Rabu, 18 April 2018

Kita berbeza. 7275.

Di bawah adalah jawapan kepada TMJ
Luahan rakyat Johor setelah TMJ mengatakan pemimpin lidah bercabang (Tun) A reply to TMJ comments by a Johorean( malay) Maaf TMJ. Bukan hanya nakhoda kapal yang bermasalah, enjinnya juga sudah ketinggalan zaman, tidak mampu menampung keperluan masa kini, apatah lagi masa depan. Malah, badan kapalnya juga berlubang-lubang kerana sudah lama dibiarkan berkarat tanpa pembaikan. Pandangan yang Tunku lontarkan amat menarik. Maaf Tunku tapi kehidupan dalam istana tak sama dengan kehidupan realiti rakyat diluar ini. Apa yang Tun M buat kepada Tunku dan keluarga Tunku itu adalah masalah Tunku dengannya. Sebagai rakyat yang membesar dibawah pemerintahan Tun, saya menyaksikan dan merasakan sendiri kemajuan2 yang dilakukan beliau. Jika 3 anak Tun jadi billionaire pun adalah melalui perniagaan walaupun mungkin dengan bantuan Tun tapi bukan menjadi billionaire dengan merompak wang negara spt yang ada skg ini. Buat masa ini hanya Tun option yang kami ada untuk mengubah masa depan negara, kami dan anak cucu kami. Siapa pun menjadi kerajaan, Tunku dan keluarga akan tetap terjamin berada disana tapi kami rakyat marhaen belum tentu boleh teruskan kehidupan jika tersalah pilih Rakyat Johor mungkin sayangkan Tuanku kerana bola tapi bab politik ni rakyat Johor tidak sependapat dengan Tuanku. Rakyat Johor lebih terbuka dan matang berbanding dahulu. Tuanku ada gedung kereta mewah. Rakyat Tuanku nak miliki kereta sebijik bawah garaj pun susah. Rakyat jelata memilih Pakatan Harapan! Rakyat Johor membidas nasihat dari TMJ ... Ampun tuanku... Patik berpendapat Istana tak perlu campurla hal dan bab politik kalau dah rasa tak boleh nak dikritik... Cuma patik ada soalan nak bertanya... Di mana istana2 bila rakyat kena perah setiap saat utk bayar gst dan macam2 lagi benda nak kena bayar setiap hari? Di mana istana2 bila makin ramai rakyat merempat tak cukup makan, tak cukup kerja, pengangguran tinggi di samping lambakan warga asing dari seluruh pelusuk dunia (china, indon, bangla, vietnam, negro, nepal dan banyak lagi kalau nak senarai) yang bersaing dengan warga tempatan? Di mana istana2 bila satu dunia ketawakan malaysia dalam isu 1MDB, money laundering tertinggi di dunia, felda dan macam2 lagi sampai tak boleh nak senarai dah lagi salah laku yang terang-terangan berlaku? Di mana istana2 bila semua peruntukan, subsidi,duit hospital, duit sekolah, biasiswa di potong untuk bayar hutang negara? Di mana istana2 bila semua sistem dan institusi kerajaan dirogol dan jadi kacau bilau dan berkecamuk untuk mempertahakan penyelewengan pemimpin dan ianya berlaku secara terang-terangan? Apa lagi pilihan yang kami rakyat ada selain dari kapal Tun M? Dengan siapa lagi kami nak mengadu selain dari Tun M? it's a wind of change...
.

Tiada ulasan: