Isnin, 23 April 2018

MAMPUCentre.NekadBersamaIslam.MalaysiaSejahtera.UndiPAS. 7332.






MEREKA SEMAKIN BERANTAKAN DI AMBANG PRU14. 

1. UMNO, parti teras BN mengalami perpecahan berganda. Selepas sebahagian ahli keluar membentuk  PPBM, kini pemimpin-pemimpin veteran, Tan Sri Rais Yatim dan Tan Sri Rafidah Aziz pula mempersoalkan kesahan UMNO setelah gagal mengadakan pemilihan parti.  Dan hari ini 16 ahli UMNO dari 5 negeri menfailkan semakan pembubaran UMNO di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Lantas mereka dipecat serta-merta.

2. Perebutan untuk menjadi calon akan menyebabkan yang tidak terpilih sabotaj parti sendiri. Sebagai contoh di Terengganu, mengikut maklumat dalaman UMNO, berlaku beberapa kali perubahan calon di sesetengah kerusi yang dipertandingkan.

3. BN akan kehilangan banyak kerusi di Sabah dan Sarawak. Warisan, pimpinan Shafie Afdal kelihatan lebih cenderung untuk bersama PH. Manakala parti-parti komponen yang lain di Sabah dan Sarawak bila-bila masa boleh meninggalkan BN dan bergabung dengan PH. Ini senario biasa politik di sana.

4. Di pihak PH pula, DAP sendiri menyingkirkan beberapa pemimpin dan bekas ADUN dan AP. Mereka yang tak sebulu dengan anak-beranak Lim Kit Siang tidak dicalonkan semula untuk PRU14. Lantas saling menyilang sindiran dan kata-kata pedas.

5. DAP juga terkocak dengan gelagat dan kenyataan Zaid Ibrahim yang mengelar DAP sebagai parti Cina. Kenyataan beliau dibidas pula oleh Tan Tuan Tat, bekas Pengerusi DAP Cawangan Sungai Pelek yang mengatakan Zaid Ibrahim syok sendiri . Begitu juga apa yang terjadi kepada Dr Tan Seng Geow yang digelar sebagai anjing suruhan dan pengkhianat parti oleh ahli DAP.

6. Ahli-ahli PKR bantah Dr Mahathir guna logo PKR pada PRU14. Mereka memberi tempoh seminggu kepada pucuk pimpinan untuk bertindak. Mereka mendakwa bantahan itu disokong oleh 120 000 ahli PKR seluruh Negara.

7. Demikian hingga tanggal 21 April 2018. Tunggulah lagi episode malapetaka yang menanti BN dan PH dalam tempoh 20 hari sebelum hari mengundi. Jangan terkejut kalau penulis menjangkakan kocak akan menjadi gelombang selepas PRU14 nanti.

8. Mereka mengimpikan PAS hancur meninggalkan nesan. Yang terjadi adalah sebaliknya. Mereka merancang, Allah juga merancang. Perancangan Allah-lah yang benar dan terbaik.

#MAMPUCentre
#NekadBersamaIslam
#MalaysiaSejahtera
#UndiPAS

BDA
21/4/2018

Tiada ulasan: