Selasa, 27 Mac 2018

Kopi namanya. 7191.



Dalam minuman KOPI pada dasarnya terdiri dari 3 unsur, iaitu: 

1. Kopi
2. Gula
3. Rasa

Jika kopi terlalu pahit
Siapa yang salah?

Gulalah yang di salahkan kerana terlalu sedikit hingga "rasa" kopi tu pahit.

Jika kopi terlalu manis
Siapa yang disalahkan?

Gula lagi, kerana terlalu banyak gula hingga "Rasa" kopi tu terlalu manis.

Gula sekali dipersalahkan jika yang terkena Kencing Manis.

Jika kandungan kopi & gula seimbang, kopinya enak.

Siapa yang dipuji...?

Tentu semua akan berkata..
Kopinya mantaaap..!!!

Ke mana gula.. yang membuat "rasa" kopi menjadi mantaaapp?

BEGITULAH HIDUP,
Orang tidak pernah mengingat dan menghargai kebaikanmu.
Orang hanya melihat kelemahan-mu.

Walau demikian, tetaplah menjadi Baik sampai ke Akhir..
In Syaa Allah. 

Kebaikan tidak memerlukan Pengakuan.
Orang Baik tidak perlu Membuktikan apa2.
Orang Baik itu Berpegang pada Kejujuran Hati Nurani sendiri. Amanah pada Allah. 

Tidak perlu menjelaskan Apa dan Siapa Dirimu.
Sebab Orang yang Memahami kamu, tidak perlu penjelasan itu. 

Sedangkan Orang yang Hatinya iri dan Dengki, Tetap tidak akan percaya penjelasan mu itu. Nauzubillahminzalik. 

Tetaplah.. Istiqamah menjadi Baik sampai Akhir...

Cukup dengan Allah.., Dia yang mencukupkan segalanya..Aamiin... 

Astaghfirullahalazim. Beristighfar banyak-banyak, mohon keampunan Allah. 

*Awaludin makrifatulllah
*Knl diri bru knl Allah
*DIA tahu segalanya

Tiada ulasan: