Rabu, 25 April 2018

Bismillah ...baca cermat dan fahamkan. 7366.

Jangan sedih tindakan SPR, lawan dengan bijak

Syarat baru SPR disifatkan sebagai menekan PH termasuk menghalang gambar Tun Mahathir dari digunakan pada bahan kempen.
Tindakan SPR meletakkan syarat baru, termasuk menghalang penggunaan gambar Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah tindakan untuk menekan PH.
Ia perlu dilawan dengan pemikiran di luar kotak bukan dengan bersedih, kecewa dan mengalah dengan tekanan ini, kata penulis Biro Undang-undang AMANAH, Kanun.
“Tun Mahathir kini bukan sahaja menjadi ancaman kepada BN bahkan menjadi ancaman kepada SPR itu sendiri.
“SPR sudah dibayangi dengan bayang-bayang PH sehingga SPR mudah sekali menjadi alat untuk memenangkan BN,” kata tulisan itu.
Katanya, tiada rasionalnya untuk menghalang penggunaan gambar Tun Mahathir.
“Tun Mahathir bukanlah pengganas malah Tun Mahathir telah begitu berjasa kepada negara sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri untuk tempoh 23 tahun,” katanya.
Tindakan SPR ini sangat pelik dan aneh. SPR terang-terang ingin mengikat PH daripada menggunakan gambar Tun Mahathir sebagai daya penarik kempen Pakatan Harapan, katanya.
“Hal yang sama tidak dihalang ke atas BN dan PAS,” tulis penulis Kanun dalam akhbar Mingguan Amanah yang bakal terbit Jumaat ini.
Bagi beliau, PH telah ditekan semenjak belum bermulanya penamaan calon.
“Selepas diikat sebegitu, PH akan ditendang dan dipukul sebelum dibenarkan bertarung atas padang yang tidak sama rata.
“Di manakah janji SPR untuk melaksanakan pilihan raya yang adil dan bersih?” kata tulisan itu.
Katanya, syarat yang sebegitu pelik tidak pernah dilaksanakan dalam mana-mana PRU yang lepas.
“Kali ini nampaknya ancaman PH begitu besar kepada BN,” katanya.
Ia bermula dengan persempadanan semula yang memihak kepada BN, kemudian diikuti dengan tindakan Pendaftar Pertubuhan yang telah mengharamkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan seterusnya penwartaan hari Rabu sebagai hari mengundi, tulisnya.
“Kini terbaharu, SPR menggunakan kuasanya untuk menghalang pengunaan bahan kempen yang tidak adil,” katanya.
Bagi beliau, tindakan ini adalah tindakan yang berat sebelah dan tidak adil bagi PH.
“Namun, PH tidak seharusnya cepat kecewa dan mengalah dengan tindakan berat sebelah ini.
“PH masih lagi mempunyai cara-cara yang ampuh untuk menentang BN dan kuncu-kuncunya ini,” katanya.
Katanya, jika dilihat kepada Seksyen 24B Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5), ianya hanya dirujuk kepada calon dan wakil calon (ejen pilihan raya) sahaja.
“Ini bermakna jika ianya dilakukan oleh pengundi itu sendiri maka ianya tidak bersalahan dengan mana-mana peruntukan undang-undang,” katanya.
Keduanya, bahan kempen yang dirujuk dalam seksyen tersebut adalah bahan kempen tradisional iaitu iklan, risalah, brosur, bendera, panji-panji, sepanduk, tetunggul, poster, pelekat, surat sebaran, label atau apa-apa bentuk papan iklan sementara sahaja.
“Ini bermakna bahan kempen moden tidak terikat dengan seksyen ini seperti penggunaan dalam laman web, facebook dan whatsapp.
“Begitu juga dengan wajah Tun Mahathir jika dicetak di atas baju atau topi tidaklah boleh dikatakan melanggar garis panduan tersebut.
“Justeru, PH perlu memaksimakan penggunaan teknologi terkini supaya tidak terikat dengan garis panduan SPR itu,” kata tulisan itu.
Maka, katanya, tindakan yang perlu dibuat oleh PH adalah untuk membanjirkan seluruh media sosial dan persekitaran dengan bahan kempen yang tidak termasuk dalam definisi bahan kempen di bawah Seksyen 24B itu.
“PH juga perlu menggalakkan pengundi untuk berpakaian yang mempunyai wajah Tun Mahathir.
“Bayangkan mesej yang boleh disampaikan kepada orang ramai jika jutaan pengundi memakai baju yang bercetak gambar Tun Mahathir.
“Oleh itu, penyokong PH usahlah berduka dengan garis panduan SPR ini. Yang penting adalah berfikir di luar kotak untuk mengakali akal SPR yang sempit ini,” katanya.
mdl


JOM BERSAMA PAKATAN HARAPAN

WEDNESDAY, APRIL 25, 2018

Budak TMJ is also a gangster ka?

 Adakah berita yang ditulis ini berita palsu atau benar? Ada tak sesiapa yang boleh sah atau nafikan?? 

  Ceritanya macam ini :

Kejadian dimana TMJ telah terlibat dalam kes memukul saorang perajurit komando di Mersing, Johor.

1. Kejadian ini berlaku pada awal bulan April.

2. Perajurit komando tersebut telah dituduh mengambil gambar TMJ sedang berenang di Pulau Rawa, Mersing.
3. Perajurit komando ditugaskan sebagai pengawal boat yang membawa TMJ ke Pulau Rawa.

4. Bilamana TMJ dimaklum bahawa perajurit komando itu telah mengambil gambar beliau mengunakan handfon, lantas TMJ dan bodyguard nya 
menyerang dan memukul perajurit komando itu hingga pengsan.

5. Setelah handfon komando itu disiasat, didapati tiada gambar diambil. Sebenarnya komando tersebut sedang menghubungi isterinya dikem yg sedang mengandung.

6. Rata rata pasukan komando merasa terhina dgn.kejadian ini dan sudah hilang hormat pada TMJ.

7. Dengar khabar kejadian ini diketahuai oleh Raja Perlis dan telah memberi amaran keras pada TMJ.

8. Ada juga khabar angin yg mengatakan TMJ telah keluar negara bagi mengelak kritikan rakyat terhadap perbuatan biadapnya terhadap komando tersebut.

Sekian dahulu ringkasan kejadian TMJ yg biadap itu.

steadyaku47 comment : 

These Army guys, when writing a report, normally stick to the facts...so you can imagine their disgust at TMJ when they include "TMJ yg biadap itu"!

What is PDRM doing about this? I already know what they will say....no report made. NFA.
What about the Generals within the Army? No balls!
What about Najib? Huh? Where got balls.! Always Kepit.
And Mr Sultan? Nang Boti Nang. Qui Boti Qui.


Tiada ulasan: