia bermula apabila S Kesavan (PH-Sungai Siput) mengambil giliran membahaskan titah Agong membahasakan dirinya sebagai “adinda” ketika menyapa Ketua Pembangkang Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dengan gelaran “kekanda”.

Kesavan menarik perhatian Zahid apabila memberitahu Ahli Parlimen Bagan Datuk itu bahawa beliau anak watan Bagan Datuk, dan dahulunya Adun Hutan Melintang, antara DUN bawah Parlimen itu.

Kenyataan itu menyebabkan Zahid bangun membalas ucapan Kesavan dan mengucapkan tahniah atas pelantikan sebagai Ahli Parlimen Sungai Siput.

“Saya ucapkan tahniah kepada Sungai Siput kerana secara rasminya dinaikkan pangkat untuk bertanding di Sungai Siput dan meninggalkan DUN Hutan Melintang.

“Adakah Yang Berhormat rasa terima kasih kepada kekanda kerana semasa menjadi pihak pembangkang pun kekanda sudah memberikan layanan yang saksama dan terbaik kepada Yang Berhormat?” kata Ahmad Zahid.

Kepada soalan itu, Kesavan menjawab: ”Kekanda Bagan Datuk, saya kini berhijrah ke Sungai Siput. Walaupun Bagan Datuk jauh dari pandangan Sungai Siput, namun dekat di hati.

“Saya ucap terima kasih,” kata Kesavan dengan gelagat kedua-dua mereka disambut gelak ketawa oleh Ahli Parlimen yang lain.

Kesavan ketika menyambung perbahasannya berkata walaupun wadah dan ideologi perjuangan parti berbeza, warna kulit berbeza, agama dan bahasa berbeza, ia tidak harus menjadi halangan kepada persaudaraan. 

Perbahasan itu turut mendapat pujian Timbalan Speaker Nga Kor Ming yang menyifatkan cara sapaan kedua-dua Ahli Parlimen itu menepati pepatah ‘orang berbudi kita berbahasa’ dan wajar menjadi contoh di dewan.

Persidangan Dewan Rakyat bersambung minggu depan. - malaysiakini

'Suka atau tidak, saya perlu percaya Anwar' - Tun M
Sebelum PRU ke-14, dua individu ini melakukan sesuatu yang sukar dibayangkan - berdamai dan membentuk kerjasama.

Mengikut perancangan, Tun Dr Mahathir Mohamad akan menyerahkan kepimpinan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam masa dua tahun menjadi perdana menteri.

Tempoh masa itu bagaimanapun sering berubah-ubah sejak itu.

Anwar, 70, berulangkali menyebut beliau tidak tergesa-gesa. Kali terakhir beliau dikatakan tidak sabar untuk menggantikan Mahathir, bekas timbalan perdana menteri itu berakhir di penjara, dengan mata lebam.

Timbul juga spekulasi bahawa masa depan Anwar sebagai perdana menteri masih tidak menentu dan ada kumpulan dalam lingkaran Mahathir yang tidak mempercayainya.

Dan Mahathir sendiri nampaknya ada masalah kepercayaan terhadap bekas musuhnya yang kini kembali menjadi bakal penggantinya.

"Dalam wawancara bersama CNN, pemimpin berusia 93 tahun itu berkata: "Saya perlu percayakannya - sama ada saya suka atau tidak. saya tidak boleh berada di sini pada setiap masa."

Ditanya berhubung tempoh masa untuk Anwar menggantikannya, beliau menjawab: "Jika syarat untuk kami (beliau dan Anwar) berkerja bersama adalah saya menjadi perdana menteri untuk dua atau tiga tahun, bagi saya itu tidak penting."

"Saya akan patuh kepada kehendak rakyat," katanya lagi.

Namun Mahathir juga berkata jika rakyat mahu beliau berkhidmat lebih daripada tempoh yang dipersetujui Pakatan Harapan, beliau akan berbuat demikian.

Sementara itu, pengerusi HARAPAN itu mendakwa beliau mewarisi kerajaan yang penuh dengan rasuah dan pegawai yang tidak boleh dipercayai.

"Kita sudah lihat kerosakan dari luar, tetapi tidak pernah menjangka ia begitu teruk. Kebanyakan peringkat tertinggi dalam kerajaan korup," katanya.

Mahathir juga berkata beliau perlu berkerja dengan mereka yang disyakinya.

"Ia kerja sukar, jika anda tidak berkerja dengan orang yang anda percaya, anda tidak tahu tahu sama ada apa yang anda mahu mereka lakukan akan terlaksana atau tidak," katanya lagi.
-malaysiakini

at 7/27/2018 09:03:00 PG
MOHD AZLIM ZAINURY | | 18 Februari 2020
Kamaruzaman. Foto: Asril Aswandi.

SHAH ALAM - Pas mempunyai hala tuju jelas dan konsisten dalam perjuangan ke arah pembentukan sebuah kerajaan harmoni walaupun menjadi pembangkang selama 60 tahun.

Ketua Penerangan Pas, Kamaruzaman Mohamad berkata, beliau yakin rakyat juga bersetuju dengan pandangannya bahawa kerajaan kini jauh lebih buruk daripada kerajaan sebelumnya, sementelahan lagi ada pihak yang seperti tidak sabar hendak menjadi Perdana Menteri. Sehubungan itu, katanya, Pas melihat sangat wajar untuk menyelamatkan negara pada hari ini daripada terus mengalami keadaan tidak menentu yang dilihat semakin buruk.

"Pas mengambil beberapa langkah yang kita kira sangat strategik untuk menjaga keselamatan dan keharmonian negara. Contohnya, Pas menyebut mengenai unsur undi percaya kepada Perdana Menteri. "Apabila kita mendapat ura-ura berita bahawa ada setengah pihak yang mungkin tidak sabar untuk menjadi Perdana Menteri, ada khabar mengatakan ada pihak mahu membawa usul tidak percaya.

"Bagaimana sebuah negara hendak stabil dalam keadaan yang tidak menentu kepimpinannya. Kalau dibiarkan khabar angin ini berterusan, maka pelabur akan lari. Keyakinan orang luar akan memburuk dan keyakinan rakyat sendiri terhadap kerajaan juga menjadi semakin tidak menentu, sebab kerajaan ini hendak berebut menjadi Perdana Menteri," katanya pada program Sinar Live dengan tajuk 'Kerajaan pintu belakang, apa kata Pas' yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook Sinar Harian di sini hari ini.
Kamaruzaman (kiri) pada program Sinar Live dengan tajuk 'Kerajaan pintu belakang, apa kata Pas' di Shah Alam hari ini.

Kamaruzaman berkata, demi menjaga kestabilan negara Pas keluar dengan satu gerakan iaitu bercadang untuk membawa usul persendirian iaitu usul undi percaya kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Kita akan buat usul persendirian percaya kepada Perdana Menteri untuk mengembalikan semula kestabilan negara. "Ini supaya pihak-pihak yang tidak sabar untuk menjadi Perdana Menteri boleh sabar dan cuba bekerja untuk keharmonian negara, bukan fikir siang malam untuk menjadi Perdana Menteri," katanya.

Kamaruzaman dengan tegas menafikan tanggapan mana-mana pihak yang mengatakan Pas hilang hala tuju bahkan parti tersebut sedang bekerja untuk keharmonian dan keselamatan negara. Dalam pada itu katanya, kerajaan sebelum ini mungkin ada cacat celanya kerana tidak mungkin wujud sebuah kerajaan 'sempurna' tetapi keadaan hari ini jauh berbeza.

Sumber:
https://www.sinarharian.com.my/article/70620/KHAS/Wacana/Pas-mahu-selamatkan-negara

Dr Mahathir sedia serah jawatan bila-bila masa

Dr Mahathir diiringi oleh Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin hadir pada Majlis Pelancaran Bulan Antidadah Kebangsaan 2020 di Dewan Seri Endon, Puspanitapuri hari ini. -Foto Bernama
A
A

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersedia untuk melepaskan jawatan sebagai pemimpin nombor satu negara pada bila-bila masa.
Tegasnya, pendiriannya itu selari dengan keputusan Pakatan Harapan (PH) sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu.
"Saya dah cakap saya bersedia bila-bila masa (kalau) hendak suruh saya letak jawatan, saya letak jawatan.
"Tetapi janji saya, saya akan letak jawatan dan saya akan letak jawatan.
"Apa juga keputusan yang dibuat (dalam Mesyuarat Majlis Presiden PH) saya akan letak jawatan selepas APEC," katanya pada sidang media selepas melancarkan Bulan Antidadah Kebangsaan 2020 di Dewan Seri Endon Puspanitapuri di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada Mesyuarat Majlis Presiden PH pada Jumaat ini akan memutuskan tempoh peralihan kuasa Perdana Menteri.
Pengerusi PH itu berkata, beliau juga tidak akan membangkitkan isu itu dalam mesyuarat berkenaan.
"Saya akan menjadi pengerusi.., jadi kerusi," katanya secara berseloroh kepada pemberita.
Isu peralihan jawatan Perdana Menteri antara Dr Mahathir dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim terus mencetuskan pelbagai polemik.
Sebelum ini, Pas dilaporkan menyatakan pendirian untuk menyokong kepimpinan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri sehingga akhir penggal menerusi usul undi percaya pada sidang Dewan Rakyat bulan depan.
https://www.sinarharian.com.my/article/70601/BERITA/Nasional/Dr-Mahathir-sedia-serah-jawatan-bila-bila-masa

Teka-teki kuasa boleh gugat ekonomi



Dr Mahathir dan Anwar
A
A

SEMALAM isu peralihan kuasa, hari ini masih cerita peralihan kuasa, esok juga tetap kemelut peralihan kuasa.
Bahkan hampir setiap bulan arena politik negara dihangatkan dengan polemik peralihan kuasa Perdana Menteri daripada Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sebelum ini, Dr Mahathir berulang kali menegaskan bahawa beliau akan menunaikan janji menyerahkan jawatan itu kepada Anwar apabila tiba masanya.
Anwar pula sudah berulang kali menyatakan sokongan beliau kepada Dr Mahathir.
Begitupun entah dari mana silapnya, ada saja pihak yang cukup gemar mengungkit perkara tersebut.
Semuanya mempertahankan hujah masing-masing dan mengemukakan pelbagai ‘dalil’ bagi menyokong sama ada Dr Mahathir patut kekal sehingga akhir penggal mahupun Anwar mesti diangkat sebagai Perdana Menteri kelapan.

Mujibu Abd Muis

Mujibu Abd Muis
Bagi Pensyarah Kanan Sains Politik Universiti Teknologi Mara, Mujibu Abd Muis, polemik peralihan kuasa itu harus dihentikan segera kerana ia memberi kesan kepada negara.
Menurutnya, perbincangan mengenai peralihan kuasa yang tidak berkesudahan mampu menggugat kestabilan politik negara, menjejaskan keyakinan pelabur dan rakyat malah menjejaskan perpaduan dalam kerajaan itu sendiri.
“Yang pasti, kalau perkara ini berlarutan, ia bukan sahaja akan jejaskan ekonomi, bahkan aspek lain dalam kehidupan seperti perpaduan kaum. Orang melihat ini sebagai gangguan kepada apa yang sepatutnya berlaku dan apa yang kerajaan sepatutnya buat.
“Dari sudut kepimpinan yang tidak selesai seperti ini, orang lihat ia seolah-olah memecahkan fokus kerajaan. Kalau perkara ini tak selesai juga, kita akan menghadapi kemuraman dari sudut ekonomi, politik dan tumpuan rakyat.
“Ini kerana banyak masa dan tenaga dihabiskan kepada perkara ini. Kita takut dalam nak menyelesaikan hal ini, kita buang masa dan akhirnya tak cukup masa untuk kerajaan menjalankan amanah, menyelesaikan masalah rakyat atau menunaikan manifesto,” katanya.

Jumlah kerusi Ahli Parlimen mengikut parti di Dewan Rakyat.

Jumlah kerusi Ahli Parlimen mengikut parti di Dewan Rakyat.
Sekiranya Pakatan Harapan (PH) tidak mampu menyelesaikan kemelut itu berdasarkan strategi yang telah ditetapkan sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 pada 2018, Mujibu mencadangkan agar Parlimen dibubar dan kuasa memilih diserahkan semula kepada rakyat.
“Kalau PH tak boleh selesaikan perkara ini mengikut road map yang telah ditetapkan iaitu Anwar akan menggantikan Dr Mahathir dalam tempoh dua tahun, mungkin cara terbaik adalah membubarkan Parlimen dan pulangkan semula kepada rakyat.
“Walaupun ada desas-desus untuk mewujudkan kerajaan pintu belakang yang secara politiknya diterima tapi secara moralnya tidak begitu baik,” tegas beliau.
Keyakinan pelabur
Polemik peralihan kuasa semakin panas apabila portal berita Sarawak Report baru-baru ini melaporkan sumber mendakwa beberapa ahli Parlimen UMNO, Pas, Bersatu dan PKR (yang menyokong Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) telah menandatangani satu akuan bersumpah (SD).
Menurut portal tersebut, SD itu bagi menyatakan sokongan kepada Dr Mahathir agar kekal menjadi Perdana Menteri selama satu penggal sehingga PRU-15.
Ini bermakna, Anwar tidak akan memegang jawatan tersebut seperti dijanjikan sebelum ini.
Cakna dengan perkembangan tersebut, Anwar lantas bertemu Dr Mahathir pada 13 Februari lepas.
“Dalam pertemuan tersebut saya dan Tun Dr Mahathir Mohamad membincangkan mengenai peralihan kuasa. Perkara ini (peralihan kuasa) akan dimuktamadkan dalam Mesyuarat Majlis Presiden PH pada 21 Februari (Jumaat ini),” kata Anwar.

Dr Madeline Berma

Dr Madeline Berma
Dalam pada itu, Felo Akademi Sains Malaysia, Profesor Dr Madeline Berma menegaskan khabar angin yang tiada ketentuan berkaitan peralihan kuasa sedikit sebanyak memberi kesan terhadap ekonomi negara.
Menurutnya, meskipun ia bukan penyebab utama ekonomi Malaysia mencatat kadar pertumbuhan malap, namun keadaan itu akan menyebabkan pelabur mengambil sikap tunggu dan lihat.
“Peralihan kuasa pastinya akan menyebabkan pelabur asing mengambil sikap tunggu dan lihat kerana ia melibatkan perubahan dasar-dasar utama seperti ekonomi, pelaburan dan perdagangan,” katanya.
Mengambil contoh pasaran saham, Madeline menjelaskan lazimnya ia turut dipengaruhi khabar angin (dalam konteks berbeza) namun jika wujud terlalu banyak khabar angin, situasi itu tidak begitu baik untuk pasaran saham dan perniagaan.
“Kalau berlaku peralihan kuasa, ia sesuatu yang baik sebab menghapuskan perkara yang tidak pasti ini. Rakyat akan lebih pasti. Bagi perniagaan, itu lebih penting kerana pemimpin baharu itu akan menentukan dasarnya.
“Jadi bagi perniagaan, mereka akan tahu dasar-dasarnya seperti pelaburan asing, kewangan dan dasar ekonomi. Dr Mahathir caranya lain, Perdana Menteri baharu itu pula mungkin lain caranya.
“Perkara itu akan meninggalkan kesan kepada ekonomi negara (sekiranya isu peralihan kuasa masih terus menjadi tanda tanya),” katanya kepada Sinar Harian.
Tugas besar PM ke-8

Dr Ahmed Razman

Dr Ahmed Razman
Dalam pada itu, Pakar Ekonomi Putra Business School, Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff meramalkan peralihan kuasa Perdana Menteri nanti tidak akan menyebabkan ekonomi negara berkembang terlalu perlahan.
Menurutnya, beliau menjangkakan peralihan kuasa akan berlaku secara aman dan selepas selesai, tidak mungkin Perdana Menteri yang baharu akan merombak dasar dan polisi negara secara drastik. “Oleh itu, tidak sepatutnya pelabur menarik keluar pelaburan atas fakta atau informasi yang tidak betul.
“Saya yakin tidak akan berlaku perubahan dasar dan polisi ekonomi secara drastik apabila pucuk pimpinan berubah.
“Malah, jika Perdana Menteri baharu dapat meyakinkan para pelabur dan penggiat industri dengan dasar dan polisi yang mampu merancakkan lagi ekonomi, keyakinan mereka akan meningkat,” katanya.
Hampir dua tahun PH memerintah, rasanya sudah berpuluh kali kisah peralihan kuasa dibangkitkan.
Biarpun berpuluh kali penjelasan dibuat, berpuluh kali jugalah ada pihak mempersoalkannya.
Andainya sedikit tumpuan dialihkan kepada rakyat, kita mungkin boleh nampak rakyat semakin muak dengan isu itu. Rasanya, moleklah kalau dihentikan segera sebelum rakyat meluat dan menolak pula.
https://www.sinarharian.com.my/article/70530/Teka-teki-kuasa-boleh-gugat-ekonomi

INI PULA DITUJUKAN KEPADA PAS DAN ‘ENAM JAHANAM’ UMNO

Semalam Anwar Ibrahim telah mengulas tentang mereka yang bercita-cita mahu memintas kedudukannya sebagai Perdana Menteri ke-8 menggantikan Tun Mahathir Mohamad.
Jawapan beliau itu boleh diimbas kembali di sini – https://shahbudindotcom.net/2019/10/25/harap-harap-mereka-mudah-faham.html
Hari ini beliau menjawab pula mengenai pendirian Pas dan enam Ahli Parlimen UMNO yang memberi sokongan kepada Tun Mahathir agar terus menggalas tanggungjawab sehingga tamat penggal.
Sambil tidak terkejut dengan pendirian mereka, Anwar berkata, sokongan pemimpin pembangkang itu tidak relevan memandangkan isu membabitkan perubahan pucuk pimpinan seharusnya dibawa dan diselesaikan dalam mesyuarat Majlis Presiden PH.
“Itu tidak mengapa (sokongan pembangkang termasuk PAS terhadap Tun Mahathir).
“Pembangkang biasalah, hendak timbulkan masalah. Dahulu semasa Barisan Nasional (BN), pembangkang tidak pula disuruh pilih calon Perdana Menteri.
“Ia bukan soal pembangkang. Saya ingat, isu itu juga sudah dijawab Presiden Bersatu? Muhyiddin Yasain, Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang serta juga PKR.
“Parti yang berkuasa sekarang yang menentukan siapakah pimpinan yang akan mengetuai negara,” tegas Anwar yang juga merupakan Presiden PKR.
Makanya, sedarkah Pas dan enam Ahli Parlimen UMNO yang digelar “enam jahanam” itu dengan tindakan mereka yang sebenarnya tidak relevan itu?
Selain bagi Pas yang hanya buat kerja sia-sia, enam Ahli Parlimen UMNO terbabit lebih buruk padah yang mereka terima.
Bukan saja kecaman diterima di sana sini, malah Naib Presiden UMNO, Khaled Nordin sendiri tidak mengalu-alukan “enam jahaman” itu datang berkempen di Tanjung Piai.
Mana mereka nak letak muka? (ShahbudinHusin 26/10/1019)
https://shahbudindotcom.net/2019/10/26/ini-pula-ditujukan-kepada-pas-dan-enam-jahanam-umno.html

PESANAN BUAT PENGAMPU MAHATHIR – BERHENTILAH MEROYAN MAHU BELIAU JADI PM SEHINGGA HABIS PENGGAL!!!

Setiap kali isu peralihan kuasa ditimbulkan, setiap kali itu jugalah pengampu dan pembodek Tun Mahathir Mohamad seakan-akan kepanasan dan terus meroyan jadinya.
Mereka bukan saja enggan menerima janji peralihan kuasa dalam tempoh dua tahun itu sebagai sesuatu yang mesti dipatuhi, bahkan melencongkannya lebih jauh dengan mahu Tun Mahathir kekal menjadi Perdana Menteri sehingga habis penggal atau menjelang ketibaan PRU15 pada 2023 akan datang.
Lebih daripada itu, ada juga yang terlebih lajak daripada laju dengan mengatakan Anwar Ibrahim tidak layak sebagai pengganti Tun Mahathir serta perlu diuji terlebih dahulu dengan memastikan kemenangan PH dalam PRU15 akan datang sebelum boleh menduduki kerusi Perdana Menteri.
Sebenarnya, sama seperti Tun Mahathir, mereka inilah manusia-manusia yang mudah lupa serta suka cakap berdolak-dalik setelah kesedapan mendakap kuasa.
Sebelum menang pilihanraya dan beroleh kuasa, semua nampak baik dan seolah-olah sudah insaf sesuai dengan usia yang makin menua.
Malangnya, belang dan tembelang sebenar semuanya timbul seiring dengan nikmat kuasa yang diperolehi.
Kepada pengampu dan pembodek Tun Mahathir, sempena ketibaan tahun 2020 ini, sekali lagi ingin diperingatkan agar berhentilah meroyan dan meminta Perdana Menteri yang sudah berusia lebih 94 tahun terus kekal menerajui negara sehingga habis penggal.
Sejak sebelum PRU14 lagi, isu Tun Mahathir berkhidmat sehingga habis penggal atau sehingga tempoh tibanya PRU15 tidak pernah berbangkit sama sekali.
Yang selalu kedengaran dan difahami ialah Tun Mahathir hanyalah Perdana Menteri sementara sehingga Anwar dibebaskan daripada penjara dan seterusnya boleh mengambil alih teraju pentadbiran negara.
Untuk itu, walaupun tiada tarikh khusus yang disebut, jangka masa dua tahun adalah tempoh yang munasabah yang difahami oleh semua pimpinan PH untuk Anwar memperolehi pengampunan, menjadi Ahli Parlimen dan seterusnya memegang jawatan Perdana Menteri.
Tun Mahathir sendiri sedar tentang tempoh tersebut, sebab itu, baik sebelum PRU14 atau di peringkat awal PH menjadi kerajaan, beliau selalu menyebut keberadaannya sebagai Perdana Menteri hanyalah untuk tempoh dua tahun saja.
Kata Tun Mahathir, tempoh dua tahun itu adalah janji yang akan dikota dan dipatuhinya serta selepas itu akan menyerahkannya kepada Anwar.
Maka itu, berbanding meminta Tun Mahathir berundur dan memberi laluan kepada Anwar menggantikannya dalam tempoh dua tahun adalah suatu kewajaran serta masih dalam lingkungan pelan peralihan kuasa yang dipersetujui lama sebelum ini, sebaliknya meminta Tun Mahathir berkhidmat lebih lama jelas suatu pencabulan terhadap persefahaman yang ada.
Dalam bahasa lebih mudah, tiada salahnya sesiapa, kalau ingin dikata meroyan mahu Anwar jadi Perdana Menteri dalam tempoh dua tahun kerana ia memang tuntutan yang termaktub dalam konsensus.
Tetapi, tidak malukah golongan pengampu dan pembodek kerana lebih meroyan inginkan Tun Mahathir dikekalkan sehingga habis penggal, walhal perkara itu adalah sesuatu yang di luar daripada konsensus dan persefahaman PH?
Hakikatnya, jika ingin PH terus kekal lebih lama sebagai kerajaan dan tidak berpecah, semua pihak termasuk Tun Mahathir serta pengampu dan pembodeknya mestilah kembali semula kepada konsensus dan janji peralihan kuasa itu dan bukan meratib tak sudah-sudah untuk mengekalkannya lebih lama.
Jangan berdolak-dalik dan berterusan meroyan seolah-olah Tun Mahathir saja yang mampu menerajui negara, sedangkan sejak 19 bulan lalu terlalu banyak kelemahan, ketidakmampuan dan penolakan rakyat terhadapnya yang dapat dirasakan hampir di seluruh ceruk negara.
Atas kesedaran itulah juga Lim Guan Eng baru-baru ini menekankan agar tahun 2020 dijadikan tahun peralihan kuasa, selain tahun untuk memenuhi janji manifesto dan memastikan pertumbuhan ekonomi yang kukuh untuk negara.
Bermakna, selain ekonomi tidak tumbuh dengan baik dan janji manifesto tidak dilaksanakan dengan lancar sejak 19 bulan negara diterajui oleh Tun Mahathir, keyakinan Guan Eng ialah kedua-dua aspek itu akan berjalan dengan lebih bagus setelah berlakunya peralihan kuasa kepada Anwar.
Apakah pengampu dan pembodek Tun Mahathir tidak sedar hakikat penting itu dan bila lagi mahu berhenti daripada terus meroyan? (ShahbudinHusin 04/01/2020)
https://shahbudindotcom.net/2020/01/04/pesanan-buat-pengampu-mahathir-berhentilah-meroyan-mahu-beliau-jadi-pm-sehingga-habis-penggal-2.html


Tiada ulasan: