Khamis, 26 April 2018

Gelaran batang tubuh seseorang, bukan penanda aras iman seseorang. 7372.

Dunia Melayu Malaysia menyaksikan pelbagai jenama gelaran batang tubuh untuk seseorang dan pengurnianya pun seseorang yang bersifat makhluk. Kadang-kadang tak sedar pun Allah menjaga aibnya. Astaghfirullahalazim.
Tanyalah pesara yang bergelar datuk, datin, tan sri, toh puan sri dan banyak lagi ...bila dikeramaian tidak bersambut lagi (bukan semua) Maka tersengih-sengihlah makhluk itu atau berbera-bera muka. Maksudnya gelaran batang tubuh itu bukan gandar yang membawa erti amanah, prihatin dan sebagainya. Malang yang lebih, bila gelaran itu boleh dibeli dengan Ringgit Malaysia. Ertinya penyamun dan sampah turut ada hati menggunakan gelaran tersebut. ((Maaf) Rujuk pembunuhan dan bakar ahli perniagaan kosmetik dan beberapa orang lagi, di beberapa tahun yang lepas)
Dengan gelaran itu buat sesetengah orang tidak jujur dalam tugas, berat sebelah, diskriminasi, salah guna kuasa, pukul bantai orang lain sesuka hati, sombong, tamak dan sebagainya. Malang yang lebih hal ini dilakukan oleh orang yang kononnya Islam. Rupa-rupanya Melayu dulu baru Islam. Sedangkan Islam tertinggi sebelum bangsa atau parti. Tentu sedar Islam mengajar ummatnya erti  perintah dan larangan Allah.

Allah kurniakan makhluknya antaranya meletakkan seseorang itu sebagai kalangan yang tidak merugi atau kalangan yang beruntung di akhirat kelak. Anugerah Allah untuk makhluk tersebut ialah Syurga. In Syaa Allah kita menjadi sebahagian Ahli Syurga. Aamiin Ya Allah.
Berbunyi sebab tak nak bersubahat bila ditanya Malaikat dan Allah nanti, selaras dengan selemah-lemah menegur ialah didalam hati. Yang nak ditegur tu pengurnia dan penerima yang sudah barang tentu bersifat makhluk pada Allah macam kita semua hamba-hamba Nya yang hina-hina jua. Aamiin Ya Allah.

Rujuk juga:

Contoh: 
Gambaq Dr.M pun SPR dah ketaq lutut... 
Keputusan terkini Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengeluarkan peraturan baru beberapa hari sahaja sebelum penamaan calon, menimbulkan rasa tidak senang Setiausaha DAP Wilayah Persekutuan. 

Lim Lip Eng, yang juga calon Parlimen Kepong dalam kenyataannya mempersoalkan peraturan aneh melarang gambar selain presiden atau timbalan presiden parti digunakan dalam bahan kempen. 

“Tiga hari lagi penamaan calon, dua minggu sebelum hari mengundi, bahan kempen sudah dalam proses cetak dan hampir siap untuk digantung,” keluhnya terhadap arahan yang begitu aneh.
SPR dalam kenyataannya mengehadkan penggunaan gambar pemimpin utama parti politik dalam bahan kempen dengan hanya membenarkan dua orang pemimpin utama parti dipaparkan pada bahan kempen. 

Jawatan selain daripada Presiden (atau setaraf dengannya) dan Timbalan Presiden (atau setaraf dengannya) parti adalah tidak dibenarkan. 

“Saya melihat ini sebagai cubaan SPR melarang penggunaan gambar mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam bahan-bahan kempen. 

“Tak perlulah SPR berbasa-basi dengan pelbagai larangan dan sekatan,” kata beliau sambil mencadangkan supaya SPR mengharamkan sahaja penggunaan gambar negarawan terbabit. 

“SPR takut apa?” soalnya.
Tun Mahathir telah dinobatkan sebagai calon perdana menteri Pakatan Harapan, menggantikan Datuk Seri Najib Razak. 

Pun begitu, ada usaha daripada pihak-pihak tertentu untuk menggelapkan perkara tersebut daripada pengetahuan umum. 

Ini di samping keputusan Jabatan Pendaftar Pertubuhan, menggantung sementara pendaftaran Parti Pribumi Bersatu yang diterajui Mahathir, hanya beberapa hari sebelum Parlimen dibubarkan. – Roketkini.com 

ref: 

Pujian wanita ini buat ‘Parti Roket’ akan buat anda cair



Tulisan seorang wanita di laman sosial Facebook yang diikongsi netizen membuat hati kami rasa bersemangat.
Bukan sahaja beliau memberikan sudut pandang peribadi terhadap wakil-wakil rakyat di kawasannya, Saudari Mastura Salleh turut berkongsi pendapatnya tentang harapan menjelang PRU ke-14 yang bakal berlangsung 9 Mei nanti.
Berikut kami perturunkan tulisan beliau. Sepatah pun kami tak ubah.
Beliau adalah Dr. Ong Kian Ming, bekas ahli Parlimen kawasan saya (Parlimen Serdang). Sudah tentu dari Parti Roket.
Saya bermukim di kawasan di mana majoriti penduduk adalah kaum Cina (Dun Balakong). Jadi, adalah sesuatu yang tidak wajar utk meletakkan idealisme perkauman apetah menjadi ultra-melayu bila saya hidup dalam kelompok ini. Jiran saya ade yang namanya Ah Piu, Ah Ping, tokey kedai perabut naik merc, apek yg selalu joging malam, nenek yg selalu jalan slow pegi kedai. Saya taktau pun nama betul diorang tapi itu description saya bila berbual dgn suami.
Ok. Berbalik pada Dr. Ong Kian Ming tadi. Saya kenal mukanya sebagai ahli parlimen dalam majlis-majlis di surau taman. Saban tahun, ketika majlis berbuka puasa & sambutan raya, pasti ada muka dia & YB Eddie. Beliau juga banyak memudahkan urusan bantuan kewangan berkaitan surau taman. Tanpa banyak karenah & birokrasi, pakai whatsapp saja pun boleh jadi kick-off permohonan bantuan.
Ketika kawasan Balakong teruk dengan isu ketiadaan air suatu masa dulu, beliau dengan sabar melayan hentaman2 penduduk dalam whatsapp. Hentaman dari kaum beliau sendiri yg banyak. Selalu bagi respon & update ape hasil tindakan beliau utk atasi masalah penduduk. Pendek kata beliau adalah ahli parlimen yg ‘boleh harap’ lah.
Di acara fun-run 6km Pesta Balakong pun kami pernah berselisih. Dia beratur di belakang saya utk acara tamat larian. Nak ajak selfie tapi malu la pulak (bukan kaki selfie pun)
Jadi, untuk saya melihat dakyah-dakyah yang mengatakan DAP adalah parti anti-Islam yang perlu dibenci adalah susah utk saya terima. Ana tahu… eh, saya tau, banyak edaran kenyataan individu-individu parti itu berkenaan islam yg disebarkan. Ada yang mungkin betul, ada yang pasti salah, ada yg silap faham konteks. Namun bagi saya ia adalah hasil daripada kegagalan umat Islam sendiri yg kerap mempamerkan sisi negatif Islam kepada mereka : keras, tiada karisma, tidak berjiwa besar, suka bergaduh benda remeh2. Sepertimana sesetengah pemimpin parti yang tegas dengan dasar & prinsip perjuangan. Maka, begitu juga DAP yang mewakili kebanyakan kaum mereka teguh dengan dasar sekularisme serta mendokong hak-hak yg digariskan & dijamin oleh Perlembagaan Malaysia. Jadi, apekah solusi terbaik bagi pertembungan dua kaum dan dua dasar langit dan bumi ini? Dua-dua duduk di tanah yang sama ni.
Saya sebagai individu yg duduk di tengah-tengah kaum bukan muslim akan cenderung memilih pemimpin yang boleh menyatukan perbezaan ini. Saya suka pemimpin yang boleh mencabar diri mendepani realiti dakwah dan berusaha menjadikan mereka releven untuk memimpin masyarakat majmuk Malaysia. Bagi yang tidak sudi meneruskan misi ini, tidak mengapa.. tetapi jangan dikecam dan direndahkan pemimpin yang ingin mencuba meluaskan paradigma Islam.
Haluan & cara siyasah kini mungkin berbeza tetapi matlamat Islam itu tetap sama. Cara siapa yang paling tepat & mulia? Allah sahaja yang tahu. Alangkan main bola pun ada pelbagai strategi dan formasi, tujuannya utk? Gol dan MENANG. Apetah lagi berpolitik untuk memimpin negara.
Saya bersetuju dengan pandangan seorang tokoh politik (tak ingat nama-tgk video temuramah), DAP telah hilang banyak sikap ultra-chinese sejak bersama PAS ketika di dalam Pakatan Rakyat dahulu. Mereka juga banyak cuba menyempurnakan hak orang melayu islam ketika memimpin Pulau Pinang (berdasarkan fakta belanjawan negeri). Mereka berpeluang utk belajar memimpin pelbagai kaum & agama. PAS wajar mendapat kredit atas usaha ini. Terima kasih. Perjalanan dakwah masih jauh dan pemimpin Amanah kini menggalas tugas yang ditinggalkan kepada mereka.
Besar harapan saya untuk melihat perubahan kepimpinan Malaysia menerusi PRU kali ini :-
  1. Barisan Nasional pula belajar menjadi pembangkang sebagai sesi muhasabah atas puluhan tahun memerintah dengan cara yang anda semua maklum.
  2. Malaysia dipimpin oleh pemimpin yang berintegriti, berpandangan jauh dan mampu membawa Islam di dalam ruang lingkup yg harmoni dan saling menghormati. Terlalu banyak kerosakan persepsi yang berlaku sepanjang tempoh sebelum PRU kali ini dan semua ini perlu diperbaiki.
  3. Menghapuskan idea perkauman yang sentiasa membarah dlm masyarakat. Asal nak pilihanraya, idea ni disemarakkan merata-rata. Saya tidak mahu generasi muda akan datang hidup dengan ideologi yang sempit ini.
Sekian dari saya,
RAKYAT BALAKONG
(Mengundi di Kajang)

ref: 


ref: 

CUCU TUN GHAFAR MAMPU 'PENINGKAN KEPALA' ANAK TUN RAZAK.... 


Meskipun hanya terkemudian dicalonkan, pemilihan Ahli MPT Bersatu, Zahid Md Arip untuk menentang Najib Razak di kerusi Parlimen Pekan pada pilihanraya 9 Mei depan secara umumnya disambut baik oleh para pencinta perubahan.

Sebelum ini, Ketua Bersatu Bahagian Indera Mahkota, Kamarul Ariffin Mohd Shahar telah dinamakan sebagai calon Pakatan Harapan bagi kerusi Parlimen Pekan, tetapi Tun Mahathir Mohamad telah membuat perubahan di saat-saat akhir mengenainya.

Sebagai Pengerusi Pakatan Harapan dan bakal Perdana Menteri ke-7, Tun Mahathir tentu mempunyai alasan tersendiri yang difikirkannya terbaik dengan meminta Kamarul Ariffin melakukan suatu pengorbanan dengan memberi laluan kepada Zahid untuk menentang Najib.

Kamarul Ariffin menerima baik keputusan Tun Mahathir itu dan berjanji akan terus bekerja keras dalam pilihanraya ini demi Bersatu dan juga Pakatan Harapan. 
Pemilihan Zahid yang merupakan penceramah popular dalam Bersatu untuk menentang Najib di Pekan secara kasarnya tidak ubah seperti "kalah dalam tangan, menang belum tentu."

Memang teramat sukar untuk mengalahkan Najib atas kedudukannya  sebagai Presiden UMNO, Pengerusi BN dan Perdana Menteri, tambahan lagi pengundi di Pekan sentiasa ditambah dengan angka yang drastik tahun demi tahun sejak 1999 yang lalu.

Ia tidak lain ialah memastikan Najib sentiasa selesa untuk mengekalkan kawasan itu menjadi miliknya, setelah hanya mampu menang tipis 241 undi pada pilihanraya 1999 itu.

Pada pilihanraya 1999, jumlah kertas undi yang dikeluarkan bagi Parlimen Pekan ialah sebanyak 26,797 iaitu mewakili 74.78 peratus daripada jumlah keseluruhan pengundi, tetapi pada pilihanraya 2013 lalu, jumlah pengundi Pekan direkodkan telah meningkat kepada 80,260 orang.

Pada pilihanraya 2008 pula, jumlah pengundi berdaftar di Pekan ialah seramai 58,217 orang.

Bayangkan betapa tingginya pertambahan jumlah pengundi di Pekan dan daripada mana mereka didatangkan, hanya Najib dan jentera BN saja yang mengetahuinya.

Untuk itu, selain kedudukan Najib sebagai Perdana Menteri dan Pengerusi BN, secara realitinya pertarungan Zahid di Pekan bukanlah sesuatu yang mudah.

Namun begitu, kelebihan Zahid ialah beliau merupakan seorang penceramah popular yang mampu menggamit kehadiran orangramai dengan kelantangan serta cerita-cerita lucu yang banyak dalam memorinya, selain wataknya yang mudah mesra dengan sesiapa saja.

Perkara itu tidaklah menghairankan kerana darah politik memang sudah lama mengalir dalam tubuhnya di mana beliau adalah cucu saudara kepada Tun Ghafar Baba, bekas timbalan perdana menteri serta salah seorang pejuang tulin dalam UMNO.

Dengan kemampuan Zahid berceramah tiga atau empat kali sehari  serta menggunakan sepenuh masanya menemui seramai mungkin pengundi Pekan sepanjang tempoh berkempen, manakala Najib mungkin terhad masanya kerana perlu pergi ke seluruh negara memastikan BN tidak kalah dan jawatan Perdana Menterinya tidak terlepas, di sinilah kelebihan memihak padanya. 
Lebih daripada itu, dengan kedudukannya sebagai bekas pegawai khas Pengerusi Felda, Isa Samad sebelum ini, Zahid tentunya juga ada ramai rakan akan kenalan di kawasan-kawasan Felda yang terdapat di Pekan.

Satu lagi kelebihan Zahid ialah beliau merupakan pemimpin Bersatu yang turut popular dengan kritikan mengenai pelbagai isu semasa melalui klip video yang kemudian disebarkan secara meluas menggunakan saluran youtube, facebook dan juga whatsapp.

Dengan menjadi calon, jika Zahid menerbitkan video kempennya setiap hari dengan menjadikan Najib, Rosmah, Jho Low, 1MDB dan  Riza Aziz sebagai sasaran misalnya, sambil ia kemudian disebarkan seluas mungkin kepada para pengundi Pekan, sedikit-sebanyak tentu membuatkan anak Tun Razak itu terganggu juga dibuatnya.

Zahid juga boleh mengatur satu program ceramah besar-besaran di Pekan yang melibatkan kehadiran Tun Mahathir dan pemimpin-pemimpin utama Pakatan Harapan yang lain bagi membuktikan beliau benar-benar serius berlawan dengan Najib.

Akhirnya, kalau Zahid mampu melakukan gangguan berterusan sepanjang tempoh berkempen nanti, fikiran dan jiwa Najib bukan saja pasti akan terganggu, malah tidak mustahil turut  "pening kepala"  dibuatnya.

Gangguan dan "pening kepala"  yang diakibatkan oleh Zahid itu secara langsung akan menyebabkan lebih tekanan kepada Najib.

Dari segi ini, tindakan Tun Mahathir memilih cucu Tun Ghafar berbanding calon-calon untuk melawan anak Tun Razak di Pekan adalah dikira suatu tindakan strategik dalam usaha Pakatan Harapan menumbangkan UMNO dan BN dalam pilihanraya 9 Mei nanti. (ShahbudinHusin 25/04/2018). 



Gambaq Dr.M pun SPR dah ketaq lutut...

ali allah ditta pada tumpang sekole...? - Sejam yang lalu
[image: Image may contain: 1 person, eyeglasses and text] *Keputusan terkini Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengeluarkan peraturan baru beberapa hari sahaja sebelum penamaan calon, menimbulkan rasa tidak senang Setiausaha DAP Wilayah Persekutuan.* *Lim Lip Eng, yang juga calon Parlimen Kepong dalam kenyataannya mempersoalkan peraturan aneh melarang gambar selain presiden atau timbalan presiden parti digunakan dalam bahan kempen.* *“Tiga hari lagi penamaan calon, dua minggu sebelum hari mengundi, bahan kempen sudah dalam proses cetak dan hampir siap untuk digantung,” keluhnya terhada...lagi »

RSF: Model kawalan media China turut pengaruhi M'sia

noreply@blogger.com (RAKYAT MARHAEN) pada RAKYAT MARHAEN - 4 jam yang lalu
Model kawalan media China semakin berpengaruh di rantau Asia Pasifik, termasuk Malaysia, menurut pemantau kebebasan media sedunia Wartawan Tanpa Sempadan (RSF). Menurut laporan tahunan terkininya, RSF mengetengahkan Kemboja dan Vietnam sebagai negara yang paling terancam dengan model itu. RSF yang berpangkalan di Paris juga berkata kesannya turut dirasai oleh media-media di Thailand, Malaysia dan Singapura. Kawalan media China antaranya dibuat dengan menekan suara-suara bebas, memperluas dominasi kerajaan dalam media-media besar dan mengawal dengan teliti media sosial. China a... lagi »

Rakyat perlu faham kenapa SPR haramkan gambar Dr Mahathir

mohd sayuti Omar pada . - 6 jam yang lalu
*ULAS PETANG* SPR telah membuat syarat tambahan mengenai bahan kempen pilihan raya umum kali ini di mana menghadkan kepada gambar presiden parti, timbalan dan mereka setaraf dengannya sahaja boleh diguna pakai sebagai bahan kempen. Gambar selain daripada itu diharamkan. Syarat tambahan ini bukan sahaja pelik tetapi ia suatu syarat gila bercanggah dengan naluri demokrasi dan juga hak bersuara dibenarkan perlembagaan. Jika diselami ia dibuat bukan untuk menambah baikkan demokrasi dan juga SPR tetapi mengotorkan demokrasi. Ia dibuat dengan motif yang jelas untuk menghalang gambar Dr M... lagi »

SPR TERDESAK LARANG GAMBAR ANWAR ...

Amuraria pada Al Ikram - 6 jam yang lalu
‘SPR terdesak larang gambar Anwar dan Tun M’ Ehsan Keadilan Daily BAGAI LEMBU DICUCUK HIDUNG ! ALIH TIANG GOL Ehsan Tukar Tiub PENGKHIANATAN NEGARA DEMOKRASI ? Takkan Lah Kot? Ehsan Cipan ,Tapir & Tenuk PERJUANGAN DEMI APA ???

CUCU TUN GHAFAR MAMPU 'PENINGKAN KEPALA' ANAK TUN RAZAK....

Shahbudin Husin pada Shahbudin dot com - 8 jam yang lalu
Meskipun hanya terkemudian dicalonkan, pemilihan Ahli MPT Bersatu, Zahid Md Arip untuk menentang Najib Razak di kerusi Parlimen Pekan pada pilihanraya 9 Mei depan secara umumnya disambut baik oleh para pencinta perubahan. Sebelum ini, Ketua Bersatu Bahagian Indera Mahkota, Kamarul Ariffin Mohd Shahar telah dinamakan sebagai calon Pakatan Harapan bagi kerusi Parlimen Pekan, tetapi Tun Mahathir Mohamad telah membuat perubahan di saat-saat akhir mengenainya. Sebagai Pengerusi Pakatan Harapan dan bakal Perdana Menteri ke-7, Tun Mahathir tentu mempunyai alasan tersendiri yang difikirka... lagi »

Surat terbuka mengapa saya tinggalkan JASA

noreply@blogger.com (RAKYAT MARHAEN) pada RAKYAT MARHAEN - 10 jam yang lalu
Alhamdulillah hari ini hari terakhir saya di JASA. Saya tidak mengubah keputusan untuk meletak jawatan. Memang, ramai juga yang akan mengutuk saya. Saya tetap tabah. Berakhirlah riwayat saya di JASA. Tempat panas sehinggakan DAP membawa usul ke Parlimen di sidang Parlimen terakhir awal tahun ini supaya JASA dibubarkan. Sebelum ini dalam bajet Pakatan Harapan (HARAPAN) mereka mencadangkan supaya JASA ditutup sahaja. Kalau mahu disebut satu persatu memang banyak yang telah dilakukan sehingga JASA semakin dikenali termasuk di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak dan juga di kalangan pel... lagi »

PANAS!!!! Akhirnya Fuad Zarkashi tinggalkan JASA

kerengga pada KERENGGA - 10 jam yang lalu
Ketua Umno Batu Pahat Datuk Dr Puad Zarkashi meletak sebagai jawatan ketua pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA). “Alhamdulillah hari ini hari terakhir saya di JASA. Saya tidak mengubah keputusan untuk meletak jawatan,” katanya. Dalam kenyataan di Facebook, Puad berkata tindakannya mempertahankan kerajaan melalui JASA seperti tidak berbaloi, selepas mendakwa sistem pemilihan calon BN telah

Tak berbaloi pertahan k'jaan UMNO@BN, Puad tinggalkan JASA

noreply@blogger.com (RAKYAT MARHAEN) pada RAKYAT MARHAEN - 10 jam yang lalu
Ketua Umno Batu Pahat Datuk Dr Puad Zarkashi meletak sebagai jawatan ketua pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA). “Alhamdulillah hari ini hari terakhir saya di JASA. Saya tidak mengubah keputusan untuk meletak jawatan,” katanya. Dalam kenyataan di Facebook, Puad berkata tindakannya mempertahankan kerajaan melalui JASA seperti tidak berbaloi, selepas mendakwa sistem pemilihan calon BN telah rosak. “Walaupun mempertahankan kerajaan melalui JASA seperti tidak berbaloi tetapi meletakkan jawatan adalah langkah terbaik. “Terima kasih kepada seluruh staf JASA kerana bekerja sama dengan saya... lagi »

Calon PAS punyai degree palsu, Dato Palsu?

Alhusseyn Alhusseyn pada al- Husseyn - 12 jam yang lalu
Gara-gara nak menampilkan penampilan yang terbaik, maka ada pula yang muncul dengan title darjah kebesaran dan latar belakang kelulusan yang meragukan. Khabarnya ada yang dapat Datuk yang dibeli …. Malah degree pun boleh di beli… pokoknya, ada ongkos, semuanya bisa beres boh!! Apa perlunya dengan penampilan yang membohongi orang ramai? Itulah persoalan yang ditimbulkan oleh ramai nettizen apabila mereka dapat mengesan ada dari kalangan calon yang mempamerkan degree palsu dan Dato Palsu. Seorang aktivis anak muda dari AMANAH Perak, Faeez Azahar melalui fesbuknya telah menaika... lagi »

Bagaimana Bangi kini jadi kawasan Parlimen paling besar di Malaysia?

AMIR Wartawan Rasmi LR pada WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI - 12 jam yang lalu
Pada 25 April 2018oleh PENTADBIR Dengan sekelip mata, kawasan Parlimen Serdang bukan sahaja ditukar nama tanpa tujuan yang jelas, ia juga diperluas sehingga menjadi kawasan paling besar di Malaysia dengan bilangan pengundi mencecah 178,790 orang. Ia diikuti Damansara (dahulu PJ Utara) dengan 164,322 pengundi; Klang, dengan 149,348 pengundi dan Kota Raja dengan 149,021 pengundi. Penyandang kerusi Parlimen Serdang, *Dr Ong Kian Ming*; justeru mendakwa Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah gagal dalam tanggungjawab untuk mematuhi prinsip satu orang satu undi yang adil dan munasabah. Dr Ong... lagi »

Denda RM10 juta jika wakil rakyat PKR lompat parti

kerengga pada KERENGGA - 13 jam yang lalu
Kow Gah Chie Wakil rakyat PKR akan dikenakan denda RM10 juta jika mereka melompat parti, kata seorang pemimpin kanan parti itu. Datuk Johari Abdul berkata PKR telah memulakan amalan itu sejak 2013 susulan beberapa pemimpin mereka beralih arah selepas pilihan raya umum 2008. Bagaimanapun, dalam pilihan raya umum lalu, calon-calon cuba berjanji secara lisan mereka akan membayar RM1 juta

JANGANLAH NAIF SANGAT USTAZ...!

Alhusseyn Alhusseyn pada al- Husseyn - 14 jam yang lalu
Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi 1. Hanya Pas yg bawa Islam. Demikian kata seorang ustaz Pas. 2. Janganlah begitu ustaz. Jika ustaz kagumi Pas sekalipun, usahlah nafikan sumbangan orang lain utk Islam. 3. Islam sudah ada di Malaysia semenjak Pas belum wujud. Bahkan jika Pas tak wujud pun, Islam tetap ada pembawanya. 4. Tuhan sudah berjanji, Dialah pemelihara Islam; bukannya Pas atau mana-mana kumpulan. 5. Bahkan jika diserah kpd Pas saja utk membawa Islam, agama ini tak akan berkembang seperti kini. 6. Pembawa Islam adalah umat Islam secara keseluruhan, tanpa mengira bangs... lagi »

PRU14: Wajarkah JASA diyakini lepas Umno tak percaya Puad?

noreply@blogger.com (RAKYAT MARHAEN) pada RAKYAT MARHAEN - 15 jam yang lalu
Keputusan BN tidak memilih Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) sebagai salah seorang calon mereka dalam PRU ke-14 ini turut menghantar mesej yang lain. Bekas pengarang kumpulan *New Straits Times* (NST) Mustapha Kamil Mohd Janor berkata tanpa menyertakan nama Datuk Dr Puad Zarkashi sebagai salah satu calon Umno, itu menunjukkan Umno sendiri tidak yakin kepada kebolehan tokoh berkenaan. Justeru katanya jika Umno sendiri berasa ragu kepada Puad, perlukah masyarakat percaya kepada penjelasan dibuat JASA mengenai isu-isu semasa yang melibatkan negara. "Jika Umno sendiri tidak ya... lagi »

PRU14: Puad pertikai kenyataan Zahid

noreply@blogger.com (RAKYAT MARHAEN) pada RAKYAT MARHAEN - 17 jam yang lalu
Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menzahirkan rasa dukacita beliau dengan kenyataan Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Zahid Hamidi semalam yang mengulas keputusan parti itu tidak meletakkan Puad sebagai calon di Batu Pahat pada pilihan raya umum ini. "Saya amat dukacita terhadap komen TPM (Zahid) bahawa keadaan di Parlimen Batu Pahat adalah semakin parah dari segi kerosakan dan hakisan sokongan terhadap BN. "Ia menidakkan kejayaan Umno Batu Pahat menambah keahlian baru dan antara bahagian yang tertinggi menambah jumlah pemilih baru di Johor. "Ju... lagi »

Budak TMJ is also a gangster ka?

Alhusseyn Alhusseyn pada al- Husseyn - 18 jam yang lalu
Adakah berita yang ditulis ini berita palsu atau benar? Ada tak sesiapa yang boleh sah atau nafikan?? Ceritanya macam ini : *Kejadian dimana TMJ telah terlibat dalam kes memukul saorang perajurit komando di Mersing, Johor.* *1. Kejadian ini berlaku pada awal bulan April.* *2. Perajurit komando tersebut telah dituduh mengambil gambar TMJ sedang berenang di Pulau Rawa, Mersing.* *3. Perajurit komando ditugaskan sebagai pengawal boat yang membawa TMJ ke Pulau Rawa.* *4. Bilamana TMJ dimaklum bahawa perajurit komando itu telah mengambil gambar beliau mengunakan handfon, lantas ... lagi »

.

Tiada ulasan: