Isnin, 23 April 2018

Bila darah blue semakin meluntur, Kejiranan Kampung pun semakin mengamal politik cerdik. Dedak semakin tak jalan. 7336.

Dedak semakin tak jalan. 

Umno kelu lidah bila Mak Ne berbicara

Sememangnya Kampung Jeram Batu dalam Dun Pekan Nanas, Parlimen Tanjung Piai adalah kubu kuat Umno sejak zaman berzaman dan ia dihuni oleh ramai nelayan persisir pantai.
Dalam Program Sembang Santai di Jeti Jeram Batu bersama pimpinan Pakatan Harapan (PH) Tanjung Piai dengan masyarakat kampung, pada mulanya telah mengundang rasa kurang senang sebahagian penduduk kampung.
Mereka juga membuat bising dengan kata-kata yang keras sambil menyindir untuk mendapatkan perhatian pimpinan PH.
Ada sebahagian penduduk kampung yang merasakan kehadiran pimpinan PH seperti tidak diundang, membuat kacau dan derhaka pada pimpinan Umno.
Namun apabila pimpinan PH memberi peluang kepada Mak Ne (Normah Mohamed) bekas Ketua Wanita Umno Tanjung Piai berucap, suasana berubah.
Suara-suara yang kurang senang tadi berubah serta merta apabila Mak Ne menyampaikan ucapan dan mereka terpaku mendengar celoteh Mak Ne serta mendengar ucapan pimpinan PH.
Mak Ne berucap sekitar 45 minit dan beliau menyentuh soal usahanya membangunkan Umno selama 38 tahun di sini.
“Umno di sini telah diteroka oleh ibunda saya dan saya. Harapannya adalah apa yang diusahakan oleh pasukan saya dalam PH hari ini dapat mengalahkan Umno.
“Tidak ada satu apa pun yang saya dapat sewaktu saya di dalam Umno dan tak terlintas di hati saya untuk khianat pada rakyat untuk meraih projek.
“Saya merayu pada penduduk kampung tolonglah bantu saya semula untuk memenangkan calon-calon PH di sini,” ucap beliau.
Beliau juga punyai ramai saudara mara di kampung ini dan ibunda beliau adalah individu yang membuka Kampung Jeram Batu.
Selain Mak Ne, tokoh yang turut hadir adalah calon N56 Kukup, Suhaizan Kaiat, N55 Pekan Nanas, Yeo Tung Siong dan calon P155 Tanjung Piai, Dr. Md Farid Md Rafik.
Sumber:
Umno kelu lidah bila Mak Ne berbicara – Malaysia Dateline


........





















Tiada ulasan: