Selasa, 17 April 2018

‘Pelepasan kepada CCCC untuk elak k’jaan bayar GST’. 7266.

GST Dikecualikan Untuk Syarikat ECRL Kerana Ianya Adalah Projek Kerajaan (Pengguna yang membayar GST dalam projek ini adalah kerajaan)

1. Semalam tersebar di media sosial kononnya syarikat dari China yang dapat projek ECRL ini tidak dikenakan GST. Tuduhan yang sengaja dibuat untuk bagi rakyat marah. 

2. Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Subromaniam Tholasy menjelaskan sebab pelepasan adalah kerana ECRL merupakan projek melibatkan dua kerajaan yang membabitkan kepentingan awam. "Ia bagi mengurangkan kos projek yang berorientasikan kemudahan awam. Secara amnya, pelepasan ke atas syarikat ini (CCCC) bagi memastikan projek strategik ECRL dapat dilaksanakan dengan jayanya serta memberi manfaat besar kepada rakyat secara keseluruhannya," katanya dalam satu kenyataan.

4. Katanya lagi, pelepasan dibuat selepas mengambil kira faktor faedah pinjaman yang ditawarkan adalah lebih baik daripada kos GST. "Syarikat itu juga tidak dibenarkan menuntut apa-apa bayaran pulangan balik (refund) GST," katanya lagi.

5. Sementara itu, Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional, Dato Eric See To berkata prinsip GST adalah pengguna terakhir atau pengguna yang memerlukan membayar sepenuhnya GST. Bagi projek ECRL, pelanggan terakhir adalah Kerajaan. Jika GST dikutip, maka pembayarnya juga adalah Kerajaan dan dibayar kembali kepada Kerajaan. Tidak menjadi sebarang masalah untuk mengecualikannya kerana KERAJAAN adalah PEMBAYARnya. Dalam kes ECRL, apabila syarikat CCCC dikecualikan daripada GST, bermaksud ia juga TIDAK BOLEH MEMBUAT TUNTUTAN GST input yang dikenakan ke atasnya.

7. Bagi syarikat tempatan yang tidak memohon pengecualian GST apabila membuat projek kerajaan, mereka akhirnya akan mengenakan GST terhadap kerajaan (yang dibayar balik kepada kerajaan), pada waktu yang sama mereka juga dibenarkan menuntut kembali semua GST yang dikenakan ke atas mereka (sebagai input tax). Akhir-akhirnya, kesemua GST yang Syarikat tempatan itu bayar semasa menjalankan projek untuk kerajaan juga ditanggung balik oleh kerajaan.

8. Masalah pemimpin Pakatan adakah mereka tidak memahami prinsip asas GST. Disebabkan kejahilan mereka, maka mereka tidak tahu bahawa GST adalah cukai kepenggunaan yang dibayar oleh pengguna, termasuk oleh kerajaan apabila ia menjadi pengguna. Kerajaan tidak mengenakan GST ke atas peniaga, sebaliknya mengutip Cukai Pendapatan daripada mereka.
819-9519-3631

SIAPA YANG KERAJAAN LEBIH SAYANG - SYARIKAT CHINA ATAU RAKYAT MALAYSIA? 
Berikutan pendedahan oleh Husam Musa semalam berhubung pelepasan cukai GST yang diberikan  kerajaan kepada syarikat China yang melaksanakan projek membina Laluan Keretapi Pantai Timur atau ECRL, Jabatan Kastam Diraja Malaysia hari ini tampil mengesahkan perkara tersebut.

Ketua Pengarahnya, Subromaniam Tholasy berkata, Jabatan Kastam memberikan sokongan kepada pelepasan cukai GST yang diberikan oleh Kementerian Kewangan kepada China Communications Construction Company atau CCCC itu.

"Ia bagi mengurangkan kos projek yang berorientasikan  kemudahan awam.

"Secara amnya, pelepasan cukai GST itu adalah bagi memastikan  projek strategik ECRL dapat dilaksanakan dengan jayanya serta memberi manfaat besar kepada rakyat," ujar beliau.

Tidakkah dengan pengesahan Jabatan Kastam berhubung pelepasan cukai kepada CCCC ini bermakna kerajaan akhirnya akur dan menerima hakikat dengan sungutan ramai bahawa cukai GST telah menaikkan kos dan  menjadi beban tambahan kepada syarikat dan orangramai?

Tetapi, kenapa hanya kepada syarikat China saja diberikan pelepasan cukai GST itu?

Mengapa sekian banyak bil bulanan yang biasa menjadi keperluan rakyat tetap dikenakan cukai GST dan bukankah ia melibatkan kepentingan ramai juga?

Sementara syarikat tempatan, orang susah, orang miskin, orang tua, orang kurang upaya dan kanak-kanak secara borong dikenakan cukai pukat harimau GST, mengapakah syarikat daripada China dikecualikan daripadanya?

Apakah yang menyebabkan kerajaan sayang sangat kepada syarikat China berbanding rakyat tempatan sendiri? 
Siapa yang kerajaan mahu jaga dan lebih sayangi sebenarnya - syarikat daripada China atau rakyat Malaysia?

Dengan kos projek sebanyak RM55 bilion, bayangkan berapa banyak kerajaan sanggup kehilangan pendapatan daripada syarikat China itu, sedangkan rakyat yang minum secawan teh tarik pun dikenakan cukai GST?

Apakah jenis kerajaan yang kita ada sekarang ini dan tidakkah ini sebab yang kuat untuk menolak BN dalam pilihanraya 9 Mei depan? (ShahbudinHusin 17/04/2018) 

Sumber: 



Kontraktor utama projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) - China Communications Construction Company (CCCC) yang dimiliki oleh kerajaan China - diberikan pelepasan cukai GST untuk mengelakkan proses tidak diperlukan serta perbelanjaan bertindih, kata Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik BN, Eric See-To. Beliau menjelaskan bahawa tujuan GST adalah untuk mencukai pengguna terakhir dan bukan perantara dalam rantaian bekalan. “Bagi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), pelanggan terakhir adalah pihak kerajaan. “Jika GST dikutip, maka pembayarnya adalah kerajaan dan dibayar kembali ... lagi »

Tiada ulasan: