Rabu, 25 April 2018

Bahasa orang umno. 7355.


Sebagai Rakyat Malaysia kita perlu tahu Perlembagaan Negara Malaysia.
Najib cemas, nasib UMNO terumbang-ambing. 
Pada 25 April 2018
oleh PENTADBIR

Di sebalik serangan dan dakyah jentera propaganda UMNO memburuk-burukkan Pakatan Harapan (HARAPAN), Presiden UMNO, Najib Razak sedang menunjukkan tanda-tanda cemas menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei ini.

Perasaan cemas itu boleh dibahagikan kepada dua sebab utama; Pertama kerana gelombang sambutan luar biasa rakyat kepada HARAPAN seluruh negara, dan sebab kedua adalah kemungkinan UMNO diharamkan.

Penangguhan pemilihan bahagian dan ahli Majlis Tertinggi UMNO yang berakhir pada 19 April 2018 setelah mendapat 18 bulan lanjutan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) memungkinkan UMNO bukan lagi sebuah parti yang sah.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung UMNO Tengku Adnan Tengku Mansor dilapor berkata UMNO telah mendapat kelulusan ROS menangguhkan pemilihannya sehingga 19 April 2019.

Keadaan ini menunjukkan UMNO bukan sahaja menangguhkan pemilihan ahli-ahli Majlis Tertinggi bukan sahaja untuk 18 bulan tetapi 30 bulan sedangkan perlembagaan UMNO hanya memberi kuasa untuk menangguhkan pemilihan tersebut selama 18 bulan sahaja.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, berkata, “Situasi yang melanda UMNO saat ini menyebabkan Najib tersentak kerana UMNO berkemungkinan menjadi parti yang tidak sah di sisi undang-undang,” ujarnya dalam kenyataan.

Beliau turut memetik kenyataan bekas menteri UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz yang berkata situasi ini menyebabkan Najib Razak secara automatik tidak sah sebagai Presiden UMNO, selepas 19.04.2018
Lebih menakutkan, Rafidah dalam satu kenyataan dilapor berkata “UMNO sebagai parti politik yang tidak sah selepas 19.04.2018, tidak boleh bertanding dalam PRU14 yang diadakan selepas 19.04.2018 !!!”

Situasi ini  mendorong enam belas anggota cawangan UMNO memfailkan permohonan untuk kebenaran semakan kehakiman untuk membatalkan keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) yang membenarkan UMNO lanjutan masa untuk mengadakan pemilihan parti di semua peringkat.

Sikap ‘berlembut’ ROS untuk mengambil tindakan terhadap UMNO juga telah mengundang pelbagai kritikan mendakwa jabatan tersebut tidak berlaku adil.

Ia amat berbeza dengan tindakan keras jabatan itu terhadap parti-parti pembangkang sebagaimana dikenakan terhadap DAP dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Persoalannya saat ini, di mana lagi talian hayat UMNO?

ref: 
Cita-cita pengundi umno.
Hati tegar dengan umno.
Satu mercu tanda terkini dajjal di Kuala Lumpur. 

 Keupayaan demokrasi dalam minda pengundi umno.
Gaya orang Pas. 
 
 Provokasi pengundi umno.
 Gaya bahasa pengundi pas.
 Dedak asalnya bahasa yang tidak menyokong umno.
 Lambung macam jalan persekutuan Gemas ke Yong Peng.
 Tafsiran pengundi umno.
Pernyataan pengundi umno, sedangkan nenek moyang dap, umno yang beri kerakyatan.
Kesepakatan yang ramai xtahu:
- Kerakyatan tanpa syarat kepada cina dan india.
- Jual singapura
- Jual batu putih
- Jual tg pagar
- Jual dua telaga minyak
- Jual aset negara kepada pemanju China eg: proton, tudm sg besi, tnb dll
Masa masih dalam umno juga.
LKS pun umno yang bagi kerakyatan.
Biasa sikap melayu bila dah u-turn.
Apa-apa pun kena lulus macam akta fake news etc
Benda ni terjadi masa zaman umno. Mana orang umno masa tuu. Yes man? takut hilang kuasa dan takut x dicalonkan? takut kena pecat?
Belum terbukti dan hanya cakap-cakap:
Yang ini sudah terbukti... atas ehsan umno.
- Kerakyatan tanpa syarat kepada cina dan india.
- Jual singapura
- Jual batu putih
- Jual tg pagar
- Jual dua telaga minyak
- Jual aset negara kepada pemanju China eg: proton, tudm sg besi, tnb dll
Pengundi umno suka serang peribadi bila tak ada fakta dan hilang platfom bercakap secara bijak.
 Semua ini takdir Allah. Allah panjangkan usianya untuk kembali berjuang dengan wadah baru.
Ini semua berlaku masa beliau dalam umno. Berapa ramai juak umno masa tu berani betulkan yang salah? Kenapa xberani? yes man? takut kena pecat? lebih suka bersubahat? takut tidak dicalonkan? lebih suka mengampu?
Tunggu je keputusan PRU14. Takkan pejuang Islam Melayu yang begitu berbeza dengan Melayu Islam... akan berdiam diri.
Lebih bahaya kalau Melayu tolak Islam untuk jadi Melayu Islam. Berbeza sangat dengan Islam Melayu.
Politik demokrasi perlukan pengundi yang bijak membuat keputusan sendiri, tanpa dimomok-momokkan dan ditakut-takutkan dengan mengada-adakan hal ras, institusi beraja, hal Islam dan sebagainya tanpa merujuk Perlembagaan Negara Malaysia.
Hahaha nama dia M.Najib lah ...for cover ...cukup-cukup lah dengan kurang lebih 60 tahun dan dah pegang angka 7 sebanyak 7 kali sejak 1957. Baca neh:  Dengan takdir Allah .....penguasa mana yang tidak pernah melingkup? 7346.
Itu wadah lama wadah masa masih dalam umno. If beliau baik dgn musuh politiknya eloklah Allah dah pesan jangan putuskan tali silaturrahim. Berpolitik secara matang dan pengundi umno kena tahu, apa gambar di bawah nyatakan:

Gaya bahasa guna anggota kerajaan JPA untuk ambil hati pengundi yang tidak mengundi umno, supaya umno dapat take over kelantan. Dah dapat... hope xkan dapatlah. Orang Kelantan cerdik.

.
tgk kat circle tu..TOLAK..kat luaq dewan parlimen bknnya diluaq negara..hati2 dgn fitnah.
Alhamdulillah
tq pren yg bagi pencerahan. 











.................................. 

Tiada ulasan: