Jumaat, 30 Mac 2018

Perbicaraan Tokoh Banglo Terlajak Murah Dedah BN Fitnah Tiada Rumah Murah Di Pulau Pinang.. 7207.

Perbicaraan Tokoh Banglo Terlajak Murah Dedah BN Fitnah Tiada Rumah Murah Di Pulau Pinang.

Apabila tokoh banglo terlajak murah didakwa dimahkamah ,ramai mula tertanya tanya bagaimana seorang ketua kerajaan negeri boleh beli rumah murah sedangkan rakyat merungut hanya dapat rumah mampu tengok.
Pisau lihat ini tak lebih kepada rakyat yang malas dan cakap politik kerana tak pandai cari rumah murah di Pulau Pinang sebaliknya salahkan dap. Jika ketua menteri boleh dapat harga banglo murah mesti ada rumah murah di Pulau Pinang.
Ketua menteri boleh beli rumah tanpa swimming pool,jadi rakyat jangan lah mengada ngada nak rumah yang ada swimming pool.
Sekurang kurangnya Ketua Menteri buktikan betapa BN fitnah kononnya tak wujud rumah murah di Pulau Pinang.
Harga rumah di Pulau pinang tak meningkat sejak 2013,jika banglo harga tak naik..mana mungkin rumah lain jenis naik harga.
Realitinya, DAp berjaya buktikan rumah murah di Pulau pinang wujud!
Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan ahli perniagaan, Phang Li Koon telah menandatangani perjanjian jual beli lot tanah dan banglo pada harga belian RM2.8 juta walhal nilaian semasa hartanah berkenaan adalah RM4.27 juta.
Perkara tersebut dinyatakan oleh pihak pendakwaan dalam ucapan pembukaan yang dibacakan oleh Timbalan Pendakwa Raya daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Abdul Rashid Daud pada perbicaraan kes rasuah Guan Eng dan Li Koon di Mahkamah Tinggi di sini yang bermula hari ini.
Pihak pendakwaan turut menyatakan akan membuktikan Guan Eng telah membayar duti setem berjumlah RM122,100 atas nilai hartanah RM4.27 juta pada 8 September 2015.
Keterangan juga menunjukkan pada 28 Julai 2015, Guan Eng, 58, yang dinamakan sebagai tertuduh pertama dan Li Koon tertuduh kedua telah menandatangani Perjanjian Jual/Beli bagi lot tanah dan rumah di No. 25, Jalan Pinhorn, George Town, di sini pada harga belian RM2.8 juta walhal nilai semasa bagi hartanah itu adalah RM4.27 juta.
Guan Eng mengetahui, harga belian RM2.8 juta adalah di bawah harga nilaian dan/atau harga pasaran selain mengetahui Li Koon mempunyai hubungan dengan tugas-tugas rasminya.
Mahkamah juga akan didedahkan dengan keterangan yang me­nunjukkan Li Koon telah bersubahat dengan Guan Eng untuk mendapatkan lot tanah dan rumah itu.
Abdul Rashid berkata, pihak pendakwaan akan menunjukkan, sebagai seorang penjawat awam iaitu Ketua Menteri Pulau Pinang telah menerima barangan berharga iaitu lot tanah dan rumah itu dengan suatu balasan yang diketahui tidak mencukupi daripada Li Koon yang mempunyai hubungan dengan kerja-kerja rasmi beliau.
Menurut beliau, pihaknya akan membuktikan yang Li Koon telah membeli hartanah tersebut pada 2008 dengan harga RM2.5 juta de­ngan ansuran kepada Public Bank Bhd. sebanyak RM11,872 sebulan.
Saksi pendakwaan akan mengemukakan keterangan yang menunjukkan Guan Eng dan isterinya, Betty Chew Gek Cheng telah menyewa rumah tersebut daripada Li Koon sejak 2009 hingga 2015 de­ngan bayaran RM5,000 sebulan.
Keterangan akan menunjukkan Li Koon mengalami kerugian RM6,872 sebulan dan jumlah kerugian selama tempoh sewaan Guan Eng sejak Julai 2009 hingga Jun 2015 berjumlah RM494,784.

Abdul Rashid menyatakan, keterangan akan menunjukkan kedua-dua tertuduh telah menandata­ngani perjanjian tambahan/pilihan bertarikh 23 Jun 2014 dan Guan Eng telah membuat bayaran melalui cek RM100,000 bagi membolehkan beliau diberikan pilihan untuk membeli rumah itu pada harga RM2.8 juta.
Kata beliau, pihaknya juga akan mengemukakan keterangan yang menunjukkan Guan Eng selaku Pengerusi Jawatankuasa Perancang Negeri telah terlibat meluluskan permohonan Magnificent Emblem Sdn. Bhd. (MESB) bagi projek perlingkungan semula Zon Pertanian kepada Zon Perumahan Am untuk Lot. 436 dan 437 Mukim J, Daerah Barat Daya, Pulau Pinang.
Katanya, keterangan saksi-saksi akan mengesahkan bahawa semasa mesyuarat, ahli-ahli tetap Jawatankuasa Perancang Negeri termasuk Guan Eng telah menerima kertas kerja berhubung projek tersebut yang mengandungi maklumat syarikat dan ahli lembaga pengarah MESB termasuk Li Koon yang merupakan seorang daripada pengarah syarikat itu.
Pihak pendakwaan menyatakan, ketika keputusan mesyuarat itu dibuat, Guan Eng tidak mengisytiharkan hubungan dan kepentingan bahawa beliau sedang menyewa rumah Li Koon.
Sebelum perbicaraan dimulakan, Guan Eng dan Li Koon masing-masing mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan pindaan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan.
Sumber:
Perbicaraan Tokoh Banglo Terlajak Murah Dedah BN Fitnah Tiada Rumah Murah Di Pulau Pinang. – Pisau.Net

Ikut cerita di atas: sewa - beli rumah x ikut harga pasaran sebab ada kena mengena dengan kepentingan dan projek. Muga bukan politic game.

Tiada ulasan: