Rabu, 18 April 2018

Mana yang cikgu pilih. 7277.

 Perkongsian artikel Cikgu Abd Ghani Haron. Org Kedah terutama belah SP kenal siapa tokoh ni. Menarik penulisannya. Rugi tak baca.
Saya siar semula artikel ini untuk menjawab soalan rakan fb yg bertanya utk dikongsi
MANA YANG CIKGU PILIH. Ada beberapa rakan fb bertanya saya tentang pendirian saya dalam politik. Mereka tahu saya condong kpd parti Islam, tetapi bila berlaku perpecahan, pihak mana yg saya ikut? Saya nak jawab soalan ini seperti seorang orang kampung saya menjawab soalan ini bila mereka bersembang di balai lintang masjid.

Katanya kita semua akan dihimpun di mahsyar nanti dan kita akan mengikut pemimpin yg kita pilih sejak di dunia.

Kalaulah kita tiba di sana kita nampak Datuk Najib dan Datuk Zahid dok pegang bendera dengan pengikutnya, Mat Sabu, Mahfuz dan mungkin Guan Eng serta Kit Siang berserta pengikutnya dengan benderanya dan Hj Hadi serta Tuan Ibrahim serta pengikutnya juga memegang bendera, agaknya kita yg tak reti apa ni nak pilih untuk duduk dalam kumpulan mana untuk mengadap Allah dan perhitungannya?

Masa tu dah tak kira soal nak rampas putrajaya, nak kekal berkuasa. Pemimpin mana yg dipilih di dunia, pemimpin itu juga kita akan ikut di mahsyar.

Saya tentu sekali bersama Ustaz Hadi dan Tuan Ibrahim serta pengikutnya. Orang kampung saya yg memberi jawapan ini serta rakan sembang di balai lintang semua setuju nak bersama Us Hadi dari kumpulan lain. Maka itulah jawapan saya.

Pemimpin yg saya akan ikut di dunia, itulah juga pemimpin hingga akhirat kerana apa yg kita buat di dunia akan dibawa ke akhirat.

Yang bersama Najib, kekal berpautlah pada bahunya kerana anda yakin dia pemimpin yg tersangat baik.

Pada anda yg bersana Mat Sabu, Guan Eng dan Mahathir, kekallah berlindung di bawah mereka ketika mengadap Robbuljalil, bukankah anda rasa mereka ini orang yg benar.

Tentu ada yg memberi alasan mereka berkawan setakat dunia shj, di akhirat lain cerita. Apa yg kita ikut di dunia, itulah juga ke akhirat. Jangan marah analogi jawapan saya ini kerana saya tak reti politik,saya rasa jawapan orang kampung saya ini sesuai untuk orang yg tak reti politik, tapi beriman.

Jika anda rasa anda pun ingin bersama orang yg kuat pegangan agamanya, berpayung bersama para ulamak untuk mengadap Allah ketika di mahsyar nanti, bukan bersama orang yg tak reti agama, hidup penuh dusta dan putarbelitnya, lebih teruk mereka yg menolak hukum Allah, jomlah bersama kepimpinan PAS. Saya sekedar mengajak, berfikirlah. Jika anda masih tak setuju, tidak perlu berdebat di sini, kita masih bersaudara, berlapang dadalah kita. Wallahu'alam. abdghaniharon

Tiada ulasan: