Khamis, 29 Mac 2018

Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan. 7195.

Surat Terbuka Rais Yatim Buat Annuar Musa. 

Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa boleh tahan menyebat saya dan Tan Sri Rafidah Aziz kelmarin. Beliau gambarkan seolah-olah kami sudah hilang kelayakan bersuara.

Macamlah dua orang yang berusia 74 dan 75 tahun ini tak layak lagi memberi pandangan atau bercanggah pendapat dengan arus utama Umno dan kerajaan.

Apakah hanya orang yang lebih muda saja yang dibenarkan menegur sistem politik dan pentadbiran negara kita? Cuba tengok, dengan pergolakan kini berapa orang warga Umno yang tampil bersuara menegur? Jika boleh dikira jari sebelah tangan bermakna hak bersuara ahli sudah terbenam.

Hak bersuara dan menegur ada pada semua orang. Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan menjaminnya. Apa gunanya Umno yang berslogan bersatu bersetia berkhidmat? Apa erti mendalam Fasal 3 Perlembagaan Umno? Jangan-jangan Annuar sudah lupa?

Memang senang tuduh kami sudah lost touch dengan keadaan akar umbi. Yang dimaksudkan dengan lost touch itu agaknya ialah “kaki dah tak cecah bumi” Ku semangat! 

Sebenarnya para pemimpin kitalah yang “kaki dah tak cecah bumi” Sombong, gah tinggi dan tak suka ditegur; disanggah sikit melenting.

Agaknya Annuar lupa – saya memang terdaftar semenjak dulu-dulu lagi sebagai orang yang menegur dan tak kecil hati kalau saya ditegur atau dihempas-pulas. Sebenarnya semua hal yang dibangkitkan itu sudahpun saya sampaikan kepada PM dan TPM melalui saluran hormat, iaitu:

Kenapa Jho Low harus disiasat demi maruah negara. Dia tak boleh lebih tinggi daripada Malaysia dan Umno. Perlakuan tutup buku sebelum disiasat tidak sejajar dengan Rukunegara dan semangat Perlembagaan.

Jawapan kepada semua ungkitan antarabangsa dan domestik tentang 1MDB mesti dihurai dengan jelas.

Rang Undang-undang Anti Berita Tak Benar boleh jadi senjata makan tuan kemudian kerana dibuat secara tergesa-gesa tanpa penelitian mendalam darihal implikasi konflik hak dan perundangan. 

Bila sudah tak berkuasa nanti (barang dijauhi Allah), baru tahu langit dan bumi tinggi-rendah!

Keutamaan Keutuhan Undang-undang wajib dipertahankan
Budaya tinggi dalam parti dan kerajaan wajib diberi penegasan utama.

Perjuangan anti-rasuah mesti atas asas Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan – patut dan adil kesaksamaannya.

Amalan dan budaya tegur-menegur dalam dan di luar parti wajib. Jika tidak Fasal 3 Perlembagaan Umno akan jadi surat khbar lama yang mungkin hanya jadi kertas bungkus barangan di kedai runcit.

Sindiran “si-anu si-anu dah tua” tak payah diulang-ulang. Belum tahu siapa jatuh dulu – “ entah pucuk entah pelepah daun” Itu kerja Tuhan, bukan kerja ketua penerangan Umno. 

(Petikan dari blog Celah Gelegar)
-------------------------------------------------

Mari kita bahaskan bersama petanda-petanda UMNO Najib dah tak dapat sokongan majoriti dari golongan Melayu, baik di bandar maupun di kampung2, apatah lagi di kawasan2 Felda.

Sekian dan Salam Hormat & Salam Perjuangan.
Shahbudin dot com: TAHNIAH MAHKAMAH TINGGI SHAH ALAM

VIDEO PANAS Mat Said dedah rahsia kelahiran 1MDB di Kemaman FULL

Moleklah Hj Hadi mengaku dia terima duit Umno...

Ada walaun yang konon nak bela Lebai Rusila masuk ruang komen entri saya "Hj Hadi Ambil Duit Umno: Berani tak Hj Hadi nafikan dengan nama Allah?"

Kata si Walaun ini, "Nak kata ikut Islam pun tak. Nak kata ikut Barat pun tak.Tuduh org buat salah...pas tu suruh org yg dituduh tu nafi dgn bersumpah. Ni undang undang apa ni... "

Jelas bahawa Walaun ni beranggapan bahawa dalam Islam ni tak ada proses sumpah. 

Husam Musa banyak kali cabar Hj Hadi dan Pas supaya ambil tindakan saman keatasnya jika anggap tuduhan Husam bahawa Hj Hadi makan duit Umno tu fitnah. 

Tuan Ibrahim Tuan Man dan Setiausaha Pas, mereka berdua pernah buat kenyataan nak saman Husam, tapi dah setahun lebih masa berlalu… mereka masih gagal untuk meneruskan tindakan mereka itu. 

Lebai-lebai dan walaun yang perasan suci itu hanya menafikan dakwaan Husam dam menuduhnya sebagai fitnah bertujuan jahat! 

Malah Lebai-lebai dan walaun yang perasan suci itu meminta Husam kemukakan bukti. Mereka kata, adalah tanggungjawab pihak yang menuduh kemukakan bukti. 

Betullah apa yang mereka katakan itu. Bahawa pihak yang menuduh kena kemukakan bukti. 

Namun, begitu juga bagi pihak yang kena tuduh. Mereka juga kena nafikan dengan pembuktian. Bukan sekadar main nafi-nafi begitu saja. 

Maksudnya apa? Maksudnya, pihak yang kena tuduh kena heret pihak yang menuduh ke muka pengadilan iaitu mahkamah. 

Dalam mahkamah, barulah pihak yang menuduh kena buktikan tuduhannya itu benar. 

Pihak yang kena tuduh akan berhujah untuk menafikan pembuktian yang dikemukakan oleh penuduh. 

Hakim akan mengadili segala pembuktian dan hujah kedua belah pihak dan memutuskan pihak mana yang bercakap benar… 

Tetapi kenapa Hj Hadi takut untuk melalui proses mahkamah? Sebab bukan Islamik? Mahkamah sekular? Hahahaa! Apa-apalah korang nak bagi alasan...

Mungkin Husam merasakan itulah alasan mereka sebab tidak mahu saman, maka Husam cabar Hj Hadi untuk bersumpah. 

Sumpahan adalah sesuatu yang dibuat secara bersungguh-sungguh untuk mengukuhkan, menguatkan dan menyokong kenyataan-kenyataan kita supaya kebenaran dapat diterima oleh pihak kedua. 

SUMPAH MUHABALAH 

Sumpah laknat atau muhabalah sudah dikenal sejak zaman Rasul dan Rasulullah SAW sendiri pernah melakukan sumpah ini dengan utusan kaum nasrani dari delegasi najran untuk membuktikan suatu kebenaran. 

Sumpah laknat dikenal dengan istilah muhabalah dalam islam. Ia adalah suatu sumpah yang diambil oleh dua orang atau lebih untuk melaknat orang atau pihak lain yang melakukan perbuatan berdusta. 

Sumpah laknat merupakan suatu doa yang dipanjatkan kepada Allah SWT untuk menunjukkan siapa yang berdusta dalam memutuskan suatu perkara. 

Doa yang dipanjatkan tersebut adalah untuk meminta kepada Allah SWT menjatuhkan laknat pada pihak yang berdusta atau dengan menimpakan azab kepadanya. 

Sumpah laknat memang bisa menjadi solusi untuk menyelesaikan pertikaian.

Namun ada baiknya jika seorang muslim mengatakan kejujuran daripada ia dan keluarganya mendapat laknat Allah SWT. 

Moleklah Hj Hadi mengaku, dia terima duit dari Umno. Dan moleklah Nik Abduh juga akui bahawa suara dalam raman audio yang menyatan dia dan Hj Hadi ambil duit Umno itu adalah suaranya, bukan suara Encik Ahmad Maslan!

Shahbudin dot com: TAHNIAH MAHKAMAH TINGGI SHAH ALAM

Hadi tak datang mengundi usul persempadanan semula kerana ada mesyuarat ‘penting’, sembang PAS

noreply@blogger.com (RAKYAT MARHAEN) pada RAKYAT MARHAEN - 4 minit yang lalu
[image: Hadi tak datang mengundi usul persempadanan semula kerana ada mesyuarat ‘penting’, kata PAS] Presiden PAS Hadi Awang tidak datang ketika proses pengundian usul persempadanan semula di Dewan Rakyat semalam kerana ada mesyuarat penting, walaupun beliau hadir di sebelah pagi. SEMUA ahli Parlimen daripada PAS mengundi menentang laporan persempadanan semula semalam kecuali Presiden Abdul Hadi Awang dan Ketua Penerangan Nasruddin Hassan Tantawi Ahli Parlimen DAP Anthony Loke berkata semua 12 ahli Parlimen PAS yang berada di Dewan Rakyat semalam ketika pengundian dijalankan adala... lagi »
tipu sebelum tipu selepas kantoi najib

AKU
lebih kurang 3 bulan yang lalu

Najib Razak penyamun ke tak penyamun?? netizen nilai dengan kata kata dia sendiri

dulu cakap lain sekarang cakap lain "takkan duit tu masuk ke dalam akaun malaysia"

masi ngat lagi ke najib nak takut takutkan sesiapa yang fitnah dia, nak ambil tindakkan undang undang. itu sebelum bukti keluar. selepas bukti dah jelas dan kene kantoi, dia akui tapi berlapis lagi satu tipu hela ke atas yang satu #itPays #Berbaloi #malaysia

untuk share landasan sosial media selain facebook dipersilakan guna link youtube yang disediakan, terima kasih https://youtu.be/q7mGKO6g7Lk

ISLAM Agamaku™
https://www.facebook.com/asalkeluarumno/videos/856973711140459/
.

Tiada ulasan: