Isnin, 23 April 2018

Dari satu hal peristiwa, boleh menimbulkan macam-macam hujah, ulasan dan pendapat. Berwaspadalah supaya Allah sentiasa sayangi kita. Aamiin. 7334.

Kecewa tidak terpilih MT Umno tanding kerusi bebas. 

MALAYSIA DATELINE

Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) 
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi dijangka akan bertanding calon bebas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ekoran namanya tidak tercalon bertanding mewakili Barisan Nasional (BN) di Batu Pahat.

Beliau dijangka akan melepaskan jawatan selaku Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) pada Khamis bagi membolehkan beliau bertanding dalam PRU14.

Melalui satu tulisan yang tersebar, keputusan Mohd Puad untuk bertanding calon bebas bukan bertujuan menentang Umno, sebaliknya sistem pemilihan parti yang dianggap sebagai tidak telus.

“Saya akan bertanding sebagai calon bebas untuk P150 Batu Pahat dan N24 Dun Senggarang.

“Saya akan berperang melawan sistem yang rosak dalam Umno dalam memilih calon untuk PRU14. Pada hari Jumaat lalu saya menerima panggilan dari Datuk Azwan Ibu Pejabat (Umno) untuk menghadiri mesyuarat khas di Bilik Melaka PWTC 21 April, tetapi pada keesokan harinya saya menerima panggilan lain dari beliau meminta saya supaya tidak hadir. Kemudian hanya saya tahu bahawa Ketua Wanita saya ada di PWTC.

“Saya memenangi kedua-dua pemilihan Majlis Tertinggi (MT) Umno dengan peluh dan air mata. Saya menentang politik wang namun saya menang kerana ahli mempercayai saya. Saya mengalami dua kali pengalaman buruk ketika saya tidak dinominasikan pada tahun 1999 dan 2004 hanya kerana fitnah dalam parti. Tetapi saya tetap meletakkan dan menegakkan “Perjuangan Umno’ Tetapi bukan untuk kali ketiga.

“Cukup-cukup, saya tidak akan bertolak ansur dengan sistem yang rosak ini. Saya umpama seperti sampah kerana tiada siapa yang berunding dengan saya, evendoor saya MT yang dipilih,” katanya seperti dipetik Watan online.

Difahamkan Ketua Wanita Umno Bahagian Batu Pahat, Haliza Abdullah dicalonkan BN bagi merampas kembali kerusi berkenaan yang dimenangi PKR pada PRU13.

“Saya tidak menentang “ Perjuangan Umno” Saya tidak menentang bos besar. Saya telah mempertahankan parti dan bos besar sepenuh hati. Tetapi kali ini, saya menentang sistem yang rosak. Saya akan berjuang sehingga saat akhir,” tambahnya lagi.

Sumber:
KERENGGA: Kecewa tidak terpilih MT Umno tanding kerusi bebas


...

Tiada ulasan: