Selasa, 17 April 2018

Game Timur Tengah 2015. 7262.





Campur tangan Arab Saudi di Yaman

Arab Saudi mengetuai gabungan sembilan Negara Arab melancarkan serangan udara ke atas negara jiran Yaman pada 25 Mac 2015. Tindakan ini menandakan permulaan campur tangan tentera yang diberi nama kod Operasi Ribut Tegas. Tindakan ini ekoran permintaan daripada kerajaan Yaman iaitu Presiden Abd Rabbuh Mansur Hadi . Permintaan itu disebabkan oleh serangan Houthi menguasai ibu negara Aden . Presiden Hadi melarikan diri dari Aden pindah ke Arab Saudi. Ekoran itu Arab Saudi dan sekutu-sekutunya melancarkan serangan udara di Yaman terhadap Houthis dan pasukan yang setia kepada bekas Presiden Ali Abdullah Saleh , yang digulingkan dalam Kebangkitan Arab Spring 2011.

Jet pejuang dari Mesir , Maghribi , Jordan , Sudan ,Emiriah Arab BersatuKuwaitQatar dan Bahrain juga mengambil bahagian dalam operasi. Somalia memberi ruang udaranya, perairan wilayah dan pangkalan tentera . Amerika Syarikat menyediakan perisikan dan sokongan logistik, termasuk mencari dan menyelamat juruterbang jika dijatuhkan. Ia juga mempercepatkan penjualan senjata kepada negara-negara gabungan. Pakistan telah dituntut oleh Arab Saudi untuk menyertai gabungan, tetapi parlimen Pakistan mengundi untuk mengekalkan berkecuali. Walaupun begitu, Pakistan bersetuju untuk menyediakan kapal perang untuk menguatkuasakan sekatan senjata terhadap Houthis.

Pada 28 April, 300,000 orang telah berpindah kerana pertempuran. Banyak negara seperti China , Malaysia , Pakistan , FilipinaSomalia , dan India memindahkan rakyat mereka. Ramai melarikan diri ke utara Somalia dan Djibouti .

Pada 21 April 2015, Arab Saudi mengumumkan menamatkan operasi serangan dan memulakan proses politik"

Latar belakang 

Abd Rabbuh Mansur Hadi menang jawatan Presiden Yaman dalam Pilihan raya Yaman 2012. Kumpulan Houthis (atau Ansar Allah), iaitu dari pergerakan Syiah Zaidi dan kumpulan militan dianggap disokong oleh Iran, mengambil alih kerajaan Yaman pada tahun 2014 dan 2015. Tindakan ini bagi Arab Saudi dan negara-negara lain mengutuk tindakan Houthis sebagai tidak berperlembagaan dan rampasan kuasa .

Houthis dengan sokongan sebahagian angkatan tentera Yaman yang setia kepada bekas Presiden Ali Abdullah Saleh yang telah dibuang dalam Kebangkitan Arab Spring 2011. Pemimpin Houthi mendakwa Arab Saudi cuba memecahkan pakatan antara Houthis dan penyokong Saleh.

Pada September 2014, pejuang Houthi ditangkap di Sana'a kerana usaha menjatuhkan kerajaan Hadi. Selepas itu, satu perjanjian damai telah dibuat di antara kerajaan Hadi dan Houthis bagi perkongsian kuasa dalam kerajaan baru. Hadi menarik balik peletakan jawatannya, dengan mengatakan bahawa tindakan Houthis sejak September 2014 sebagai "rampasan kuasa" terhadap beliau.

Arab Saudi mula bimbang , lalu memulakan pembentukan tentera di sempadan dengan Yaman. Komander Houthi memberi amaran akan menyerang balas terhadap mana-mana pencerobohan Arab sehingga akan mengambil alih Riyadh , ibu negara Arab Saudi.

Pada 25 Mac, Hadi menggesa Majlis Keselamatan PBB agar melindungi Yaman dan menghalang pencerobohan Houthi itu. Menteri Luar Yemen, Riad Yassin meminta bantuan tentera dari Liga Arab pada 25 Mac, di tengah-tengah laporan bahawa Hadi telah melarikan diri.Pada 26 Mac, Stesen televisyen Arab Al-Ekhbariya TV melaporkan bahawa Hadi tiba di sebuah pangkalan udara Riyadh dan menemui Menteri Pertahanan Arab Saudi, Mohammad bin Salman Al Saud . Laluan darat dari Aden ke Riyadh tidak dirahsiakan.

Pada sidang kemuncak Liga Arab yang diadakan di Sharm El-SheikhMesir, pada 28-29 Mac, Presiden Hadi sekali lagi meminta campur tangan antarabangsa dalam pertempuran di Yaman. Beberapa ahli Liga menyatakan sokongan mereka kepada kerajaan Hadi di Yaman semasa mesyuarat itu.

Jurang Sunni-Syiah

Lebih 42% daripada Yemen adalah pengikut Zaidi aliran Syiah .Kekuatan dan Pengaruh Syiah Zaidi Houthis semakin bertambah selepas berpakat dengan bekas Presiden Ali Abdullah Saleh.

Operasi Serangan

Menurut saluran berita Arab Al Arabiya , Arab Saudi menyumbang 100 pesawat perang dan 150,000 tentera untuk operasi ketenteraan di Yaman. Reuters menunjukkan bahawa pesawat dari Mesir , Maghribi , Jordan , Sudan , Kuwait , United Arab Emirates , Qatar dan Bahrain juga mengambil bahagian dalam operasi.

UAE menyumbang 30 jet pejuang, Kuwait menghantar 15 (difahamkan tiga skuadron Hornet F / A-18 pesawat), Bahrain menghantar 15, Qatar 10, Jordan dan Maghribi enam setiap satu dan Sudan empat. Operasi ini telah diisytiharkan pada 21 April 2015.

Dalam satu kenyataan bersama, negara anggota daripada Majlis Kerjasama Teluk (kecuali Oman ) berkata mereka mengambil keputusan untuk campur tangan terhadap Houthis di Yaman atas permintaan kerajaan Hadi.

Gabungan Arab mengisytiharkan ruang udara Yaman menjadi kawasan terhad. Raja Salman mengisytiharkan RSAF mengawal semua ruang udara. Arab Saudi mulakan serangan udara dengan bantuan imej sasaran dan perisikan Amerika Syarikat seperti senjata dan kapal terbang .Sasaran utama ialah pangkalan udara tentera di Lapangan Terbang Antarabangsa Sana'a dan memusnahkan kebanyakan pertahanan udara Yaman. Serangan juga memusnahkan beberapa pesawat perang Yaman di lapangan. Al-Jazeera melaporkan bahawa Mohammed Ali al-Houthi , komander Houthi dilantik sebagai presiden Jawatankuasa Revolusi (pada Februari 2015) , telah cedera.Tiga komander Houthi lain telah dibunuh oleh serangan udara di Sana 'a.

Menurut pekerja menyelamat, 13 orang awam terbunuh berhampiran Pangkalan tentera Al-Dulaimi selepas serangan udara Saudi memusnahkan tujuh rumah. Houthi yang mengawal al-Masirah TV melaporkan jumlah kematian kepada 18 orang.

Pangkalan Udara Al ANAD di Lahij Governorate telah disita oleh Houthis. Pangkalan peluru berpandu di Sana'a dikawal oleh Houthis.Depot bahan api di pangkalan turut dikawal oleh Houthis.
Serangan terus dilanjutkan pada 27 Mac. Komander operasi menolak laporan korban awam, berkata serangan udara telah dijalankan dengan tepat.Serangan pada 28 Mac di Al HudaydahSa'dah, dan kawasan Sana'a. Khabar angin menyatakan Saleh melarikan diri ke Sanhan, di pinggir ibu negara kawalan Houthi. Banyak serangan terhadap konvoi lori tangki, kereta perisai dan trak menuju Shuqrah. Serangan juga memusnahkan kemudahan peluru berpandu jarak jauh yang dikawal oleh Houthis.

Kumpulan Houthis mendakwa telah berjaya menembak pesawat Tentera Udara Sudan pada 28 Mac. Tetapi Kerajaan Sudan menafikan berita itu.

Serangan udara turut mensasarkan depot senjata, pangkalan udara tentera dan ibu pejabat di Sana'a awal pada 29 Mac. Depot senjata di luar Sana'a telah dimusnahkan, menyebabkan kerosakan pada lapangan terbang dan kapal terbang .Sa'dah dan Al Hudaydah turut menjadi sasaran gabungan Arab. Meriam Arab dan helikopter Apache telah digerakkan untuk "menghalang" pejuang Houthi di sempadan dengan Arab Saudi.

Sumber:
Campur tangan Arab Saudi di Yaman - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas



Yaman


Yaman, secara rasmi dipanggil Republik Yaman (bahasa Arab: الجمهورية اليمنية), ialah sebuah negara Timur Tengah yang terletak di Semenanjung Arab di Asia Barat Daya. Yaman terdiri daripada bekas Yaman Utara dan Selatan. Negara ini menyempadani Laut Arab dan Teluk Aden di selatan, Laut Merah di barat, Oman di timur laut, dan sempadannya yang lain bersebelahan dengan Arab Saudi. Wilayah Yaman termasuk Socotra, sebuah pulau terpencil yang terletak lebih kurang 350 kilometer (217 batu) di selatan, berhampiran dengan Afrika Timur.

Sejarah

Rencana utama: Sejarah Yaman
Yaman ialah salah satu daripada pusat-pusat peradaban yang tertua di dunia. Dari abad ke-9 SM hingga abad ke-6 Masihi, Yaman merupakan sebahagian kemaharajaan-kemaharajaan MinaeanSabaeanHimyaritQatabanHadhramawt, dan Awsan yang menguasai perdagangan rempah yang menguntungkan. Yaman dikenali oleh orang Rom sebagai "Arabia Felix" ("Arab Gembira") kerana kekayaannya yang dihasilkan oleh perdaganganAugustus Caesar mencuba mengilhakkan Yaman, tetapi ekspedisinya tergagal. Empayar Parsi lebih berjaya dan Yaman menjadi sebuah satrafi Parsi Sassanid.
Pada lewat abad ke-6 dan ke-7, selepas banyak orang Sabaean meneruskan penghijrahan dari Yaman, akibat pemusnahan Empangan Ma'rib (sadd Ma'rib), Yaman menjadi sebuah kawasan Bedouin. Pada masa itu, apabila Kemaharajaan Aksumtidak berhasrat meneruskan kemaharajaan yang kuno mereka, Yaman menjadi sebidang tanah tandus, akibat perdagangan rempah dengan orang-orang Rom dan raja-raja Sassanid Parsi yang lebih menguntungkan. Yaman berturut-turut dikuasai oleh empayar Ethiopia dan Sassanid Parsi. Pada abad ke-7, kalifah Islam mula menguasai kawasan ini. Selepas kekalifahan itu dihancurkan, bekas Yaman Utara dikuasai oleh Imam-Imam daripada berbagai-bagai wangsa, biasanya dari mazhab Zaidi, yang mengasaskan struktur politik teokratik yang kekal sehingga zaman moden. ('Imam' dalam konteks ini ialah sebuah istilah agama yang digunakan oleh Syiah untuk merujuk kepada keturunan-keturunan sezuriat Ali, menantu Nabi Muhammad, yang dianggap ditakdirkan sebagai pewaris-pewaris tidak terkelas Nabi Muhammad.)
Kalifah-kalifah Sunah Waljamaah Mesir menduduki kebanyakan Yaman Utara pada sepanjang abad ke-11. Menjelang abad ke-16 dan sekali lagi pada abad ke-19, Yaman Utara menjadi sebahagian Empayar Turki Uthmaniyyah dan pada sesetengah tempoh, Imam-Imannya juga menguasai Yaman Selatan.
Yaman Utara mencapai kemerdekaan daripada Empayar Turki Uthmaniyyah pada tahun 1918 dan menjadi sebuah republikpada tahun 1962. Pada tahun 1939, pihak British menduduki pelabuhan Aden dan menjadikannya sebagai sebuah tanah jajahan pada bulan September. Mereka juga mencipta sebuah zon perikatan-perikatan yang tidak dikawal rapi (dikenali sebagai negeri-negeri naungan) di sekitar Aden untuk bertindak sebagai penampan perlindungan. Pada tahun 1967, pihak British berundur selepas tekanan yang semakin meningkat daripada pemberontakan tempatan dan serangan-serangan yang disokong oleh Mesir dari utara. Selepas pengunduran British, kawasan ini dikenali sebagai Yaman Selatan. Pada tahun 1970, kerajaan selatan mengamalkan sistem kerajaan komunis. Kedua-dua negara disatukan secara rasmi sebagai Republik Yaman pada 22 Mei 1990

Sumber: 

Tiada ulasan: