Isnin, 23 April 2018

Apa UMNO kata bagi mempertahankan kabilahnya. 7339.

 (Nota: Menentang Umno bukan bermaksud menentang kerajaan - kerajaan tidak bertanding pun dalam PRU14 mcm PRU yang lepas-lepas.) 
22 tahun memimpin negara, Mahathir lebih gemar fokus kepada projek-projek mega untuk kepentingan kroni dan mengabaikan faedah kepada kebajikan takyat.

Malah Kubang Pasu sendiri diabaikan. Malahathir tidak menghargai rakyat. Jika benar beliau menghargai rakyat, beliau akan lebih banyak memberi dari menerima.

5 penggal (22 tahun) rakyat berikan 2/3 kerusi parlimen. Tetapi yang dipulangkan kepada rakyat adalah KLCC yang bukan tidak cantik dan mengkagumkan, tetapi ianya hanya mampu meghiburkan hati rakyat seolah-olah kita berjaya tetapi hakikatnya Mahathir gagal 100% untuk mengubah ekonomi orang Malayu apabila ekuiti Melayu langsung tidak berganjak dari 1983 hingga 2003 di tahap kurang 19%.

Anina Saadudin
EMPIRICAL MALAYSIA

#SinsOfMahathir

Alahai kasim Selamat... eh Madei Selamat...
Sudah terbukti sekarang semua tuduhan Mahathir di atas pentas ceramah DAP dan PKR bahawa duit negara hilang dan dicuri adalah tidak benar. Duit hilang macam mana, kalau jumlah duit itu terus bertambah dan meningkat?
#JomBN #BersamaBN #DahulukanRakyat #HebatkanNegaraku #PRU14 #GE14 #UndiBN #BR1M #ManifestoBN #HarapanPalsu #HarapanBohong #HarapanFitnah #TolakDAP #PakatanDAP #SinsofMahathir #DosaDosaMahathir #EkonomiMalaysia #RizabAntarabangsaBNM #BNMInternationalReserves

Sudah terbukti sekarang semua tuduhan Mahathir di atas pentas ceramah DAP dan PKR bahawa duit negara hilang dan dicuri adalah tidak benar. Duit hilang macam mana, kalau jumlah duit itu terus bertambah dan meningkat.
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia pada 13 April 2018 adalah berjumlah US$110 billion. Paling tinggi direkodkan sejak bulan Februari 2015. Kedudukan rizab itu memadai untuk membiayai 7.7 bulan import tertangguh dan 1.1 kali hutang luar negeri jangka pendek.
Komponen utama rizab antarabangsa itu adalah rizab mata wang asing (US$103.2 bilion), kedudukan rizab Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) (US$0.8 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (US$1.2 bilion), emas (US$1.6 bilion) dan aset rizab lain(US$3.2 billion).
Menurut BNM, aset berkenaan termasuk emas dan pertukaran asing dan rizab lain termasuk SDR (RM425.00 bilion), Kertas Kerajaan Malaysia (RM3.99 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM4.06 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM7.38 bilion), tanah dan bangunan (RM4.17 bilion), dan aset lain (RM8.26 bilion)
Paling tinggi rekod tertinggi rizab bank negara adalah di zaman Datuk Seri Najib iaitu sejumlah USD$141.4 billion pada Mei 2013. Di zaman Mahathir, rizab Bank Negara Malaysia ketika dia bersara hanyalah berjumlah US$42.9 billion sahaja. Kalau tidak hilang sejumlah US$10 billion ketika skandal Forex pada tahun 1990an, tentunya jumlah itu banyak lagi.
Ini bukti jelas, Datuk Seri Najib lebih pandai menjaga duit berbanding Mahathir. Di zaman Mahathir, laporan RCI sudah membuktikan bahawa ada sejumlah RM31.5 billion telah hilang. Bila ditanya kepada Mahathir dia menjawab ‘tidak tahu’ sahaja.
Kit Siang pernah tulis buku bagaimana Mahathir tidak cekap menjaga duit negara. Buku Kit Siang itu bertajuk “The Bank Negara RM30 Billion Forex Lost Scandal”.  Barry Wain pun tulis buku bertajuk “Malaysian Maverick” yang menyatakan Mahathir hilangkan RM100 billion duit negara.
Mungkin sebab itulah Mahathir dipanggil sebagai “kepala perompak” oleh Mat Sabu. Mahathir digelar sebagai “hantu no. 1” oleh Gobind Singh Deo. Rakyat jangan jadi mudah lupa, lihat video ini bagaimana Mat Sabu dan Gobind mengutuk Mahathir kerana tidak pandai jaga duit :
World Bank telah iktiraf cara Datuk Seri Najib menjaga ekonomi negara bila menyemak empat kali KDNK negara dan memberikan unjuran yang semakin menaik. Malah aliran masuk pelaburan asing ke Bursa Saham Kuala Lumpur mencecah rekod tertinggi dengan RM429.80 juta pada Khamis lepas.
Pelabur, institusi kewangan seperti CIMB, HSBC, RHB dan badan penarafan antarabangsa semuanya mahu Barisan Nasional dan Datuk Seri Najib terus kekal di Putrajaya.
Sebab apa? Sebab Datuk Seri Najib pandai jaga duit dan ekonomi negara.  Mereka tahu sejarah Mahathir menjaga duit negara, tidak sebagus Datuk Seri Najib yang berjaya keluar dua kali daripada kelembapan ekonomi dunia pada 2009 dan pada tahun 2014 ketika harga minyak dunia murah.
Bukan semua negara berjaya keluar daripada kelembapan dan krisis ekonomi, namun Malaysia yang dipimpin oleh Datuk Seri Najib berjaya dan pertumbuhan ekonomi yang dicatatkan Malaysia adalah antara yang tertinggi di dunia.
Bila duit dan ekonomi negara dapat dijaga dengan baik, semua orang dapat kembali nikmat itu menerusi BR1M, tok imam dapat elaun, peneroka Felda dapat habuan, pesawah dan nelayan dapat bantuan, ibu tunggal dan OKU terus dihulur pertolongan dan bayi dalam kandungan pun mendapat nikmat kemakmuran ekonomi negara ini.
Hendak cari kerajaan yang bagaimana lagi? Hendak patah balik negara ini ke tahun 1990an dengan menyerahkan kuasa ke tangan seorang yang digelar diktator dan Mahafiraun? Janganlah, carilah orang yang pandai menjaga duit dan ekonomi untuk masa depan negara yang lebih baik lagi.
#BersamaBN
#HebatkanNegaraku
#DahulukanRakyat
Tulisan :
Beruang Biru
BB880, Sabtu
21 April 2018
Sumber:
Najib Lebih Pandai Jaga Duit Berbanding Mahathir | TV14

PENGAMPU NOMBOR SATU KECUNDANG JUA AKHIRNYA.....

Shahbudin Husin pada Shahbudin dot com - Sejam yang lalu
Siapa yang tidak kenal dengan Dr. Puad Zarkashi, terutama sejak beliau kalah pada pilihanraya 2013 dan kemudian dilantik sebagai Ketua Pengarah JASA. Meskipun JASA adalah sebuah agensi kerajaan yang berperanan menerangkan hal-hal berkaitan dasar kerajaan kepada rakyat, tetapi Dr. Puad seolah-oleh menjadikan JASA alat propaganda untuk mempertahankan tubuh badan Najib Razak, Rosmah Mansor dan menyerang Tun Mahathir Mohamad semata-mata. Apa yang tidak dipuji, dilambung dan diampunya Najib dan Rosmah dan apa juga yang tidak dikeji serta dihinanya Tun Mahathir Mohamad. Lantaran itu... lagi »

Siapa yang tidak kenal dengan Dr. Puad Zarkashi, terutama sejak beliau kalah pada pilihanraya 2013 dan kemudian dilantik sebagai Ketua Pengarah JASA.

Meskipun JASA adalah sebuah agensi kerajaan yang berperanan menerangkan hal-hal berkaitan dasar kerajaan kepada rakyat, tetapi Dr. Puad seolah-oleh menjadikan JASA alat propaganda untuk mempertahankan tubuh badan Najib Razak, Rosmah Mansor dan menyerang Tun Mahathir Mohamad semata-mata.

Apa yang tidak dipuji, dilambung dan diampunya Najib dan Rosmah dan apa juga yang tidak dikeji serta dihinanya Tun Mahathir Mohamad.

Lantaran itu, Dr. Puad lantas dilabelkan oleh banyak pihak sebagai pengampu dan pembodek nombor satu kepada Najib dan Rosmah, satu kedudukan yang beliau sebenarnya berkongsi dengan Salleh Said Keruak.

Cuma, Salleh merupakan pengampu nombor satu yang berjawatan menteri, manakala Dr. Puad pula pengampu nombor satu yang hanya sekadar menjadi Ahli MT,, selain sebagai Ketua Pengarah JASA yang barangkali hanya diberikan atas dasar kasihan berikutan beliau kalah pilihanraya 2013 dan hilang jawatan timbalan menteri pendidikan.

Sejak semalam telah tersebar satu surat yang kononnya ditulis oleh Dr. Puad yang menyatakan beliau akan meletakkan jawatan sebagai Ketua Pengarah JASA serta akan bertanding sebagai calon Bebas dalam pilihanraya pada 9 Mei nanti.

Keputusan beliau itu digambarkan kerana tidak berpuas hati sebab tidak terpilih sebagai calon dalam pilihanraya kali ini.

Sebaliknya UMNO dan BN dikhabarkan telah memilih Ketua Wanita Batu Pahat, Haliza Abdullah sebagai calon BN bagi kerusi Parlimen Batu Pahat di mana Dr. Puad adalah ketua bahagian itu.

Tidak dipastikan sama ada surat itu benar atau palsu, tetapi oleh kerana sekarang sudah sah nama Dr. Puad digugurkan sebagai calon dan digantikan dengan Haliza, nampaknya surat yang telah tersebar luas itu seolah-olah adalah benar.

Berikut adalah surat tersebut:-
Rakan-rakan yang dihormati,

Saya akan memohon peletakan jawatan saya sebagai KP JASA pada 26.4.2018. Saya akan bertanding sebagai calon bebas untuk P150 Batu Pahat dan N24 DUN Senggarang.

Saya akan berperang melawan sistem yang rosak dalam UMNO dalam memilih calon untuk PRU14. Pada hari Jumaat saya menerima panggilan dari Datuk Azwan Ibu Pejabat untuk menghadiri mesyuarat khas di Bilik Melaka PWTC (21.4.18).

Tetapi pada keesokan harinya saya menerima panggilan lain dari beliau meminta saya supaya tidak hadir. Kemudian hanya saya tahu bahawa Ketua Wanita saya ada di PWTC.

Saya memenangi kedua-dua pilihan raya MT dengan peluh dan air mata. Saya menentang politik wang namun saya menang kerana ahli mempercayai saya.

Saya mengalami dua kali pengalaman buruk ketika saya tidak dinominasikan pada tahun 1999 dan 2004 hanya kerana fitnah dalam parti. Tetapi saya tetap meletakkan dan menegakkan "UMNO Perjuangan". Tetapi bukan untuk kali ketiga. Cukup cukup.

Saya tidak akan bertolak ansur dengan sistem yang rosak ini. Saya suka seperti sampah kerana tiada siapa yang berunding dengan saya evendoor Saya MT yang dipilih.

Saya tidak boleh percaya Ketua Wanita saya yang dikelilingi oleh isu peribadi kontroversial menjadi pilihan terbaik parti. Semua kerja keras, sasaran mikro, dan operasi taktikal telah diabaikan.

Saya tidak menentang "UMNO Perjuangan". Saya tidak menentang bos besar. Saya telah mempertahankan parti dan bos besar sepenuh hati. Tetapi kali ini, saya menentang sistem yang rosak. Saya akan berjuang sehingga jatuh terakhir.

Saya akan meninggalkan kumpulan NCC ini.

Begitulah isu surat tersebut.

Susulan surat yang tersebar itu dan namanya sah digugurkan, Dr. Puad dikhabarkan akan mengadakan sidang akhbarnya hari ini. Sama-sama kita tunggu apa butir ceritanya nanti.

Tetapi, bagamanakah pengampu nombor satu boleh diketepikan begitu saja oleh Najib?

Apakah Najib tidak terbuai dan terlena dengan bodek dan ampunya selama ini?

Ataukah bodek dan ampu beliau sebenarnya tidak sebaik apa yang dilakukan oleh Salleh Said Keruak?
Namun, sedih juga rasanya apabila pengampu dan pembodek nombor satu diperlakukan sebegini rupa oleh Najib.

Apakah Najib tidak kasihan dengan begitu banyak air liuhnya yang tumpah dalam mengampu dan membodek selama ini?

Adakah pembodek dan pengampu yang lain - yang nombor dua, nombor tiga dan  tidak bernombor - dapat apa yang mereka hajati dalam pilihanraya kali ini atau ramai juga yang senasib dengan Dr. Puad ini? (ShahbudinHusin 23/04/2018)

Sumber:
shahbudindotcom.blogspot.com/2018/04/pengampu-nombor-satu-kecundang-jua.html



Muhasabah diri... Lebih baik tidak dicalonkan atau bertanding bebas ...bimbang kalah teruk dan hilang wang deposit ...sebab rakyat xsuka dah. Aamiin.



Tiada ulasan: