Google+ Badge

Khamis, 19 April 2018

Ciri-ciri Orang Yang Suka Menyusahkan Orang Lain. 7283.

10 Ciri Orang Yang Suka Menyusahkan Orang Lain
by Maria Firdz on April 12, 2018 in Renungan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

10 CIRI ORANG YANG SUKA MENYUSAHKAN ORANG LAIN
Antara akhlak Rasulullah ﷺ didalam hadis ialah "Suka memudahkan dan tidak suka menyulitkan." 

Mari kita muhasabah diri... Adakah kita orang yang menyulitkan:

SIAPA ORANG YANG MENYULITKAN? 10 CIRI ORANG YANG SUKA MENYUSAHKAN ORANG LAIN

1 . Jika anda berfikir bahawa semua orang salah dan anda sentiasa betul. Anda membuat diri anda seorang yang menyulitkan (difficult person).

2 . Apabila anda mempunyai sesuatu yang buruk untuk dikatakan terhadap setiap orang baik atau benda yang baik, anda adalah seorang yang menyulitkan.

3 . Sekiranya anda telah beransur-ansur menjadi orang yang susah untuk berpuas hati dengan manusia dan payah untuk orang lain gembirakan anda. Berhati-hatilah, anda menjadi orang yang menyulitkan.

4 . Apabila anda membantah segala-galanya, walaupun tidak ada keperluan untuknya. Berhati-hati, anda menjadi seorang yang menyulitkan.

5 . Jika anda tiba2 tahu semua sebab mengapa orang melakukan apa yang mereka lakukan ... Anda berbangga sebagai pembaca minda (mind reader/heart scanner), lalu mudah bersangka buruk kepada mereka? Anda sebenarnya seorang yang menyulitkan.

6 . Jika semua orang di sekeliling anda tidak mendapat keramahan dan kemesraan anda. Mereka lebih suka untuk tidak bercakap dengan anda .... Anda adalah orang yang menyulitkan.

7 . Sekiranya anda melihat ada saja perkara tidak kena dengan ramai orang dan mempunyai pembetulan untuk semua orang, tetapi tidak ada untuk diri anda .... Anda adalah orang yang menyulitkan.

8 . Sekiranya anda tidak pernah mengatakan "Saya mohon maaf " dan berharap orang lain yang menyebutkannya kepada anda terlebih dahulu. Anda adalah orang yang menyulitkan.

9 . Sekiranya anda terlalu susah untuk memaafkan orang lain ... Anda adalah orang yang menyulitkan.

10. Jika anda orang yang susah untuk dibawa berbincang dan mencari sepakat. Anda adalah orang yang menyulitkan.

Jadilah orang yang mudah lagi memudahkan urusan dan jauhkan diri dari menjadi orang yang sulit lagi menyulitkan.

SILA SHARE DAN SEBARKAN
Kredit : Facebook Ustaz Iqbal Zain

Sumber:
10 Ciri Orang Yang Suka Menyusahkan Orang Lain

Tiada ulasan: