Jumaat, 20 April 2018

Doktor sahkan buah pinggang 30% dah rosak. 7289.

Assalamualaikum semua.
Dukacitanya dimaklumkan bahawa seorang rakan permotoran kita dari Central Region ditimpa musibah. Beliau adalah Mazlan Bin Hadir atau lebih dikenali dengan panggilan Lan dari Group LDR & FWMC kini berada di Hospital Ampang. Beliau disahkan doctor telah menghidap penyakit kencing tikus tahap 3 dan kini ditahan diwad HDW. Tahap kesihatan beliau kini semakin menurun. Dengan ini, kami memohon rakan2 semua agar dapat menunaikan solat hajat serta mendoakan agar kesihatan Lan akan beransur pulih dan baik seperti sediakala.

Huraian berkenaan situasi mula beliau sakit.

Demam dri jumaat (13/4/18).. 
Syak demam biasa..ke HKL pada hari sabtu (14/4/18) buat pemeriksaan dan ambil darah..result doctor sahkan ade kuman dalam darah. Dapat surat untuk buat rawatan susulan untuk keesokan harinya.

Hari kedua (15/4/18) buat rawatan susulan. Jam 8~9pagi dah sampai hospital. Bila pergi hospital hkl dlm darah dah ader kuman tp nurse buat keje halai-balai. Bila sampai turn jumpe doctor, doctor pulak takde. Kena tunggu jam 12tengahhari. Doctor dah dtg jam 12 terus masuk bilik dan Tunjuk surat doctor tapi pihak HKL minta beratur dan ambil no giliran seperti orang sakit biasa. Keadaan berlarutan dan HKL macam xambil kisah keadaan pesakit.

Hari ketiga (16/4/18) rakan dari group datang melawat beliau di rumah. Melihat keadaan beliau semakin lemah terus hantar Hospital Ampang. Pihak Hospital Ampang terus tolak beliau ke zon kuning. Selepas pemeriksaan terus dipindahkan ke bilik pemerhatian. 

Hari ke empat (17/4/18) Doctor scan 3 kali berturut-turut buah pinggang dan doctor sahkan buah pinggag kering sangat sebab lan kurang minum...doctor cakap keadaan kritikal dan dipindahkan ke zon merah kritikal. Doctor terus dapat buat kesimpulan awal yang beliau 1st syak kencing tikus, Buah pinggang dehydrate dan hati membengkak sedikit. Lan terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan.

Hari kelima (18/4/18). Doctor cuci darah dan masuk air. Selepas itu demam pon dah ok. Dari sample darah, doctor sahkan Lan confirm dijangkiti kencing tikus. Keadaan beliau masa ini nampak beransur pulih. Alat pernafasan gas dibuka dan beliau boleh bernafas seperti biasa.

Hari ke enam (19/4/18)Khamis (hari ni) keadaan lan semakin teruk. Doctor sahkan buah pinggang 30% dah rosak, Hati bengkak dan Paru2 berair. Kesian kepada rakan beliau Henna yg menjaga Lan dari Hari pertama ditahan wad di Hospital Ampang.

Sesaper yg ikhlas nak membantu boleh lah salurkan bantuan ke bank atas nama

NORJAHIRAH AMIRAH JAMALI (MiErA KiRoRo wakil LDR)
MAYBANK
164548155420
RHB
10402700135117
Bank Islam
14153020193893
Cimb Bank
7621599005

Sekali lagi kami dari Central Region, memohon agar rakan2 semua dapat menunaikan solat hajat serta mendoakan agar kesihatan Lan akan beransur pulih dan baik seperti sediakala. Amin.

Sebarang pertanyaan boleh terus berhubung dengan:-
Syafiqah Henna (+60 13-341 3849)

Tiada ulasan: