Isnin, 30 April 2018

Perjuangan Pas selain mahu menang pilihan raya ialah untuk memastikan kejayaan itu diredai Allah. 7405.

Ketua Dewan Ulama Pas Datuk Dr. Mahfodz Mohamed jawab Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari. 
Mar 11, 2017
(Utusan) – Pas memulangkan ‘paku buah ke­ras’ kepada apabila mengingatkan pe­mimpin DAP itu sebagai seorang Islam yang wajib percaya kepada hari akhirat.
Dengan nada sinis, Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed juga mengingatkan Zairil bahawa hidup di dunia ini tidak kekal selama-lamanya kerana ada ‘kesinambungannya’ di akhirat kelak.
Beliau pada masa sama menjawab sin­diran Zairil dengan menegaskan per­jua­ngan Pas selain ma­hu menang pilihan raya ialah untuk memastikan kejayaan itu diredai Allah.
“Ini jelas objektif Pas ber­dasarkan Perkara 5 untuk mewujudkan sebuah ma­sya­rakat di dalam negara yang me­laksanakan hukum Islam de­ngan keredaan Allah. Kita sekali jalan keduanya.
“Pas tidak mahu menang ca­ra tipu tetapi menang de­ngan cara diredai Allah, itu diajar Islam. Pas bukan sekadar mahu dapatkan undi daripada orang ramai, tetapi turut mengambil kira akhirat kelak.

“Waima orang Islam dalam DAP pun mesti faham perkara ini yang kehidupan kita bukan hanya di dunia ini, ada akhirat selepas ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Zairil dalam satu kenyataan secara sinis mempersenda dan mempertikaikan kewajaran Pas un­tuk terus berada dalam arena politik negara sekiranya parti itu le­bih berminat ber­­cakap menge­nai keredaan Allah berbanding kemenangan pilihan raya sebagai pertimbangan strategi.
Mengulas lanjut, Mahfodz me­ngakui besar perbezaan di antara Pas dan DAP de­ngan parti diwa­kili Zairil itu yang sanggup menipu semata-mata mahu menang.
“Dulu, mereka berbaik-baik dengan Pas sehingga membentuk satu pakatan. Tetapi apabila rasa sudah kuat, mereka tolak dasar Islam Pas yang sebelum ini diterima. Sebab itu saya tegaskan bahawa Pas tidak akan berbaik semula de­ngan DAP.
“Jangan persendakan Pas, kami parti Islam sampai ke akhi­rat. Biarlah orang Islam dalam DAP pun, tetapi kita kena percaya pada Rukun Iman,” jelas beliau.
ref: 
Mahfodz sindir Zairil – Malaysia Today

Tiada ulasan: