Selasa, 24 April 2018

Dengan takdir Allah .....penguasa mana yang tidak pernah melingkup? 7346.

Bila waktunya orang kaya tidak sedar dia kaya dan orang miskin tidak sedar dia miskin yang sebenarnya dimiskinkan oleh organisasi penguasa. 
1957 - 1967 - 1977 - 1987 - 1997 - 2007 - 2017 <---- LIHAT SUDAH BERAPA KALI ANGKA 7? dah tujuh kali kan... 


Empayer Abassiah dan Empayer Uthmaniah antaranya turut berakhir. Yang sebelumnya Firaun pun maut ditelan Laut Merah... Empayer Babylon area Sungai Tegris dan Opratis (Iraq now)

Agaknya itulah sebab Allah zahirkan lepas zaman Nabi hanya Empat Sahabat yang mengambil alih Pemerintahan Islam di Mekah. Itu pun dah macam-macam tragedi, sebagai satu hikmat untuk manusia yang kemudian belajar.

7 petala langit 7 petala bumi. "Bila Allah kata Kun maka jadilah."

Lihat sahaja Malaysia dengan 6 Perdana Menteri dari satu parti memerintah ...itu pun dah macam-macam setelah Perdana Menteri yang ke 3, yang sebelumnya pun dah macam-macam. Itulah maksud lepas angka 7 kemungkinan besar down punya, tetap ada. Aamiin.

1957 - 1967 - 1977 - 1987 - 1997 - 2007 - 2017 <---- LIHAT SUDAH BERAPA KALI ANGKA 7? dah tujuh kali kan... cukup-cukup laaa kurang lebih 60 tahun tuu... yang Allah SWT kurniakan. 

Lihat sahaja Zaman Sahabat Nabi mentadbir negara Islam. Masuk sahabat yang ke tiga dan ke empat sudah macam-macam tragedi. Tuu takdir Allah. Ada hikmahnya yang manusia dengan logik akal tak kan mampu mengupasnya 100%. Aamiin. Malaysia dah yang ke enam. Allah bagi bonus tuu sebenarnya.

Akhirnya mereka tidak sedar bahawa mereka menjadi pemerintah adalah dengan amanah rakyat. Now tidak segan silu, bila ada puak menentang mereka (itu pun atas sebab amalan pemerintahan demokrasi ala yahudi - tak nak style Pemerintahan Khalifah muncul semula) dikatanya menentang kerajaan. Enggeh mung. Dalam PRU Malaysia Kerajaan Malaysia tidak bertanding, yang bertanding ialah parti-parti atau puak-puak fahaman politik, untuk memenangi amanah rakyat mentadbir Kerajaan Malaysia.

Ada parti yang mahu pengikutnya aka pengundi sentiasa bodoh, takut dan bulat-bulat yes man!!! Ada parti yang menentangnya dinesta macam-macam. Macamlah Malaysia ini menjadi hak satu parti sampai kiamat. Nauzubillah.






Tiada ulasan: